12 August 2020

Hiking Di Bukit Besi @ 25/07/2020

 Cerita hari sabtu yang lalu..

Hari jumaat Sham menelefon untuk mengajak aq ke Bukit Besi.

Jadi pada jam 8.00 pagi macam biasa kami berkumpul di Restoran mamak sebelah OCBC Bank Alam Damai.. Setelah bersarapan kami pun memulakan pendakian. Naik semput juga almaklum la dah lama tak mendaki ni. Lelah juga la aq...

Me & Sham Family...

Track ada kala mudah adakala mencabar weh...

Sampai di stesen yang pertama. kita rehat dulu ye...

Macam biasa my baby boo sentiasa menemani ku


Stesen 2 dah panas terik



Kami berehat disini saja.. Malas nak naik ke stesen 3..

Masa untuk turun... Kami tamat dalam jam 11.00 tenghari juga la.
Lepas habis je aq terus pulang dengan Alif..
Macam biasa habis je my hb dah menunggu di parking kereta.
Apa lagi pecut ke kedai kuning la untuk menikmati makan tengahari...
Layan......


24 July 2020

Bayam Brazil Masak Lemak Putih

Yang ni pula lauk hari khamis.
Aq ni memang jenis suka bawa bekal ke pejabat.
Mudah dan jimat kan....
Selain ayam masak sos aq juga buat bayam brazil masak lemak putih.
Bayam brazil ni sebenarnya banyak khasiatnya.
Sebab tu aq setiap hari makan bayam ni pun tak pernah rasa bosan.
Lagi bila kita pelbagaikan cara masakan nya.
Lagi sedap kan.......



Sedap nya bayam brazil ni masak lemak putih kena pula ikan gelama jeruk, telur dadar dan ayam masak sos... Boleh bertambah makan... Disebabkan bawa bekal tak la nak menambahkan....
Hahaha....

RESEPI BAYAM BRAZIL MASAK LEMAK PUTIH

1. 1 Mangkuk bayam yang dah siap di potong dan ku rendam dengan air garam.
2. 2 bungkus cendawan inoki - terpulang nak letak ke tak.
3. Segenggam suhun yang di rendam 
4. Segenggam ikan bilis
5. 1 biji bawang besar
6. 1 biji cili merah yang di hiris
7. Sekotak santan kara
8. 1 sudu sesedap rasa maggi


CARA CARA NYA

1. Masukkan sedikit santan + air, ikan bilis, bawang, cili, sesedap rasa & garam - biarkan merenih
2. Masukkan bayam biarkan layu - kacau
3. Masukkan cendawan & suhun
4. Kacau sebati
5. Akhir sekali masukkan lebihan santan
6. Siap.    



Nasi Goreng Bayam Brazil Dinner Malam Tadi

Ini cerita makan malam untuk hari rabu 22/07/20.
Pertama kali aq makan bayam brazil ni kat rumah mak. Sekeliling rumah mak memang penuh dengan bayam brazil dan setiap kali pulang ke kampung memang aq akan memetik sayur bayam brazil ni untuk di bawa pulang ke KL. Di rumah, aq ada menanam bayam brazil ni, mudah je dalam pasu yang diletakkan di atas grill. Almaklum la aq ni tinggal ni tempat yang tinggi kan. 
Mak kata bagus la tu tak la siput ke ulat ke yang nak makan daun nya sebab tempat tinggi kan....
Hehehe....
Nanti akan ku kongsi kan bersama pokok bayam brazil yang ke tanam tu....

Bayam brazil yang mak aq bekal, seplastik besar.
Tapi ni untuk 2 kali masak je...


Bayam brazil yang dah siap di potong dan dibersihkan....

Tada......


Aq ni pula konon konon nak diet la tapi bila tengok nasi goreng ni amat menyelerakan...
Tergugat la juga...Termakan la dalam sepiring nasi....
Hahaha....termakan ke...dh ko memang sengaja nak makan kan...
Layan je la....

RESEPI NASI GORENG BAYAM BRAZIL

1. Semangkuk nasi sejuk
2. 1 ulas bawang merah - di hiris
3. 1 ulas bawang putih - dicincang
4. 1 sudu cili kisar
5. 1 kiub ayam
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu sesedap rasa maggi
8. 1 mangkuk bayam brazil dicuci dan ditoskan
9. 2 biji telus - goreng dadar dan hancurkan
10. 2 batang crab stick - dihiris serong

CARA CARA NYA

1. Tumis bawang sehingga garing
2. Masukkan cili kisar
3. Masukkan kiub ayam
4. Masukkan nasi dan telur kacau sebati
5. Masukkan sos tiram & sesedap rasa maggi
6. Masukkan bayam brazil kacau sehingga layu
7. Masukkan crab stick ni letak last sebab crab ni mudah masak dan pecah kalau masak lama.
8. Rasakan garam tapi aq tak letak sebab masin dah soskib semua tu.


*Nota :
Kenapa aq suka letak sos tiram, sesedap rasa kemudian. 
Kalau letak awal takut benda tu jadi hangus
Bila letak lepas nasi benda tu akan melekat di nasi bukan di kuali kecuali korang guna non stick pan la.
Akhir baru masuk kan crab stick sebab benda ni cepat masak.

22 July 2020

Muffin Pisang Coklat Chip ~ Yummy

Assalammualaikum....
Selepas je pulang kerja semalam, lepas je solat magrib, ku lihat pisang yang mak bagi hari tu masih berbaki 2 ketul... Pada busuk macam tu je baik ku buat muffin.
Kalau buat cokodok tak pasti habis ke tidak ni.
Kalau kalian sedia maklum, seisi rumah memang tengah berdiet sekarang.
Dan kebetulan ni ada anak anak yang datang tuisyen, jadi ku buatkan lah untuk mereka.
Kali ni ku letak kan coklat chip sebabnya kopi chip dah habis....



Comei kan....
Kecik kecik je, bila masak bau nya semerbak rumah...
Jom kita lihat resepi.
Tapi di post sebelum nya aq dah kongsi kan resepi tu tapi ku kongsi kang lagi sekali la ye...


RESEPI MUFFIN PISANG BERSAMA COKLAT CHIP

Bahan A (Kering)

1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
3. 1 1/2 sudu kecil baking powder

Semua ni kita ayak untuk mendapat kan tepung yang halus dan tak berketul.

Bahan B (Basah)
1. 200 gram pisang yang dilenyek (3-4 biji)
2. 1/2 sudu kecil garam
3. 2 biji telur
4. 1 1/3 cwan gula perang - kalau guna gula putih kurang kan jadi 1 cawan
5. 1/2 cawan minyak masak
6. 1/3 cawan susu segar nak letak susu cair pun boleh
7. 1/2 sudu esen vanilla
8. Coklat chip (aq letak kopi chip)
9. Badam dan juga coklat chip sebagai hiasan (topping)

Satu kan bahan B
Bila dah sebati masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit
Bila dah sebati
Panas kan oven dalam 10 minit
Bila dah panas mula la membakar dalam 20 minit suhu 170 bergantung kepada oven masing masing.

20 July 2020

Muffin Vanilla Dengan Kopi Chip

Ahad malam ku buat pula Muffin Vanilla untuk bekalan esok Alif ke sekolah.
Macam biasa, muffin ni akan dibantu oleh Alif.

Aq pula kekononnya nak bagi warna warni letak la coklat rice color color tu...
Bila dah masak cair habis coklat rice tu...
Comot jadi nya muffin aku....
Huhuhu....

Jom layan resepi aq...
Resepi kali ni ku ambil dari blog Che Nom.
Ku copy paste je la ye....
Tq ye...izinkan ku share resepi di bloq kesayangan ku ini...


RESEPI MUFFIN VANILLA

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan butter, cairkan (ku guna minyak masak je)
  • hirisan kacang badam, untuk hiasan (yang ni dah habis ku gantikan dengan coklat rice)

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius (Oven aq cuma 170)
  2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
  4. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.


Menu Makan Tengahari Di Hari Ahad19/07/20 Versi Diet


Pagi pagi ni aq ada zumba...
Balik je dari zumba, lapar weh...
Apa lagi ku kedapur kelentang kelentung siap sebelum jam 12.00 tenghari...
Perh...perut pun dah berbunyi sebab pagi tadi cuma minum susu sunlac je ngn essenso coffee.


Ikan tongkol masak singgang

Kangkung tumis bersama tomato

Omelette Sardin  

Air asam (semalam beli kat kedai kuning)

Disebabkan semua penghuni on diet, makan nasi SSS je la....
Sapa kata diet tak leh makan sedap sedap....
Cuma rajin ngan tak rajin je la kan...
Hehehe....
Layan...

Puff Sardin Sarapan Pagi Minggu 19/07/20


Selepas je buat muffin pisang, aq dah berangan esok nak buatkan puff sardin untuk sarapan pagi Alif.
Buka untuk aq ye.....
Hehehehe...
Bahan pun senang je.
3 bahan je pun.....
Tak susahkan...

Dan ini lah hasilnya...
Macam beli kat kedai kan....

Ni proses puff aq...
Kali ni ku tambah dengan crab stick tu 1 batang
Sambal sardin....
Dah siap tanggup kan dua dan lenyek la denga hujung garfu setiap doh tu.
Bagi dia tertutup rapat...


Dah siap sapu kan dengan kuning telur.
Lepas tu ku tabur dengan serbuk pasley kering untuk menbangkitkan aroma daun pasley tu la kan.
Kot takde... takpe...sapu je kuning telur...
Bila dah siap panas kan oven dalam masa 5 minit
Bakar dengan suhu 170 darjah selama 20 minit....

Ting.....
Dah siap....
Makan panas panas layan weh....
Kulit pastry tu aku beli kat BWY je 1 bungkus ada 5 keping RM4.90
Ada juga jenama kawan, 10 keping RM5+
di BWY ada juga yang jual bentuk batang RM11.00
Haaaa... tu lagi jimat...

Menyelerakan...
Yang pastinya, Alif habiskan semua....
Hehehe
Layan...

Muffin Pisang Bersama Kopi Chip

Hari sabtu 18/07/20 aq tak pergi mana mana pun...
Cuaca yang mendung dari pagi sampai la ke malam hujan turun tak berhenti henti.
Dengan angin yang kuat, nasib rumah ku dah bertukar tingkap kot tak, jenuh la nk mengemop umh banjir... Aik...dok tinggi pun banjir ke... Ye banjir bagi mereka yang mempunyai pengalaman macam aq je yang paham istilah banjir yang ku kata kan...
Jadi lepas je magrib...apa lagi ku mula kan la projek malam minggu...
Ni la kerja aq kalau tak ada apa apa program...
Hehehe...
Disebabkan minggu lepas balik kampung, mak bagi pisang yang dh siap di kupas kulit nya lagi....
Sayang pula kalau aq tak pikirkan sesuatu pada pisang tu busuk macam tu je kan...
Aku memang gemar buat muffin berbanding kek kerana rupa nya yang comei dan di letak di dalam papercup pelbagai warna tu.....
Maka terhasil la muffin pisang bersama dengan kopi chip...
Ehh..... pelik nya...bukan coklat chip ke....bukan.... kopi chip ye....
Rupa nya aroma kopi chip ni kena dengan pisang masa panas panas semerbak bau harum nya...
Ni yang silap gaya punoh diet ambe.....

Ni la hasil pertama...sekali masak blh 35 cup kecil ni....


Adunan dia...
Kalau muffin mesti ada 2 adunan, 1 basah 1 kering....

Yang ni pula dh siap sedia nak ku bakar...
Muffin malam ni hasil kerjasama dengan Alif...
Aq isi adunan dalam cup Alif isi topping kt atas tu....



Yang ni pula tray yang ke 2....
Aq buat muffin ni ku gandakan resepi nya...disebabkan pisang yang banyak tu la.
Bila ku gandakan adunan dapat la dalam 79 biji muffin yang comei lotei tu...
Puas makan....
Dan hasil nya...ku sedekah pada jiran jiran ku....
Suka mereka dapat muffin, sejuk sejuk lak tu...kan
Meh layan resepi aq...
Resepi ni ku ambil dari blog Buat orang lapo....
Memang lapo pun jadinya....

RESEPI MUFFIN PISANG BERSAMA KOPI CHIP

Bahan A (Kering)

1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
3. 1 1/2 sudu kecil baking powder

Semua ni kita ayak untuk mendapat kan tepung yang halus dan tak berketul.

Bahan B (Basah)
1. 200 gram pisang yang dilenyek (3-4 biji)
2. 1/2 sudu kecil garam
3. 2 biji telur
4. 1 1/3 cwan gula perang - kalau guna gula putih kurang kan jadi 1 cawan
5. 1/2 cawan minyak masak
6. 1/3 cawan susu segar nak letak susu cair pun boleh
7. 1/2 sudu esen vanilla
8. Coklat chip (aq letak kopi chip)
9. Badam dan juga coklat chip sebagai hiasan (topping)

Satu kan bahan B
Bila dah sebati masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit
Bila dah sebati
Panas kan oven dalam 10 minit
Bila dah panas mula la membakar dalam 20 minit suhu 170 bergantung kepada oven masing masing.

16 July 2020

Jom Buat Roti

Hari ahad 12/07/20, hb kata ari ni kita tak yah pergi mana mana... rehat je kat rumah...
Bila dah petang takde benda nak buat daku apa lagi memulakan la operasi membaking...
Hari ni aq nak buat roti.....

Tadaaaaaaa.... ni la roti aq yang dh siap tu

Ni roti bun inti coklat...Coklat tu aq beli di BWY RM6 sepaket...
Banyak isi nya.....

Ni roti sosej, roti sosej sos...
Aq main hentam jek...
Kita yang buat dia kan....


Rehat kan kejap bagi naik baru la mula membakar


Ni la kejadiannya...elok masak nya...
Bila dah masak masa panas panas tu ku sapu kan dengan majerin

Ni roti coklat...
Erm ok la...
Lepas gian nak makan roti coklat kan....
Jom layan resepi aq ni....
Selain roti doh ni blh je kalau nak buat pizza pun...sama je...


RESEPI ROTI MUDAH

Bahan A

1. 1 paket yis / mauripan
2. 2 sudu gula
3. 4 sudu susu pekat 
4. 1 cawan air suam

Campur sekali bagi sampai berbuih

Bahan B

1. 3 1/2 cawan tepung gandum (ku guna tepung roti / pizza)
2. 1 sudu majerin
3. 1 biji telur
4. Sedikit garam

Campur dan gaul sebati

** Campur kan bahan A ke dalam bahan B

Uli sampai sebati sampai tak meleket...
Rehat kan doh 1 jam atau bergantung pada keadaan..Doh naik sekali ganda
Sebelum tu sapu kan doh & mangkuk dengan minyak supaya bila doh mengembang tidak melekat
Bila dah naik tumbuk doh
Boleh la membuat bentuk roti yang di gemari.....
Bakar dengan suhu 170 selama 20 minit


 

Cucur Jagung Step By Step

Jagung ni pula aq beli masa balik kampung semalam. Disebabkan hb terpaksa kerja pada hari sabtu dan ahad makanya selepas menghantar Fatahul, hari jumaat tu juga kami pulang ke KL.
Sebelum balik KL aq singgah di gerai depan rumah mak beli jagung....
Jadinya hari sabtu pagi tu sarapan kami adalah cucur jagung dan juga jagung rabus...
Hehehehe...

Ni cucur jagung ku...
Ku sertakan resepi step by step cara nak buat...
Nanti ada yang akan kata...ala cucur jagung je pun..mudah je...
Takpe la, lain orang lain pendapat kan...



Bahan bahan dia mudah je.
3 tongkol jagung 
1 biji telur
1 biji bawang
Segengam ikan bilis lagi banyak lagi sedap
tepung gandum dan tepung beras
Nisbah 2 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung beras
Air sejuk secukupnya (air sejuk peti ais tu ye)
Sedikit garam

Gaul sebati

Masukan 2 sudu minyak panas kacau..
Boleh la mengoreng..

Nampak ranggup kan cucur jagung ku...

Sarapan pagi
Cucur jagung, jagung rebus & semug milo kosong

Pagi ni pula hujan...
Bila dah makan perut dah kenyang
Automatik mata tak leh nk buka dah...
Hahahaha.....
Layan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...