23 August 2019

Percutian ke Hatyai 4D3N

Percutian kali ini, aq sekeluarga bercuti ke Hatyai...
kami pergi pada hari ahad.
Sepatutnya abg n kak ipar aq join sekali...tapi last minit mereka ada urusan.
Jadi aq n hb redah je la...ini lah kali pertama kami melancong ke negara orang dengan memandu kereta sendiri.
Bagaimana ingin membawa kereta sendiri, aq dah pun kongsikan di bloq aq yg terdahulu...
Bila kami memasuki Hatyai, jam sudah pun menunjukan pukul 11 tghr waktu Thailand...
Dah la kami tak sarapan apa apa lagi.
Masa sampai di Pekan Danok, aq ajak mereka sarapan mereka tak mahu.
jadi kami menuju ke Kai Toc Decha iaitu Nasi Ayam la senang cerita.
Masa aq buat review memang ramai yang makan kat sini...tapi tak dinafikan memang sedap baq hang....rugi ooo sapa tak mai try..
Mereka semua makan nasi ayam aq sorang je makan pulut ayam....


Depan kedai tu....nenas tu harga 100thb - 3 biji...

my mum makan nenas tu...

Signboard kedai...

Ni la nasi ayam tu....rasa macam nk p Hatyai lagi la....
huhuhu.....

Air Green tea aq...sedap nya...panas panas ni kan..layan...

Air untuk mereka.....
Teh Ais buih...aduh......
Habis je makan, kami pulang ke hotel.
Aq booking Hotel Grand Plaza yang aq dh booked melalui Agoda...
mudah..datang tunjuk je confirmation slip...settle
Dalam slip tu check in jam 2..tapi aq kul 12 dah sampai...
Aq tanya boleh ke check in sekarang...
Boleh kata reception tu....
Aq booking 2 bilik bersamaan 1 katil King.
Jadi mereka bagi aq bilik yang connecting room...
mudah la kami nak keluar masuk kan.....
Hotel ni ok juga berhadapan dengan kedai kedai dan juga malam ada pasar....
Aq jalan kaki je nak p dekat dekat situ....
senang je kan..berpandukan google map...macam mana...aq dah cerita dalam blog aq yang lepas....
Petang je...selepas kami melelapkan mata...kami pun jalan kaki ke sekitar bandar Hatyai...ala pusing belakang hotel je...mana boleh jauh jauh kesian my mum nanti penat nak jalan kan....


Kat area sini banyak betul hotel n spa...
rasanya korang boleh je walk in kalau nak booking hotel...tapi bagi aq baik booking siap siap kerana harga booking online lagi murah dari kita walk in sebabnya aq dah terkena.
Contoh aq booking Grand Plaza Hotel melalui Agoda RM115 semalam, tapi aq sambung lagi semalam terus booking melalui hotel, mereka caj RM145.00 semalam...
Beza kan...2 bilik dah berapa aq rugi...


Kami di Lee Garden Plaza...ni sebelah je Grand Plaza Hotel...
Lee Garden ni pun ada hotel juga...
best kan...
Masa nak masuk ke sini...ada security akan check beg korang...
Mereka lebih berhati hati la mungkin dahulu ada kes disitu kan...kes apa..korang google la sendiri..hehehe...my mum masa kena check tu tak paham security tu nak apa...
my mum tanya kenapa ko nak check beg aku...
Lepas tu baru aq perasan my mum kat belakang...
bila aq terangkan baru la mak tahu kenapa...then mak bagi check...settle jalan...
hehehehe...








Habis je pusing Lee Garden Plaza...kami ke Khonghea Floating Market..
Floating market buka jam 3 petang..sampai ke malam...
Untuk pergi ke sini Aq menaiki Grab je..sehala 160 thb 
Balik aq booked grab yang  sama kali ni drive tu caj 120 thb kerana terus melalui dia...
Murah kan...
masa nak cakap tu macam biasa la kena guna google translet la...kang jadi macam ayam dengan itik...
Kalau korang nak naik tuk tuk boleh je...bersepah depan hotel tu tapi dia minta 500 thb pergi balik
ko rasa......


Malam nya kami ke Asean Night Market...Ingat nk pergi esok nya...tapi drive grab tu kata isnin dia tutup...so nak tak nak kami ke situ juga la malam tu...
Sekali lagi kami booking terus Grab tu...dia cuma minta 120 thb pergi dan balik....
aq minta masa 2 jam untuk dia ambil balik...
Memang dia menepati masa....

Diantara menu yang ada....

Tokoyaki.... sedap sangat...

Sushi pun ada....

Ni kat dalam 7E.
7E mereka sangat murah kalau nak dibandingkan tempat tempat lain...
Air dia pun macam macam ada....
Kalau nak beli mineral water beli kat 7E je harga baru 6 thb, beli 2 percuma 1....

Pulut Durian - 100 THB

Durian - 100 THB

Pulut Magga - 70 THB

Air Krim Kelapa - 50 THB
Depan hotel, banyak tuk tuk menunggu...

Malam ke 2, dinner di Kelantan Restoran...
Makanan dia ok la sama je macam orang thai sini masak kan....
harga 500 THB

Tomyam...boleh la bg aq...







Selama 3 hari berturut turut kami sarapan di Chabura Dim Sum...
memang tak boleh nak tukar selera dah
rasa memang sedap semua nya...
tapi awas...ambil punya ambil...sekali kira dalam 700 - 1300 THB juga la
Paling mahal hari ke 3 la...hari terakhir...macam macam order sampai kekenyangan tak makan dah time lunch....
Paling sedap bubur tomyam dia...sampai sekarang aq dok teringin ni.....




Kami juga pergi ke Pantai Samila...anak anak macam biasa teringin nak naik kuda...
Seekor kuda harga dia 300 THB. Orang tu akan bawa pusing pantai...
sampai la ke Mermaid tu...tapi dah putus sebab hari tu kena bom kan...
Aq tak pergi bergambar pun...dek kerana kepanasan bahang mentari......
Lepas tu kami pun balik menuju ke Perak.
Aq pun kena la cepat menuju ke kastam / imigresen...risau tutup pulak kang....
sampai je Perak umh my mum..dah pun jam 10.00 malam...
Cepat - cepat menuju ke KL pula...sampai di KL jam 2.30 pagi...
Ambik kau....esk aq keje weh...mcm biasa...
apa apa pun
Korang Layan Je....

Percutian ke Langkawi pada 04/04/2019

Assalammualaikum...
Pada 04/04/2019 Khamis seawal jam 5 pagi aq, hb dan Alif bergegas ke TBS untuk menaik bas jam 5.30 pagi.. Kali ini kami akan bercuti ke Pulau Langkawi.Macam biasa la...kalau ke Langkawi menaiki flight mesti la aq dapat tambang murah. Kali ni murah pun tak la berapa nak murah...murah lagi yang aq dapat sebelum ni... Kali ni kami pergi ber3 sahaja tetapi esok Nadia akan datang menaiki flight bersendirian.. Penerbangan kali ini aq memilih jam 7.30 pagi. jadi nya kami selamat sampai ke Pulau Langkawi jam 8.15 pagi...awal kan.....
Hahaha...nk jalan jalan di Langkawi se awal yang mungkin...


Sampai je di KLIA2, macam biasa mesti la nak mengalas perut kan..tempat yang menjadi pilihan kami semestinya Family Mart. Mudah..disini apa apa pun ada....

Me n Alif..muka happy je...
Kami ber2 sahaja.

My HB, dok asing asing...memang aq tak booking seat..dok la tercampak sana sini..
Nama pun percutian bajet...harus la di min kan bajet tu....

Macam biasa, hotel yang menjadi pilihan kami ialah Best Seven Motel.
Mula - mula aq booking triple room, disebabkan esoknya Nadia nak datang aq minta di upgrade kan ke Quad room...
Aq juga booking Kereta Avanza dengan hotel ni...mudah kan...
hotel ni hanya menyediakan sewa kereta kepada pengunjung hotelnya sahaja. jadi kalau korang dok hotel lain tapi nak sewa kereta ngan dia memang tak dapat la....
Bila dah berehat sebentar apa lagi...jom kita pusing pekan Kuah...
Buat apa tu...Macam biasa...cari coklat la kiteeeee.....
Sebenarnya banyak tempat aq pergi cuma malas nak ambil gambar sebab setiap tahun pergi gambar tu je kan......
Pusing sana sini ke Langkawi, tapi hati keciwa sebabnya, Langkawi cable car di tutup seminggu untuk penyelenggaraan tahunan...huhuhu....
Lain kali jangan plan bulan 4 la ye...atau semak dulu pages Langkawi cable car tu dulu.....

Kami di perkampungan Mahsuri.
Macam iklan yang kat TBS tang pintu buka tutup tu Nadia kata...
hehehehe....






Ada lagu lagu tradisional ....

Hari yang berikutnya kami ke Perkampungan Beras Terbakar...
Macam biasa aq didepan rumah ketua kampung ...
Kalau nk beli kain batik, beli la kat sini...murah la dari tempat yang lain....

Hari seterusnya....kami lepak di Pantai Cenang. 
Panas terik cuaca di Langkawi...
Kami tak berlama pun di sini...


Selain tu korang boleh la mencuba makanan di tepi pantai Airport Langkawi...
Sedap sangat.
HB makan rojak...
Aq makan laksa sotong sekoq.....

Malam terkahir kami disini....
Kami makan seafood di Desa Permata Ikan Bakar.
Terletak di belakang Idaman Suri.
Masuk je ikut simpang Idaman Suri tu.
Dibelakang ada apartment 5 tingkat...ha kat situ la kedai nya...ni kedai yang no 1 la ye..

Ada satay RM0.90 secucuk....



Apa yang menariknya di sini.. setiap seafood sudah disediakan harga
contoh seekor sotong saiz kecik rm4...
udang rm5
ikan siakap rm20
so senang la kita nak kira bajet
supaya tak terover
macam sstgh seafood tu dia tulis je berat ikan tu
nnt time kira terbeliaq mata kita kan...kan...
hehehe...
Jadi takat ni je la cerita percutia kami sekeluarga...
nak tulis panjang...rasanya dah banyak cerita pasal Langkawi dalam blog aq ni kan....
Apa - apa pun
Korang Layan Je...

05 July 2019

Tip / Cara Masuk ke Hatyai Menggunakan Kereta 2019


CARA CARA UNTUK MEMASUKI KE HATYAI MENGGUNAKAN KERETA

Disini aq akan kongsikan pengalaman aq memasuki Hatyai menggunakan kereta.
Mungkin banyak blog blog yang lain dah kongsikan bagaimana untuk memasuki ke Hatyai.
Aq memasuki ke Hatyai menggunakan kereta Aq sendiri bermaksud tidak menggunakan kereta syarikat atau pun kereta sewa. Kiranya owner kereta ni adalah aq sendiri.

1. Passport (pastikan tarikh tamat sebelum 6 bulan)

2. Geran Kereta ( Aq bawa yang ori dan juga photocopy)
    Tapi masa di kastam Thai mereka lihat photocopy je
    Bagi aq bawa juga adalah lebih baik, mana tahu ada yang nk lihat yg ori kan

3. Insuran Kereta 

Bila sudah sampai area Changlun, Kedah sebelum memasuki border Imigresen Bukit Kayu Hitam,
Korang bolehlah membeli Insuran Kereta Thai, White Card (TM6), Borang TM2 & TM3 (2 set) dan juga Simcard Thai. Ini harus la ye...sebab kita akan gunakan 100% Waze untuk memasuki Hatyai nanti.

Aq beli semua ni di kedai sebelum Petron. Aq cakap nak beli insurance kereta, lepas tu brother tu tanya nak tak beli white card, borang TM2 & TM3. Untuk yang pertama kali macam aq, semestinya la aq nak kan..biar diorg settle semua nya...kita tak yah nk pikir benda benda ni lagi...Mereka lebih arif bab bab ni. Kot ada yang kata mahal la baik buat sendiri la..bg aq takpe janji segala urusan lancar kan. Jadi kita bagi je semua passport, geran & insurance kereta kt mereka. Mereka akan isi semua borang tu.


Ini la dia white card (TM6), borang TM2 & TM3 tu
 4. Kita akan dapat :
     ~ White Card (TM6) RM2.00 setiap 1
     ~ Borang TM2 & TM3 (2 set - depan & belakang)
     ~ Insuran Thai RM15.00 seminggu
     ~ Simcard Thai (AIS) RM20.00 @ 2 kad
     ~ Total RM70.00 (utk 5 orang)

Lepas tu korang mesti blur lagi kan macam mana nak meneruskan perjalanan ke sempadan tu.
Takpe nanti orang yang korang beli insurance tu akan bagi penerangan macam mana nak memasuki boarder tu nanti.


Ni serba sedikit gambaran kemasukan situ nanti

1. KASTAM MALAYSIA
    yang ni korang lalu je, macam rumah tol tu je.

2. IMIGRESEN MALAYSIA
    yang ni bagi je passport untuk di cop, tak perlu turun dari kereta, Imigresen tu tengok je dari           dalam. Kira berapa orang.

3. IMIGRESEN THAILAND
    yang ni kena turun kereta untuk di scan muka
    serahkan passport, white card (TM6), dan TM2 & TM3
    kami diminta 45thb untuk caj overtime fees 
    Driver : 25 thb, setiap penumpang : 5 thb 
    lepas tu pihak imigresen akan bagi sekeping borang TM2 & TM3 tu, so simpan sebab nanti          balik nak bagi kat imigresen Thai balik.

4. KASTAM THAILAND
    Owner kereta kena pergi ke kaunter kat luar je.
   Berbaris - Step 1 : Bagi passport owner, geran kereta n insurance kereta Thai (aq bagi juga                   insurance kereta Malaysia, senang nk tgk, ke tak nak ke...tu hak dia..hahaha)
   Dah siap dia akan bagi 2 keping Kastam Form, kita sain form tu.
   Pergi ke kaunter sebelah - Step 2 : Bagi form kastam yang kita sain tu, dia akan pulangkan                   sekeping  untuk kita tunjuk masa balik nanti.


Serba sedikit gambaran laluan ke Imigresen & Kastam Malaysia Thailand

5. Bila dah siap buat 4 perkara tu bermakna korang dah pun berjaya melepasi sempadan                          Thai...Jangan lupa aktifkan simcard Thai korang tu erk...apa lagi buka la waze & GPS            serta data la kan...tu wajib...
     Kot ada yang tak paham nk kena download ke Waze Thailand...jawapannya tidak perlu...sama je         mana mana waze Malaysia atau pun Thailand. Kat sana pun kalau nak naik Grab pun, guna je             Grab yang korang guna masa kat Malaysia, sama je...x yah nk setting Grab Thailand pun...mudah       kan...yang penting Data mesti ada la kan...

6. Bila dah on data buka waze search location mana nak pergi, sebelum melepasi Pekan Danok,              korang akan di tahan Kastam Thai, beliau meminta Kastam form, korang bagi je dia lihat...Lepas        tu apa lagi...Jalan....lalalala........


Tadi aq cerita cara nak masuk...Mungkin ada yang nak tahu cara nak keluar pulak macam mana kan.

1. Baca betul betul setiap signboard tu.
2. Masuk di Imigresen Thailand (semua kena turun kereta utk di scan muka, dan tapak tangan)
    bagi juga borang Kastam n TM2 & TM3, Passport & White Card (TM6) pastikan semua      ni ada.
    Masa aq balik tak dikenakan bayaran mungkin disebabkan bukan masa overtime fees kan iaitu jam      4 petang waktu Malaysia.
3. Lepas tu terus ke Imigresen Malaysia, serah semua passport yang ni tak payah turun kereta.
4. Ok...jalan terus...ba bai Thailand......hahahaha....

Yang ni no tel orang yang buat insurance kat Changlun tu. Dia kata boleh booking n transfer je duit nya..nanti bila sampai sana tinggal nak ambik je lagi...kdg2 cuti cuti sek orang ramai, jenuh menunggu....
Kedai dia sebelah Petron je

Sebelum memasuki Thailand pasti kan isi minyak penuh penuh ye...last petrol station ialah Petronas...kiranya stesen petron ni ke 2 last la....

Masa Thailand : Lewat sejam dari Malaysia
Tukaran wang : 100THB - RM13.00 

P/S : Nak mudah korang download je CURRENCY PLUS kat HP.
         Senang je korang taip je nilai RM kita, so boleh tau dah THB berapa.....

Semoga perkongsian ini dapat membantu urusan anda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...