Showing posts with label Kundasang. Show all posts
Showing posts with label Kundasang. Show all posts

20 February 2020

Percutian Ke Kota Kinabalu ~ Day 4 & 5

Hari ke 4 & ke 5 di Kota Kinabalu.
Tak ada apa yang menarik.
Plan asal nak ke Pulau Manukan tapi disebabkan hb tak berapa sihat, 
percutian ke pulau dibatalkan...
Selepas bersarapan di hotel kami pusing bandar KK saja.
Terus mencari car wash untuk mencuci kereta. 
Walaupun ini kereta sewa tak sampai hati pula nak pulang kan kereta dengan keadaan kotor...
Kesian ownerkan....
selepas tu kami pulang ke hotel...
Nadia pula keluar bersama Shaf...
Bila tengahari kami makan di mana entah la ku tak pasti...

 Rasa.. bagi aq tak menepati citarasa ku....
Maaf...
Bila waktu malam kami pusing di pasar malam biasala kan
Tujuan mesti la mencari cenderahati, kerongsang mutiara...
Jom layan...


 Brooch RM15 - 2 pasang....


 Butang baju melayu 3 - RM20.00

 Gelang dalam RM25- RM40

 Keronsang kecil RM35.00
Tapi pasar malam / pasar pagi RM30 je...
Rugi...huhuhuhu....


 Kerongsang kecil 13 biji RM10.00

Gelang - RM25.00

 Gelang - RM15.00
Halus hati hati jangan putus

Hasil jalaan.......


PERBELANJAAN HARI KE 4 & 5 (RM711.50)

Mutiara / Kerongsang - 300.00
Makan - 237.50
Car wash - 15.00
Massage - 60.00
Bas TBS - 53.00
Grab - 36.00
Musk - 10.00

BAJET PERCUTIAN DI KUNDASANG 5D4N (RM4,311.48)

Day 1 - 276.00
Day 2 - 367.30
Day 3 - 282.90
Day 4/5 - 711.50
Flight 4 orang - 1,214.28
Flight Nadia - 427.00
Myvi 4 hari + 3 jam - 470.00
Kiram's Village 2 malam - 300.00
Hotel Yomi 2 malam berserta sarapan - 262.50

Ini adalah perbelanjaan +- RM4,311.48 selama 5 hari 4 malam untuk 5 orang.
Kalau kawan kawan mungkin pandai bajet mungkin akan dapat kurang dari perbelanjaan ku.
Kalau nak jimat lagi rasanya booking la homestay yang ada dapur..
Boleh la masak sendiri kan jika pergi berkeluarga..lebih jimat.
Macam percutian ku yang mula mula sekali aq lebih gemar memasak bersama kakak ipar.
Terpulang pada kawan kawan...
Selera masing masing kan.
Ku harap dengan perkongsian ini dapat memberi serba sedikit gambaran kepada yang ingin ber kunjung ke Kundasang....
Lagi 1 mula mula aq berasa takut untuk membeli kerongsang dengan handcarry tetapi in sha Allah kastam ok je...
Aq tak booking luggage / kargo pun..semua nya handcarry. Dah nama percutian bajet jadi kita kena minimize  seboleh mungkin...
Selamat Bercuti...
TAMAT sudah... Layan...


Tips Of Borneo Tanjung Simpang Mengayau @ Kudat ~ Day 3


Setelah menempuh perjalanan selama 3 jam dari Kundasang ke Kudat, akhirnya kami sampai juga di Tanjung Simpang Mengayau atau dikenali sebagai Tips Of Borneo.
Ini bermakna sudah 2 kali juga kami sampai ke sini.
Kenapa aq sangguh menempuh perjalanan yang jauh untuk ke sini...
lihat lah keindahan ciptaan tuhan ni... sungguh mendamaikan ...
Dikejauhan sudah nampak globe tu.... mercu tanda Tips of Borneo...


Jauh juga la nak menapak dari parking kereta untuk sampai ke globe tu..


Lihat ini Laut China Selatan...






Akhirnya sampai juga aq ke sini...
Selalu lihat dalam peta je kan....

Kiri - Laut China Selatan
Kanan - Laut Sulu



Laut Sulu

Laut China Selatan



Dah puas bergambar.. jom balik...
Perjalanan diteruskan ke Pekan Kudat...
Untuk menikmati makan tengahari...
Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke KK pula...
Sampai di KK jam sudah pun pukul 7.00 malam..
Aq memilih Yomi Hotel kerana hotel ni strategik berdekatan dengan pasar malam, pasar filipine dan juga kedai kedai yang lain....
Esok kita cerita dimana kita berada....
Layan...
Jom......

Percutian Ke Kundasang ~ Day 3

Hari ke 3 adalah hari terakhir kami di Kundasang..
Selepas ini perjalanan diteruskan ke Kudat..
Masa ni cuaca panas terik...tapi jam baru kul 8.30 pagi....

Bergambar dihadapan pejabat Kiram's Village

Gambar semalam ku abadikan di sini...
hehehehe....

Perjalanan diteruskan ke Desa Dairy Farm...
Ramainya orang dah berkunjung di sini..
Digalakan datang awal pagi..

Sebelum masuk dalam kita bergambar membelakangkan gunung kinabalu sebelum awan menutupi keindahan gunung ini....

Dihadapan Desa Dairy Farm...



Kalau datang awal pagi dapat lah kita memberi susu pada anak lembu dan anak kambing,.
Boleh juga bagi lembu atau kambing makan rumput...

Ni harga dia...
Biar la gambar berbicara...

Hb bagi lembu minum susu...

Yang fatahul bagi lembu makan rumput..

Nadia bagi lembu makan rumput..

Minum susu pulak...


Bergambar di belakang ladang lembu...


Gelato Yogurt / chocolate - RM5.30

Susu Segar Besar - RM6.10
Susu coklat sederhana - RM4.20

Pizza - RM23.00
Sosej Cheese - RM2.70
Crispy Chicken - RM7.50

Ni sarapan kami la kiranya..
Harga disini di kena kan juga SST..
Harga yang ku tulis tak termasuk SST lagi ye..

Tiket DDF
Dewasa - RM5.00
Kanak - RM3.00

Habis je makan perjalanan diteruskan ke Kudat..
Dari Pekan Nabalu, aq mengambil alih memandu kerana hb tak berapa sihat hari tu...
Kemana kami nak pergi di Kudat tu...
Tunggu.....


PERBELANJAAN HARI KE 3 (RM305.90)

Sarapan DDF - 81.20
Lunch di Kudat - 54.00
Petrol - 40.00
Dinner K. Pak Din KK - 24.00
7E - 19.30
Orange - 3.40
Dobi - 11.00
Nadia - 50.00

Percutian ke Kundasang ~ Day 2

Cepat nya masa berlalu... Hari ini dah hari yang ke 2 aq berada di Kundasang..
Seawal jam 5.30 pagi dah pun bangun.. Selepas menunaikan solat subuh, kita golek golek la dulu...sekali jam dah pun 6.30 pagi...
Nadia panggil... mama jom tengok Gunung Kinabalu...
Apa lagi keluarlah aq ke kawasan Kiram's Village... Ya Allah cantik nya gunung kinabalu... Terkagum sebentar dengan keindahan ciptaan Mu....
Selepas tu balik semua ke cabin bersiap siap untuk menuju ke destinasi seterusnya....
Hari ni banyak dah agenda dalam minda ku. Hb n anak anak ikut je ke mana hala tuju....
Disebabkan aq menginap di Kampung Cinta Mesilau dah tentu la destinasi pertama Desa Dairy Farm...
Masa ni jam baru pukul 7.30 pagi.. DDF menerima pengunjung jam 9.00 pagi. Huh awal lagi...
Dah la belum sarapan pagi lagi.. Kalau turun ke Pekan Kundasang malasnya nak berpatah balik..
Bagi yang pernah berkunjung di Kampung Cinta Mesilau mesti tahu kan sukarnya jalan di sini...
Bukit dia...fuh...... mencanak weh.... Ada 1 hari kereta tak boleh naik mungkin pemandunya tidak mahir dengan selok belok jalan berbukit macam ini...

Apa apa kita bergambar dahulu sebelum orang ramai tiba..

Lengkap 5 orang peserta...
Hehehehe....

With my chenta hati...

No 3 - Fatahul...

My 3 heros...

Selepas itu aq buat keputusan meneruskan perjalanan ke Ranau kerana ada lagi sejam untuk di buka..
Esok je la kita ke DDF ni......

Sampai di Pekan Kundasang.. Berdekatan dengan roundabout ada penjual kuih...
Kita tengok apa yang mereka jual...

Bihun goreng RM1.00 tapi kalau ada telur tak pasti lak...

Donut
Macam kuih cakoi tapi inti kaya
Pau goreng inti kacang merah

Yang kuning tu tak tau kuih apa tapi ada rasa pisang..ok sedap
Karipap kentang kari
Donut
Harga kuih muih ni murah juga 3 ketul RM1.00 boleh campur...

Perjalanan diterus kan ke Ranau...
Meninjau kat mana ada kedai makan yang nak di terjah..
Sini kiranya banyak juga la Kedai mamak....

Kami singgah di Medan Selera Ranau...
D'sera Cafe...
Sebelum tu Nadia kata nak makan nasi lemak lauk sotong...
Kalau ada la ye...

Ini sarapan pagi kami...
Selepas itu kami menuju ke Poring Hot Spring Ranau.
Mudah je nak mencari nya...
Sepanjang percutian kami ke Sabah, kami banyak bergantung kepada waze dan yang penting kena la mencari sedikit info kan....Rajin rajin la terjah blog kawan kawan lain yang banyak menbantu sepanjang percutian... kerana ini dinamakan percutian backpacker kan....

Mesti ramai yang merakam kan photo disini kan...
Hehehe...

My baby booooo.... Alif..

Acara rendam kaki la konon nya...
Tapi pastu malas dh...kih..kih..kih...
Tiket Poring
Dewasa - RM3.00
Kanak - RM1.00

Selepas itu perjalanan diteruskan ke Kampung Luanti Ranau..
Apa lagi semestinya tempat wajib kalau ke Ranau kan....
iaitu Tagal Fish Spa Kampung Luanti Ranau...

Muka geli sebenarnya.....

Konon nya nak larikan diri ikan... sekali ikan tu menderu ikut diorg...
Hahahaha.... Fatahul paling teruk pengelinya....

Masa ni Fatahul berpelukan dengan abah...
Nasib la abah kuat menahan..kalau tak 2 2 kecebur dalam air.....
Konon nak elak kan dari ikan la....
adoiyai...letih tengok....
Tiket Tagal Fish Spa
Dewasa - RM5
Kanak - RM2
Camera / Hp - RM3

Selepas masa tamat perjalanan diteruskan ke Sabah Tea Plantation...
Masa mula mula aq datang jalan nak ke sini tanah merah berdebu je...
Sekarang ni jalan dah pun diturap dengan simen...
kira ok la kan......
Dan ada sesetengah tu masih baru diturap... 
Sabah Tea Plantation ni sebelah je dengan Tagal Fish Spa ni..
Nak ambil gambar disini ikut turn 
hahahaha....
I love Sabah Tea...

Bingkai frim ni baru lagi..
Hari tu aq pegi takde....


Yang ni teko love...
Kali ni aq pergi, ku abadikan kunci love di sini...
In sha allah kalau berkesempatan datang sini lagi...
boleh la lihat kunci love yang kami abadikan disini..
Harga kunci love Rm23.80..

Jom kita ke ladang...
damai sekali bila berada di sini....

Jangan dok ramai ramai nanti pecah...
ni bukan batu erk...
Macam gabus jek...

Di hadapan Restoran Sabah Tea...


Barang yang di jual di Kedai Sabah Tea...

Sabar menunggu jurujual membuka kunci love...
Jom kita coretkan sedikit kenangan di kunci love.....

Selepas selesai semuanya kami pulang menuju ke Ranau...
Nak makan tengahari...

Kami memilih kedai yang kami sarapan pagi tadi....

Habis kan kami mencari kedai dobi untuk mencuci pakaian...
Aq tak bawa banyak baju. Sepanjang percutian baju kami recycle semula..
Maklum la percutian bajet & bagpacker kan...
Redha je la....

Perjalanan diteruskan ke Pekan Kundasang...
Misi mencari beras bario kerana di pekan Kundasan lebih murah berbanding tempat lain....


Geram aq tengok daun bawang...gemuk 



Selesai membeli beras...kami menuju ke War Memorial iaitu sebelah kanan jalan nak menuju ke Kampung Cinta Mesilou....
Aq & hb naik sampai di gerai saja...Anak anak yang meninjau tempat selanjutnya....


War Memorial....
Tiket War Memorial 
Dewasa - RM3
Kanak - RM2

Dan destinasi terakhir kami pada petang ni ialah ke
Mesilou Cat House..
Nak ke sini susah sikit ye...
Jalan tanah je...bukan jalan bertar...
Kotor sikit la kereta...kalau hujan lagi teruk sikit la kot...


Tu cat house...

Nadia tengah bagi kucing makan labu bercampur dengan ayam..
Owner ni kata ni makanan kegemaran mereka...
Masa ni Fatahul mengeletik. Dia ni pengeli kucing...
Serabut la pulak aq rasa... hasih....


Habis je jam dah pun pukul 6.00 petang...
Cuaca pun dah gelap... Kalau semenanjung masa ni macam jam 7.00 malam...
Balik je ke cabin apa lagi mandi dan berehat sebelum cuaca benar benar sejuk....
Nak mandi pun seksa...
Water heater pun macam tak berfungsi ku rasa....
wow..... sejuk nya...naik beku muka....

Tiket Cat House 
Dewasa - RM4
Kanak - RM3

Lepas je magrib waktu semenanjung, kami keluar ke pasar tamu yang terdapat di Pekan Kundasang.
Ku rasa pasar tamu ni setiap hari khamis...
Sebab hari lain aq tengok takde pun...



Yang ni sebekas RM5.00 
Aq beli cheese tart & kek batik...

Hb beli goreng pisang...

Beli juga magi goreng..



Yang ni Mee Kari Laksa Udang RM7.00
Siap membeli apa lagi...jom pulang...
Sejuk dah ni...
Balik je cabin lepak diberanda sambil menikmati makanan yang dibeli di pasar tamu tadi...
Mata pun dah mengantuk seharian berjalan...
esok nak check out dah... jauh lagi perjalanan esok...
Jom tidur...
Layan...

PERBELANJAAN UNTUK HARI KE 2 (367.80)

Kuih Muih - 9.00
Sarapan - 24.00
Tiket Poring - 13.00
Tiket Tagal - 25.00
Minum di Tagal - 32.50
Kunci Love - 23.80
99 Speedmart - 39.00
Dobi - 11.00
Makan di Dobi - 17.00
Makan Tengahari - 34.00
Petrol - 40.00
Tiket War - 14.00
Tiket Cat House - 19.00
Beras - 30.00
Pasar Tamu - 35.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...