Showing posts with label Kedai Tomyam Jalan Kebun. Show all posts
Showing posts with label Kedai Tomyam Jalan Kebun. Show all posts

03 January 2024

Makan Malam Di Bagus Tomyam

 Petang nya pula aq keluar dengan hb...
Anak anak tak nak ikut...
Kami ke Jalan Kebun Shah Alam.... Macam biasa mesti singgah kat Kedai Bagus Tomyam ni.
Kat sini ada pelbagai menu dari Thai...

Hari ni aq cuba nasi Krengkeng....
Pelik kan nama tu...
Nasi ni akan dihidangkan dengan telur mata dan juga sotong yang digoreng kunyit pedas..
Ni aq rekemon sangat...


Keo Teow goreng seafood basah untuk HB....
Hb memang suka makan keo teow goreng basah seafood.
Untuk Alif aq bungkus kan Nasi goreng Thai...Kata Alif sedap sangat...Alif suka..
Nadia tak perlu sebab dia dah beli nasi ayam gepuk.....


04 July 2022

Makan Di Kedai Tomyam Jalan Kebun

 Lepas habis kenduri kami ke Damansara Damai jumpa dengan penyewa untuk di serahkan perjanjian sewa. Dah selesai semuanya hb tanya lepas ni nak kemana lagi...Aku kata jom kita ke BWY Kota Kemuning nak cari balang sebab aku nak mendeko barang barang dapur aku... Nanti dah siap aku kongsikan ye... Setelah selesai hb tanya lepas ni nak kemana lagi...aku kata kita ke Banting la makan nasi Kukus Ros lama kita tak makan... tetapi dalam perjalanan nak ke sana kami melalui Jalan Kebun. Selalunya kami akan singgah makan kat sini...Nak ikutkan aku ni masih kenyang lagi makan masa kenduri tu....tapi ku turunkan juga la sebab nya Alif n hb dah tentu la lapar kan.. Masa di Damansara Damai sempat la beli kan burger daging untuk mereka....

Nasi Goreng Yala...
Nama kemainkan...tapi bila korang ke Hatyai takde pun semua ni....
Hehehe...macam ni special kat Malaysia je aku rasa....
Nasi Goreng Yala ni ada udang dan juga telur dadar yang dihiris hiris kecil...
Masa nak makan perah kan limau...sedap nya....Aku suka sangat dengan potongan cili kicap dia pedas pedas masin masam semua ada...

Maggi Goreng
Yang ni untuk Alif, Kenyang dah kot sebab dalam kereta dah makan burger kan

Keo Teow Goreng Udang
Yang ni hb punya...hb memang tak suka makan keo teow yang di buh kan dengan ayam...
Tak suka kata nya. Ayam tu rasa tawar je...
erm....senang cite kot makan je buh la seafood kan...
Gitu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...