12 April 2022

~ CHEESE TART ~

 Selain takoyaki, aku juga gemar dengan cheese tart ni... memang suka sangat makan. Jadi kalau aku suka makanan tu aku akan berguru untuk mendapatkan kepuasan rasa nya..... 

Selain menjadi makanan untuk keluarga, cheese tart juga menjadi pendapatan sampingan buat ku....

Cheese tart coklat 
Cheese tart magnum

Kulit tart / Shell tart yang ku buat sendiri




Cheese tart blueberry

Egg tart

Fruit tart

Coconut tart

























Dengan pelbagainya corak dan design yang ku olah untuk nampak menarik dan memenuhi kehendak pelanggan ku. Ku cuba memenuhi citarasa mereka....
Kalau berminat boleh la order dengan ku...




~ TAKOYAKI ~

 Sekarang ni takoyaki dah jadi salah satu makanan popular di sini kan... Anak anak memang suka makan takoyaki ni.. Aku pun suka..Selalu nya kami akan beli di gerai gerai yang ada menjual takoyaki ni. Bila dah suka, aku selalu akan mencuba untuk memasaknya sendiri. Denga olahan resepi sendiri aku mencubanya. Alhamdulillah anak anak suka dan kini menjadi pendapatan sampingan buat ku. Selalu aku akan mengambil tempahan terhad sahaja. Kerana aku juga bekerja diwaktu siang hari nya... 


Ini kejadia tako sebelum garing.. Aku cuma buh inti crab stick dan juga sosej.. Yang lain memang tak ada la....

Yang ni kejadia sebelum ku taburi tepung


Dah siap bulat bulat...

Dah siap untuk di packing. Kadang kadang ada pelanggan yang nak garing, Jadi ku turuti kehendak mereka...

Siap di taburi sos tako, mayo dan juga anori seeweed

Last sekali aku buh bonita flakes...

Kadang kadang kami makan tako macam ni je cicah dengan sos kepok leko...Tekak orang lain lain kan... Hehehe... 
Kalau siapa yang ingin mencuba tako dari hasil tangan ku, boleh la order... 
Free delivery area Penara ye...
Runner ku dah tentulah si bambam Alif...
TQ Alif.....













Kolam Air Panas Ulu Leggong

 Sebelah petang selepas ke kenduri kahwin Along, sepertinya yang dijanjikan dengan anak anak kami ke Kolam Air Panas Ulu Leggong yang terletak dalam 10km saja dari hs kami tu... Sepanjang perjalanan menyusuri jalan nak ke kolam air panas terdapat sungai sungai untuk kita mandi manda. 

Sesampai disini macam biasa la tak sah kot kalau tak bergambar disni...Hehehehe

I love Baling Hot Spring Ulu Leggong



Bayaran Masuk :
Dewasa : RM8.00
Kanak2 : RM4.00
Warga Emas : RM4.00
Makanan luar dibenarkan dibawa masuk...
Boleh la kita berkelahkan...




Disini terdapat 3 buah kolam dengan suhu masing masing..
Suhu paling panas boleh la korang nampak air nya berwap naik...kolam ni dah pun dipasang dengan pagar... Mungkin ada yang terjun kot... Maklum la malam malam tak perasan kot
Suhu yang ke 2 ada juga yang pergi tapi tak la ramai...
Dan kami memilih suhu yang ke 3...
Kolam air panas ni memang terjaga bersih.
Banyak juga kemudahan yang terdapat disini. Selain tandas terdapat juga gerai jualan kudap kudapan, medan selera juga ada. 
Selalunya pengunjung paling ramai datang adalah selepas magrib. Kolam ini dibuka pada jam 10.00 sehingga ke malam tapi aku tak pasti bila....


Mereka mandi dan rendam kaki, panas kata nya....



Di Kawasan persekitaran nya cukup indah dan damai. Terdapat juga Chalet dan juga homestay untuk disewa...
Mungkin kami akan kembali lagi ke sini....


Makan Malam Di Kampung Siong Baling Kedah

 Selepas sampai di Kampung Lalang Baling, kami check in Homestay bersebelahan dengan Balai Polis Kg Lalang. Owner nya begitu baik dan peramah melayan kunjungan kami. Selepas memberi penerangan kepada kami, aku bertanya dengan owner hs dimana makanan yang sedap dan murah... Owner kata nanti selepas tugu siong tu kedai tu disebelah kiri. Macam macam makanan ada dijual. Goreng goreng & western... Aku keluar ber2 je dengan my hb, anak anak semua nya membongkang kepenatan....

Kg Siong....depan sikit selepas siong ni gerai tu sebelah kiri...

My hubby, chicken cop grill

Me... keo teow tomyam

Cheezy wedges

Takoyaki cheese special

Selepas itu kami menuju ke pasar tani. Di Kedah hari jummat adalah hari cuti ye jadinya ada la pasar tani disini. Banyak jualan makanan..Aku tak sempat ambil gambar pun....

Ini buah salah. Comei pulak lonjong lonjong je buah nya


Yang ni kaya ball versi pandan...selalu aku tengok yang ori saja...
Selepas tu kami pulang ke hs.. n makanan makanan yang dibeli sebentar tadi....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...