20 December 2017

JJCM @ Kampung Sungai Putat Batu Berendam Melaka

Assalammualaikum...
JJCM aq kali ni kat Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka...
Kalau nak cari Kampung Sungai Putat ni cukup mudah.
Guna Waze Kampung Sungai Putat je...sebelum sampai kat sana korang boleh nampak kubur cina di sebelah kiri dan sebelah kanan boleh nampak pintu gerbang Kampung Sungai Putat...so tepi jalan je..
Kat situ banyak gerai gerai makan...
Banyak juga pilihan makanan yang ada..
Diantara makanan yang aq cuba ....

Cendawan + kopok leko goreng = RM6.00 1 set
Meat Ball = RM10.00 (10 ketul daging, roti sekeping & kentang putar)
Kuih Keria Gula Melaka = RM1.00 ( 3 biji)
Takde limit nak beli selagi dia ada stock...hehehe
Kedai dia sebelah kanan kalau dari parking kete..

Mango Float Royale = RM5.00 ada ais krim
RM4.00 takde ais krim

yang ni Meat ball tapi dia bg roti bun

Mee Goreng Basah RM5.00
Kedai dia sebelah kiri kalau dari parking kete

Laksa telur bersarang RM5.00
Tapi aqu rasa suka lagi telur rebus dr telo dadar ni...muak aq rasa..
So ini saja JJCM aq kali ni...
Apa-apa pun Korang 
Layan Je..


Dalam Hati Ada Taman

Assalammualaikum....
Kalau nak diceritakan pasal sahabat memang ramai la kan
Kita kena cari sahabat yang susah sama susah, senang sama senang, menangis bersama, ketawa bersama...
Dikesempatan ini Nurin mengajak kami berkumpul dirumah dia di Jengka 2 Pahang.
Aq la yang sampai paling lewat sebab menunggu cik HB balik kerja kan...
Sambil tu aq terpikir gak nak beli kak viral tu sedap ke kan...

Ni la kek viral RM15.00 tu sedap juga rasanya...


Ni la sahabat aq
Dari kiri Ina, Aq, Nurin dan Dayang

Bila sebelah pagi kami ke belakang rumah untuk memunggut hasil kampung...

Petik pucuk ubi






Bergambar balik untuk kenang kenangan...
Terima kasih buat Nurin sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan kami
Ada masa kita jumpa lagi
Apa-apa pun korang
Layan Je

Kuih Keria Gula Melaka

Assalammualaikum...
Orang sekarang sibuk dok viral kuih keria gula melaka...
Makan 1 memang tak puas la kan...
Gigihnya aq cari keledek putih kuning sebab nak cuba buat kan..
Bila tengok kan FB cikgu Azlina Ina buat macam senang je kan
Apa lagi aq pun try and error la kan

Sebelum digoreng

Selepas digoreng dan disira gula melaka


Walaupun keria aq ni tak montok macam tuan dia tapi rasa terbaik touq....
Resepi :
Ubi keledek putih
Tepung gandum
2 sudu tepung beras
2 sudu kecil soda
sedikit garam

Sira Gula :
Gula Melaka

Step dia rasanya sama jek macam keria biasa tu

Apa-apa pun Korang
Layan Je

Anggur berbuah lebat di rumah cousin...

Assalammualikum...
Masa raya puasa hari tu cousin aq datang rumah beraya.
Lepas tu dia suruh datang ke rumah nya keesokkan hari nya.
Rumah nya terletak di Bandar Seri Iskandar...
Dia cakap ala senang je cari umh dia...tengok depan pagar ada pokok anggur...
Bila aku tengok geramnya aku dengan buah anggur ni..
Buah nya warna hijau sebab tak masak lagi kalau dah masak warna merah..
Buah anggur n baru je petik minggu lepas kata cousin aq tu....
hijau pun hijau la...geram sungguh aku tengok kan




Kalau macam ni dalam 4-5 hari lagi masak la kata cousin aq tu, tapi dia petik juga walaupun rasanya masam...hehehe...
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

Jalan-Jalan di Freeport A'famosa Outlet Alor Gajah Melaka @ 23/10/2016

Balik je dari Melaka kami ikut jalan Alor Gajah. Jadi boleh la singgah ke FAO, saja jalan-jalan tengok pemandangan kat sini memang cantik sangat.
Aq tak beli apa apa pun dengan cuaca yang panas











Erm...apa apa pun Korang
Layan Je gambo yang aku ambik....

Nadia di tempat baru @ Kolej Matrikulasi Banting, Selangor @ 05/06/2017

Assalammualaikum...
Hari ini lepas je bersahur, aq bersiap siap untuk menghantar kakak ke Matrik Banting, kiranya kakak akan meneruskan pengajiannya disini selamat setahun..harap -harap la...
Sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian disini ada juga kakak terima tawaran lain..
Kalau tawaran ke IPTS memang banyak...mana mampu untuk melanjutkan pelajaran ke sana walaupun ada tawaran untuk memohon PTPTN
Kakak juga memohon untuk ke IPG tapi takde rezeki...
Bila UPU dah keluar untuk semakan Kakak berjaya mendapat tempat ke UITM kiranya U pilihan hati la tu...Kakak WS mama hantar icon nangis...dalam hati mama dah dapat UITM pun tak happy juga ke...bila aq amat amati kursus yang ditawarkan 
TAHNIAH
Anda terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke UITM Cawangan Jasin Melaka
Kursus yang ditawarkan : Diploma Sains Komputer
Menangis la kakak sebab tak suka dengan kursus yang ditawarkan...padahal masa mohon UPU itu lah kursus terakhir yang dipilih...
Akhir sekali kakak tekad, bersetuju dengan tawaran Matrik walaupun berat hati ...
Erm...takpe la kan...cuba dulu...
Kakak kata takpe la mama orang akan pilih matrik even orang terpaksa struggle kat situ..
Jadi pada 05/06/17 dalam pukul 8 pagi kami pun ke Matrik Banting, dengan jalan jem lagi maklum la hari isnin time kemuncak org bekerja lagi kan...sampai matrik dalam pukul 11 pagi...
kakak pun melapor diri dekat 1000+ gak la no tu...erm....
kakak sudah pun siap siap buat pendahtaran online dan di tempat kan di Asrama Mira tkt 1. so senang la, nak ambil kunci je lagi
setelah siap mengemas barang barang, aq dan HB pulang.
Tinggal la kakak kat Matrik atau dikenali KMS Banting.
Bermula episod suka dan duka kakak disini...
Tapi apa apa pun kakak dah pun masuk SEM 2 di mana aq baru je mengupload cerita ku...hehehe..
Alhamdulillah kakak dah boleh terima cara pembelajaran disini dan seronok dengan kawan kawan sebilik dan sekelas
Oh ye kakak di tawarkan Modul 2 iaitu SM2T2P2
Matrik Menawarkan 3 modul untuk aliran sains
Modul 1 : Math, Physic, Chemistry dan Biology
Modul 2 : Math, Physic, Chemistry dan Sci Comp
Modul 3 : Math, Chemistry, Bio dan Sci Comp
  

Bai Kakak bai my little princess...Selamat menempuh
 alam baru
 alam asrama
alam bersama kawan kawan
Mama harap kakak dapat menyesuaikan diri.
Apa apa pun Korang
Layan Je

Percutian Sempoi ke Melaka @ 21/10/17-22/10/17

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak berceloteh kat sini...
Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan...cuma aku je yang takde masa nak menaipnya..
Dipendek kan cerita hari sabtu, aku nak pergi lepak kat PD kiranya malam minggu disitu..
tapi masa otw nak ke PD jalan jem dekat Seremban highway...kat situ je jam dh menunjukkan pukul 7.00 malam...lagi 45 minit juga la nak sampai PD..
Masa tu aq yg drive, HB tanya nk pergi PD ke sampai dh pukul berapa lg pun dah malam malam ni apa yang ada kat PD selain pergi lepas di tepi pantai atau pasar malam PD...
Erm.....kan...so nak pergi mana sekarang...
Kita terus je la ke Melaka...
Alamak nak pergi Melaka...dengan baju apa pun tak bawa ni...
takpe kita cari baju kat uptown Melaka nanti kata HB...
So aq pun apa lagi terus kan la ke Melaka...
sampai di RnR Senawang, kita tukar drive pulak...
Then HB yg sambung drive la sementara aku masuk ke laman web trivago cari hotel bajet....
buat apa nak cari hotel yang mahal, bajet sudah sekadar nak tido malam ni n mandi je kan...
Cari punya cari dapat la Hotel AL-Nur di area Jalan Laksamana.


 Bila kami sampai Hotel Al -Nur dah penuh tapi dia bagi Hotel T kaler kuning berhadapan je...dengan harga RM68 semalam...jadi la kan...bilik pun kecik je...tak la besar...yang penting bersih n selesa...
So dh pun sampai lebih kurang pukul 9.00 malam...
Kalau kita walk-in atau booking online pun harga hotel ni tetap sama RM68.00 semalam...
Dan harus di ingat parking dia bandar Melaka ni mengunakan kupon ye...walaupun hari ahad / ph ada orang majlis ni bekerja...macam aku konon ala parking kejap jek...tup tup kena saman RM30...padan muka aq...hehehe
Lepas dah mandi solat, kami pun decide nak makan mee besen ori..
Nak ikut kan guna waze je cari Restoran Mee Besen Original, rasanya dari hotel tu tak sampai 10 minit...

Meh tengok ni harga dia, aq cuma ambil besen saiz S
sini ada saiz S, M, L. boleh juga pilih sama ada nak mee atau bihun.
Bihun Sup (S) - RM6.00
Western Kecil - RM17.90
Western pun ada yang besar - RM35.00 boleh makan untuk 6 orang
saiz S blh la makan untuk kami ber3 je
Kot yang tak tahu saiz besen tu langgut / tengok je kt tepi dinding ada dia lekat besen tu...ha pilih jek...kot orang ramai, jangan risau jumpa je pekerja kat situ tulis nama n berapa orang, nanti bila ada meja kosong dia panggil nama kita, kot dh p malam malam macam aq ada je tempat. kiranya teratur la sistem diorg ni...apa apa pun kena bersabar yek, almaklum la restoran ni tengah ngetop skg ni kan...^_^...

Air dia mahal sikit la, air dia pun banyak yang special la...tp kalau nak jimat minum je air kosong percuma dah disediakan sila layan diri sendiri ye...hehehe
Muka happy nak makan...perut lapo weh...
Lepas habis makan kami pusing pusing la ke uptown cari baju untuk tidoq pulak...hehehe...


Kalau pergi ke Melaka tak sah, kalau tak sarapan di Warung Hajah Robiah kat Jalan Tengkera.
Disebabkan banyaknya gerai gerai kecil kat situ bermaksud memang banyak la makanan yang dijualkan..Kami memang selalu memesan makan dengan kuantiti yang sedikit je sbb nak merasa semua jenis makanan ni kan
Meh layan aq nak habaq harga dia erk...hehehe
Roti Canai - RM1
Lempeng Kelapa - RM2.00 (ni aq rekemen sedap ooo)
Cucur Bawang - 5 biji RM1
Nasi Lemak packing - RM1.50 (ni aq lupa)
Kuih Muih - RM0.40 sebiji


Habis makan, jalan jalan kat pinggir Sungai Melaka, masa ni orang tak ramai memang best la dan belum panas lagi..




Ni air tembikai, harga sebijik RM10.00
memang puas sedut sampai 3 org pun tak larat aku...
Lokasi dekat roundabout kecik bandar hilir tu tepi sungai selain tembikai ada juga cendol.
Gerai ni buka jam 10.00 am

sambil minum pun sempat nak berselfie...konon sweet la tuh...haish...
Lepas tu balik hotel pulak sbb check out pukul 12.00 kan so sempat la nk membuta 1 jam lagi kan...
HB tido la mcm aq dok kemas kemas la kan...nanti dalam kete turn aq lak membuta...
Disebabkan ala kejap je ada la dlm 1 jam lebih sikit so HB pun x letak kupon kat kete
turun je kul 12 dah ada surat chenta atas wiper...haaaaa...padan muka...dh kena saman..



Perjalanan diteruskan ke Kampung Sungai Putat, Batu Berendam. Kot p Melaka mmg tak cukup rasanya kalau tak ke sini. Tempat yang harus di terjah untuk mengisi perut kan..
Aq ringkas kan cerita la erk...
Mango Float Royale - RM5.00
sbb aku x suka letak ais krim dia tolak singgit jadi RM4.00
Meat Ball - RM10.00 
Keria - RM1.00 (3biji)
Nasi Goreng Cili Api - RM5.00 (ni aq rekemen, terbaek ooo)


Lepas habis makan apa lagi terus pecut balik ke KL sebab nak hantar Nadia balik Matrik pulak...
Apa apa pun percutian sempoi / tak dirancang ni menambahkan balik berat aku
Diharap sedikit sebanyak info aq ni boleh bagi rujukan pada yang nak pergi holiday ke Melaka..
Apa-apa pun Korang
Layan Je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...