12 April 2022

~ CREAMPUFF ~

Creampuff pun salah satu menu yang aku berguru, kot tak berguru tak jadi aku rasa, memang gagal la kan... Creampuff memang kesukaan aku dan anak anak. Masa mula mula buat tu, bila siap bakar je anak anak mesti berebut nak makan, sekarang mereka dah jemu...hehehe... Creampuff juga menjadi jualan sampingan buat diri ku...













Antara tempahan yang orang buat.
Harga sekotak creampuff ini RM25 untuk 25 biji berinti creamy custard.
Sesekali mesti ada customer yang sama repeat order...
Hehehe... TQ Semua support hakak...

 

~ CHEESE TART ~

 Selain takoyaki, aku juga gemar dengan cheese tart ni... memang suka sangat makan. Jadi kalau aku suka makanan tu aku akan berguru untuk mendapatkan kepuasan rasa nya..... 

Selain menjadi makanan untuk keluarga, cheese tart juga menjadi pendapatan sampingan buat ku....

Cheese tart coklat 
Cheese tart magnum

Kulit tart / Shell tart yang ku buat sendiri




Cheese tart blueberry

Egg tart

Fruit tart

Coconut tart

























Dengan pelbagainya corak dan design yang ku olah untuk nampak menarik dan memenuhi kehendak pelanggan ku. Ku cuba memenuhi citarasa mereka....
Kalau berminat boleh la order dengan ku...




~ TAKOYAKI ~

 Sekarang ni takoyaki dah jadi salah satu makanan popular di sini kan... Anak anak memang suka makan takoyaki ni.. Aku pun suka..Selalu nya kami akan beli di gerai gerai yang ada menjual takoyaki ni. Bila dah suka, aku selalu akan mencuba untuk memasaknya sendiri. Denga olahan resepi sendiri aku mencubanya. Alhamdulillah anak anak suka dan kini menjadi pendapatan sampingan buat ku. Selalu aku akan mengambil tempahan terhad sahaja. Kerana aku juga bekerja diwaktu siang hari nya... 


Ini kejadia tako sebelum garing.. Aku cuma buh inti crab stick dan juga sosej.. Yang lain memang tak ada la....

Yang ni kejadia sebelum ku taburi tepung


Dah siap bulat bulat...

Dah siap untuk di packing. Kadang kadang ada pelanggan yang nak garing, Jadi ku turuti kehendak mereka...

Siap di taburi sos tako, mayo dan juga anori seeweed

Last sekali aku buh bonita flakes...

Kadang kadang kami makan tako macam ni je cicah dengan sos kepok leko...Tekak orang lain lain kan... Hehehe... 
Kalau siapa yang ingin mencuba tako dari hasil tangan ku, boleh la order... 
Free delivery area Penara ye...
Runner ku dah tentulah si bambam Alif...
TQ Alif.....













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...