Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts

22 July 2022

Inap D Bondang Homestay

Ini cerita tertunggak aku... Cerita tahun lepas pada 25/09/2021. bila ku scroll di galeri hp aku terjumpa gambar gambar percutian yang belum ku upload kan lagi. Sayang pula bila gambar ni nanti terdelete. Percutia ni percutian di masa pendemik tahun lepas. Masa ni kita cuma boleh rentas daerah sahaja. Disebabkan lama kami tidak pergi bercuti hb kata jom kita ke Sungai Besar untuk bercuti. Jadi aku pun melakukan pencarian dimanakan tempat percutian dan homestay yang best untuk kami terjah....
Cari punya cari aku terjumpa di Inap D Bondang Homestay. Masa tu aku booking untuk tarikh 25/09/2021 - 26/09/2021. Homestay berlatar belakang kan sawah padi sungai indah dan damai sekali. Banyak juga la aktiviti yang terdapat di homestay ni. Selain mandi kolam, kami juga berbasikal keliling kampung dan juga sawah pagi...asyik......

 
Kami sekeluarga menaiki basikal...

Mengabadikan kenangan di sawah padi...nun menghijau je kan














Bilik yang aku tempah berhadapan dengan kolam. Jadi mudah la mereka nak ke situ. Dihadapan homestay kami juga disediakan kemah dan juga meja makan boleh la kalau nak menjamu selera.



Kalau nak makan minum disini ada cafe jadi nya kita tak perlu la untuk keluar mencari makanan. Ada pelbagai jenis makanan. Harga berpatutan... Cafe ini di tutup jam 7.00 malam Seawal jam 7.00 pagi dibuka. Kalau nak bersarapan...di sini pun ok makanan semuanya sedap sedap.
Selepas penat mengayuh basikal kami memesan maggi goreng, keo teo goreng dan juga mee goreng.
Berselerakan makan masakan panas panas ni..


Pemandangan sawah pagi ada yang menghijau ada yang baru di tanam...









Bila keesokan hari nya kami bersarapan di cafe ni saja... ada pulut ikan masin nasi lemak bihun mee goreng kuih muih. Rasanya homestay ni kena booking awal kerana sentiasa penuh....

Kalau yang berminat boleh la whatsapp no :

017 - 345 4323 - Ekin
Inap D Bondang Homestay


14 October 2019

Jalan Jalan Di Pasar Malam Bandar Baru Kuala Selangor.


Hari sabtu yang lepas selepas pulang dari kerja, selepas aq dok golek golek tak tahu nak buat apa.
Aq sediakan juadah minum petang untuk keluarga tercinta. Selpas itu aq mengajak HB jalan jalan area Kuala Selangor. Dah lama kami tak ke sana. Konon nak pergi tengok highway baru tu WCE tu rupanya banyak yang tak siap lagi. Hajat di hati nak pergi ke Pasir Penambang rupanya dah tutup awal terlepas la hajat nak makan keropok udang dengan air kelapa....
Selepas itu aq mengajak hb ke pasar malam Kuala Selangor.
Macam macam makanan ada di jual. Disebabkan aq tengah diet GM...erm..boleh tengok je la....
Cuci cuci mata gitu....







Nasi lemak packing RM1.00 Biasa
Nasi lemak udang, sotong dah siap packing RM2.50
Erm...sedapnya....



Sampai kt gerai ni teruja nya melihat banyak nya nasi yang dijual..
RM5.00 mana mana pun... ok kan... 
Nasi Ayam Goreng Kunyit RM5.00

Nasi Ayam Goreng RM5.00

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah RM5.00
Aq beli yang ini untuk Alif & Fatahul....
Selain itu hb juga ada beli Putu Mayam RM3.00 - 6 pcs...
Sedap hb kata...aq....erm....tengok boleh la...
Jadi pada sesiapa yang ingat pergi ke pasar malam ini boleh la pergi setiap hari sabtu ye...
Apa apa pun Korang
Layan Je....

29 February 2012

Jalan-Jalan @ Kuala Selangor

Pada 7/2/2012 aku buat planning pegi jalan-jalan kt Kuala Selangor. sambil-sambil naik tren kt Bukit Melawati....Memang indah pemandangan kat situ..w/p ini bukan kali pertama aku kesana bersama-sama keluarga...actually tak tau nak pergi mana masa cuti hari tu...nak p jauh-jauh takut tak sempat pulak nak balik ke rumah, mana nak bersiap sambutan hari jadi Alif n htr kakak balik ke AKSB...Setiap kali berkunjung ke sana pasti ada yg sudah berubah....kawasan persekitan dibawah Bukit Melawati tu la...monyet-monyet kat situ semuanye jinak2...tp aku harus berhati-hati jugak...mana boleh percaya..maklum la binatang mana leh baca isi hati dia...
lepas turun dari tren tu...terus aku ajak hubby pergi menikmati air kepala pandan kt Pasir Panambang...memang sedap...Nadia lak bersunggut.."mama ni takde benda lain nak makan ke...balik-balik minum air kelapa..."
Masa kt situ bukan je air kelapa...ade laksa n mee jawa...
aku n Fatahul layan laksa....tp x la sedap mana pun aku rasa...
Hubby n Nadia layan mee jawa...yg ni mmg sedap...w/p kuah dia cair....tp padan la dgn harga yg dikenakan...
kat sini ade la sikit gambo yang aku ambik...korang layan je la...


kat umh lg...belum lagi bertolak


Q...tunggu tren sampai...tgk...Alif buat ape tu



Alif dipaksa suruh bergambar dgn monyet....tp dia takut...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...