Semalam petang punya la lebat hujan... Ingat kan cuaca dah mulai panas semua... dah 2 hari KL tak hujan.
Sekali semalam hujan menderu deru dengan angin nya yang kuat. Nasib aku pergi keje naik kereta.
Balik rumah tengok ayam masak merah dengan nasi banyak lagi. Nadia tak makan sebab Nurin bagi dia Nasi Ayam Penyet. Harap Alif sorang je makan... Nasi ku panas kan... HB makan nasi dengan ayam masak merah. Aku buat kan juga sedikit kuih ketayap. Inti nya ada lagi....
Untuk aku pula.... jemu la rasa nya makan lauk ayam je...
Aku buka esbox ada lagi tauhu 2 keping, aku goreng buh garam kunyit, potong timun... Makan dengan sambal bilis garing... Nikmat nya... kalau tak pikir diet.....bertambah tambah ni aku makan....
Tapi cukup la banyak ni je.....
22 December 2022
Dinner ~ Lauk Yang Simple Je
24 November 2022
Dinner Bihun Konjac Bandung @ 23/11/2022
Untuk makan malam semalam, apa la yang nak dimasak ni.
Tapi bila teringat kan konjac yang aku beli dari 2 bulan lepas tak terusik lagi.
Masa tu aku beli bihun, mee dan juga keo teow. Bagi orang yang berdiet keto ni memang paham sangat apa fungsi konjac ni. Konjac ni memang sesuai untuk orang yang berdiet. Kalau kita pandai masak rasa nya sama lah seperti mee bihun keo toew tu cuma nya bahan asas konjac ni bukan lah dari tepung. Ianya diperbuat dari sejenis tumbuh tumbuhan....
Untuk malam ni aku gantikan mee tu kepada konjac... Kuah nya aku buat kan kuah bandung. Boleh je kalau nak makan dengan sup, spaghetti tu ke laksa ke.....goreng goreng ke cuma ganti kan je mee, bihun atau laksa korang tu dengan konjac ni. Konjac ni kalau sebungkus tu boleh kongsi 2 orang rasa nya yang kenyal kenyal tu. Kalau pestime makan mungkin akan agak pelik sikit rasanya tapi kalau dah selalu makan mesti suka nanti.... Heheheh macam aku la...

Bihun konjac ni aku makan dengan kuah bandung..
Air teh ais.... kurang gula sebab aku lebih kan susu cair...

Tengok macam ni je la nak makan nya.
Jangan risau korang buh kuah pastu korang makan lambat pun takpe,
Sebabnya konjac ni tak kan kembang. Korang celur air panas pastu tapis boleh la buh kuah.
Jangan ingat kenapa la tak lembut2 lagi ni.
Hehehe..... Ada orang tak leh telan tak terima dek tekak...tapi aku suka amat.......
Konjac juga dikenali dengan nama keladi gajah dan ia tumbuh dengan
subur di beberapa negara Asia seperti Korea, China dan juga Jepun. Ia juga
dikenali dengan beberapa nama lain seperti konjaku, devil’s tongue, snake palm, dan voodoo lily.
Bahagian batangnya yang
berkanji ini dijadikan sebagai nasi konjac atau mi konjac. Ia kaya dengan serat
larut dan sering juga dijadikan sebagai ejen pemekat sup dan kuah.
Ia juga banyak digunakan dalam
perubatan tradisional masyarakat Jepun dan juga Cina.
Apakah
rasa mi konjac atau nasi konjac?
Di
negara Jepun sebagai contoh, konjac dijadikan mi dengan panggilan mi shirataki.
Ada sesetengah orang yang menyukai rasa mi ini dan ada juga yang mungkin tidak
menggemarinya.
Bagi
yang kurang menggemarinya, ia mungkin disebabkan rasanya yang seakan-akan
hanyir seperti makanan laut atau ‘fishy’.
Namun,
bagi penggemar makanan laut, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dengan rasa
mi konjac atau nasi konjac ini.
Mi
shirataki atau nasi shirataki ini dianggap sebagai makanan yang rendah
karbohidrat dan amat sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet keto.
15 September 2022
Menu Diet Hari Khamis @15/09/2022
Salam semua... Hari ni menu aku cukup simple....
Malam tadi Nadia buat kan Oat Muffin Coklat... Sedap juga... tak manis sangat, sesuai la dengan tekak aku ni... Kalau nak resepi muffin ni boleh la lihat DISINI
Resepi ni Nadia gantikan gula perang maka nya Nadia tak letak la pisang...
Coffee chip Nadia tukar kepada Coklat Chip.... Memang terasa kayanya coklat tu moist... Sedap
Boleh la dicuba ye kawan kawan....
2 ekor ikan goreng
Salad, Nasi 3 sudu dan sambal belacan....
Lama dah aku tak berbekalkan dengan nasi...
Yang penting kita jaga kuantiti makanan kita tu...
13 September 2022
Sarapan Pagi Hujung Minggu @ 11/09/2022
Ni pula menu hari ahad kami...
Aku masak simple simple je la..
Sepatut nya hari ni dah bermulanya latihan Slim Selangor yang diadakan di Dewan Komuniti Pekan Ampang pada jam 10.30 pagi.
Dalam hati aku ada ke tidak ni....Ada pergi je la kot takde aku plan la ngan hb ke mana mana....
Karipap daging dan ubi getuk...pun ECO juga.....
Masa tengah makan Emma call kata mungkin tak jadi kot Slim Selangor tu..sebab dewan tak buka.
Takpe la aku kata jom kita p servey...
Aku terus ke Pekan Ampang. saja nak tengok tempat tu kat mana.
Bila sampai susah juga nak parking ni... Lepas habis servey aku balik...
Aku ajak hb keluar.... Kemana kami...
Jom ke entri seterus nya
Oat Muffin Banana Chocolate With Coffee Chip
Jumaat malam lepas, perut terasa lapar.. tapi aku tengah on diet...
Tengok oat banyak lagi... Apa kata aku buat muffin je la..
Buka peti ais jumpa coffee chip, badam cincang. Pastu hb lak beli pisang....
Apa kata jom kita buat muffin...
Bila muffin ni sedang dibakar didalam oven, bau nya semerbak rumah...
Ni memang buat aku lapar...
Jom layan
Takde beza kan muffin yang diperbuat dari oat atau pun tepung...
Lepas je masak makan suam suam.... Nikmat ooooo
Bakar suhu 170 selama 25 minit
Resepi ni tak mengunakan tepung, oat dah mengantikan tepung
Kalau tak nak letak pisang, gantikan dengan pemanis atau gula perang 1/2 cawan
Selamat mencuba.....
09 September 2022
Menu Diet Hari Jumaat @ 09/09/2022
Salam Jumaat... Penghulu segala hari....
Cukup 5 hari bekerja...Esok & lusa aku bercuti....
Esok dan lusa juga banyak program yang bakal menyusul nanti...
Semoga dipermudahkan segala urusan ku dan urusan teman teman ku semua....
Pagi ni macam biasa sarapan ku, kudapan ku dan juga makan tengahari....
Makam malam mana....selalu nya aku jarang dah makan malam... Kalau lapar cukup la makan buah pum sebiji, minum air kosong....

Yang ni menu snacking aku....
Roti pisang dan juga buah oren...
Yang ni akan aku makan dari pagi hingga ke petang....
Ini makan tengahari aku...
Walaupun simple...sedap juga...walaupun berdiet, sapa kata tak leh makan sedap sedap... Cuma kita kena lebih kreatif la sikit. Tapi hati hati ye kawan kawan...kadang kadang ada je jenis makanan ni tak sesuai dengan tubuh kita...Esok kita timbang tengok turun ke naik... Kalau turun ok la kan...kalau naik kita kena la stop makanan yang kita ambil semalam... Sebab tu aku suka timbang setiap hari...
Kalau nak paling mudah makan telur rebus dengan buah je la...
CARA CARANYA
Kalau nak letak slice cheese pun boleh, nak tabur kan gula pun sedap
Dah nama nya diet tak kan nk letak gula lagi kan
Bakar dalam AF selama 10 minit suhu 150
Bila dah siap makan panas panas ranggup sangat.
RESEPI SUHUN SUP
3 ulas bawnag putih
Angkat tapis laluan dibawah air supaya tak bergumpal
Pecah kan telur 1 per 1, tujuan tutup api sebab tak nak telur tu pecah
Dah pecah habis buka api gas masak macam biasa
08 September 2022
Menu Hari Khamis @ 08/09/2022
Menu hari khamis.... Kurang sangat dah aku nak masak pagi pagi...
Kalau tenghari nanti Nadia yang akan masak untuk mereka... Simple simple je Nadia kata...
Jadi la kan..... Setiap hari bila di timbang nampak la pergerakan angka tu walaupun tak banyak tapi ok la dari takde langsung...

Menu sarapan pagi aku....
3 biji telur mata goreng dengan sedikit minyak je bukan deep fried ye...
Aku letak la kicap sikit.... dan semug essenso coffee, gula nya macam biasa 1 sudu kfc tu je.
Buah pula aku ambil oren dan plum yang ni untuk snacking aku pagi dan petang nanti..tu pun kot lapar..
Kalau aku rasa kenyang tak perlu la aku nak makan....

Yang ni menu tengahari...
Ada 6 keping sandwich telur. Macam biasa aku guna roti gandum gardenia tu je
Hari ni lebih kan sayur sikit... Meriah...
Makan sayur lebih kenyang nya pun lama...
Selalu nya 6 keping ni aku tak makan habis untuk waktu lunch nanti...Akan aku tinggalkan baki dalam 2 keping untuk kunyahan sampingan jam 3 atau 4 nanti....

Yang ni menu anak anak
Yang dimsum tu untuk Alif. Dimsum ni aku beli kat ECO je 4 biji RM2.40.
Sandwich tu pula untuk Nadia....
Tengahari ni tengok la apa yang Nadia nak masak pula....
07 September 2022
Menu Bekal Hari Rabu @ 07/09/2022
Hari ni macam biasa masih berbekalkan sandwich telur. Aku mengunakan roti gandum.
Kalau makan roti ni kenyang lama sikit. Ada juga tortila wrap. Aku gunakan massion yang gandum juga...
Saja aku letak dalam bekas macam ni supaya tak masuk angin... Nanti roti dan tortila menjadi keras pula..... Yang roti putih tu untuk Alif, manakala roti gandun tu untuk Nadia....
Jom kita amalkan pemakanan sihat....
06 September 2022
Jom Makan Tengahari Selasa @ 06/09/2022
Jom kita kurus....
Kita fight untuk 6 minggu ni ye.... Insya Allah kot ada rezeki kan....
Makan tengahari aku yang simple tapi bila aku makan ni terasa kenyang sungguh.
Jom aku share resepi ni....
2 biji telur
Sedikit karot potong dadu kecil
Sedikit garam
CARA - CARA
Campurkan kesemuanya kecuali minyak
Panaskan minyak, aku guna nonstick pan
Nak guna kuali biasa pun ok je
** Sayur kalau boleh guna yang tak berair. Kalau nak letak tomato pun sedap tapi nanti bila makan tghr dia akan berair... Macam sayur brokoli, kobis bunga pun ok juga..
RESEPI TERUNG BAKAR AF
3 Biji terung belah 2 kemudian potong 2 bahagian dapat la 4
Bakar dalam af suhu 200 selama 10 minit
Sarapan Pagi Selasa @ 06/09/2022
Sarapan pagi hari selasa aku... sandwich telur dan semug coffee essenso.
Betul betul kena lawan perasaan dan selera makan. Hari hari makan telur rebus dan buah...
Hari ni kita tukar selera la pula... Selama 6 minggu ni memang aku kena struggle dari segi pemakanan diet dan juga senaman...

Sedap layan sandwich telur bersama dengan semug kopi ni sambil layan youtube kisah kisah seram...
Enjoy kan....
18 August 2022
Jom Lunch ~ Menu Diet Hari Ni
Jom kembali kelandasan.... Setelah sekian lama hanyut terkapai kapai...aku cuba kembali ke pangkal jalan... Kena kuat kan semangat ni.... Kena beli stok telur lebih kat rumah... dan juga buah buahan serta sayur sayuran.....
Kadang tengok orang berdiet macam best je kenapa la aku tak sekuat dulu. Kalau dulu dalam tahun 2017 macam tu aku buat dalam masa 3 bulan memang boleh kurus penurunan berat dalam 13 kg juga la... La ni hampeh dah....
Zumba kemain 2x seminggu tapi makan tak nak istiqamah....
Camne tu..
Ok kita mula kan slow slow dulu.....jangan terus tarik nikmat makan tu.....
Slowly but surely...gitu...

Menu untuk tengahari ni...
Telur rebus 2 biji dan tumis sayur kobis...buh garam ngn bawang je ye...
Buah lai tu aku nak makan petang nanti...
air tu lak nescafe 3-1 aku tambah milo 1 sudu... haaaaa yang ni tak boleh sebenarnya...
3-1 ni selalunya kandungan gula amat la tinggi....
Kita slow slow stop ye.....
Aku bukan buat diet EC atau pun atkins...aku buat diet low keto je...
Cuma aku tak mo makan nasi...tapi sesekali kot nak makan...makan je la portion sesenduk je ye atau 3 sudu nasi tu....
Cukup ke 3 sudu...cukup la korang suap la kecik kecik buh lauk ngn sayo banyak banyak... sambil tu perasan kan la yang korang makan dengan nikmat nya...