Showing posts with label Spaghetti. Show all posts
Showing posts with label Spaghetti. Show all posts

26 July 2022

Spaghetti Bolognese Dinner Malam Semalam

Dinner semalam cukup mudah iaitu spaghetti bolognese. Ku habiskan stok spaghetti dan juga sos prego. Hujan hujan ni lapar je perut mereka. Jadi menu ini cepat dan ringkas.... 


Sos ni ku tumis dengan 2 sudu cili kisar. Tekak melayu mana nak yang masam masam kan....
Ku letakkan sebiji kiub ayam berserta sosej dan juga chicken ball....

Selalunya aku guna angel hair. sebab nya lebih halus dan mudah lembut bila direbus dan bila makan tu tak rasa jemu berbanding dengan spaghetti yang kasar dan juga lambat nak lembut....
Bila bangun je tidur...bekas ni semua dah siap dicuci.....Ingat kan ada lagi berbaki boleh la sambung makan lagi pagi ni....

15 June 2022

Spaghetti Bolognese Untuk Alif

 Menu pagi ini untuk bekalan Alif ke sekolah.. Spaghetti bolognese.. Dah lama tak masak spaghetti ni. Bila kena aku berdiet aku masak kan untuk Alif je la... hb memang tak suka makan spaghetti ni... masam kata nya...tapi aku dah olah kan tekak melayu kasi pedas sikit...gitu..... 

Bila nampak aku masak spaghetti ni Alif apa lagi...Alif nak makan kat rumah juga... Ok la aku buh la dalam piring untuk Alif makan kat rumah...

Yang ni bekal Alif...senang habis makan buang...tak yah dh balik nak cuci tipuware lagi..

Yang dalam bekas tu untuk Alif makan balik sekolah. Aku memang suka letak dalam bekas macam ni tak masuk angin dan tak keras nanti... Mudah je kan menu Alif ni...

19 May 2022

Bekalan Pagi Ni Sohun Goreng & Spagethi Aglio Olio

 Bangun pagi ni celik je mata...nak masak apa la untuk bekalan...Aku memang kena bawa bekal atau kena tapau siap siap dari rumah. Sebabnya tempat kerja aku memang payah nak makan makanan melayu...lagi pun aku jenis yang malas nak keluar waktu rehat nak rayau rayau cari makan tu.....


Untuk aku, aku buat sohun goreng je...buh pelbagai sayur baru la meriah nak makan..
Aku tambah dengan sebiji telur mata dan juga ayam tender yang ku goreng dengan AF je...
Malas aku nak percit percit minyak....
Siap tabur dengan cili flakes sikit...baru la umh......


Yang ni bekalan untuk Alif, 
Hari ni Alif balik lewat ada latihan rumah sukan...
Jadi ku bekalkan lebih la sikit untuk Alif...
Ku tambah dengan 2 keping ayam tender....

Ini lebihan spagethi buh siap siap dalam bekas...
Nanti Alif balik sekolah boleh la makan lagi...
Malam nanti aku masak yang lain pula....
Masak apa ye...nanti la tak pikir lagi....









19 May 2020

Spaghetti Bolognese Sarapan Pagi Lockdownday 9 @ 26/03/20

Hari yg ke 9 PKP...
Pagi ni masak spaghetti bolognese je la untuk sarapan...
Mudah dan mengenyangkan...


Tahan la sampai tenghari nanti.
Boleh la lewat ke dapur untuk lunch kan...
Layan...

21 March 2020

Spaghetti Carbonara Sarapan Pagi Ini ~ Lockdownday4

Pagi sabtu masih lagi di bawah PKP di hari yang ke 4.
Baru 4 hari tapi dah rasa kebosanan yang amat sangat.
Tetapi disebabkan kita menjadi warganegara yang perihatin mengikut arahan kerajaan...jadi kita akur aje la.....Jadi bangun pagi aq dok mikir menu apakah untuk dijadikan sarapan pagi kali ini...
Dibuka kabinet nampak spaghetti....erm ok la mama buat spaghetti carbonara je la...

Spaghetti Carbonara dari Dapur Kecil ku....

Spaghetti yang dah siap di rebus.

Kuah Carbonara..

Keropok keping...sedap cicah bersama sama sos kepok...



Ni untuk aq....
erm...
Nampak menyelerakan...
Resepi sangat lah mudah...
Jemput makan....

20 March 2020

Sarapan Di Pagi Jumaat 20/03/2020

Hari ini dah hari yang ke 3 perintah kawalan pergerakan.
Pagi ni aq terfikir nak masak makaroni goreng je.
Menu mudah anak anak pun suka.

Bubur kacang masih ada berbaki lagi

 Makaroni goreng

Sosej pulut


 Ini sarapan aq pagi ni



Disebabkan hb tak makan makaroni, aq buatkan kuih ketayap untuk beliau.
Ku hidangkan bersama milo kosong.

RESEPI MAKARONI GORENG

1 paket makaroni direbus
3 biji bawang putih di cincang
1 keping daging burger ramly
1/2 batang karot
2 keping fish cake
3 sudu cili boh
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 kiub ikan bilis maggi
2 sudu serbuk maggi cukup rasa

CARA CARA NYA

1. Tumis bawang putih
2. Masukkan daging burger tumis sampai garing
3. Masukkan cili, sos cili, sos tiram, kiub ikan bilis
4. Masukkan karot dan fish cake
5. Masukkan sedikit air
6. Masukkan makaroni kacau sebati
7. Akhir sekali masukkan serbuk maggi
8. Dah siap...

19 March 2020

Spaghetti Aglio Olio Sarapan Pagi Khamis 19/03/20

Walaupun hari ini hari ke 2 peintah berkurung,
Aq kena pergi ke pejabat.. Untuk menyiapkan kerja kerja pembelian atas talian.
Jadi pagi ni aq fikir baik aq siapkan spaghetti Aglio Olio untuk sarapan pagi ni.
Kerana bahan bahan nya tak la banyak mana..dan cara pembuatan yang amat mudah..


Ini untuk aq....


Yang ini pula untuk anak anak...
Jom tengok resepi....

BAHAN BAHAN NYA

1 paket spaghetti direbus campur 1 sudu garam dan 1 sudu minyak
5 ekor sotong
20 ekor udang - kulit direbus untuk ambil air nya
1 kiub ayam maggi
2 sudu serbuk pasley kering
2 sudu serbuk oregano
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu serbuk maggi cukup rasa
5 tangkai cili kering gunting kecil
4 biji bawang putih dicincang
2 sudu minyak zaitun

CARA CARA NYA

1. Tumis bawang putih
2. Masukkan cili kering, udang, sotong, serbuk pasley, oregano, serbuk lada hitam, kiub ayam
3. Masukkan rebusan air kulit udang
4. Masukkan spaghetti - kacau sebati
5. Masukkan serbuk maggi dan rasakan dengan garam
6. Tutup api...dah siap
7. Taburkan dengan chili flakes & serbuk pasley...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...