18 July 2022

Latihan Zafina Di Stadium Cheras

 Hari sabtu yang lepas @ 16/07/2022 aku ada latihan zafina bersama Coach Yusman pada jam 9.00 pagi bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras. Ini adalah latihan buat pertama kali nya kerana pada 30/07/22 aku ada event di LRT Putra Height. Kena la adakan sesi latihan kan kalau tak nanti step bersepah sumbang semua nya... Kali ni kena betul betul hafal step jangan kelaut... Penat juga dekat 2 jam juga la latihan tu... Kami cuma ada 6 lagu.... Setiap 2 sesi ada 3 lagu.... kena hafal step tu...


Setelah habis praktis kami berselfie dulu... ini di antara yang hadir....


Sebelum latihan kita selfie dulu ye....
Balik je latihan terus ke kedai kuning beli lauk dan juga makan di situ... Nak balik masak memang tak berdaya dah... habis semua sakit....

15 July 2022

Nasi Goreng Kampung Menu Hari Jumaat

 Menu hari ini cuma nasi goreng kampung je... Malas dah aku nak masak hari ni dah last day kerja esok kan cuti. Jadi masak seadanya.... pagi pagi pukul 5.00 baru aku masak nasi. Jadinya kalau nak makan hingga ke petang tak la basi nasi goreng ni....

Untuk Nadia dan Alif 

Yang ni aku bawa bekal..
1 untuk Alif bawa bekal
Lagi 2 aku nak bagi kat kawan sepejabat....

JJCM Di Johan Setia

 Semalam lepas je balik kerja aku terus naik komuter menuju ke Shah Alam. Tumpang Nadia, hantar aku ke Stesen KTM Setia Jaya. Mudah la...train ni terus menuju ke Shah Alam. Tujuan nya nak ambil kereta balik. HB datang menjemput aku di Stesen KTM Shah Alam. Lepas pada tu Hb bawa la makan tapi tak tahu tujuan makan di mana... Banyak lagi kedai tomyam yang tutup kerana cuti raya haji.. mereka balik kampung kot... Lepas pusing sana sini tanpa tahu arah tuju akhir nya kami terpandang kedai di sebelah padang. Aku tak pasti nama apa kampung tu. Kami panggil kawasan tu Johan Setia. 
Setelah memesan mee goreng basah untuk aku dan juga keo teow goreng basah untuk hb aku pun beredar ke gerai sebelah. Lama betul tak makan takoyaki beli ni selalunya makan yang buatan sendiri. Selalu aku buat crabstick atau pun sosej jadinya kali ni aku beli inti sotong je la...
Aku beli RM5 je ada 6 biji cukup la aku sorang je pun makan... tapi masa mee dan keo teow sampai lupa pula aku nak ambil gambar.... haish......

Takoyaki inti sotong....

Air extrajus perisa anggur... manis betul....
Lepas je makan bungkus juga untuk mereka yang kat rumah...
Nasi goreng kampung...
Harga untuk makanan kat sini murah juga la
Nasi goreng kampung, mee goreng basah, keo teow goreng basah RM6.00 saja
dan air extrajus RM2.00 saja...

14 July 2022

Menu Hari Khamis @ 14/07/2022

Menu hari ini... Semalam dok memikir apa la yang nak dimasak untuk hari esok. Lauk lauk banyak yang dah nak habis.. Minggu ni kalau tak ke mana mana boleh la ajak hb ke pasar. Buka je peti sejuk nampak sebekas ayam ada la dalam 8 ketul potong kecik kecik tu... Pastu aku lihat beras mathi  masih ada 1/2 kilo nanti kalau tak masak berbubuk pulak...sayang kan harga beras ni bukan la murah....
Bila ku lihat minyak sapi masih ada lagi dan masih elok... susu cair pun ada yang tak ada cuma tomato puri...erm.... takpe la aku guna je la sos tomato nak menaikkan warna nasi tu....
Jadi pagi pagi bila aku bangun terus aku masak nasi tomato dan juga ayam masak merah, nak buat jelatah timun nenas stok tu semua takde...takpe la mana yang ada dah la kan.....
Sambil sambil buat nasi tomato dan ayam masak merah, aku buat juga roti telur... untuk bekalan Alif ke sekolah... Bila Alif lihat ada nasi tomato kenapa tak bekalkan Alif nasi tomato...takpe la Alif makan je la roti telur tu.. nasi makan waktu balik sekolah ye.... 


Nasi tomato 
Pucat je sebab aku guna sos tomato

Ayam masak merah...
Ni salah 1 menu kegemaran Fatahul

Roti telur...
Sarapan pagi dan juga bekalan Alif

Yang ni pula bekal aku.
Jadi la kan...asal perut kenyang sudah la ye...
Apa yang kita masak semoga menjadi berkat buat kita semua...
Rajin rajin la memasak selain menjimatkan ianya juga boleh menjalinkan kasih sayang...

12 July 2022

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1443 @ 10hb Julai 2022

Selamat hari raya Aidil Adha... Pertama kali menyambut raya haji setelah 2 tahun tidak menyambutnya... kerana masa tu kan PKP...Kebetulan raya jatuh pada hari ahad dan isnin dikira holiday lagi dan selasa sekolah masih bercuti..ramai la yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung... 



Aku mengambil hb di Amanjaya pada raya pertama. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar... Saja berjalan tak tahu nak menuju arah mana kan.... Singgah di Muzium Kuala Kangsar...ada yang panggil Rumah Adabi...hehehe...
Unik betul kan warna kuning
Ramai juga yang mengambil gambar di sini.... Lepas tu kononnya nak ke Victoria Bridge...Malas la pula..hari pun dah meningkat senja...kita balik Bota je la...

Gubahan Hantaran Hasil Kreativiti Aku

 Malam harinya lepas balik dari pasar tani, kak ipar mengajak aku membuat gubahan hantaran pertunangan... ok la kan tak banyak pun dalam 3 bekas je....

Yang ni untuk cincin dan juga duit hantaran

Coklat dan biskut

Baju pasang...

Jadi la kan..simple simple je...
Kak ipar kata cantik bila dah siap....kadang kadang hasil sendiri ni main cucuk cucuk lawa je jadi nya tetapi apa apa pun kena kreatif mesti lawa kan...

Pasar Tani Di Parit

 Bila sampai di kampung..cuaca dikampung sangat la panas...tidur bangun rasa tak selesa...
Bila kak ipar dan abg aku keluar mencari lemang, manakala Fatahul Shahira Alif dan Pikah ke Seri Iskandar nak menonton wayang Musyrik.. Sebelum tu Alif ada mengajak melihat filem Mat Kilau tetapi mereka semua sudah pun menonton filem Mat Kilau, Alif terpaksa mengalah melihat filem Musyrik lakonan Aeril Zafril. Katanya cerita seram...
Tinggal la aku dan Nadia di rumah bersama dengan mak...Nadia mengajak aku ke Bota Kanan membeli kopi ais katanya sedap... sebelum tu mereka ada mencubanya di Seri Iskandar.. Kata si penjual tu mereka ada cawangan di Bota Kanan. Bila aku pergi memang la takde cuti raya kan... Jadi aku meneruskan ke Pekan Parit kerana setiap sabtu ada Pasar Tani. tapi ada ke tak tu..takpe la kita pergi je kot takde kita balik...

Pekan Parit sedang di naik taraf.....

Alhamdulillah ada pun pasar tani ni... Macam biasa kami membeli keo teow goreng basah...sedap oooo kalau datang sini cuba ye tak rugi RM4 sebungkus..Nasi goreng pun sedap tapi dah selalu aku beli...kali ni nak beli keo teow goreng pula...setelah membeli kami pun balik hari ni dah nak magrib ni nak balik lagi jauh juga perjalanan kan....


Ada bihun, maggi, mee, keo teow dan nasi goreng


Pasar Tani Parit....
Pasar tani ni setiap rabu dan sabtu bermula jam 4.00 petang sehinga ke jam 8.00 malam kot tak silap la...


Balik Kampung Naik Bas

Hari ini aku dan Alif balik ke kampung dengan menaiki bas. Aku memilih bas Plusliner menuju ke Amanjaya Ipoh. Malas la nak ambil bas turun di Seri Iskandar... Kami ber2 saja menaiki bas... Nanti bila sampai di Amanjaya, Fatahul dan Shahira sedia menunggu kami... Aku ni pula ada kepelikan...kalau naik bas tak berani makan minum kerana risau perut meragam...itu pun aku ada rasa senggal senggal tapi kalau naik kereta takde masalah pun... Bas bertolak dari TBS jam 9.10 delay 10 minit.. sepatutnya dalam jam 9.00 pagi.. Masa nak menuruni ke terminal bas, bas plusliner ni di Gate 16. Jenuh aku mencari gate 16 penat berjalan sudah la dari rumah aku menaiki LRT Salak Selatan nak ke Bandar Tasik Selatan.. adakala kena angkat luggage kerana menaiki dan menuruni tangga... berat mengah juga la mengangkat beg ni...Bila dah sampai TBS dan menjumpai pintu pelepasan gate 16 rasa lega dihati.... boleh la relex relex pula....Masa didalam bas...bas ni penuh dengan penumpang.
Perjalanan ada kala lancar ada kala jem juga...Sepatutnya jadual sampai di Amanjaya pukul 12.00 tengahari disebabkan sesekali ada jem jadi nya kami sampai dalam jam 1.20ptg...ok la tu..
Bas lansung tak berhenti di RNR dan tiada penumpang yang ingin ke tandas...Semasa didalam bas aku banyak melelapkan mata sesekali aku tidur.... 

Masa menunggu pelepasan...

Boarding 

Gate 16

Ada gerai jualan kot nak membeli apa yang patut

Sesekali naik bas balik ke kampung memang seronok. Nadia mencadangkan lain kali mama balik naik ETS pula...erm tengok la kerana tambang ETS mahal berbanding bas
sebab tu aku lebih suka naik bas sahaja....

Zumba Bersama Coach Yatt @ 08/07/2022

 Bertemakan pink pada hari jumaat lepas bersama Coach Yatt....
Memang happening sangat dengan mereka ni... Sporting jek....
Macam biasa bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam bertempat di IYC Cheras.


















Balik zumba kami ke Medan Selera Bandar Sri Permaisuri. Kita ngeteh sebab esok nya aku dah nak balik kampung bercuti raya haji kan... layankan je la...

Aku cuma makan sup sayur dan Emma makan maggi kerabu.
Bersama segelas air tembikai...Makan malam ni Emma yang belanja aku...
TQ tau belanja aku makan....
Habis la kalori yang dibakar tadi...kita tambah balik...



08 July 2022

Bihun Goreng ~ Berkongsi Rezeki Hari Jumaat

Bangun je pagi ni rasa nya nak goreng bihun la. Buat menu yang mudah kerana hari ni Nadia nak balik kampung tumpang mak long nya...manakala aku dengan Alif akan naik bas esok pagi...Bila dah digoreng bihun sebungkus dapat banyak juga la...Jadinya aku pack la untuk dibawa ke pejabat....
Rezeki mereka pagi ni...Hari jumaat yang indah.... 


Ada baki nasi semalam dan masih elok, aku buat nasi goreng aku bawa sepack untuk makan tengahari nanti... Creampuff tu untuk Alif bawa bekal ke sekolah... Alif dah makan bihun goreng sepinggan...
Alif nak makan bihun goreng kat rumah la mama.... ok jawap ku....

Yang ni baki bihun goreng untuk Nadia dan Alif makan tengahari nanti...

Nasi goreng untuk Nadia makan pagi ni...
Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...