02 October 2020

Sambutan Birthday 01 October 2020 @ Teh Tarik Place

 Salam Oktober 2020 buat semua pembaca blog kesayangan ku....Bersempena 01 October hari kelahiran ku... Selamat Hari Lahir buat diriku dan juga kalian semua yang mungkin sama harinya dengan diri ku.. Semoga kalian semua dirahmati Allah SWT. Alhamdulillah masih berpeluang bernafas di muka bumi ini... Salam ceria buat semua....

Bersempena hari lahir ku segala ucapan dan doa yang kali semua titipkan buat ku, ku ucapan berbanyak banyak terima kasih. Mana yang tak sempat ku balas ku mohon maaf mungkin terlepas pandang... Seawal jam 12.02 pagi 01 October 2020 seperti biasa di tahun tahun sebelum ni hb adalah orang pertama yang akan memberi ucapan kelahiran buat diri ku... Harus la kan....hehehe...

Balik je kerja, macam biasa selalunya sambutan akan di buat di kedai yang menjadi pilihan ku. Bertema kan biru kali ini, aq meminta untuk menyambutnya di Teh Tarik Place Bandar Sri Permaisuri. Malas la nak pergi jauh jauh. Lagi pun hujan sedari petang tadi hingga la ke malam hari... Lepas magrib kami ke Teh Tarik Place yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, 5 minit je dari rumah aq....



Pilih menu pilihan sementara hb p parking kereta.




Nyonya Curry Laksa change to bihun RM14.90
Untuk aq...

Char Kuey Teow RM12.90
Untuk HB

Grilled Chicken Chop With Black Pepper Sauce RM13.90
Untuk Nadia

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah RM14.90
Untuk Alif

Cream Of Mushroom Soup RM7.90

French Fries RM5.90

Teh Tarik (Cold) RM3.90
Teh Tarik (Hot) RM3.50
Teh O Limau (Cold) RM4.50
Pepsi RM3.90




Makan malam ni di taja oleh my hb la.. tak kan aq kot...
Terima kasih ye abg kerana sudi belanja kami semua makan malam ni..Moga murah rezeki suami ku...
Amiin.....
Bagi peminat kopitiam aq rasa Teh Tarik Place ni adalah pilihan yang tepat. Bermacam macam makanan ada di sini. Dari ala warung, restoran, western, semua hado...korang sediakan duit je kan..hehehe... Tempat makan yang selesa, staff yang peramah. Salute aq kepada staff TTP.
Minta mereka tolong ambil kan gambar ok je layan pelanggan. 
Lain kali jika aq ke sini lagi bersama anak2, aq ingin membuat tempahan meja kerana meja yang kami duduk kecil sedikit penuh la makanan di atas meja tu.
Selain saiz hidangan yang besar, memang kenyang la rasanya 1 menu cukup tak perlu nak add on apa apa lagi.... Teh tarik memang menepati citarasa selera aq... Cuma yang tak best nya takde teh o ais lemon... yang ada cuma limau...mungkin pihak pengurusan TTP kena kaji semula ye...
Apa apa pun TTP memang tip top bagi aq....
Lain kali datang lagi kita cuba menu yang lain pula ye...
Layan.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...