Friday, December 22, 2017

Happy Birthday To Me @ 01/10/2017

Happy Birthday to Me....
Bertambah lagi tahun ni umur aq... Semoga aq diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki..menjadi isteri yang penyejuk hati Mr HB, menjadi mama yang terbaik buat anak anak, menjadi pekerja yang berdedikasi, menjadi anak yang taat pada ibu ku, menjadi sahabat yang menyenangkan hati kawan kawan ku....
banyaknya harapan aq...setinggi gunung kinabalu....hehehehe...
Macam biasa bila tepat je jam 12.00 pagi 01/10/2017.. org pertama yang wish of coz la HB kan kot lupa mau merajuk setahun nanti...hehehe

Ws from my HB



Ws from Kakak Nadia

Ws from Irfan...

Selama berkawen dgn my HB ni la pestime dia bagi kejutan...sanggup beli bunga n suruh org htr ke ofis..patut la beriya iya nak alamat ofis...pdhl bukan x tau nk p ofis...n yg kilat kilat kuning tu...
sebelah malam HB belanja makan...kt Pak Li Kopitiam...

Lepas tu hari isnin malam mcm biasa bff aq beriya iya ajak ke rumah dia...malas nya aq nk pergi...
Rupa rupanya ada kejutan birthday celebration untuk aq...
terkena aq...


Tq kawan kawan...    Nurin, Miza & Ina...korang memang terbaek...
erm...punoh diet aq blh 10 ni tak yah la diet diet dah
tunggu je tahun 2018 mula balik...aduh...
Terima kasih tau korang korang semua....
Terima kasih sebab buat surprise kat aq untuk tahun 2017 ni...
sayang korang semua...
Untuk semua family, kawan - kawan yang mendoakan kebahagia aq..hanya Allah saja yang membalasnya....
Apa apa pun Korang
Layan Je..

Thursday, December 21, 2017

Hotel Imperial Heritage Melaka

Kesinambungan cerita MATTA Fair...
Selain booth Avani aku pergi juga ke booth Imperial Heritage ni...
Disebabkan hotel ni terletak di tengah bandaraya apa lagi teruja la kan..senang nak jalan jalan.
Aq ambil 2 bilik iaitu
Junior Suite : RM350.00 ( MF - 198.00)
Heritage Deluxe : RM240.00 ( MF - 168.00)
boleh nampak perbezaan dia kan
Jadi untuk ke 2 bilik ni termasuk 5 sarapan hanya RM366.00 sahaja..
Meh tengok bilik bilik ni

Ini ialah Junior Suite
Hall

TV

Ada pantry, dapur , pinggan, mangkuk, periuk, sudu, garpu, kettle, kopi, gula, cawan, gelas..
Completed la kan...
Boleh la nak masak magi ke panas kan lauk ke...

Pantry...

Bilik 1

Tandas dalam bilik

Bilik 2

Tandas Junior suite


yang ni pulak bilik Heritage Deluxe





Besar kan....Pada aku kalau pergi ke Matta Fair tak rugi kalau ambik pakej Junior Suite ni memang selesa sangat. menu sarapan pagi dia memang sedap dan terbaik,...
In sha allah tahun depan MF harus dipertimbangkan lagi untuk ambik pakej di Imperial Heritage Melaka ni...
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

Sambutan Harijadi Nadia di Avani Sepang Goldcoast @ 23/09/17 - 24/09/17

Assalammualaikum...
Cerita lapuk aku berkisar sambutan hari jadi Nadia yang sengaja diaturkan...kira nya surprise birthday untuk Nadia...
Setiap kali pergi ke Bagan Lalang pasti akan melalui Avani Sepang Goldcoast ni...
Terujanya..nak pergi ke sini memang la mahal sampai mencecah 1k+...
Niat hanya di pendamkan hanya melihat dikejauhan persisiran pantai...
Nak dijadikan cerita Penny ajak aq pergi ke MATTA Fair pada bulan 9...
Penny :Moi, mari kita pergi ke Matta Fair..
Aq : Erm...boleh la I teman kan u pergi
Penny : Ok, This Sat we go ya...
Aq : Ok...

Bila sampai masa aq pun siap siap la masak tengahari untuk Alif sbb aq mmg tak kan bawa Alif pergi sekali sebab orang mesti ramai dah tentu Alif akan badmood silap silap aq pun badmood dek kerana karenah dia nanti..kebetulan masa aq tengah bersiap, HB pun balik kerja..erm apa lagi aq hangkut la dia pergi sekali...Kami pergi dengan LRT jek dari Stesen Salak Selatan terus ke PWTC..mudah kan time time ni jangan la drive memang nangis nanti...hehehe...
Bila sampai di PWTC hujan lebat juga, ramai nya orang yang pergi.. masuk je kita kena beli tiket RM4 seorang dan kita akan diberikan gelang dan juga recycle beg senang la kan kita dapat pamplet / browser sumbat masuk....Beg recycle tu akan diberi mengikut warna hari tu...
Kami pun terus kan meninjau di hall domestic je dulu...sebelum pergi niat dihati memang tak mau beli apa apa pakej...
Bila jalan jalan tu ternampak Happy Hour di booth Avani ni
Family Villa RM599.00
Free : Breakfast for 4 person
dalam villa ni kira ada 2 bilik...
wah.....best nya...selalu kita dapat kat trivago pun dalam 900+ gak
apa lagi lepas berbincang lebih kurang dengan HB kami bersetuju.
Aq ambil pakej family villa + 1 breakfast RM30.00
sebab kami akan pergi 5 orang.
Bila dah confirm kita akan diberi voucher bila dah dapat voucher tu boleh la hantar email kat Avani tu untuk booking tarikh dan dapatkan confirmation slip.
Aq pilih hari weekend biasa jadi aq tidak dikenakan surcharge RM200. Surcharge akan dikenakan kalau pergi public holiday.
Bila tiba hari nya...aku pun pergi pada 23/09/17 - 24/09/17
Sampai je di kaunter aq pun tunjuk voucher dan confirmation slip.
Dapat je kunci boleh la tunggu kereta buggy di depan tu
Cakap je no bilik buggy tu akan bawa kita ke sana..

Masa aku sampai air belum pasang lagi...
Masa dalam perjalanan tu aku pun ambik la gambo...mls nk ambik banyak banyak...

Family Villa ni ada 2 bilik, 2 toilet so memang selesa sangat. pintu bilik pulak like sliding door so boleh la di buka untuk menjadikan hall nya besar boleh solat berjemaah..
Bagi aq mmg best la villa ni

Mineral water, coffee, gelas

So ini la birthday girl
Happy Birthday kak....
Suka dia n kakak memang tak tahu yang planning birthday untuk dia...
memang terkejut lah...


Selain aq n family, Izza pun join juga.. terima kasih tau tolong akk bawakan kek dan bunga.
Petang kami naik basikal n jalan jalan tepi pantai

Sarapan pagi, nak ikut kan makanan dia tak la banyak pilihan sangat biasa biasa je
Disebabkan cafeteria dekat pool dan penuh sampai Q orang menunggu pihak pengurusan hantar kami ke cafeteria kat hadapan Avani tu, dia kata situ kosong tak ramai orang sangat...
Erm...lepas je makan kami bersiap siap untuk check out..
call je 0 untuk perkihmatan buggy.
Buggy ni baik hati siap hantar ke kereta lagi..
erm..bagi aq Avani Sepang ni memang best dan tak rugi rasanya kalau pergi ke sini, kalau ada rezeki lagi mana tahu dapat lagi murah masa kat MATTA Fair, harus aq rembat ni...hehehe...
Apa-apa pun Korang
Layan Je..

Wednesday, December 20, 2017

Happy Birthday to Abang @ 17/02/2017

Happy Birthday to My Hubby...
Kita sambut dengan kek kecik je cukup...hehehe






Keesokan hari nya aq belanja HB makan kat Pak Li Kopitiam Bukit Kemuning
Ayang doakan semoga abg panjang umur dan dimurahkan rezeki berbahagia selalu, sabar melayan setiap karenah ayang.. semoga hidup diberkati Allah...dan kekal hingga ke jannah...amiin..
Layan Je..

Happy Birthday to Alif ~ 8 year @ 08/02/2017

Happy Birthday to Alif Hakimi..
Erm...tahun ni Alif dah pun masuk 8 tahun
Kali ni kakak sponser kek untuk Alif sbb kakak dah janji nak beli kan kek masa birthday Alif...


1st time makan kek ni...sedap sangat






Semoga Alif menjadi anak yang baik, berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang penyejuk hati abah dan mama..along, kakak dan juga abang..
Semua orang sayang Alif even Alif dah 8 tahun Alif tetap baby dihati mama...
Sayang Alif ketat ketat.....
Layan Je..














JJCM @ Kampung Sungai Putat Batu Berendam Melaka

Assalammualaikum...
JJCM aq kali ni kat Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka...
Kalau nak cari Kampung Sungai Putat ni cukup mudah.
Guna Waze Kampung Sungai Putat je...sebelum sampai kat sana korang boleh nampak kubur cina di sebelah kiri dan sebelah kanan boleh nampak pintu gerbang Kampung Sungai Putat...so tepi jalan je..
Kat situ banyak gerai gerai makan...
Banyak juga pilihan makanan yang ada..
Diantara makanan yang aq cuba ....

Cendawan + kopok leko goreng = RM6.00 1 set
Meat Ball = RM10.00 (10 ketul daging, roti sekeping & kentang putar)
Kuih Keria Gula Melaka = RM1.00 ( 3 biji)
Takde limit nak beli selagi dia ada stock...hehehe
Kedai dia sebelah kanan kalau dari parking kete..

Mango Float Royale = RM5.00 ada ais krim
RM4.00 takde ais krim

yang ni Meat ball tapi dia bg roti bun

Mee Goreng Basah RM5.00
Kedai dia sebelah kiri kalau dari parking kete

Laksa telur bersarang RM5.00
Tapi aqu rasa suka lagi telur rebus dr telo dadar ni...muak aq rasa..
So ini saja JJCM aq kali ni...
Apa-apa pun Korang 
Layan Je..


Tuesday, December 19, 2017

Dalam Hati Ada Taman

Assalammualaikum....
Kalau nak diceritakan pasal sahabat memang ramai la kan
Kita kena cari sahabat yang susah sama susah, senang sama senang, menangis bersama, ketawa bersama...
Dikesempatan ini Nurin mengajak kami berkumpul dirumah dia di Jengka 2 Pahang.
Aq la yang sampai paling lewat sebab menunggu cik HB balik kerja kan...
Sambil tu aq terpikir gak nak beli kak viral tu sedap ke kan...

Ni la kek viral RM15.00 tu sedap juga rasanya...


Ni la sahabat aq
Dari kiri Ina, Aq, Nurin dan Dayang

Bila sebelah pagi kami ke belakang rumah untuk memunggut hasil kampung...

Petik pucuk ubi






Bergambar balik untuk kenang kenangan...
Terima kasih buat Nurin sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan kami
Ada masa kita jumpa lagi
Apa-apa pun korang
Layan Je
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...