08 January 2020

Lempeng Pisang Buat Mereka Yang Tersayang

Balik je kerja semalam daku gigih buat kan mereka lempeng kelapa.. 
Jadi la buat makan malam.. My HB & My Booolat tak kisah pun apa yang ku masak..Lagi lagi lempeng pisang ni memang kegemaran my HB....

 Lempeng pisang di makan bersama secawan milo kosong suam...
Me... tengok je la.... huhuhuhu....

 3 Biji pisang montel yang nak ku clear kan stock nya....

 Ku lenyek guna garfu je 

 Dah siap

 Ku campur 4 sudu tepung gandum, secubit garam, 1/2 sudu kecil soda & baking powder & 1/2 cawan susu low fat

 Kacau sebati

 Non stick pan yang ku oles dengan planta...

 Buat kecil2 dapat la sekali masak 2 biji...
Jimat masa aq.....

 Bau sungguh semerbak harum...
Menarik perhatian Alif ke dapur...untuk melihat apa yang mama dia buat....
hahahaha...

Tadaaaaaaaaaa....
Siap lempeng pisang ku bersama milo kosong untuk mereka yang ku sayang...
Meh ku kongsi kan resepi disini ye....
Lepas ni bersiap lak ku nak ke Zumba di Kompleks Bandar Tun Razak....
Layan......

Resepi Lempeng Pisang Lembut

~ 3 biji pisang
~ 4 sudu tepung gandum
~ 1/2 Cawan susu ( ku guna susu low fat)
~ 1/2 sudu kecil Soda bikarbonat
~ 1/2 sudu kecil baking powder
~ secubit garam

~ Gaul kan sebati..
~ Non stick pan di oles dengan planta...bakar...
~ P/s Aq tak letak gula sebab rasa pisang tu pun dah cukup manis
 Kurang kan manis dalam makan....lebih kan manis dalam senyuman
 heheheh.....

06 January 2020

Jom Mandi Sungai di Kampung Simpang Empat Tanjung Malim

Sebenarnya kami ke Tanjung Malim ni, aq dah pun membuat tempahan Homestay / Roomstay di Tanjung Malim di Kampung Simpang Empat...kiranya berhadapan dengan Kampus Lama UPSI.
Nanti aq cerita pasal Homestay ni di entri akan datang..
Selepas je check in di sini lewat la juga dalam kul 4.00 ptg gitu kami menuju ke Sungai yang terletak tidak jauh dari situ.
Lokasi sungai ni berhadapan dengan trafic light Taman Universiti dari arah Tanjung Malim nak ke Kuala Kubu sebelah kiri. Signboard dia Teratak Riverview. Belok je kiri terus kan berjalanan dalam masa 10 minit akan berjumpa Signboard "Teratak Ayah". 
Disitu lah tempat nya...Kalau musim durian korang pun boleh tempah nak makan durian dari owner tu ...
Air sungai yang cetak sesuai la untuk budak budak mandi manda kan...

Terdapat 5 buah gazebo disini...

Harga bayaran yang dikenakan....
Apa apa korang boleh la call di number yang tertera....


Alif dah tak sabar nak mandi manda...

Keesokan harinya kami datang lagi untuk mandi manda disini....
Hanya 3 orang keahlian saja ye.....



Mandi manda disini memang seronok.  Air nya yang sejuk. Tak la dalam mana tengok la paras buku lali mereka saja.
Kalau nak lebih mencabar boleh je korang ke atas lagi....
Cuaca pun baik pada hari ini...Jadi air sungai yang mengalir sangat jernih....
Selepas itu Ina sekeluarga pun join juga dalam kul 3.00 petang mereka tiba.
Jam 4.00 petang kami pun bersurai balik kerana masing masing ada destinasi masing masing...
Apa - apa pun Korang
Layan Je...

Jalan Jalan Di Bukit Fraser

Hari sabtu yang lalu 04/01/2020 kami ingin ke Tanjung Malim untuk menghantar barang barang yang di pesan oleh Nadia. Dalam perjalanan tu masih awal kan nak pergi ke Tanjung Malim awal awal pun takde apa nanti. Aq mengajak HB naik ke Bukit Fraser. Lagi pun perjalanan kami hanya lah sekadar suka suka...Kali terakhir kami ke Bukit Fraser ialah pada 5 tahun yang lalu itu pun sementara menunggu Nadia temuduga di MRSM...
Masa dalam perjalanan tu macam biasa la keadaan jalan yang berliku dan sesekali pohon buluh merentasi jalan raya. Pada aq la...biar pandu dengan kelajuan yang sederhana tak yah la nak laju laju ye...bukan apa kang pening kepala pula....
Setelah melalui liku liku kehidupan di sini..akhirnya jam 11.00 pagi sampai juga kami di Bukit Fraser...
Sejuk dan nyaman sekali cuaca di sini....



Mengabadikan kenangan di signboard Bukit Fraser...

Selangor / Pahang...


Keunikan reka bentuk bangunan nya yang ala ala inggeris...

Pejabat Pos di sini...

Jalan sehala semasa datang...


Di kejauhan mercu tanda Bukit Fraser Menara Jam....

Puncak Inn Hotel

Axia Merah.....
Gerai di tepi jalan berhampiran Padang Golf..
Harga boleh la tak la mahal mana untuk tempat seperti ini....

Padang golf


Keluarga Kecil ku....



Hadapan Restoran Mini Strawberry....
Jagung Cup Rm3.50

Lunch Untuk disini
Mee Goreng Basah...memang aq rekomen ssgt......
Mee Goreng Basah - RM8.90
Bihun Tomyam - RM9.90
 Coklat Panas - RM3.00
Teh Tarik - RM2.50

Bihun tomyam untuk aq....

Muka puas dah kekenyangan....

Senarai harga - air

Senarai harga - makanan

Total makanan...

Public Toilet pun ada...



Di sini ramai pencinta haiwan serangga mengambil gambar....
Taman Lady Guillemard
Selepas itu dalam jam 1.30 ptg kami mula turun menuju ke Tanjung Malim...
Meninggalkan Bukit Fraser yang penuh kedamaian dan kehijauan alam semulajadi nya....
HB kapan kita ke sini lagi...Kalau boleh kita bermalam disini dan berjalan jalan meninjau alam semulajadi nya di banyak tempat lagi yang belum kita jelajahi.
Disebabkan kawasan nya yang sunyi tu baik kami turun dahulu la ye...
Bai bai Bukit Fraser....
Apa - apa pun Korang
Layan Je....

Lempeng Kelapa Bersama Sambal Sardin Pembukaan Cerita 2020

Hari minggu yang lalu... Aq sediakan sarapan pagi untuk mereka iaitu lempeng kelapa dengan sambal sardin.. Masakan ini juga pembukaan cerita masakan ku untuk permulaan tahun 2020.
Seawal pagi aq sudah pun bangun untuk menyediakan lempeng kelapa....

Lempeng Kelapa dengan sambal sardin...

Ku campur semua bahan bahan untuk sebatikan...

Bila dah sebati, ku blender lagi untuk mendapatkan aduan yang lebih halus....

Ku guna non stick pan je...tutup dengan tudung periuk untuk cepat garing....


dah pun siap....

Mereka lebih suka garing begini terpulang pada korang la ye nak macam mana cara masaknya tu

Resepi Lempeng Kelapa
~ Tepung Gandum
~ Kelapa Parut
~ Santan Kotak
~ Sesudu Gula
~ Garam
~ Air
~ Telur 1 biji

~Kacau sebati tengok pada kepekatan adunan lepas tu blander...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...