Showing posts with label Maggi. Show all posts
Showing posts with label Maggi. Show all posts

30 August 2022

Maggi Kari Dinner @ 28/08/2022

 Hari ahad yang lepas... lepas balik dari Banting, hujan je...bila hujan perut mula la lapar kan....
Untuk mereka dah makan spaghetti yang siang tadi punya...Nadia ada juga masakan maggi kari ni untuk mereka... Untuk mama....takpe nanti mama masak sendiri... 
Selesai melipat baju yang bertimbun tu.... Aku pun mula la projek masak maggi kari ni... 
Nak ikut kan dah lama aku tak makan maggi kari ni...Malam ni aku rasa nak makan la mungkin sejuk sejuk hujan ni kan.... 


Selalunya maggi kari aku memang meriah segala macam benda yang ada dalam peti ais aku buh...
Untuk mereka cukup sekadar pecah kan telur je....

RESEPI MAGGI KARI 

Sebungkus maggi kari
5 biji fish ball
1/2 batang karot
1/2 biji tomato
2 batang crab stick
1 biji telur
Sedikit daun ketumbar
Bawang goreng

~ Didih kan air.
Masukan karot fish ball
Lepas tu masuk kan maggi
Bila dah maggi dah lembut, pecah kan telur, masukan juga perencah maggi
Masukan crab stick dan juga tomato
Siap masak hiaskan dengan bawang goreng dah juga daun ketumbar

19 May 2022

Dinner Semalam Maggi Je @ 18/05/22

Dari ofis lagi aku dok mikir nak makan apa la malam ni...Malasnya nak makan nasi..Kat rumah memang banyak stok maggi ni pelbagai perisa..Kang tak dihabiskan nanti expired pula...
Sampai rumah tanya Alif nak makan apa....Seharian aku dah makan nasi impit dengan daging masak hitam kan...so tukar selera la pula....


Maggi goreng ni untuk Alif...
Maggi goreng perasa cili kampung...tapi tak pedas mana pun kalau nak dibandingkan dengan maggi goreng perisa sambal......Alif nak juga telur mata cair 1 ye mama...
Okeh......



Ni untuk aku...
Mamee Chef perisa lontong...kalau jenama mamee aku memang suka perisa ni sedap sangat...
Untuk aku harus la ku letak kan pelbagai bahan sawi, fishball, fishcake, sosej, crab stick dan juga telur mata...baru la syok makan kan....kenyang weh....


Yang ni untuk hb...
Disebabkan aku ni mempunyai penyakit resdung memang aku tak boleh makan maggi perisa udang ni..kot makan lepas tu kena telan ubat alergik la jawapnya....
Ni maggi perisa udang...aku cuma letak fishball, fishcake, sosej, crabstick dan juga sebiji telur mata.
Hb tak mo sayur...tabur kan dengan daun sup...
Sedap hb kata...kenyang sangat...









15 June 2020

Sarapan Nasi Goreng ~ Lockdown Day 2 Phase 2 @ 02/04/20

Sarapan pagi untuk hari ini.
Nasi goreng campak campak.
Ada lebihan nasi malam tadi.
Tak mo membazir kan
Kujadikan nasi goreng buat diri ku...





Yang ini pula maggi goreng dan juga nugget untuk anak anak yang dok lena dibuai mimpi lagi
Apa apa pun Korang
Layan Je....

18 March 2020

Maggi Goreng Di Pagi Rabu 18/03/2020

Hari ini 18/03/20 sehingga 31/03/20 bermulanya perintah berkurung dek keran virus Covid-19 yang semangkin membimbangkan rakyat. Dan sepatutnya minggu ini aq akan pulang ke kampung tetapi aq terpaksa membatalkan niat kerana kebimbangan virus ini.
Dah la KL dan Selangor berada ditahap yang membimbangkan....
Kepada semua rakan rakan yang sudah pun merancang perjalanan anda mohon dibatalkan saja..
Kita tangguhkan dahulu ye...Bila dah reda semua keadaan pun dah baik pulih seperti sediakala boleh la kita mulakan semua aktiviti macam biasa.
Bagi syarikat tempat aq bekerja kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan..
Jadi hari ni kumpulan aq bercuti..so esok kerja...berselang selang la kiranya..
Jadi pagi pagi dan tentu la aq tak boleh nak keluar kan...
Aq pun masakan la maggi goreng untuk kami sekeluarga.

 Macam biasa sarapan pagi aq
Mesti semug essenso coffee, sepiring buah dan juga sepiring maggi goreng


Kalau nak tahu resepi nya, boleh la rujuk di post aq sebelum ni...
Jemput makan ye....
Kalau kita masak sendiri sekurang kurang nya kita dah tergolong didalam orang yang berjimat cermat...
Betul kan....
Layan...

Maggi Goreng Menu Pagi Isnin 16/03/2020


Hari ni di pagi isnin...
Aq macam biasa...
Sememangnya aq akan bersarapan dirumah saja sebelum pergi kerja.
Nikmatnya bila di makan bersama semug coffee essenso ......
Disebabkan stok maggi je yang ada....ni je la yang aq buat.....




Ni pinggan aq.....

Jom tengok resepi maggi goreng cara aq...

BAHAN - BAHAN NYA

5 keping maggi ( ku guna jenama cintan)
Semangkuk kecil udan
Semangkuk kecil kobis
2 biji telur - goreng hancur
2 sudu cili boh (cili kisar dah habis)
4 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 kiub ayam maggi
1 sudu serbuk sesedap rasa
3 biji bawang putih - di cincang

CARA - CARA NYA

1. Rebus maggi dah lembut siram di bawah laluan air paip dan tos kan
2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
3. Masukkan cili kisar
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kiub ayam
5. Masukkan udang dan telur
6. Masukkan maggi kacau
7. Akhir sekali masukkan kobis dan serbuk maggi
8. Kacau sebati....Rasakan garam
9. Dah siap....

04 March 2020

Maggi Kari Ketam... Yummy.....

Lepas buat nasi goreng, ku buat pula maggi kari ketam..
Nak beli dan berapa RM kan.
Kebetulan semua bahan ada dirumah...

Maggi kari ketam...
Ketam tak la besar mana..
Tapi boleh la nak layan makan kan...


Makan pula bersama semug milo kosong..
Nikmat berganda ganda ooooo...
Jom layan resepi aq...

BAHAN BAHAN NYA

1 Paket maggi kari
2 sudu sos cili
5 biji fish ball
3 biji taufu kering - yang guna buat tauhu bergedil tu - potong 2
1 biji telur
Sayur pak choy & kobis 

CARA CARA NYA

1. Masukkan 2 cawan air - ku guna cawan ikea
2. Bila dah mendidih masukkan ketam
3. Balik balik kan ketam biar masak sekata
4. Masukkan mee maggi dan perencah nya
5. Masukkan sayur fish ball & tauhu kering
6. Pecah kan telur
7. Akhir sekali masukkan buah tomato dan tutup api.
8. Jangan biarkan atas dapur nanti panas dapur akan membuatkan kuah menjadi kering
9. Dah sedia untuk dimakan



1/2 biji buah tomato






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...