Tema mereka kuning ye
31 December 2021
Sambutan Harijadi Bersama Oktober Mum's Di Seremban Pada 11/12/21
Tema mereka kuning ye
29 December 2021
Setahun tak berblog....
Lamanya aku tidak menulis setahun lamanya..
Ku rindu....
02 October 2020
Sambutan Birthday 01 October 2020 @ Teh Tarik Place
Salam Oktober 2020 buat semua pembaca blog kesayangan ku....Bersempena 01 October hari kelahiran ku... Selamat Hari Lahir buat diriku dan juga kalian semua yang mungkin sama harinya dengan diri ku.. Semoga kalian semua dirahmati Allah SWT. Alhamdulillah masih berpeluang bernafas di muka bumi ini... Salam ceria buat semua....
Bersempena hari lahir ku segala ucapan dan doa yang kali semua titipkan buat ku, ku ucapan berbanyak banyak terima kasih. Mana yang tak sempat ku balas ku mohon maaf mungkin terlepas pandang... Seawal jam 12.02 pagi 01 October 2020 seperti biasa di tahun tahun sebelum ni hb adalah orang pertama yang akan memberi ucapan kelahiran buat diri ku... Harus la kan....hehehe...
Balik je kerja, macam biasa selalunya sambutan akan di buat di kedai yang menjadi pilihan ku. Bertema kan biru kali ini, aq meminta untuk menyambutnya di Teh Tarik Place Bandar Sri Permaisuri. Malas la nak pergi jauh jauh. Lagi pun hujan sedari petang tadi hingga la ke malam hari... Lepas magrib kami ke Teh Tarik Place yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, 5 minit je dari rumah aq....
30 September 2020
Percutian ke Terengganu Sempena Cuti Kemerdekaan @ 29/08/20
Percutian yang ringkas dan padat kali ini, kami memilih untuk ke Terengganu. Bersempena cuti Hari Kemerdekaan tapi tidak la menyambut merdeka di sana. Ku kira di mana mana pun bila ada sambutan perayaan pasti nya tak lepas dari menghadap jem kan. Lagi pun negara kita masih di landa wabak Covid ni jadi kita semua harus lah berjaga jaga dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Kita bercuti dalam semenanjung aje lah ye..Pulang dari kerja hari jumaat petang kami terus bertolak ke Kuantan menginap 1 malam di rumah abg aq... Kemudian keesokan pagi nya kami bertolak ke Kemaman untuk menikmati sarapan pagi di sana. Dah bila namanya percutian ke Terengganu mesti la kita tidak melepaskan peluang menikmati sarapan ala ala pantai timur kan..
Dari Kuantan cuma exit 1 tol saja nak ke Kemaman....
Perjalanan kami ke Terengganu cuma 4 orang sahaja. Pikah mengikuti aq kerana abg ku lewat sedeket ke sana. Jadi kita jumpa di Marang la ye. Penginapan kami kali ini di Impian Chalet Marang Terengganu. Hajat di hati nak menginap di homestay Kuala Terengganu. Dah cuti panjang sah sah la semua homestay penuh.
JJCM @ Cucur Udang Alor Gajah
Hari ahad 13/09/20, sekali lagi kami ke Alor Gajah Melaka. Tujuan ke sana sudah tentulah ke Afamosa Freeport Outlet. Jadi sebelum ke AFO sudah tentu la kita ke medan selera yang terletak di Pekan Alor Gajah. Kita pekenan cucur udang yang terkenal disitu. Kalau tak mahu makan cucur udang ada je makanan lain seperti nasi goreng, satay, otak otak, satar dan macam macam lagi..
JJCM @ Restoran Bunga Emas Banting
Pada pagi sabtu 12/09/20, my hb cuti hari ni, jadi macam biasa mesti la ajak aq jjcm. Tapi kali ni dimana nak dituju sedang nanti jam 2.00 petang terpaksa bergegas menghantar Alif untuk latihan badminton pula. HB kata ala sempat lagi, jom kita ke Restoran Bunga Emas Banting. Kita pekena lempeng kelapa. Kalau korang nak tahu, lempeng kelapa kat situ ada yang tersedap yang pernah aq cuba.
Selain lempeng kelapa terdapat juga pelbagai juadah lain, kira nya banyak la pilihan. Nasi lemak, nasi kerabu, laksam, mee, bihun, keo teow dan macam macam lagi. Pokok nya cuma sediakan duit saja.. Hehehe...















































