Showing posts with label Nasi Kukus Cik Ros Banting. Show all posts
Showing posts with label Nasi Kukus Cik Ros Banting. Show all posts

12 June 2024

Ke Kerepek Ros Banting

 Balik je dari Rumah Abang Jamil, Aq ke Cun Cun Corner....
Minum je dengan sambung perbincangan.....
Lepas tu kami pun balik.
Aq mengajak Emma jalan jalan...
Jom kita ke Banting. Sampai di Banting kami ke Nasi Kukus Cik Ros...
Kata budak tu ayam dah habis kalau nak tunggu kul 7 baru ada...
Sekarang ni harga kat Nasi Kukus Cik Ros ni dah RM5. Menu rahmah...

Bila takde pilihan perut pun dah lapar makan apa yang ada je...

Ni aq punya 
Fish n Chip RM5

Ni Emma punya
Chicken Chop RM5


Lupa lak aq nak ambik gambar kerepek masa kat Kerepek Ros tu...
Pilih punya pilih lagi hari dah malam...aq terkejear kejar nak balik KL lagi kan...
Ok la selfie je ngn Emma dalam kereta....



29 August 2022

JJCM ~ Nasi Kukus Cik Ros Banting

 Dari KL Sentral terus ke Banting. Dalam perjalanan dah cakap ngn hb rasa nak makan nasi ayam penyet... ok la hb kata kita ke Banting situ pun ada jual juga kan....Sampai je kami kat  Banting orang tak ramai lagi tapi lepas je kami duduk orang menderu deru datang...

Ni nasi minyak ayam masak merah RM8


Ayam penyet RM9. Tapi bagi aku nasi ayam sedap terasa nasi nya
Untuk ayam nya pula kosong...rasa mcm celup tepung goreng gitu macam goreng pisang
Tawar tak rasa rempah ratus nya....


Yang ni nasi tomato ayam masak merah...
RM8 


Bubur nasi RM3.00
Bagi aku la kalau la harga dah naik sekali pun...tolong la perbaiki masakan tu...
Aku bukan la pertama kali makan kat sini...Semalam bila makan rasa kehilangan...
Mana rasa yang aku pernah makan sebelum ni....Macam ayam masak merah tu pun pedas selalu tak la macam tu punya pedas... ni ayam masak merah bukan ayam sambal ye....
Boleh tengok perbezaan yang aku makan dulu ngan sekarang kat SINI
Siap aku rekemon sangat makan nasi ayam penyet ni...

12 August 2020

Makan Tenghari di Nasi Kukus Cik Ros Banting @ 26/07/2020

 Cerita hari ahad ku pula, dah semalam seharian berjalan, hari ni pun berjalan lagi, hajat di hati nak ke Kerepek Cik Ros Banting. Minggu ni kan nak raya haji dah... Bila sampai ramai nya orang, beratur panjang dan stok kerepek banyak dah habis. Kerepek kegemaran juga dah habis begitu juga dengan cookies kegemaran...Dah pusing pusing aq mengajak hb balik dan singgah makan di Nasi Kukus Cik Ros. Macam la kalau ke Banting kedai ni la menjadi pilihan hati untuk menjamu selera.

Ni nasi ayam penyet untuk aq RM5 recommen  sessangat....

Ni nasi ayam kukus RM5 untuk HB

Ni nasi tomato ayam masak merah RM5 untuk Alif.

Portion nasi dan ayam ni memang besar. Boleh makan 2 orang tapi dah kami ni ada citarasa masing masing, order la sorang 1 kan... Tak boleh habis la aq nasi yang banyak tu....
Bila dah kenyang, Jom balik....
Layan...


27 November 2018

JJCM @ Nasi Kukus Cik Ros Banting

Bila petang minggu duduk di rumah mula la bosan, Makan tengahari pun belum lagi...
Lepas je zohor, aq ajak hb menghala ke Banting, misi utama semestinya makan di Nasi Kukus Cik Ros, Banting. Sebenarnya aq selalu je makan kat sini cuma aq tak cerita kan di blog ni saja. Jadi kali ni aq berkongsi lagi 1 tempat makan yang wajib korang cuba bila datang ke Banting..
Lokasi NKCR ni senang je. Kalau dari KL menghala ke Pekan Banting, anda akan temui Hospital Banting selepas itu boleh lihat signboard Imigresin Banting...Jumpa trafic light belok kiri...
NKCR ni betul betul menghadap Jabatan Imigresin Banting. 


Alif makan bubur kacang..

Chicken Chop RM5

Tapai Ubi RM3.00

Lihat harga yang tertera...

Lihat Alif makan Chicken Chop...sempoi je pakai tangan kan...
hehehe..

Aq pun makan Chicken Chop juga, Hb cuma makan Tapai Ubi, tapi kami makan bersama sama juga la kerana portion Chicken Chop ni boleh tahan besar juga...dengan harga RM5 sangat sangat la berbaloi...
NKCR ni sebenarnya banyak cawangan tapi aq paling suka pergi di cawangan Banting kerana disini pelbagai makanan semua ada.
Nasi Minyak + Ayam Masak Merah
Nasi Tomato + Ayam Masak Merah
Nasi Kukus + Ayam Goreng Berempah
Nasi Kerabu + Ayam Goreng + Solok Lada
Chicken Chop
Pasta
Bolognese
Char Keo Teow
Laksa
ni semua RM5 sahaja

Nasi Putih + Ayam masak Lemak Cili Api - RM6
Air Sejuk - RM2
Tempe, Paru - RM1

Maaf, lupa pula aq nak ambil gambar menu kat sini.
Tapi korang boleh pergi mencubanya, memang tak rugi.
Cara nak memesan pula.
Korang boleh la pergi beratur untuk membuat pesanan.
Selepas itu cashier akan beri resit.
Dari resit tu korang boleh nampak no pesanan korang.
Dah bayar tu korang duduk je kat mana, sampai la no pada resit tu akan mereka panggil.
Untuk air pula, korang ambil bil yang dah dibayar tu, tunjuk pada yang jaga air tu apa air yang korang nama...apa apa air pun harga tetap sama RM2.
Kalau korang pesan makanan yang mudah cepat la dapat ye...kalau mcm chicken chop, keo teow lambat la sikit dapatnya.
Lepas ni kemana pula hala tuju perjalanan kami....
Tunggu.....

Apa-apa pun Korang
Layan Je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...