26 August 2022

Projek Malam Jumaat ~ Dadih Coklat

 Bila dah siap masak nasi goreng... teringatkan esok Fatahul nak balik ke KL. Lama dah Fatahul tak balik KL. Last masa bulan 10 tahun lepas...sampai la esok baru nak balik KL. Bila teringat masa kenduri hari tu Fatahul suka sangat makan dadih coklat, maka ku gigih kan buat dadih ni... 
Nadia tengok aik rajin nya tak tido lagi ke dah kul 10 ni... jap nak buat dadih dulu...
Aku buat dadih segera je bahan cuma 3 je.. tu yang senang tu...



Aku buh bekas macam ni dapat la 14 bekas pastu bekas dah habis pula
Nak ikut kan kalau bekas panjang ni boleh dapat dalam 20 bekas.
Kalau guna bekas yang pendek sikit tu dapat la dalam 50 bekas macam tu....


Buh dalam bekas bulat taufu fah ni tapi jenis pendek tu dapat la 6 bekas... 
Ok la yang besar ni boleh la bawa bekal esok....

Yang ni la serbuk dadih segera tu... Tapi aku guna perisa coklat.
Dia ni banyak perisa. Paling anak anak suka coklat la. Manggo pun sedap. Strawberry pun sedap...
Laici pun ada. Harga sepack ni dalam RM6+. Kalau beli sebekas RM2 kan.... Baik buat sendiri je....
Walaupun resepi ni mudah..aku nak juga kongsikan resepi nya... Mana la tahu kan kot kot ada yang belum tahu lagi...

RESEPI DADIH COKLAT

1 bungkus dadih segera
1 tin susu cair
7 tin air (guna tin susu cair tadi)

Campur kan semua bahan dalam periuk...
Kacau sampai mengelegak...
Boleh la isi dalam bekas


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...