Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

11 January 2023

Cheese Tart Order Dari Ida

2 Hari lepas Ida WA aku....
Kak... nak order cheese tart 3 box... Aku kata kan...ok.....
Lepas tu pagi sabtu Ida mesej lagi... Kak nak 4 box la....
Alhamdulillah rezeki masuk lagi....
Terima kasih Ya Allah... rezeki yang tak salah alamat nya.....
Kebetulan kami pun dah lama tak makan cheese tart ni.... So kira dapat la kami merasa nya juga...
Dah ada Fatahul ni... boleh la Fatahul makan sekali kan...
Selalu nya aku akan siap kan shell tart sehari awal. Tapi disebabkan hari jumaat aku memang tak larat nak bangun. Bila aku sakit tekak macam ni la teruk nya...
Lepas je makan ubat aku terus lena. Tapi hari sabtu tu dh rasa ok sikit... Ku gagahkan jua menyiapkan tempahan Ida. Dah la cheese tak beli lagi... Pagi pagi aku dah bangun buat shell tart tu bukan la senang nak tunggu shell tu masak... Bila tray yang terakhir aku tinggalkan... Terus ke Hero membeli cheese dan juga sedikit sayur untuk makan tengahari nanti...
Mula mula Ida nak pukul 2 tapi aku kata pukul 1 la....
Nasib baik...rupanya aku tak dapat nak siap kan dalam pukul 1.
Ngam ngam pukul 2 baru settle. Itu pun Ida dah mesej tanya, cheese tart mana kak...
Allah... Maaf Ida... Alif dah otw hantar...


Cheese tart aku ni, cheese tart bajet je...
Sekotak RM30 ada 25 biji. berinti kan jem blueberry....
Syukur...Ya Allah rezeki hari ini...

13 May 2022

Cornflakes Florentine Cookies

 Semalam gigih aku siapkan Cornflakes Florentine..
Ku tunaikan hajat sepupu..Masa raya hari dah tanya mana cookies aku....
Ala aku tak buat la sibuk je aku ni...


Kalau tengok mudah je...tapi penuh kesabaran silap silap bila buka je berderai....
Yang mana berderai tu kutip masuk mulut la.....
Adoiiiiii.......

29 April 2022

Cookies Ku Yang Ke 3 ~ Biskut Arab Kristal

 Lepas berbuka aku mula kan cookies ku yang ke 3...
Konon mula nya nak buat 2 jenis, biskut sarang semut dan arab...boleh pulak lupa beli butter...Lahaiiiiiii... takpe la kita buat arab je sejenis pun jadi la pada takde langsung kan....



Biskut ni mudah je...gula castor yang halus nampak macam kristal je....Cuma 3 bahan je...
Mudah kan...

RESEPI BISKUT ARAB KRISTAL

1 Tin minyak sapu (tin kecik)
1/2 cawan gula kastor
2 1/2 cawan tepung gandum

~ Masukan kesemua bahan... ramas ramas sebati..
Kalau lembik tambah lagi tepung sampai rasa cukup...
Bahagi kan pada 3 warna
Bulat bulatkan saiz guli dan camtum kan ke 3 warna tu
Bakar suhu 170C selama 25-30 minit
Dah masak golek kan dalam gula kastor dan buh dalam papercup...
Siap..

28 April 2022

Cookies Ku Yang Pertama

 
Tahun ni lambat pula aku mengookis...Selalu awal ramadhan dah buat..
Mood mengookies tak sampai lagi..Tapi bila kenangkan eh dh tak lama dah nak raya kan...
Malam ni lepas berbuka ku gagahkan diri mengookies....

Cookies yang pertama ku buat coklat chip...Cookies ni anak anak memang suka makan..Ranggup je bila digigit....




Cookies yang ke 2 pula ku buat Semperit susu. Disebabkan rakan pej juga nak kan 1 balang.. ku buat la juga..baki nya untuk makan sendiri la..



Dapat la 2 1/2 balang coklat chip
dan 1 balang untuk kawan
lagi 1 1/2 balang untuk aku....

Jadi la kan...jimat banyak dah tu...

RESEPI BISKUT COKLAT CHIP

250g butter
1 1/2 cawan gula perang ( aku ganti kan 1 1/4 cawan je)
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
6 sudu minyak
2 cawan coklat chip

Campur kan butter, gula perang kacau sebati tak perlu pakai whisk
Kemudian masuk kan telur dan juga esen vanilla
Bila dah sebati masukan tepung..kacau hingga rata
Masukan 6 sudu minyak
Dan akhir sekali masuk kan coklat chip
Simpan adunan dalam peti sejuk dalam 1 jam
Aku stgh jam je...
Sudu kan saiz sudu kfc dan bakar 170 C selama 25 minit
Bergantung oven masing masing....
Nak lagi ranggup bakar sampai garing....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...