02 August 2022

Bekalan Aku Hari Selasa @ 02/08/2022

Semalam madam bagi semua staff ikan lampam pekasam. Katanya beliau membeli di Tasik Banding. Kalu dilihat ikan lampan tu besar besar dalam saiz tapak tangan. setiap 1 bungkus ada 3 ekor. Disebabkan Nadia dan juga Nur tak makan ikan pekasam, aku, Faiz dan Shahril ambil sorang 2 ekor.
Balik je rumah aku potong 3 setiap ikan pekasam tu jadinya dapat la 6 ketul ikan pekasam. 
Hari ni aku goreng seketul di bahagian kepala, goreng garing garing. Aku goreng untuk aku saja. Untuk anak anak telah aku masak kan kari ayam. Selain ikan pekasam aku ada juga goreng nugget tempura untuk bekalan Alif ke sekolah, 2 ketul untuk aku dan ada berbaki 5 ketul untuk Nadia. Ku lihat onion ring berbaki lagi 4 ketul, ku goreng dan ku jadikan lauk untuk aku. Selain lauk tu aku juga membawa kari kaki ayam dan juga kentang. Kaki tu dalam sejam juga la merebusnya sampai la kaki ayam betul betul empuk. Orang kata makan kaki ayam ni macam kolegen awet muda...hehehe.... 


Nampak je macam hangus bawang ni, tapi tak pahit mungkin sebab aku guna bawang besar sepatut nya kena guna bawang kecil baru la elok garing je... ok la tu kan janji perut kenyang.
Semua orang akan tahu kalau ikan ni dipanggil ikan pekasam... tapi bagi suku kaum banjar ikan macam ni kami panggil ikan wadi. rasa sama je cuma nya ikan wadi ni dia berair. Selalunya bila habis je ikan wadi ni dimasak air ikan wadi tu akan dia masak di jadi kan colek mangga senang cite rasa nya akan akan budu la...ni budu banjar la. Kalau dulu arwah nenek selalu buat la air wadi. Senang nanti anak cucu datang boleh la colek dengan mangga muda... Sekarang takde dah bila nenek dah pun tiada. Kalau ikan pekasam pula selalu nya mereka akan lumurkan dengan beras yang di sanggai tu yang boleh sampai kerak kerak nya tu...itu lah beras yang di sanggai di tumbuk kasar.....


Bekalan aku ni aku bungkuskan sekali dengan kaki ayam dan kentang. 
Puas makan masakan sendiri. Selain kenyang ia nya juga menjimat kan poket aku....
Hehehehe......

Dinner ~ Karipap Ikea @ 01/08/2022

Semalam Nadia mesej mengatakan yang beliau ingin pergi ke MyTown. Nak mencari sesuatu katanya. Aku pun ok je la. Dalam tengahari tu beliau mesej lagi... "mama nak karipap tak, boleh juga jawapku".
Ok la kata nya... aku pun memberitahu hb malam ni kita makan karipap je la.. sebab Nadia ada pergi ke Ikea. Lepas Nadia mesej lagi "mama tak dapat la beli karipap sebab nya kena guna cash tak boleh guna kad. Pulak jawap ku". Mama dah bagitau abah dah...Erm.....
Dalam hati aku takpe la balik ni tengok la apa pula yang aku nak masak untuk makan malam nanti.
Tapi bila aku balik je kerja ku lihat ada sebungkus karipap sudah berada di atas meja makan. 
Teringat aku waktu dahulu mula mula merasai karipap ni. Harga cuma RM1 sebiji, kalau beli 1 set ada 6 biji RM5.50. Selalunya aku akan beli 2 set macam tu. Karipap Ikea ni memang kesukaan kami sekeluarga. Kalau makan tak habis esoknya aku panaskan dalam AF. Karipap akan jadi garing dan ranggup semula. Berebut anak anak makan. Inti karipa ni cuma inti kentang di letak kan dengan suku telur rebus. Masa mula mula makan ada telur menjadikan aku pelik la juga. Selalu nya karipap berinti telur rebus ni karipap cina yang pernah aku lihat 25 tahun dahulu.
Bila mana kawan ku berbangsa cina selalu membeli karipap macam ni... gemuk gemuk karipap tu, masa tu harga cuma RM0.60 sebiji. Sekarang ni disebabkan peredaran masa harga yang sudah pun meningkat mana la nak dapat karipap macam tu RM0.60 lagi. Karipap biasa pun sudah dijual dengan harga RM0.60-RM0.80 sebiji.  


Kopi Essenso untuk aku
Milo kosong untuk hb.
Makan minum panas panas... Mercit peluh.

Sekarang harga karipap ni 1 set (6 biji) RM8.40
Aku makan 2 biji, hb 2 biji, Alif makan 1 biji. 
Mungkin karipap ni dah pun antara mereka yang dah makan kot.
Bila Nadia keluar dari bilik...Laaaaaa dah habis ke karipap. tak tinggal pun...
Aku cakap kakak makan la nasi dengan sup ayam. Ada sambal belacan mama baru je buat tadi...
Erm............

01 August 2022

Lunch Hari Ni

 Cukup la sekadar lauk ni saja menu lunch aku. 
Untuk mereka aku ada buatkan sup ayam. Rasa jemu pula ayam hari hari.
Jadinya aku masak macam ni dh cukup ringkas tapi amat menyelerakan buat ku..


Nasi putih, ikan gelama masin, onion ring (6 ketul) dan bendi tumis telur..
Alhamdulillah kenyang sangat....

Minum Petang Memerangkap Makan Tengahari Dan Makan Malam

Disebabkan perut masih kenyang makan di kedai kuning, aku tak masak pun makan tenghari. Untuk anak anak aku dah siap tapau kan nasi lemak sotong kering. Aku bangun dalam waktu zohor. lepak kejap tengok tv. Perut pun masih kenyang lagi. Tengok jam dalam kul 4 macam tu, perut dah mula berbunyi minta di isi. Buka peti sejuk tengok la apa yang patut. Di atas kabinet aku tengok ada sebungkus mee gardenia. Ingat nak buat mee goreng basah je. Tapi bila mengenangkan lamanya tak makan mee bandung aku gigih memasak nya..... 


Mee bandung

Karipap sardin dan karipap kentang.
Yang ni aku beli dengan Emma je.

Bila dah lewat makan, jadinya kami kekenyangan la sampai ke malam...
Nadia kata sedap la mee bandung mama ni. Ye la mana tak sedap semua sos bahan sayur aku letak....
Ayam udang, telur.... gitu....

Sarapan Di Suria Tomyam Taman Tenaga @ 31/07/2022

 Bangun je ahad pagi aku terus bersiap siap untuk bersarapan di Suria Tomyam Taman Tenaga. Malas pula aku nak masak pagi ni. Masa kami sampai ramai dah orang. Aku sampai dalam jam 8.30 pagi. 


Ni bihun sup aku.
Pulut serawa durian aku kongsi dengan hb.

Hb makan roti canai 2 keping. Sedap kata hb.

Bihun sup ni memang aku rekemon sangat. Paling aku suka sambal dia kerana tak kan dapat kat mana mana bihun sup. Selalunya bihun ni dihidangkan bersama dengan cili kicap.

Yang ni pulut serawa durian.
Kalau musim durian ada la kalau tak ada juga bubur kacang.
Layan la makan ni...Hari ni tak berapa manis tapi aku suka la kot manis manis meleket kerongkong aku rasa.... Selepas makan aku pulang ke rumah....kenyang dah...sambung tido balik

Layan Busking Di Warung De'Akasia Senawang @ 30/07/2022

 Lepas je asar kami bertolak ke Senawang. Aku pergi bersama dengan hb dan juga Emma. Kat sini nanti suami Emma ia Abg Atan ada busking... Busking bermula pada jam 8.30 malam... Kami sampai dalam jam 8.00 kira nya masih awal lagi la. Rupa nya malam ni ada abg bag motor sampai situ...meriah la dengan pertunjukan motor ada RXZ, RS dan banyak lagi. Aku pasal motor ni tak berapa tahu sangat. 

Ni mug De'Akasia 
Yang ni aku order kopi O... mata berat dah tu nanti nak drive balik kl pulak...tu pasal kena layan kopi O.

Sebelum orang ramai, aku bergambar di banner
Brotherhood RXZ. malam ni kami pakai serba hitam nasib seluar biru..
Hehehe...

Aku dan Emma....

Yang ni Emma punya, Yong taufu...

Yang ni aku punya Oden...

Mee basah untuk hb. Yang ni pun sedap

Lempeng kelapa sambal cili api sardin.
Yamg ni aku rekemon sangat terasa semua cukup
RM2.00 je 

Disebabkan masih awal, aku mengajak Emma pusing pusing dulu melihat apa yang ada di situ..


Gerai yong taufu

Gerai burger

Gerai Char kuew teow

Ada pelbagai jenis kerepek

Ini la dia gerai lempeng tu...
selain tu ada bermacam jenis lagi juadah yang di jual


Gerai otak otak, pepes

Ada barang barang rare dan juga sticker

Kerepek pisang abu...sedap


Kerepek kacang dal...pun sedap

ini Haji Wari juara cupprix tahun 1996.

Orang masih belum ramai lagi.




Masa ni sesi mereka bergambar.
Aku cuma memerhatikan saja....
Habis je busking dalam jam 11.30 malam..
Mereka berkemas kemas dan kami pulang dalam jam 12.00 malam.
Sampai je KL dalam jam 1.00 pagi. Aku drive dari Senawang ke RNR Nilai selepas itu hb sambung drive sampai ke rumah. Sampai rumah mandi kami terus pengsan sampai ke pagi.

Jalan Jalan Di Kenanga WholeSales City @ 30/07/2022

 Lepas je masak pagi sabtu tu... aku terus ke Kedai kuning untuk bersarapan... Selepas itu kami terus menuju ke KWC.  Misi untuk mencari extension mask dan juga mask. Aku pergi bersama dengan Emma. Kami sampai dalam jam 10.30 pagi. Orang masih tak begitu ramai dan parking banyak lagi kosong. 


Aku makan tengahari di Foodcourt KWC tingkat 8.
RM9.90 Wantan sup


Berselfie dengan Emma dulu

Pelbagai jenis mask 




Pelbagai jenis extension mask pun ada.
Kot nak diceritakan apa yang ada memang berjela jela. Jadi pada yang berkelapangan sila la datang ke KWC.

Cerita Beras Pagi Sabtu @ 30/07/2022

 Hari sabtu pagi pagi lagi aku dah bangun memasak ayam masak asam untuk anak anak di rumah...Terlupa pula aku yang beras dirumah sudah pun habis. Aku menyuruh Alif ke kedai di bawah rumah saja untuk membeli beras. Sebelum ni Alif pun pernah juga beli beras..
Bila Alif balik rumahAlif bising bising...kenapa mama tak bagi duit lebih...
Aik tak cukup ke kata ku...Kan mama bagi RM13 untuk 5 kilo beras, RM5 sebagai upah...
Tak cukup la Beras tu RM20.00. Rupanya yang ada cuma beras siam saja..
Jadi nya macam mana... Takpe la ada sorang kakak tu tolong bayarkan lagi RM5 ni baki RM3.00
Kira nya Alif bayar RM15.00 dan hamba Allah tu menambah lagi RM5.00
Allah...walaupun beliau tidak mengenali Alif, beliau sanggup membayar harga beras yang kurang tu.
Bila ku tanya siapa, Alif jawap Alif tak kenal.


Walaupun cuma beras tapi aku nak juga menulis disini.. buat kenangan kot kot la hamba Allah tu ada membaca blog aku ni. Ku doa kan semoga murah rezeki mu dik. Semoga Allah melipatgandakan rezeki mu... Amiin......

Kenduri Kahwin Di Batu Caves @ 29/07/2022

Hari jumaat minggu lepas, sampai je rumah terus bersiap siap nak ke Batu Caves, untuk menghadiri kenduri kahwin abg ipar ku di situ. Beliau buat majlis di Surau sahaja. Jemputan cuma sedara yang terdekat dan juga orang orang surau... Alhamdulillah...jalan punya la jem nak ke situ... Kami sampai dalam jam 8.00 malam.. Selesai makan terus berphoto beramai ramai. Aku nak cepat kerana selepas ini aku ada latihan zafina di stadium bola sepak cheras dalam jam 9.00 malam...



TQ Alang dan Kak Lastri menjemput kami sekeluarga.
Selamat Pengantin Baru buat Ismah dan pasangan nya. Semoga berbahagi dan berkekalan hingga ke Jannah...

Sedap nasi, ayam masak tomata, daging masak kari dan juga ikan masin.
Konon nya nak duduk lebih lama lagi nak makan kek dan kuih kuih..tapi apakan daya kerana aku nak cepat tak la aku jamah semua tu...

Sebelum makan kami bersua photo dahulu....
Dalam jam 8.30 malam kami pun pulang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...