Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

01 November 2022

Sarapan Hari Minggu Di Mee Goreng Hassan Tengkera

 Hari ahad nya... malas nak keluar awal pagi bersarapan... 
Kita makan lewat sikit la erk terus check out.. hb kata ok je....
Semalam sebelum tidur dah cakap kt hb esok kita sarapan kat mee goreng bodo erk....
Jangan la pelik kot dengar mee goreng bodo ni... bukan la makan jadi bodo...
Maksudnya mee ni digoreng takde apa apa buh togeh je....orang kan selalu kata...
ala aku buat nasi goreng bodo je... bihun goreng bodo je...
Kot orang dengar mak aiiiii kasar nya bahasa...hehehe tapi tu la kan bahasa kita seharian...
Kami sampai dalam 10 lebih tak la ramai orang. kot mai pagi pagi mau beratur panjang tu...


Ni mee nya...takde apa kan..
tapi tetap ada rasa kat situ. pedas pedas gitu....


Sebabkan kami 3 orang..jadi sorang 1 la

Ni la menarik nya...telur yang digoreng dalam minyak cili so ada rasa pedas pedas tu...
diorg bagi telur buh dalam piring kita la yg buh timun ngan cili tu...
Tak nak buh pun takpe....
Cari nak beli nya...
Telur ni korang kena beratur ambil kat kaunter gorengan tu... Mee nanti diorg hantar kat meja...
kot 1 meja ada 3 orang dia bg la 3 pinggan..tapi kot korang jenis nak makan lebih boleh je tanya...bang nak mee 5... ada je sorang tu makan sampai 3 pinggan mee... 
Ikut pada perut korang la...Aku mula2 nak 2 tapi bila pikir lepas ni nak p ke Warung Hajah Robiah balik.....nak sambung makan kat situ...
Makkkk aiiiiii... hb kata kot la ada orang yang tadi makan kat sini pastu makan kt warung Hajah Robiah mesti kata...kuat nya orang ni makan...
Lantak la.........hahahaha...

Sarapan Pagi Sabtu Di Warung Hajah Robiah Limbongan @ 29/10/2022

 Hari sabtu lepas seawal jam 6.00 pagi aku dah bertolak ke Melaka.
Tujuan nya nak bersarapan di Warung Hajah Robiah Limbongan Melaka.
Selalu nya kalau kami ke Melaka memang akan makan di sini. Disebabkan kedai ni dah pun terkenal...selalunya ramai orang dan susah la nak jumpa meja kosong. Kena la berdiri menunggu meja atau pun tumpang je mana meja yang takde orang tu... 
Aku sampai je Melaka masa tu dalam jam 7.45 pagi. Bila je sampai hujan selebat lebat nya. Nasib la dah masuk dalam kedai. Bila dah hujan tu ramai la pelanggan yang tak sampai lagi. Banyak juga la meja yang kosong.  Kalau makan kat sini mudah je... korang cari la meja..tengok no pada meja tu... 
Lepas tu pergi la ke gerai gerai tu order la apa yang korang nak. Selalunya mereka akan suruh korang bayar dulu... nanti dah siap diorg akan hantar ke meja.
Cuma air, kuih muih, nasi lemak, telur separuh masak je bayar kat kaunter nanti. 
Kat depan kaunter pula bertimbun makanan apa yang korang nak...
Lupa lak aku nak ambil gambar.
Ada nasi lemak packing kecik RM1, kuih muih, nasi dagang, nasi kerabu, laksam, pulut inti..
Banyak lagi la pokoknya sediakan duit nya saja....

Yang ni aku makan laksa nyonya RM4 semangkuk....


Yang ni lempeng kelapa RM3 se set
memang kalau ke sini tak sah makan lempeng kelapa

Yang ni cucur bawang ni pun sedap 1 set RM3.00
Nasi lemak yang pack kecik tu sedap sangat. 
Yang lagi 1 tu pun sedap juga. 
Sosej roll RM1 dah siap pack mcm tu
Kuih koci RM1 2 biji pun dah siap pack dalam plastik.
Senangkan nampak la terjaga kebersihannya....
Tak la orang kucai kucai kan kuih kuih tu.....


Ni nasi lemak yang pack kecik tu...
Tengok nasi tu lembut je kan...sambal pun ok tak la pedas....


Yang ni pack besar sikit tu..
Nasi ni nampak berderai. Hb suka makan yang ni
Selain tu ada juga telur separuh masak 2 biji....
Lepas je makan, kami pusing la Alai, Pantai Klebang, A famosa....
Dataran Pahlawan.....
Lenggang la lagi tak ramai orang lagi kan....
Nak check in hotel pun lambat lagi....
So tunggu je la sampai kul 2.00 nanti..

18 July 2022

Day Trip Ke Melaka @ 17/07/2022

 Masa dalam kereta hb tanya nak ke mana kita ni...aku kata kita ke Melaka nak tak...lama dah tak pergi last pergi pun tahun lepas....Lama betul aku tak pergi berjalan jalan...selalu nya setiap weekend aku balik kampung atau ke Damansara Damai settle kan rumah tu je la....
Macam biasa HB akan mengunakan lebuhraya PLUS exit Tol Ayer Keroh, kemudian lepas je bayar tol, masuk kiri iaitu simpang ke 2 selepas tol. Sigboard nya ikut Batu Berendam.
Dari situ terus je jalan sehingga jumpa simpang 4 belok kiri ikut Batu Berendam... Jalan terus sehingga jumpa lapangan terbang Batu Berendam dan melalui 2 buah roundoubt jalan terus sehingga jumpa Petronas di sebelah kiri, Belok kiri jalan terus sehingga jumpa kubur cina di sebelah kiri, Kampung Putat di sebelah kanan. Boleh nampak dah MFR (Manggo Float Royal)
Tapi bagi aku MFR ni tak la sesedap dulu dulu.... Kalau dulu aku minum mesti terbayangkan manggo blander nya ditaburi dengan mangga potong dadu...kali ni aku rasa cair je... ni bagi pendapat aku la...sebab nya ini bukan la kali pertama aku mencuba nya....

Kami makan ni saja... ada juga order roti goyang tapi lupa nak ambil gambar

Laksa biasa RM6.00
Siyes laksa ni sedap sangat

Kuih keria 
Memang wajib beli kalau datang ke sini

MFR RM5.00 tanpa aiskrim
Aku suka macam ni tapi bila aku minum tak terasa sangat manggo yang di blander...
Erm.....

Meatball RM6.90
Yang ni pun siyes sedap
Rasa masih sama macam yang dulu dulu aku cuba


Di sini la kalau nak beli MFR, corndog, meatball, mee kari

Selalunya kalau beli beli makan aku akan lepak kat warung ni...
Kat sini la aku makan roti goyang & laksa

Di sini aku beli kuih keria gula melaka....

Habis je makan kami terus ke Bandar Hilir, singgah di Medan depan dengan Stadium Samudera. Jalan jalan tanpa beli apa apa pun... malas aku nak beli beli...sebab dah selalu sangat aku pergi...Kami meneruskan ke Dataran 1 Malaysia di Pantai Klebang...

Jalan jem sebab ramai yang tertumpa di situ...Panas lit lit tak yah cite la....
Banyak foodtruck dan jualan sepanjang Pantai Klebang...


Ada fun fair juga...siang tutup...malam buka la kan...



Antara jualan di situ.
Aku membeli 1 set churos sos coklat RM5 sedap weh....
Popia dan juga keropok lekor.
Cukup la tu...perut pun masih kenyang lagi masa makan di Kampung Putat...

Ramai orang lepak bersama keluarga di sepanjang Pantai Klebang...
Angin bertiup segar...memang boleh lelap la kejap... 
Aku lupa nak bawa tikar dan juga kerusi lipat...
Bila berdiri sementara membeli makanan terasa bahang panas mentari.
Aku mengajak hb pulang melalui jalan Masjid Tanah dan terus ke Port Dickson.
Kami tak singgah pun di PD. Perjalanan diteruskan sehingga ke KL.
Sampai je rumah dah pun pukul 7 malam...
Walaupun cuma day trip saja tapi aku puas sangat.
TQ hb bawa aku jalan jalan...




05 September 2019

Hari Merdeka Ke Melaka ~ Hotel Avillion Legacy Melaka

Pada cuti hari kemerdekaan aq sekeluarga ke Melaka.
Selalunya aq memang tidak akan pergi ke Melaka di waktu cuti cuti umum begini.
Tapi disebabkan voucher Hotel Avillion Legacy yang aq beli di masa Matta Fair bulan 3 hari itu akan tamat pada 15/09/19 nanti.
Rugi la kan. Dah alang  alang tu kita pergi saja la.
Kebetulan tarikh yang aq nak pergi ni masih lagi kosong.
Aq beli voucher untuk superior room saja tanpa sarapan pagi berharga RM108.00.
Disebabkan aq pergi waktu cuti khas jadi surcharge dikenakan sebanyak RM30 + RM2 = RM32.
Macam biasa kalau ke Melaka rasanya kalau tidak JJCM di Kampung Putat ni.
Tempat wajib kan
Bila sampai disini aq akan pergi ke warung yang menjual kuih muih...Misi utama mencari Kuah Keria Gula Melaka RM2 - 5 biji. Murah kan tak perlu nak beratur panjang seperti di area Tengkera tu... Selepas itu aq pergi beli Meat iaitu Dragon Ball berharga RM9.90 + extra cheese RM1.

Ini menu nya...


Disini ada macam macam pilihan makanan...Pokok nya siap kan duit saja....
hahaha....


My Hb beratur untuk membeli manggo float.
Aq suka manggo ni tanpa ais krim
harga RM5 sahaja....

Ada juga Corndog yang tengah viral tu. Disebabkan beratur panjang malas la aq nak membeli dah...

Korang nampak kan kemah yang ada bendera tu. kat situ la aq beli kuih keria.
Kemas yang disebelah kiri tu jual makanan goreng panas panas...
Masa ni punya la ramai pengunjung yang ada....

Selepas membeli makanan perjalanan diteruskan ke Hotel Avillion Legacy.
Sampai je di lobby hotel, terkagum aq melihat syiling hotel ni...
Cantik kan....

Ada reptika bendera di perbuat dari botol mineral tu.....

Ini la bilik aq...2 katil single..
My HB & Fatahul sekatil
Me & Nadia Sekatil
Alif di bawah je..hehehehe
tapi bila dah malam hari kesian pula aq membiarkan Alif sorang sorang di bawah.
Jadi aq teman Alif tidur di bawah.....

Siap kelengkapan mandi

Kopi Teh pun ada....

Peti Sejuk Mini.

Iron & Iron Board pun ada...

TV Fleet Screen lagi...

Toilet...

Di ruang legar tingkat 14....







Ada swimming pool...walaupun tak la besar tapi ok la kan...
di tingkat 6


Nak cari makan malam, sebelum tu ambil gambar di depan lobi hotel dahulu....

Makam malam di Ikan Bakar Umbai.
Punya la ramai orang di mana saja seafood ni.
Selalu aq makan di Gerai Haji Musa Alai.
tapi dah ramai sampai parking kereta pun penuh.
Harga untuk makan ni RM100 termasuk air buah untuk my HB, nasi lemak 4 bungkus dan juga otak otak....
Pada keesokan hari nya di waktu pagi kami telah pun check out dari hotel.
Terus menuju ke Tengkera ke Gerai Hajjah Robiah...
Tempat biasa yang selalu aq pergi setiap kali ke Melaka.

Ni je gambar yang sempat aq ambil 
Laksa Lemak Kari RM5
Selain tu aq juga order Roti Canai - RM1.00
Lempeng Kelapa - RM1.80
Roti Telur - RM2.00
Sebenarnya disini memang banyak pilihan nasi lemak bungkus dan juga kuih muih.
Tapi disebabkan terlalu ramai orang yang hadir, jadi banyak la makanan yang sudah habis dijual.
Selepas makan kami menuju ke Port Dickson.
Sampai je dah pun tenghari.
Kami berhenti makan di PD Famous Cendol.

My HB - Nasi + Daging Salai lemak cili api - RM12
Me & Nadia - Nasi + Keli salai lemak cili api - RM8
Fatahul & Alif - Nasi Ayam - RM6

Cendol Pulut - RM3
Cendol Ais Krim - RM3
Cendol Durian - RM10

Selepas itu perjalanan diterus kan ke KL
Home Sweet Home.
Apa apa pun Korang
Layan Je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...