08 November 2019

Sambutan Harijadi Bersama BFF Tersayang

Happy Birthday to my all bff kesayangan....
Hari ini seperti yang dijanjikan kami sepakat untuk mengadakan jamuan kecil utk kesemua 4 orang kami yang kebetulan harilahir jatuh pada bulan oktober...
jadi pada 19/10/2019 iaitu hari sabtu kami mengadakan jamuan di rumah Ina...
TQ tuan rumah yang sporting.....

Diantara jamuan yang dibawa...kiranya pot luck la ye....

Hadiah...huntung la kan...semua orang bagi hadiah....
hehehehe....

Ini lah sahabat aq dunia akhirat....
Semoga sahabat selamanya...tetapi sayang...sahabat ku yang bernama Dayang tidak dapat menghadirkan diri di saat saat akhir...erm....sedih tau.....
Kami ber4 termasuk Dayang lah yang lahir pada bulan Oktober tetapi si Nurin tu...dia menempek je tu....takpe la kita sambut sekali ye...
hehehe.....
Tema kali ni kami sepakat memakai baju kurung kedah dan berkain batik....
ko rasa.....memang la happening sangat kan...
Sporting semua nya...
Baju Kedah ini di sponser oleh Nurin...ada cerita disebalik tu...biar je la kami yang tahu kan...
Anyway...Tq Nurin....












Bila dah penat bergambar, acara membawang la ye...banyak cerita yang nk dikongsikan bersama
Dulu kami masing-masing tinggal di tempat yang sama selepas mereka berpindah tinggal la aq dengan Miza je di sini tetapi kami masih lagi berhubung...
Semoga ikatan terjalin selama lama nya....



Aq selfie la di rumah Ina....sementara menunggu kawan kawan yang lain datang kan...
Apa pun terima kasih diatas jemputan yang tak dirancang...rancang je...terus on kan...
Love both of you all.....
Till Jannah...Happy Birthday (Belated) to all of you....
Apa apa pun Korang
Layan Je...

24 October 2019

Program Bulan Sukan Negara Parlimen Cheras 2019

Pagi pagi lagi kami dah pun merempit di Taman Pudu Ulu. Konon nya untuk mendaftar sukan rupanya hanya mereka yang mendaftar online sahaja akan diberikan t shirt. 
Selepas itu dengan hati yang keciwa kami sepakat untuk pergi ke PPR Pudu Ulu.
Kat situ ada Kak Herni Coach kesayangan ramai...
Hehehe...
Baik kita join zumba kat situ je la ye kawan kawan.....
Kebetulan program ni anjuran bersama KRT, erm... apa lagi tumpang sekaki la kita....




Banyaknya hadiah yang disediakan....

Masa ni kami di Taman Pudu Ulu...

Bersama Coach Kak Herni...


Bersama Coach Kak Herni & Pengerusi KRT Pangsapuri Sri Penara Fasa A

Zumba...




Keluar juga la peluh kan. Ok la tu dari duduk rumah reput tulang je kan
Hahaha.....

Rehat....

Habis je acara selepas kami memeriahkan program mereka...
Kami pun pulang... dalam keletihan dan kegembiraan...



Jom balik...Apa lagi macam biasa la...
Minah rempit...hehehe...
Apa apa pun korang 
Layan Je...

14 October 2019

GM Diet - Alhamdulillah Penurunan Yang Cepat

Apa itu GM Diet?

General Motors Diet

Diet GM pertama kali dikandung khusus untuk pekerja di General Motors, Amerika Syarikat. Program diet 7 hari ini adalah bidang yang diuji oleh Pusat Penyelidikan John Hopkins dan hasilnya telah diluluskan oleh pengurusan atasan General Motors. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengurusan General Motors, sekali gus meningkatkan daya saing produk General Motors.
Diet GM dirancang untuk menurunkan berat badan sekitar 5-8 kg dengan aman dalam satu minggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta memperbaiki pola makan serta emosi.
Diet GM adalah program diet 7 hari penuh dengan pelbagai jenis makanan setiap hari. Semasa diet harus minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari dan tidak minum alkohol semasa program diet.
Contoh rencana menu diet GM adalah:
  1. Hari pertama. Anda dianjurkan untuk makan buah sebanyak mungkin. Boleh buah apa pun, kecuali pisang. Dibandingkan jenis buah lainnya, pisang mengandung gula dan kalori yang lumayan tinggi. Pilihan terbaiknya konsumsilah semangka. Pasalnya, buah satu ini mengandung mengandung banyak air. Selain membantu mencegah dehidrasi, buah yang kaya air juga dapat membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh Anda.
  2. Hari kedua. Anda dianjurkan untuk makan sayuran sebagai menu diet GM di hari kedua. Sayuran ini boleh dimakan mentah ataupun dimasak terlebih dahulu. Kuncinya, hindari menggunakan minyak untuk mengolah sayuran. Anda bisa merebus atau memanggangnya. 
  3. Hari ketiga. Pada hari ketiga ini, Anda masih dianjurkan makan buah dan sayuran. Makanlah berbagai jenis buah dan sayuran kesukaan Anda, kecuali pisang dan kentang.
  4. Hari keempat. Untuk menu diet GM di hari keempat, Anda dianjurkan untuk makan buah pisang dan susu saja. Anda bisa makan 6 buah pisang berukuran besar, atau 8 buah pisang berukuran kecil. Sedangkan susu yang dikonsumsi disarankan menggunakan susu rendah lemak sebanyak 3 gelas.
  5. Hari kelima. Anda disarankan makan 2 porsi daging tanpa lemak (boleh daging sapi, ikan, atau ayam) sebanyak 300 gram ditemani dengan 6 buah tomat. Jangan lupa juga untuk meningkatkan asupan air mineral yang cukup untuk membantu pemecahan purin dari konsumsi dagingSup sayuran juga bisa dijadikan menu diet GM di hari kelima.
  6. Hari keenam. Sama seperti hari sebelumnya, Anda dianjurkan makan daging sebanyak 300 gram dan sayuran apa pun, kecuali kentang.
  7. Hari ketujuh atau terakhir. Anda sudah diperbolehkan makan nasi, tapi hanya nasi merah. Selain itu Anda juga dianjurkan makan buah ataupun sayuran mentah. Boleh juga minum jus. 
Anda dianjurkan untuk minum banyak air putih (hingga 12-15 gelas) setiap harinya selama menjalani diet ini. Hal ini bertujuan untuk membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh Anda.
Meh layan menu yang aq ambil sepanjang aq berdiet ni...
 Hari Pertama - Buah Buahan kecuali pisang
 Hari Ke 2 - Sayur Sayuran
 Hari Ke 3 - Buah & sayur

 Hari Ke 4 - Pisang Montel (4 biji ) & Susu Low Fatt 1L untuk seharian

 Hari Ke 5 - Ikan (500 gram) & Tomato 6 biji seharian

 Hari Ke 6 - Protein & Sayuran 

Hari Ke 7 - Nasi 1 cup, Sayuran tiada limit & Jus Buah 
Bagi yang ingin mencuba boleh la ye...Diet ni sangat kental dan menguji kesabaran tapi kalau nak kurus harus la kita ikut kan. Tak lama pun cuma 7 hari je selepas itu boleh la mula balik diet suku suku separuh.
Apa apa pun Korang
Layan je....

Riadah Hujung Minggu Di Taman Tasik Permaisuri

Hari minggu ahad yang lalu, seawal pagi aq dah pun bangun. 
Selepas solat subuh aq menyediakan sarapan pagi untuk anak anak dan juga diri ku sendiri..
Selepas itu aq mengajak Alif pergi ke Taman Tasik Permaisuri.
Hajat dihati biasa la kan..tentunya nak membakar kalori yang ada di badan ni.
Sampai di sini suasana aman damai kerana jerebu pun sudah tiadakan..Kalau petang mesti hujan sebab sekarang musim hujan kan..
Lagi pun taman ni baru je dibuka setelah sekian lama nya bahagian Laman Iskandar Puteri ditutup.
Kat sini ada gazibo dan juga kerusi disediakan untuk para pengunjung.
Taman ni percuma je...




Lihat lah keindahan tasik permaisuri. Disini terdapat banyak aktiviti Yoga, Areobik.
Aq ada juga melihat kot kot ada zumba...takde pulak minggu ni....
Erm takpe la Alif kita joging je la...



Bila penat berjogging aq berehat di tepi tasik.
"Shima...."
"Eh...Peah...."
Apa lagi rancak la berborak.... Kami ni nama je duduk tempat yang sama tapi susah nak berjumpa..
Almaklumla masing masing kan sibuk hal masing masing...

My Baby Boooooo...
Tq teman kan mama hari ni.....


Laman Iskandar Puteri
Cantik kan boleh berjalan di setiap tingkat disitu.
Berpeluh gak la aq & Alif jalan kat situ.....



Selepas itu aq & Alif berehat di tepi kolam yang ada arca crome tu..apa nama aq tak tahu la pulak.
Mungkin org yang pandai seni saja yang tahu.
Hehehe...


Alif ajak aq main badminton.
Dah lama tak main.
Kadang kadang yang senang pun tak tertangkap oleh aq
Hahaha...
Selepas itu Alif main timbang bulu tangkis sorang sorang...
Dah puas bermain aq mengajak Alif pulang kerana jam sudah menunjukkan jam 10.00 pagi.
Apa apa pun Korang
Layan Je...

Jalan Jalan Di Pasar Malam Bandar Baru Kuala Selangor.


Hari sabtu yang lepas selepas pulang dari kerja, selepas aq dok golek golek tak tahu nak buat apa.
Aq sediakan juadah minum petang untuk keluarga tercinta. Selpas itu aq mengajak HB jalan jalan area Kuala Selangor. Dah lama kami tak ke sana. Konon nak pergi tengok highway baru tu WCE tu rupanya banyak yang tak siap lagi. Hajat di hati nak pergi ke Pasir Penambang rupanya dah tutup awal terlepas la hajat nak makan keropok udang dengan air kelapa....
Selepas itu aq mengajak hb ke pasar malam Kuala Selangor.
Macam macam makanan ada di jual. Disebabkan aq tengah diet GM...erm..boleh tengok je la....
Cuci cuci mata gitu....







Nasi lemak packing RM1.00 Biasa
Nasi lemak udang, sotong dah siap packing RM2.50
Erm...sedapnya....



Sampai kt gerai ni teruja nya melihat banyak nya nasi yang dijual..
RM5.00 mana mana pun... ok kan... 
Nasi Ayam Goreng Kunyit RM5.00

Nasi Ayam Goreng RM5.00

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah RM5.00
Aq beli yang ini untuk Alif & Fatahul....
Selain itu hb juga ada beli Putu Mayam RM3.00 - 6 pcs...
Sedap hb kata...aq....erm....tengok boleh la...
Jadi pada sesiapa yang ingat pergi ke pasar malam ini boleh la pergi setiap hari sabtu ye...
Apa apa pun Korang
Layan Je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...