12 October 2018

Karipap Viral Sedap & Wangi

Assalammualaikum....
Hari ni aq nak bercerita mengenai karipap viral ni. Selalu sangat nampak menu lalu je kat wall FB tu...Bila ramai dah mencuba, aq pun mesti la teruja kan nak mencubanya juga...




Ni inti karipap, kali ni aq campur dengan isi ayam dan tabur kan daun sup + bawang sesudah masak, wangi la kan...

Ni pula doh karipap tu..
Ni resepi aq, cara aq
Tepung gandum
Minyak masak
Planta
Garam
Karot yang disagat
Daun bawang yg di hiris halus
Air
Bahan bahan ni gaul kan sebati macam buat doh karipap biasa tu

Ni doh yang aq dah canai kan..

Buh inti memanjang, hujung bertemu hujung dicantum kan jadi belubang la di tengah.

Macam ni...

Sekarang kita klim sisi karipap tu....
Bagi yang tak tahu klim tu cuba dulu kat doh kang hancur lebur karipap korang...
hahaha....

Dah siap...jadi macam comei, colorful kan...

Tarraaaaaa...dah siap, aq goreng separuh masak je sbb nak buat frozen untuk sambutan harijadi Fatahul & my mum keesokan hari nya....
Apa apa pun
Korang Layan Je...

05 October 2018

Sambutan Majlis HariJadi Saya @ 29/09/2018


Assalamualaikum...Hari ni Aq nk bercerita pasal sambutan hari lahir ku yg ke 42 tahun...erm buat apa nk sorok sorok kan...cakap je...sonang...
Sambutan makan makan terpaksa di buat lebih awal 2 hari iaitu hari sabtu 29/09/18. Ini kerana aq ingin berkumpul dengan semua anak anak makan bersama mereka, cuma Fatahul saja yang tak dapat turut serta maklum la dia bersekolah asrama dan jauh dari KL.
Petang sabtu Nadia dah balik ke KL dari UPSI dan nyaris nyaris nak ketinggalan ETS, Iqhwan lak nak dekat magrib baru la sampai kat rumah.
Sebelum tu Nadia kata kita buat kat Seoul Garden makan steamboat tapi HB kata tak payah lah lagi pun mahal n makan tak berbaloi nanti. Apa kata ayang buat sendiri je steamboat ni kat rumah makan ramai ramai meriah sikit, lagi pun dah banyak viral pasal steamboat ni bila mana kat Family Mart terkenal dengan makan oden tu. Erm.....sendiri birthday sendiri masak...apa apa je la... Apa lagi viral dah cara nak buat kuah tomyam tu. 
Aq lak masa petang khamis balik kerja singgah di kedai runcit bawah rumah terjumpa pes asam pedas adabi, habis aku borong 8 paket, sorry ye pada yang nak beli tu...lain kali atau cari kat kedai lain ....hehehehe....

Antara menu steamboat
Steamboat 6 in 1 aq guna jenama mushroom, RM8.99 kat NSK ni pun aq borong sampai 5 paket
Aq buat 2 paket je
Sosej - 1 paket
Crab Stick - 1 paket
Brokoli - 1 biji
Inoki - 1 bungkus
Kangkung - 1 ikat kecil RM1
Wantan - 1 bungkus RM9 dalam ada 30 biji tp aku guna 10 biji
Maggi yang aku dh siap siap celur - 2 keping

Resepi Kuah Tomyam Viral
1 paket tomyam (kuning)
1 paket tomyam (purple)
1 paket asam pedas
garam
serbuk sesedap rasa 
ejas kan rasa dia ikut selera masing masing...
Mula mula aq masak dalam periuk biasa dulu atas dapur bila dah mengelegak aq transfer ke rice cooker. Steamboat kali ni aq guna rice cooker, ok je...


Time ni aq dok buh ball kat dlm rice cooker, HB sibuk suruh tgk nk ambik gambo


Acara bermula, nyanyi lu nk potong kek
Hehehe...

Potong kek...

Family Photo...



Acara suap menyuap

Makan time, Nadia n HB kusyuk nya makan...



Coklat & Flower banquet pemberi my HB.
TQ HB

Apa apa pun terima kasih kepada my HB n anak anak yang sudi memeriah kan majlis makan makan kita pada malam ni...mmg sedap, makan pun banyak dan berbaloi sangat....kalau makan kat luar dah berapa la kos tu kan...cuma kita kena rajin sikit tu je la....jadi ayang harap tahun depan hadiah biar "grand"sikit ye bang...hehehe..
Korang Layan je.....

24 September 2018

Hiking Di Bukit Kledang @ Ipoh

Cerita hari cuti panjang aq... Kali ni cuti panjang kan maklum la cuti Hari Jadi Agong n Cuti Awal Muharram.. Jadi di kesempatan ini aq plan untuk mencuba hiking di Bukit Kledang... Pertama kali sebenarnya aq hiking ni dan pertama kali nya hiking di Bukit Kledang pada 09/09/2018... Kebetulan Bukit Kledang ni belakang rumah my cousin... Jadi plan pergi beramai ramai la kan baru meriahkan... 
Jadi hari ahad seawal jam 6.15am aq n my sil dah keluar rumah siap bawa bekalan lagi... Hahaha nak jaga diet la konon nya kan... Kih.. Kih.. Kih... 
Sampai Bukit Kledang dalam jam 7.15, dan bermula la sessi pendakian... 

Permulaan mendaki... Muka senyum lagi... Belum pancitkan.... 
Hahaha... 

Masa ni permulaan masih berkumpulan... Kami memilih untuk mendaki guna jalan tar je... Selain tu ada lagi boleh mendaki menaiki tangga... Fuh tak sanggup la aq.... Jalan tar ni pun semput... 

Last last tinggal la aq dgn my cousin Linda.. Salute kat anak Linda boleh mendaki juga... Bdk kecik pun blh tak kan aq x leh kan... Malu weh... 

Seteleh berhenti beberapa kali semput... Akhir nya sampai juga kat stesen taman bunga ni... Tp menurut cousin aq ni belum lagi stage 1, atas lagi sikit.. Tp bg aq cukup la sampai sini... 

Muka happy, misi berjaya....

Tunggu my sil nk ambil photo.. Untuk kenangan sebab my sil dah lepas ke stage 1. 

Mummy vouge... Dah beranak pinak,  kami gigih lagi menjaga kesihatan...
Pose dulu..... 

Pose lagi berlatar belakang kan Bandar Ipoh... Tapi tak nampak la sebab dek kepanasan matahari 
My kulaan,  Alin,  Linda n anak anak nya,  Aiman n abg ngah anak my cousin Jana... 

Posing lagi

Selfie.... 

Dah jom turun ke bawah...
 

Kaki semua dah lengguh ni.. 
Apa apa pun pengalaman yang cukup menyeronokkan..lain kali ada masa kita hiking lagi ye... Ajak yang lain juga... Mesti happening bila banjariens berhiking kan... 
Hahaha... 
Sampai je dibawah dah jam 8.30 pagi.. Apa lagi my sil ajak pergi ke pasar tani... Kalau dah sampai pasar tani paham paham je la... Punah diet ambe... Takpe la aq still menjaga stamina... Sil kata petang sambung joging kat UTP pula... Erm ok la... 
Apa apa pun korang
Layan Je.... 

Happy Birthday To Along @ 06/09/2018

Happy Birthday To Along yang ke 21, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... 
Hari ni birthday along jadi aq buat la small function yang dihadiri kami kami jek...  Balik kerja aq terus ke kedai kek, balik rumah terus buat nasi lemak pandan hijau...  Walaupun simple menu tapi ok la untuk kami sekeluarga yang penting along happy kan... 


Birthday boy,  Mohd Shafiq Iqhwan... 





Selain birthday boy ada lagi yang tumpang makan kan.. Aq mana... Aq mmg la takde coz aq yg dok ambil gambarkan.... 
Apa apa pun korang
Layan je.... 

13 September 2018

Hari Pertama Nadia @ UPSI ~ 01/09/2018

Assalamualaikum...
Hari ni pendaftran kakak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim. Kakak ditawarkan kursus ISMP (Kimia) Dengan Kepujian selama 4 tahun di Fakulti Sains Dan Matematik. Akhirnya setelah melalui 2 kali ujian, kakak berjaya ditawarkan. Jadi dengan rasminya kakak menjadi salah seorang Anak Kandung Suluh Budiman.
Masa pendaftran adalah jam 2.30 - 4.30 ptg iaitu sessi 4
Jadi kami bertolak dari KL jam 12.30 tghr.
Disebabkan highway PLUS jem, kami tiba di UPSI Kampus Sultan Azlan Shah jam 3.00 ptg.
Ramainya pelajar dan ibu bapa yang sudah tiba.
Rupanya banyak lagi pelajar sessi 3 tidak selesai lagi.
Semua pelajar berkumpul di Dewan Tuanku Canselor (DTC)


Kakak di hadapan DTC

Lorong Red Carpet kih..kih...kih... Parents boleh je nk masuk dalam tapi kena ikut tangga kiri atau kanan, lorong ini dikhaskan pelajar sahaja.

Kakak : Mama, org ikut mama la naik tangga
Fasi : Tak boleh dik, adik ikut jalan ni, parents naik ikut tangga

Ramai kan students tapi ini masih sessi 3
Kakak habis pendaftran dalam jam 6.00 ptg.
Lepas dah tahu Kolej, apa lagi jom cari kolej...

Keluar je DTC mmg akan jumpa mercu tanda ni, aq tgk ramai yang ambil gambar, aq apa lagi layan dulu....

Walaupun dah pukul 6, cuaca panas terik..

Bila HB ambil gambo dia tak sedar tangan tertutup camera, kami ni main tgk je camera padahal tak tau la nampak ke tak, tu yg muka berkerut tu dek kerana panahan cahaya matahari.

Kakak di tempat kan di Kolej Ungku Omar (KUO) Block 1,
Jadi kami pun pergi la ke blok 1 dah turun semua barang dari kereta, fasi pun datang, dia kata semua pendaftran di blok 4, blok 1 takde kosong dh penuh.
Aq dan kakak pergi ke blok 4 untuk sessi pendaftaran n my HB terpaksa memasukkan semua barang barang ke dalam kereta dan pergi ke blok 4....erm...takpe sabar...sabar....ni semua dugaan...

Bila dah dapat kunci bilik, kami pun mengangkut la semua barang barang ke blok 4 nasib dapat kt gf jek, keje mudah la kan, kakak yg memang dah kelaparan kerana dari tghr tak makan lagi, nasib mama dah siap bungkus nasi kan...
Besar kan bilik KUO ni

Bergambar bersama parents pelajar yang lain,
Cantik kan kaler bangunan ni, mcm Legoland..hehehe...

Lepas je bergambar kami pun pulang, tapi sebelum tu aq hantar kakak balik ke DTC kerana ada sessi taklimat pelajar, so bertapa la kakak kat situ setiap hari dari pagi sampai ke mlm selama seminggu. Selama seminggu ni makan di taja oleh pihak UPSI, jadi jimat la duit kan. Kot tak silap kakak kata ada 5x makan, haaaa byk kan...hahahaa
tp dr tarikh aq mengupdated cerita ni kakak sudah pun pindah kolej, sekarang kakak tinggal di Kolej Aminuddin Baki (KAB).
Dan selepas semua nya selesai, aq meneruskan perjalanan ke Ipoh dan terus pulang ke kg.
Apa-apa pun Korang
Layan Je..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...