19 March 2024

Menu 07 Ramadhan 1445H @ 18/03/2024 Isnin

 Salam Ramadhan. Menu sahur 7 Ramadhan...
Aq bersahur dengan makan nasi sesenduk kecik dengan telur mata 2 biji dan juga sambal hitam....
Selain tu aq juga mengambil 3 jenis buah...

Minum dengan coffee Dalysh..

3 jenis buah...harap dapat bertahan sehingga ke petang...

Tiba masa menu berbuka kami hari isnin.....
Hari ni aq buat ikan talapia sambal, sayur kobis dan juga telur dadar.
Balik je rumah dah ada terletak bubur lambuk pemberian Cawangan Taman Tenaga dan juga laksa pemberian Emma. Aq potong 2 biji mangga. 
HB balik kerja dibelinya roti john... balas dendam hari sabtu roti john kat bazar Changkat Jering yang tak kena selera aq...
Makanan macam ni pun tak habis juga masuk lagi dalam peti...


Yang ni pula menu kak ipar aq... Masak juga katanya...
Simple simple tapi menyelerakan...

Roti telur

Ayam percik

Kari tulang dan telur masin

Terung goreng kicap dan kuih muih


Alhamdulillah...




18 March 2024

Menu 06 Ramadhan 1445H @ 17/03/2024 Ahad

Sampai je KL dalam jam 6.00 petang. 
Sebelum sampai aq dah maklumkan pada Nadia untuk masak nasi. 
Aq sampai je rumah... terus panaskan lauk seperti masak lemak pisang yang aq bawa dari kampung...lauk kenduri hari tu lupa nak bawa... Sotong masak kicap..lauk hari jumaat Nadia kata masih ada dan juga sambal ikan bilis....
Aq cuma goreng telur dadar dan juga goreng ikan masin...
Potong buah mangga yang aq beli kat Jalan Lama Sitiawan
RM20 dapat 5 kilo..bagi kat mak separuh, aq separuh....
Dan buah tembikai yang Nadia beli kat Fresh Mart. Sekilo RM1.59 sahaja...
Tapi sebiji kos dah jadi RM12+. 

Menu sederhana janji ok kita panaskan makan balik....

Manakala menu kak ipar aq, Nasi ayam dan sup fish ball.
Nampak simple tapi cukup menyelerakan....




Apa la menu Anisah hari ahad ye... tak pula dia bagitau...
Apa apa pun bersyukur dengan rezeki yang ada...
Takut aq..bila hari sabtu semalam kos membeli kat bazar....erm.....
#janganlupabersyukur.
Masak makan dengan berhemah....



Tukar Tayar MYVI My HB

OTW nak balik ke KL, singgah kejap kat Slim River. Kali ni hb nak tukar tayar untuk MYVI nya.
Hb ambil tayar n sportrim kereta Fatahul. Tayar kereta Fatahul dah botak. Sportrim masih cantik. 
Hb pakai je la sportrim tu tak payah beli baru kata nya... Sportrim ni masih elok lagi....

Macam biasa semenjak aq dah tau kedai ni harga tayar sangat murah kot dibandingkan kedai kedai yang lain.
Aq tau kedai ni pun kes tayar brv aq meletup hari tu kat highway...
Cerita nya kat DI SINI

Hari tu aq tanya harga tayar dunlop RM175.00 katanya sebiji.
Semalam aq tanya lagi, tokey ni bagi RM165.00 sebiji siap free balancing 
Kalau dulu aq selalu tukar tayar kat Puncak Alam.
Cerita ku DI SINI

Masa aq tukar tayar dan sportrim untuk kereta Fatahul di Batu Gajah.
Cerita ku DI SINI


Tayar masih baru buatan kilang pun tahun 2024
Saiz tayar yang dipilih pula 195 / 55 /15 
Dunlop RM165.00 sebiji
Total untuk 4 biji tayar cuma RM660.00 sahaja. Lepas tu kata bos tu nanti selepas 5000km, tolong swap tayar depan dan belakang...bagi bunga tayarnya sama banyak...dan tak nampak botak...


Disebabkan aq dh booking pantas je pekerjaan ni melalukan penukaran tayar tu....
Siap tukar tayar dalam jam 4.30 petang terus pecut balik ke KL...

Tukar Cermin Mata Baru

 Pagi ahad...selepas ke Pantai Remis belikan mak ikan...
Balik je rumah bersihkan ikan..siang semua ikan untuk mak...
Mak takde rumah pagi pagi lagi dah ke Dewan ada tadarus Al Quran.

Selepas semuanya selesai... aq ajak hb ke kedai cermin kata yang terletak di Sitiawan..
Buka ke kedai hari ahad ni tanya hb...buka...ayang dah google tadi.

Kami menuju ke Sitiawan... ikut jalan lama Sitiawan... Lepas je trafic light KFC tu kami jalan slow slow sambil melihat kedai yang mana 1 buka.
Aq ternampak kedai spek yang bernama JS Optometry. Haaaa kedai tu buka kata ku...
Aq menuju ke simpang dihadapan dan membuat pusingan U.

Nak ikutkan dari sebelum PKP lagi aq tak tukar cermin mata aq...
Punya la lama...rasanya dekat 3 tahun dah kot... Ni baru la ada masa nak p buat spek baru...
Power cermin mata pun dah menurut sedikit dari yang sekarang ni...
Ok la kan...power mata tak bertambah...

Aq bergaya dengan cermin mata baru ku...


Pekerja sedang mengambil bacaan mata ku...
Pekerja kat kedai ni memang peramah...
Layan customer dengan sopan...


Sekarang dok dalam bilik gelap ni pula untuk bacaan dan pandangan jauh


Aq dengan cermin mata ku yang baru...
Tak siap lagi kat seminggu baru siap...
Dah siap nanti diorang pos kata nya.....


Dalam banyak2 jenis cermin..jenis macam ni pilihan hati aq...
Bila pakai spek dengan tudung...tudung aq tak kembang di tepi nanti.
Harga bingkai RM299.00 
Selagi dengan harga cermin dan juga penambahan silau di cermin tu nanti...
Kesemuanya berjumlah RM550.00.
Ok nanti aq review hasilnya... ok ke tak..




Aneka pilihan bingkai...
Pilih je nak macam mana, Bergantung juga dengan bajet korang kan....
So seminggu la aq menunggu spek baru tu siap...
Hehehe..tak sabar nak bergaya dengan spek baru...

Menu 05 Ramadhan 1445H @ 16/03/2024 Sabtu

Hari ni hari sabtu...
Jam 7.00 pagi kami dah bergerak ke kampung...
Ada urusan yang perlu diselesaikan....
Lagi pun kami nak memcuba highway WCE yang baru je siap dari Beruas ke Changkat Jering....
Hari tu aq tak sempat nak update pasal highway ni...Nanti aq repeat lagi... 
Dari Beruas ke Changkat Jering adalah percuma...

Disebabkan highway ni baru je dibuka... kami pun pergi la ke bazar di Changkat Jering tu...
Dari rumah mak di Bota ke Changkat Jering dalam anggaran 30 minit je...
Jimat banyak kan..dari sebelum ni kalau ikut jalan dalam +- 1 jam 30 minit.

Borang la juadah yang dijualkan situ....Aq beli, abg aq pun beli...sudahnya belambak juadah diatas meja.. Kawan siap cakap banyaknya makanan boleh habis ke tu...
Jawap ku hari ni berbuka kat kampung...ooo patut la...banyak makanan... 


Satay ni RM1 je secucuk kat Bazar Changkat Jering

Donut susu sedap RM3 4 biji.
Pecal yang ni aq memang rekemon...siap ckp ngn hb nanti kita balik kg lagi erk...
Nak beli pecal nak ratah sorang sorang
Mak teringin ayam satay percik....beli la 5 batang sudahnya sampai ke subah ada lagi...
Hehehehe....

Aneka kuih muih yang sempat diborong...
Yang sempat ke.... kot sempat penuh lagi meja kot....

Macam mana banyak nya menu...
Pilihan berbuka semestinya nasi berserta lauk....
Lauk kat sana bermula dari RM3.00
Dapat la aq beli gulai ikan talang + nenas, daging tetel masak kari, pajeri terung.
Abg aq pula beli ikan keli air asam.....
Erm.... kapan ye bang kita balik lagi...
Masa dok taip ni teringat pecal...
Hehehehe...

Menu 4 Ramadhan 1445H @ 15/03/2024 Jumaat

 Salam Ramadhan yang ke 4.

Menu sahur aq cukup simple. Tapi aq memang jenis suka sahur yang simple je.
Ada orang menu sahurnya berat. Menu berbuka nya simple.....


Untuk aq....sekeping roti sapu dengan jem strawberry, buah naga dan juga semug indocoffee...
Untuk Alif pula, aq gorengkan telur mata 2 biji letakkan kicap... ayam goreng tepung thai dengan kuah udang.... Air pula horlick...cukup la untuk dia....

Untuk juadah berbuka pula... aq masak yang simple lagi. 
Hari ni balik kerja singgah Hero lagi. Beli buah tembikai.... beli sayur bayam...
Mee kuning dan juga fish ball untuk mak... Mak pesan kalau balik kampung beli kan dia mee kuning.. Sbb mee kuning kat hero ni special sikit... lupa lak aq nak ambil gambar mee tu...

Buah tembikai... warna ala ala pink putih...erm...
Bulan puasa ni tembikai pun warna macam ni...mereka jual juga 
Tembikai tak berapa nak masak lagi ni...


Popia carbonara ayam.
Nadia beli kat sekolah...

Ikan pelaling goreng

Sup bayam bening campur fish ball

Sotong masak kicap....

Ada sambal hitam buat pembuka selera nanti...

Manakala menu berbuka kak ipar aq...
Hari ni berbuka buffey kata nya....









Banyak macam ni makan...
RM79.00 sekepala kata Shahira....
Aq memang tak layan buffey bulan puasa ni...rugi je...makan sikit sikit je dah kenyang...

Yang ni pula menu berbuka Anisah...
Hari ni makan kat MYDIN USJ je kata nya...
Dapat makanan percuma juga...

Makan percuma ni di taja oleh Q Bistro

Nasi beriani ayam kot....
Jadi la makan macam ni pun boleh kenyang selain dapat menjimatkan poket kita kan...
Bulan bulan puasa ni memang ramai yang suka bersedekah...
Ada rezeki lebih...kongsi la bersama sama yang tidak berkemampuan...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...