Showing posts with label Tauhu. Show all posts
Showing posts with label Tauhu. Show all posts

02 June 2022

Menu Bekal Pagi Ini Mi Goreng & Tauhu Sumbat

Pagi ni ku buat kan mee telur untuk Alif bawa bekal... kita ubah selera selalu beli maggi mamee tu je kan...Aku cuma rebus 2 keping je mee ni..ok la buat bekal ngn makan Alif bila balik sekolah nanti...
Bila Alif tengok aku goreng maggi terus dia kata Alif nak makan sikit kat rumah...

Ni la pinggan Alif....

Yang ni lak menu bekal aku..
Menu sihat... tauhu tu aku goreng dalam AF je...senang...
Timun tu aku keruk je pakai pisau yang orang buat kerabu mangga tu...halus je kan...



Yang ni bekal Alif ke sekolah...Aku tambahkan telur mata sebiji..


Ini la rupa nya mi telur...Mi ni datang nya dari Indonesia...Ada loga Halal..So makan tanpa was was la kan...Untuk sebungkus macam ni ada3 keping maggi berharga RM1.60.
Dengan ekonomi macam ni semua naik harga...Contoh nasi goreng ayam kat rumah aku tu hari tu RM6.50 sekarang dah RM7.00
Macam mana la rakyat nak meneruskan kelangsungan hidup...barang naik...tapi gaji tetap sama...
Achaner tu........








 

 

15 June 2020

Yong Tau Foo Steamboat

Rasa teringin nak makan yong tau foo versi kuah sup ni kan.,
Nak beli kedai tak buka la pula..
Semenjak kita di kena kan PKP ni kan...
Jadi ku cari bahan bahan steamboat ni di Pasaraya CB je belakang maybank tu je...
Disana banyak pilihan.
Pilih je yang mana berkenan di tekak kan...


Ku buat untuk sarapan pagi.
Tukar selera kita makan steamboad pagi pagi ni.
Apa apa pun Korang
Layan je

29 January 2020

Cara Buat Tauhu Bergedil Viral

Jumaat lepas dah buat tauhu bergedil, hari ni sabtu 25/01/20 ku buat lagi untuk menu pot luck ke Janda Baik. Kali ni dapat tauhu kering yang saiz kecil sedikit dari semalam tu....
Dalam 1 plastik ada la 12 biji RM2.20 seplastik.

Tauhu bergedil yang dah siap....

Tauhu Kering bersaiz kecil

Bahan bahan yang dah di gaul bersama

Siap untuk di sumbat....

Siap goreng

Boleh la kita ngap je...
Sos kicap power mercik.....
hehehehe....
Layan Je...

Tauhu Bergedil Obes

Jumaat minggu lepas sempena cuti tahun baru cina, kebanyakan syarikat mula menutup operasi pada hari jumaat la kan, jadi ini adalah percubaan buat kali yang ke 2 ku buat tauhu bergedil ni.
Sebenarnya aq mmg minat sekali dengan tauhu bergedil ni lagi lagi kalau kena sos nya yang menepati cita rasa ku...Selalu beli kat area ofis dengan harga RM5 6 ketul dengan sos kicap nya yang perh.......
apa lagi buat la sendiri kan nk makan lebih sikit boleh...ada juga ku jadikan frozen...senang kan..nak makan tinggal goreng je lagi...
Jadi jumaat lepas gigih ku ke Hero membeli bahan bahan untuk membuat tauhu bergedil ni..
Dapat pulak tauhu yang besar.... lagi la nikmat bila makan....

Puas makan sebab gemuk gemuk kan....



Tauhu bergedil bersama kicap cili...

Resepi Tauhu Bergedil Cara Aq...

~ Tauhu kering (sebungkus RM3.40  ada dalam 20-22 ketul - beli kt Hero)
~ Kentang dalam 5 biji rebus - lecek..
~ Bawang hollen -1
~ Bawang goreng - beli dah siap
~ Daun sup potong halus
~ Daging Kisar
~ Garam, Lada Sulah, Lada Hitam
~ Telur 

Cara - Cara
Tumis bawang, masuk kan daging kisar
Masukan serbuk lada hitam, lada sulah, garam

Campur kan bahan tumis tadi ke dalam kentang yang dh di lenyek
Masukan daun sup, bawang goreng
Kacau sebati

Tauhu di potong X keluar kan isi ada tu aq tak keluar kan pun sebab tauhu kering ni dalam dah lopong.
Sumbat kan kentang yang bercampur tadi ke dalam. buat padat padat baru sedap

Celup dengan telur yang dh siap di kocak

Goreng

Sos Cili Kicap

Kicap
Cili Api Merah
Gula
Air untuk jalan kan blender
Masak sampai pekat (ikut korang la nk mcm mn)
Rasakan manis masin tu

SELAMAT MENCUBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...