Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

09 March 2023

Siakap Stim Dinner Semalam

 Malam ni aku buatkan ikan siakap stim. Ingat nak buat untuk Nadia juga.
Tapi Nadia tak mo makan kata nya masih kenyang. Lunch tadi makan lewat. Jadi aku buatkan siakap stim tu untuk Alif dah hb. Cara aku buat siakap stim bukan la aku stim pun cuma aku menggunakan kaedah rebus je.... Semuanya aku lambak dalam kuali. Aku lebih suka ikan siakap yang berkuah sikit.
Lagi pun kuah stim ni sedap. Ada rasa masam, masin, manis dan juga pedas....
Nanti aku kongsikan resepi kat sini ye...

Aku buat bahagian ekor je...
Ingat kan Nadia nak. Jadi aku simpan balik la bahagian kepala tu...

Aku juga gorengkan telur dadar.... Telur dadar ala thai...
Sedap juga kata hb... kalau makan telur dadar ni berserta sup kosong sambal belacan dah jadi nasi bujang..... Ada juga baki ikan sardin 2 ketul bahagian kepala... Aku cuma makan ikan sardin ni je...
Mak mak la kan...sayang nak buang lauk kita habiskan je jangan basi sudah la....
Syukur Alhamdulillah...
 Jom tengok resepi siakap stim aku....

 RESEPI SIAKAP STIM

- Ikan siakap
- 1 biji bawang hollen
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- 5 biji cili api nak pedas ikut selera
- 2 biji limau nipis ambil jus nya
- 1 kiub ikan bilis
- 2 sudu sos ikan
- sedikit gula
- sedikit garam
- 1 biji buah tomata
- Daun ketumbar

CARA - CARANYA

- Semua bahan dihiris, akar ketumbar juga diambil
- Masukkan kesemua bahan kedalam kuali kecuali tomato dan daun ketumbar
- Letak air terpulang banyak mana kalau nak berkuah lebih ke
- Masukkan ikan
- Rebus ikan sampai masak
- Akhir sekali masukkan buah tomato dan juga daun ketumbar.

26 January 2023

Siakap Stim Ala Thai @ 21/01/23 ~ Chinese New Year Eve

 Sabtu pagi lepas je subuh aku ajak Nadia ke Pasar Segar Din Taman Medan. 
Nak beli lauk pauk sebabnya aku akan bercuti panjang. Nanti mesti takde lauk kat pasaraya.
Masa nak keluar rumah cuaca gerimis je. Nak tak nak kena la pegi...
Hari ni aku beli pelbagai jenis ikan... daging, udang, sotong.
Puashati bila esbox penuh dengan bahan mentah.
Disebabkan Nadia tak kerja.... boleh la aku masak lambat sikit.
Aku buatkan siakap stim ala thai versi aku..Hehehehe....



Dah penuh tabur ngan daun ketumbar. 
Ikan siakap ni sekor aku suruh kedai tu potong 2.

SIAKAP STIM ALA THAI

- Seekor ikan siakap potong 2. 
- 1 biji bawang holen
- Cili api secukupnya
- 1 inci halia
- 2 batang serai diketuk ( aku tak letak...lupa beli)
- 2 sudu sos ikan
- 1 kiub ikan bilis
- Sedikit gula
- Sedikit aji
- Garam secukupnya
- 1 biji limau nipis ( ambil jus)
- 1 biji tomato
- Daun ketumbar.

CARA - CARA

- Kesemua bahan dipotong masuk kedalam kuali kecuali tomato dan sedikit daun ketumbar
- Masukan air. Terpulang kalau nak berkuah lebih kan air
- Bila kesemua dah mendidih..Masukan ikan...dan di tutup dengan tudung periuk...
- Biarkan ikan masak sekata.. Dan dibalik sekali saja... Banyak kali nanti hancur
- Letak tomato
- Bila dan masak kaut letak dalam pinggan. Taburkan dengan daun ketumbar.

** Dalam ertikata lain... nama je ikan siakap stim.
Kaedah memasak aku ala ala merebus. 

04 January 2023

Dinner Kami Semalam @ 03/01/2023

 Balik je kerja aku terus keluarkan ikan keli.
Goreng garing garing. Semalam aku dah pun sediakan sambal cili api yang dah siap siap aku kisar.
Balik kerja semalam tinggal nak tumis je lagi.
Masak nasi panas panas... kena pula lauk macam ni.
Berselera hb dan Nadia makan. Mama tak makan ke tanya Nadia.
Tak la mama diet...hehehe...
Alif pula tido kepenatan sebab semalam bermula nya sesi persekolahan yang pertama.
Alif bangun dalam kul 10.00 malam.
Mama ni lauk sapa.... tu lauk Alif...Alif habiskan la ye....
Cuci pinggan n kemas meja lepas makan.
Ok mama.... 
Aku pula lepas je solat isyak.... lena diulit mimpi.....
Penat seharian mata berjaga lebih dari 18 jam...
Erm.... ni la orang kata...mak mak la sangat kan...
Berkorban demi keluarga....


Ikan keli goreng masak sambal belado.... 
Goreng garing dan kering kering macam ni....
Alhamdulillah.... syukur pada Mu... nikmat rezeki yang dikurniakan...

20 March 2020

Menu Tengahari - Lewat Makan Hari Ini 20/03/2020

Disebabkan siang tadi makan masih kenyang, pukul 2.00 baru aq masak makan tengahari.
Bila dah siap masak ku tanya kepada yang lain..masing masing tak mo makan lagi..masih kenyang.
Hb kata makan makan kang gemuk lak...Nanti la makan..tido dulu...
Erm... aq pun apa lagi layan cite tamil la ye..best pulak tu...
hahahaha....

 Ni menu aq...
Telur ikan tenggiri masak lemak cili api
Udang goreng kunyit sos tiram
Ulam salad.

 Telur ikan tenggiri masak lemak cili api

Udang goreng kunyit sos tiram

RESEPI TELUR IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API

1 kilo telur ikan
5 biji cili api
2 biji bawang
1 batang serai
4 keping asam keping
1 kotak santan
2 sudu serbuk kunyit

CARA - CARA NYA

1. Semua bahan dikisar dan masukkan kedalam periuk
2. Masukkan sedikit santan
3. Masukkan asam keping, garam, gula
4. Bila dah mendidih masukkan telur ikan
5. Akhir sekali masukkan santan.
6. Dah pun siap.

RESEPI UDANG GORENG KUNYIT SOS TIRAM

1/2 kilo udang
Serbuk kunyit
Garam
2 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang merah dihiris
1/2 bawang hollen dihiris
1 sudu sos tiram
1 sudu serbuk maggi
Kacang buncis

CARA - CARANYA

1. Tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan udang yang dah pun di letak garam dan serbuk kunyit
3. Masukkan kacang buncis & bawang hollen
4. Masukkan sos tiram dan juga serbuk maggi
5. Dah siap....

04 March 2020

Ikan Tenggiri Masak Asam

Salam pagi rabu...
Lama nya aq tak buat ikan masak asam..
Pagi - pagi aq dah masak resepi ni. Macam biasa la aq memang bawa bekal ke pejabat.
Ikan tenggiri ni pula aq kirim dengan Nurin yang pergi ke Labuan...
Haaaaa jauh kan ikan ni datang...


Aq hanya masak 3 ketul je ikan ni..Cukup la tu.
Malam kang masak yang lain pula..
Jom tengok resepi masak asam cara aq...

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

3 ketul ikan tenggiri
1 biji bawang putih
2 biji bawang kecil
1 inci halia
1 sudu pes asam jawa adabi
1/2 bawang besar
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
1/2 biji tomato
Gula, Garam, serbuk kunyit.

CARA - CARA

Ikan dilumur bersama garam dan kunyit - goreng
Tumiskan bawang halia yang dicincang
Masukan asam jawa, garam dan gula
Kemudian masukan air, cili dan juga bawang yang di mayang
Bila sudah mendidih masukan ikan dan juga tomato
Dah siap.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...