01 August 2022

Kenduri Kahwin Di Batu Caves @ 29/07/2022

Hari jumaat minggu lepas, sampai je rumah terus bersiap siap nak ke Batu Caves, untuk menghadiri kenduri kahwin abg ipar ku di situ. Beliau buat majlis di Surau sahaja. Jemputan cuma sedara yang terdekat dan juga orang orang surau... Alhamdulillah...jalan punya la jem nak ke situ... Kami sampai dalam jam 8.00 malam.. Selesai makan terus berphoto beramai ramai. Aku nak cepat kerana selepas ini aku ada latihan zafina di stadium bola sepak cheras dalam jam 9.00 malam...



TQ Alang dan Kak Lastri menjemput kami sekeluarga.
Selamat Pengantin Baru buat Ismah dan pasangan nya. Semoga berbahagi dan berkekalan hingga ke Jannah...

Sedap nasi, ayam masak tomata, daging masak kari dan juga ikan masin.
Konon nya nak duduk lebih lama lagi nak makan kek dan kuih kuih..tapi apakan daya kerana aku nak cepat tak la aku jamah semua tu...

Sebelum makan kami bersua photo dahulu....
Dalam jam 8.30 malam kami pun pulang....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...