Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

13 December 2022

Bubur Nasi Untuk Nadia Yang Demam

 Balik kerja semalam ingat nak ajak hb makan kat King Tomyam lagi. 
Bila tanya Nadia nak makan apa... Di jawapnya dia takde selera nak makan. Batuk demam selsema.
Bila mak mak dengar anak tak sihat kita jadi kesian la kan...
Ok la balik ni mama masak kan bubur nasi... Ok tak...
Nadia kata kalau bubur nak la....
Macam biasa bubur nasi kesukaan anak anak macam ni la.


Hiasan bubur nasi ni aku letak daun sup, bawang goreng, kangkung tumis dan juga nugget yang aku potong kecil. Nak buh ayam goreng... ayam habis.....
Bukan kata orang sakit je suka makan bubur ni... Orang tak sakit pun suka.
Hb kemain laju menyuap bubur ke dalam mulut. Bila ku letak kat status...
Alif reply.....aduh..... sebab Alif pun suka makan bubur nasi.
Ni cuti sekolah, Alif duduk kampung la....


Roti jala kuah kari ada baki lagi aku panaskan je la...
Antara bahan bahan yang nak di makan bersama bubur nasi....
Boleh la kalau mak mak nak cuba buat bubur ni....
Mudah dan sedap....

20 October 2022

Bubur Nasi Untuk Alif

 Semalam pagi sekolah call...
Puan anak puan Alif Hakimi tak sihat. Puan boleh la datang ambil bawa balik ye...
Aku pun meminta kebenaran bos nak keluar sekejap... 
Ambil Alif di sekolah dan hantar balik ke rumah. 
Tanya Alif dah makan ke nasi yang mama bekal kan tu... Alif jawap takde selera.
Nak ikut kan kot bekal kan ayam masak merah dengan telur mata memang itu la lauk kegemaran Alif.
Erm... memang betul tak sihat ni... Ingat balik kerja nanti nk singgah cari bubur kat Marrybrown. 
Bila dipikirkan berapa banyak lak aku nak beli. Sebabnya bubur ni memang kegemaran kami sekeluarga. Jadi aku suruh la Nadia rendam beras 1 pot je... Tujuan nya bila balik kerja nanti tak la lama aku merebus beras hingga menjadi bubur tu..

Yang ni untuk hb

Yang ni pula untuk Alif
Buat kan dengan semug milo kosong panas...
Baru la boleh makan ubat....

Bahan taburan aku letak
Nugget yang ku hiris 
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak bijan...
Bila letak minyak bijan ni baru la ko feling feling makan bubur mcd
Jom aku kongsi kan resepi nya

RESEPI BUBUR NASI

* 1 pot beras di rendam 
* Sedikit sayur campur
* 1 biji kiub ayam
* 2 sudu secukup rasa maggi
* sedikit garam
* 2 helai daun pandan

CARA - CARA

* Rebus beras sehingga menjadi bubur
* Masukan kiub ayam, secukup rasa, garam, daun pandan dan sayur campur.
* Bila dah masak sebati tutup api

* Hiasakan dengan nugget yang di potong kecil, daun bawang, bawang goreng dan juga minyak bijan


20 March 2020

Makan Malam 19/03/20 ~ Lockdownday2

Disebabkan tengahari tadi lewat makan, masing-masing masih kekenyangan.
Jadi malam ni ku buatkan bubur kacang itu pun sebab siang tadi aq dah rendam kacang hijau tu.
Kot tak buat kang esok tumbuh togei lak nanti..

 Masa aq tengah masak bubur tu, jiran sebelah Cik Nana ketuk pintu rumah.
Rupa-rupanya beliau menghantar sepinggan nasi goreng...
Alhamdulillah rezeki malam ini kan...
Apa lagi ku layan la bubur kacang, nasi goreng dan semug milo kosong...
Alhamdulillah kenyang..

Ini bubur untuk my hb....
Ku berharap semoga perintah kawalan pergerakan ini cepat berakhir.
Dan virus Covid-19 cepat pergi dan pulih seperti sediakala.
Ku berharap semoga ramadhan yang akan tiba memberi seribu harapan buat kami semua rakyat Malaysia khasnya...
Amiin....

13 January 2020

Bubur Kacang Hijau Campur Durian

Di pagi isnin ku gigih memasak seperiuk kecil bubur kacang hijau bersama durian..
Durian ni semalam my Hb belanja makan di kawasan rumah saja...
Ku ambil sedikit untuk di jadi kan bubur....

Tadaaaaaa....
Kacang hijau memang aq dah rendam awal awal lagi supaya cepat empuk masa merebus dan menjimat kan masa kan.....

Resepi Kacang Hijau Bersama Durian

~ 250 gram kacang hijau (rendam)
~ 1 kotak kecil santan
~ 5 sudu gula (aq x suka manis)
~ secubit garam
~ air secukupnya
~ 5 ulas durian.

Cara - cara

~ Rebus kacang hijau bersama air sampai empuk
~ Masukkan garam dan gula
~ Masukkan santan
~ Masukkan durian
~ Siap...

Sebabkan aq takde stok daun pandan...aq tak letak la ye...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...