15 June 2020

Kuih Kasui & Apam Pisang

Menu kuih kasui dan apam pisang ni aq dapat dr kawan ku...
Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dengan ku.
Hari ni aq pos gambar je
Esok esok aq akan kongsi kan resepi tu ye...

Ni sarapan pagi,
Nasi goreng, kasui & essenso coffee...


Ni la apam pisang....
Ada bahan tertentu...
Bukan ku dapat dari mengoggle ye...

Sarapan pagi ku...
Murtabak sardin
Murtabak pisang
Apam pisang
Essenso Coffee...
Layan....

Murtabak Sardin & Murtabak Telur Kucai

Pelbagai murtabak dari dapur ku...
Aq mmg gagal la nak buat murtabak dari doh roti canai.
Jadi bila lihat di fb orang buat murtabak menggunakan kulit popia...
Macam best je kan....

Ini murtabak sardin...

Ini murtabak bawang + kucai..
Ada lagi diantara nya murtabak pisang...
Gambar cari tah mana pergi nya...

Menu Berbuka PKP - 2020

Semenjak pkp ni juadah berbuka memang kena masak sendiri.
Jarang sangat aq beli lauk di kedai...
Ini antara menu juadah aq...
Boleh dikatakan juadah berbuka lengkap 30 hari.
Ada yang kuih dibeli tetapi banyak yang aq masak sendiri....

Maggi goreng, Kari daging, telur dadar, Cek mek molek & mangga

Dory sweet sour, Sambal sotong, Telur rebus air asam, Bendi rebus, Apam balik & Tembikai







Spagetthi Cabonara, Popia Bergedil & Tembikai

Bihun goreng, terung tumis, Kari sotong, Sambal bunga kantan, & Cek mek molek.

Mee goreng, Terung tumis, sambal bunga katan, Lala masak lemak cili api, salad, telur dadar, mangga & tembikai..

Dory sweet sour, kacang panjang tumis telur, soon sup, murtabak pisang / kucai, mangga & tembikai..

Laksa, Popia bergedil, murtabak pisang, mangga & tembikai

Lala masak lemak cili api, popia bergedil, telur dadar, timun, mangga & tembikai...


Ni rezeki dari jiran jiran.
Yang aq masak cuma kari telur sotong, cek mek molek & keria.
Pulut kuning, ayam masak kari, ayam percik dari Kak Ani
Donut, bihun sup & puding mangga dari Nana..
Tq pada yang memberi...

Nasi goreng, kari bawal, apam balik
Kuih lopeh aq beli...

Nasi goreng ayam - beli
Apam pisang, pulut taitai - orang bagi
Masak lemak pucuk paku dengan udang, mangga

Makaroni spiral goreng, tembikai
Nona manis & kuih lapis - orang bagi

Udang masak sambal, msk lemak pucuk paku, ikan bilis petai sambal cili api, mangga, tembikai & murtabak kucai...

Kepah sos tiram, masak lemak kobis, telur dadar, telur asin, tauhu bergedil, mangga & tembikai.

Hari ni HB belanja satay samuri, kuih tepung pelita
Makanan yang lain beli di Pak Li Kopitiam...
Dragon fruit & mangga
Hari ni tak masak la aq...

Sambal sotong, sayur kangkung, pelaling goreng, apam balik, magga & tembikai..

Mee goreng, sambal sardin, pelaling goreng, sambal ikan bilis petai, salad & mangga

Sambal sotong, kangkung goreng, pelaling goreng, karipap, apam balik, mangga & tembikai
Kuih ketayap - orang bagi..

Masak lemak pucuk paku udang, telur masin, karipap & tembikai
Kek chifon & kek pisang - orang bagi...

Lala maska lemak cili api, taugeh goreng kicap, apam nasi, mangga & tembikai

Chicken chop bakar, tauhu bergedil, karipap, kuih ketayap, mangga & tembikai...

Sotong goreng kunyit, kangkung goreng, ketayap, mangga & tembikai...

Sotong sambal, taugeh goreng kicap, mangga & dragon fruit
Murtabak & rendang daging minang - beli...

Ayam masak lemak cili api, kangkung goreng, mangga & tembikai
Nona manis - orang bagi

Bihun goreng, mangga & tembikai
Kek & buah melaka - orang bagi..

Juadah terkahir ramadhan..
Makan special sikit nasi impit, kari kambing, ayam masak merah.
Kuih muih tu aq beli di Kg Batu 8 Sijangkang...Haaaa jauh kan...
Sekali dapat terlepas...tapi kuih muih ni memang sedap...Harga pun berpatutan...

Apa-apa pun korang
Layan Je...

Popia Simpul

Ala popia simpul je pun
Kebetulan aq ada stok serunding daging dan juga kulit popia.
Maklum la sekarang bulan puasa kan.
Siang takde apa yang nak dilakukan.
Jadi aq pun buat la projek popia simpul.
Serunding daging tu ku blender dahulu. Guna blender kering untuk mendapat keadaan yang halus la.
Kot tak macam mana la nak simpul kan...
Sekeping besar popia tu aq bahagiakan pada 8 keping kecil


Yang ni dah siap di goreng.
Nanti time berbuka boleh la kita makan ye....

Yong Tau Foo Steamboat

Rasa teringin nak makan yong tau foo versi kuah sup ni kan.,
Nak beli kedai tak buka la pula..
Semenjak kita di kena kan PKP ni kan...
Jadi ku cari bahan bahan steamboat ni di Pasaraya CB je belakang maybank tu je...
Disana banyak pilihan.
Pilih je yang mana berkenan di tekak kan...


Ku buat untuk sarapan pagi.
Tukar selera kita makan steamboad pagi pagi ni.
Apa apa pun Korang
Layan je

Kuih Lompang

Semenjak kena PKP ni rajin la pula aq mencuba pelbagai resepi.
Ada tu yang tak pernah ku buat langsung
Try & Error je...
Hari ni aq nk cuba buat kuih lompang.
Kuih yang berlesung pipit di tengah bila masak nya tu...




Kuih lompang ku buat sarapan  pagi.
Makan bersama mee sedap korean dan juga roti sangkaya pandan....


  1. Ini dia resepi yang ku google...
  2. Malas la pulak aq nak menaip nya.
  3. Jadi ku screenshot je la...
  4. Apa-apa pun Korang
  5. Layan Je...

Brunch ~ Lockdownday 3 Phase 2 @ 03/04/20


Menu untuk hari ini.
Sarapan dan makan tenghari sekali aq buat.
Mudah kan..


Nasi lemak
Bihun goreng
Kuih seri muka...


Sarapan Nasi Goreng ~ Lockdown Day 2 Phase 2 @ 02/04/20

Sarapan pagi untuk hari ini.
Nasi goreng campak campak.
Ada lebihan nasi malam tadi.
Tak mo membazir kan
Kujadikan nasi goreng buat diri ku...





Yang ini pula maggi goreng dan juga nugget untuk anak anak yang dok lena dibuai mimpi lagi
Apa apa pun Korang
Layan Je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...