08 November 2018

Hiking Di Bukit Besi @ Alam Damai

Assalamualaikum...
Rasanya setiap minggu aq akan hiking bukit di sekitar KL & Selangor. Kita habis kan bukit disini dulu ye kawan2...
Hari isnin, Ina mesej tanya sama ada esok cuti Deepavali aq ada agenda lain tak. Erm....rasanya takde kenapa...nak ajak hiking ke, kat mana...
Ina : Shima, esok mu ada gi mana mana ke?
Me : Macam takde. knp...nak ajak hiking ke....
Ina : Macam tu la...
Me : Kat mana...
Ina : Kita gi Bukit Besi, sebab tengok diorg pegi macam best jek...
Me : Orait...on..

Aq pun mesej Kak Anie, samaada dia nak join ke idok....
Pastu Kak Anie reply on...sekeluarga dia pergi....
Esk nya seperti yang dijanjikan jam 7 pagi kami dah berkumpul di lobi block D.
Rupanya ada pasangan suami isteri berminat dalam group hiking kami ni....welcome to Sudriman & Rokiah...last minit diorg on...hehehe...
Apa lagi jom...tak sabar dah ni..
Bukit Besi dengan rumah kami tak jauh mana pun...masa tak join group hiking tak tahu pun yang kat KL ni ada bukit nak di panjat...apa la....sadis tul...
Kami sampai di Bukit Besi jam 7.30 pagi...iaitu pada 06/11/18
Senang je landmark dia : OCBC Alam Damai dan kawasan pendakian sebelah kondo warna putih.....

Ni la group kecil kami, semua sporting belaka....dari mak pak ke anak anak...happy sakan...
Rasa mcm ni pun dah meriah kan.....
Kali aq pergi hiking bawa juga Alif..Alif tak mo pergi aq paksa juga sebab badan dah mula nak mengembangkan...hahaha...

Amboi...sukanya...jap lagi tengok la.....
Ni antara ahli kumpulan kecil kami
Me, Alif, Ina, Sham, Kak Anie, Abg Aziz, Alya, Allysha, Auni, Sudirman & Rokiah...
11 orang kesemua nya...

Permulaan : Mula pendakian dah kena mendaki jalan tar ni...tengok macam mudah...tapi semput gak la nak sampai kan ke tangki air...masa ni sengeh sengeh..dalam hati masing masing boleh ke ni...ni pun dh semput....
Bila sampai kat tangki air sebelah kanan...muka dah happy...kita belok ke kanan...jangan nak suka sangat nya...ini lah permulaan pendakian yang mencabar...chaiyok....geng.....



Tengok la trek ni...memcabar kan...takpe kita sahut cabaran...kami boleh...
tengok tu Ina, Sham...steady boh...
Aq tak berani dah pandang ke bawah..

Ni mencabar sikit...Nasib la ada yang menolong...nak cakap pun segan...tau sudah la ye...
Bila kita hiking, ada je hikers yang peramah akan menghulurkan tangan dan bantuan...kira nya tarak sombong la...buat apa nak sombong, sombong hang tapau bawa balik umh je la kan...

Me disini... x sampai puncak lagi...


Kelate Couple
Sham / Ina
Abg Aziz / Kak Anie
My bulat ~Alif...steady la Alif..

Me...suka sangat tengok view dari sini


Me & Alif...

Bersama group...tak pancit lagi...

Rehat lu sambil makan & minum..stage 1...

Jalan di rimbunan pokok pakis hutan...
Kat sini Alif rimas sebab pakis tu menyusuk ke kepala...Aq pun suruh Alif letak towel kecik di atas kepala..

Macam feeling kat Ladang Teh la pulak..
hahaha..

Cak...


terus kan pendakian

Sudah pun melepasi khemah dan juga buaian...


Akhir nya sampai juga di kemuncak (pencawang)

Jalan turun ke bawah. Misi menjejaki air terjun...akhir nya misi berjaya...

Sejuk betul air terjun ni..


Berehat dahulu selepas keletihan mendaki dari air terjun untuk menuju jalan pulang...

Selepas tu kami berjumpa dengan khemah kecil...Kami decide untuk makan bekalan yang dibawa disini sambil melepaskan penat lelah... 


Selepas penat mengharungi liku liku jalan denai akhir nya kami sampai semua ke tangki air...muka happy sengat kerana misi kami untuk menjejaki Bukit Besi tercapai...
Tanpa ada sebarang kusulitan..kesukaran tu ada la...sikit...hehehe..

Kami menuruni semula bukit di tepi kondo putih tu untuk pulang...sebelum pulang singgah di kedai mamak dulu pekena minuman..untuk menyejukkan tekak masing...boleh pulak macam ni ye...
Hiking hari ni tamat pada jam 12.00 tghr...
Alif cakap lain kali tak mau ikut mama hiking dah...rasa nak mati...hahaha....
Alif sebenarnya dah basah lenjun serupa berkubang di air terjun..
terima kasih pada kawan kawan yang sudi mengikuti group hiking kali ni...
Apa-apa pun Korang
Layan Je...
Next ke mana kita....

01 November 2018

Hiking / Jungle Tracking Di FRIM Kepong

Assalammualaikum....
Dah menjadi keseronokan pula ye....
Kali ni kumpulan kami ber hiking di FRIM Kepong pada 28/10/2018. Kita habiskan bukit di KL & Selangor dulu lah ye.. Disebabkan minggu lepas pergi ke Bukit Apek, dari cerita cerita aq, ramai yang teruja nak mengikuti kumpulan ini termasuk my HB...hehehe...
So seawal jam 5 pagi aq dah bangun, masak nasi goreng untuk Alif, buat roti telur untuk my HB dan salad untuk daku....
Selepas mandi dan solat subuh, aq pun gerak pergi ke FRIM Kepong.
Sampai di FRIM dalam jam 7 pagi... Sudah ada kawan kawan yang lain tiba dan masih ramai lagi yang belum datang.


Peta FRIM


Ini dia wakil dari KRT Pangsapuri Sri Penara Fasa II, kali ni ramai, 10 orang terbaeeeekk la,
Banyak sambutan kali ni...

Macam biasa ketua hiking, saudara Fairus (Apai) sedang memberi taklimat...

Masa ni berkumpul di parking kereta...



Apa la yg korang borak kan tu, teruja muka masing masing nk menjaya kan misi kali ni...

Orkid Gergasi...

Ni pokok ye, dh berpuluh tahun jadi batu macam ni

Ni bunga apa, aq dh lupa

konon konon nk sweet la tu...hehehe...


Guide kata, kalau peluk pokok ada aura dia, so kami gilir gilir la peluk..

Kalau kita hendak hiking / jungle tacking di FRIM, wajib kena ambil guide dari FRIM. Ini adalah arahan dari mereka. Jadi bila kami beramai pergi tak la banyak yang kena sebab dah kongsi bayar kan...
Bagus juga ada guide, sebab beliau akan memberi penerangan kepada kita mengenai pokok dan tumbuh tumbuhan yang terdapat di sini...

Mula kan tracking...






Bila sampai kat sini semua orang akan memandang ke atas, kenapa...cuba korang lihat cantik kan...

dan lagi

Berhenti ambil gambar dulu

Sampai di Denai Keruing...




Ni trail berbatu...dan jalan membukit, semput gak la..

dah sampai di kawasan air terjun.


Dah sampai di bawah, sambil menikmati makanan yang di bawa...

Selain, hiking, jungle tracking, berkelah disini juga mempunyai perkhidmatan sewa basikal.
Akhir nya misi kami berakhir jam 12.00 tghr dan masa mula ekspedisi ini jam 9 pagi...
Memang puas, gembira lain kali kita datang lagi ye...
So lepas ni kat mana pula bukit nak aq terokai..
Tunggu.......
Apa apa pun Korang
Layan Je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...