18 January 2015

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraan Addin @ Changkat Chermin, Perak.

Assalamualaikum.....
Kali ini cerita aku berkisarkan sesi persekolahan Fatahul sebagai salah seorang pelajar di MTQ Addin Cawangan Changkat Chermin Perak. Untuk mendapatkan tempat di MTQ para pelajar akan menjalankan ujian kemasukan MTQ ini. Alhamdulillah Fatahul berjaya didalam ujian ini.
Pada 14/01/2015 iaitu hari rabu adalah hari kemasukan dan pendaftaran pelajar untuk sesi 2015 bagi pelajar tingkatan 1. 
Jadi seawal jam 4.30am kami memulakan perjalanan singgah sebentar di R & R Tapah utk solat subuh dan perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya..samapi di Kampung Changkat Chermin jam 8.45am...selepas membuat pendaftaran pelajar-pelajar senior datang menolong mengangkat pakaian pelajar2 junior ke dorm masing2...kiranya ibu bapa tak perlu bersusah payah mengangkut la kan...semuanya diuruskan oleh pelajar2 sek ini...
Kami ibu bapa diminta untuk masuk ke dalam Surau untuk mendengar taklimat dari Pengetua Haizat...





Tenaga Pengajar di MTQ Addin Changkat Chermin
Antaranya Ustaz Haizat selaku Pengetua - 012-224 4735
Ustaz Rahaman PK HEM - 013-529 6870
Ustaz Rafis PK Korukilum - 019-208 3761
Ustaz Amin Warden - 011-2659 5243
Ustaz Azam Warden - 013-473 7329


Antara barisan pelajar baru tingkat 1 


 Tempat penginapan pelajar tingkatan 1
Cadar warna Oren, warna trade mark MTQ Changkat Chermin

 Fatahul berlatar belakangkan kediaman pelajar tingkan 1.

 Suasana persekitaran MTQ

 HB & Fatahul 

 Balik dari menghantar Fatahul kami singgah sebentar di MTQ Kg Kelan II melihat Iqhwan disitu..


HB & Iqhwan

Selepas itu perjalanan diteruskan ke Kuala Lumpur. Sampai saja sudah jam 9.30pm.
Selepas itu aku sempatkan untuk membalut buku-buku sekolah Alif...alhamdulillah selesai semuanya...
Erm.....ngantuk dah weh...nk tido esok nk kerja pulak...

Apa-apa pun Korang
Layan Je...

01 January 2015

Majlis Penutupan Kem Tahfiz Perdana & Motivasi Musim Ke-9 @ 28/12/2014

Assalammualaikum....
Alhamdulillah, aku masih lagi berpeluang untuk mengupdated blog. Dah lama aku x update disebabkan hari-hari ku yg sibuk...
Cerita lalu mengisahkan kemasukan Fatahul di Kem Ibadah dan hari ini aku akan menceritakan tamatnya pembelajaran Fatahul selama sebulan disini.
Apa yg aku tahu (mengikut cerita Fatahul) Ustaz dan Ustazah terdiri dari kalangan murid-murid Tahfiz juga. Kiranya seperti abg2 dan kakak2 mereka selain dipantau oleh Ustaz dan Ustazah Senior.
Menurut kata Fatahul seawal jam 4.30am mereka dah bangun utk membersihkan diri utk menunaikan Solat Sunat, Taubat, Tahjud dan Witir. Selepas itu mereka berehat sebentar sementara menuggu waktu azan Subuh. Kiranya banyak la juga pengisian aktiviti mereka disini. 
Walaupun Kem itu di Kampar Perak, kira-kira 2 jam 1/2 perjalanan...setiap minggu aku akan pergi melihat Fatahul. Bawa makanan kegemaran dia dan bawa makanan untuk bekalan Fatahul.
Kadang-kadang dapat melihat gelagat dan karenah anak-anak ini, berzanji, berzikir bersama-sama mengikut Ustaz...sejuk halwa telinga mendengarnya.
Tiba lah hari nya penutupan pembelajaran sesi yg ke-9. aku ingat kan biasa-biasa je...rupa-rupanya agak meriah juga lah dengan bakal Hafiz dan Hafizah diarak masuk ke dewan.


 Bakal Hafiz dan Hafizah diarak masuk ke dewan diiringi paluan kompong.

 Kelibat Fatahul masuk ke dewan.

 Para pelajar mengambil tempat yg disediakan.

 Diiringi dengan lagu Alma Al-Husna (99 nama Allah). Semua tetamu diminta berdiri dan mengalunkan bersama Ustaz2 pengiring ni...

 Pengerusi Majlis

 Bacaan doa oleh Adik Fazrul Razi B. Hj Ahmad Mahfuz

 Qasidah oleh Uztaz2

 Majlis Khatam Al-Quran
Yang berjubah hitam adalah Ustaz2 yg mendidik anak-anak ini dan 
yang berjubah putih pula adalah anak-anak didik.



 Bacaan ayat Al-Quran oleh anak pengasas Kem ini.

 Adik Fazrul Razi B. Hj Ahmad Mahfuz

 Ucapan oleh Pengarah Urusan Akademi Darul Quran Darul Huffaz
Ust Hj Ahmad Mahfuz B. Hj Amin Al Hafiz

 Ucapan dari Penolong Pengarah Kanan Bhg Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
Tuan Hj Norsyariman B. Hj Saharudin


 Ceramah Motivasi Keibubapan Dan Anak Soleh - Pencetus Ummah Hafiz
PU Hafiz 


Bersama PU Hafiz musim pertama.
PU Hafiz adalah anak didik di Akademi ini juga.
Alhamdulillah beliau berjaya sampai ke tahap ini.

Bersama Ustaz Luqman. Ustaz muda yang aku kira sebaya dengan Iqhwan saja memberi tunjuk ajar dan membimbing Fatahul dan 9 orang pelajar lain. 1 ustaz : 10 org murid.
Selama disini Fatahul sudah melepasi Modul 4. sesuatu yg cukup baik juga.
Kadang-kadang ada lucunya anak-anak ini bila bersama dengan ustaz2 ini semua. Maklum la masing-masing masih muda remaja. Yang paling seronok bila pelajar ini menyanyi kan Lagu Satu Hati sambil mengayangkan tangan mereka. Dibimbing oleh Ustaz Hafizuddin. Fatahul kata Ustaz ini senior la. 
Mama : Hebat adik boleh hafal lagu ni selain dari hafal ayat Al-Quran
Fatahul : Masa hari pertama je kami dah hafal, mana tak nya, ustaz kata salah 
seorang dari kami tak hafal, kami dipaksa cuci tandas. tak mo lah...
tu pun ada sorang bdk tu dia main-main je x hafal. pastu kami cakap
baik ko hafal betul-betul kot tak kami belasah ko nnt (warning aje la).
Kami x mo disebabkan ko, kami kena cuci tandas. kata pelajar-pelajar yg 
sekolah menengah la. 
Mama : Last sape yg cuci tandas????
Fatahul : Ustaz la sebab kami semua dapat hafal lagu tu.
Mama : Erm...sambil tersenyum dalam hati pandai juga taktik ustaz ni menerapkan pelajaran yg diajar kepada pelajar mereka.

Itu kisah cerita pasal lagu. Ada lagi cerita lain.

Fatahul : Ada 1 hari tu ustaz suruh hafal ayat ( aku lupa ayat apa nk tny Fatahul orgnye dh membuta)
Mama : Pastu dapat tak hafal???
Fatahul : Org dpt semua org pun dpt tp ade 1 bdk sek men ni x dapat hafal
Mama : Knp dia x hafal???
Fatahul : Sebab masa disuruh hafal tu, bdk ni gi outing ngn family dia so x sempat la nk hafal
Mama : Hbs tu mcm mn???
Fatahul : Dia cuci tandas la sorang-sorang...
Mama : Erm...sambil tersenyum....

Bersama Pengarah Urusan Ust Haji Ahmad Mahfuz Bin Hj Amin Al Hafiz.

Kami juga di jamuan kan dengan makan tengahari yg ditaja oleh Katering Jus Tok Guru.
Selain tu seorang hamba ALLAH sponser  seekor lembu dan juga dewan itu di taja oleh Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar.
Semasa Majlis Penutupan ini kami betul-betul terpegun dengan majlis yg diadakan secara meriah meraikkan kemenangan pelajar ini selama sebulan berjuang menuntut ilmu dari Akademi Darul Quran ini. Terasa apa yang dibayar semasa mula-mula masuk ke sini adalah lebih dari segala-galanya. Walaupun anak-anak ini tidur beralaskan tilam nipis / toto sahaja. Pada mulanya terasa kejanggalan disitu. Selain anak-anak Ust Hj Ahmad Mahfuz sendiri tidur bersama anak-anak ini. Tiada membezakan mereka semua. Semuanya adalah sama saja layanannya. Ustaz-ustaz juga ditempatkan sama seperti pelajar-pelajar ini. Tiada yg istimewa utk mereka. Dengan penerimaan pelajar seramai 300 org termasuk lelaki dan perempuan jadi pihak pengurusan tidak dapat memenuhi "keistimewaan" utk anak-anak ini. Tapi bagi kami ibu bapa tiada apa yg diucapkan selain terima kasih yg kami ucapan kan. Jika pelajar ini sakit mereka akan diberi rawatan. Fatahul pernah juga demam. Ustaz akan memberi rawatan ambil bacaan suhu badan. Ada juga sekali tu kaki Fatahul berdarah, Ustaz beri rawatan memcuci luka dengan kapas dan meletak minyak gamat. Jadi jangan bimbang semua anak-anak ini diberi layanan yg baik oleh pihak Akademi. Jangan ada perasaan risau bila meninggalkan anak-anak atas jagaan pihak pengurusan selama sebulan.
 Terbayang bagaimana tukang masak menyediakan makanan utk pelajar. Kadang-kadang dibantu oleh Ustazah jika tiada kelapangan ustaz pun akan menolong menyediakan juadah. Hanya Allah saja yang bisa menbalas jasa kalian semua.

"Jika Ada Sumur Diladang Boleh Hampa Menumpang Mandi
Jika Ada Umur Yang Panjang Boleh Kita Berjumpa Lagi"

In Shaa Allah.........
Apa-apa Pun Korang
Layan Je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...