08 August 2022

Homemade KFC

Hari ni balik kerja aku terus buatkan ayam goreng kfc untuk Alif. Hari ni Alif puasa sunat As Syura... 
Mesti Alif suka bila berbuka nanti ada ayam goreng ni... Makan masa tengah panas...
Cadangnya nak beli je ayam goreng ni kat bawah tapi bila pikir seketul dah Rm4.50 baik aku goreng sendiri. Lagi pun benda macam ni tak susah mana pun....



Tengok menyelerakan..ada keping keping tepung kfc tu....

RESEPI AYAM GORENG ALA KFC

Ayam
1 cawan tepung bestari
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu tepung gandum
Kesemua ni gaul sebati

1. Perapkan ayam dengan tepung bestari
2. Gaul kan ke tepung yang kering
3. Celup balik ayam tadi kedalam air
4. Gaul semua ke dalam tepung tadi
5. Buat la sehingga 3x salutan...sampai la nampak tepung tu berkeping keping
6. Goreng dengan minyak yang banyak. Goreng sehingga garing

Sarapan Pagi Isnin @ 08/08/2022

 Seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun. Semalam lagi Alif dah pesan hari ni Alif nak berpuasa iaitu bersempena hari As Syura. Aku tak dapat nak join Alif. Bangun je pagi ni cuaca dah berangin sejuk nya. tak perlu dah nak buka kipas. Econ dalam bilik pun aku dah tutup. Aku gorengkan 2 biji telur dadar, semug milo kosong dan masak nasi putih untuk Alif bersahur. Sambil sambil tu aku buat juga sambal sardin untuk makanan kami. Aku bawa bekal hari ni cuma sambal sardin cili api dan juga telur dadar. Lidah pun ulser ni bila makan je tersentuh lidah sakit. Bila aku nak pergi kerja je hari hujan selebat lebat nya. Jadi aku ke tempat kerja naik kereta seawal jam 7.30 aku dah keluar walaupun ofis cuma berjarak 6km tapi kalau kena jem dan parking penuh jenuh juga la nanti aku silap silap boleh merah punch card aku. Sampai di pejabat setelah menyelesaikan apa yang patut aku membuat semug neslo bersama dengan biskut utk sarapan pagi aku.
Sejuk sejuk ni layan la kan neslo panas....

Neslo dan 5 keping biskut.
Alhamdulillah.....

07 August 2022

Cucur Jagung Tea Time Kami @ 07/08/2022

 Bila dah petang terasa lapar la pula. Mula la otak ligak memikirkan apa yang nak di masak. Tengok jagung ada lagi. Aku pun buat cucur jagung ranggup.


Licin kami sekeluarga makan....

RESEPI CUCUR JAGUNG RANGGUP

4 tongkol jagung (saiz kecik )
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 biji bawang besar
1 sudu pati ikan bilis nak buh ikan bilis pun boleh
1 biji telur
sedikit garam

Masukkan kesemua bahan. Kacau sebati.
Goreng nipis..sehingga garing
air sejuk secukup nya

Lunch Kami Hari Minggu

 Pas je sarapan aku menyambung aktiviti aku....iaitu ZzZz........ Sambung penat semalam tak habis lagi.
Bangun je aku terus start masak. Anak anak dah pun lapar kerana mereka tak pun sarapan.
Alif bertanya mama masak ke... Alif dah lapar dah ni. Mana tak lapar dah pun jam 1.30 petang.

Ikan lampam pekasam 
Bendi tumis telur
Telur puyuh, sosej dan kentang masak sambal.

Telur puyuh ni pemberian jiran sebelah rumah mak. 
Banyak juga yang diberi. Aku masak sikit je... nanti masak menu yang lain pula.

Bendi ni ku clearkan stok bendi yang ada dalam peti ais. Nanti layu pula.

Ikan lampam pekasam pemberian bos beli di Tasik Banding.
Alhamdulillah.... kenyang. Licin terus lauk untuk tengahari ni...

Sarapan Pagi Minggu @ 07/08/2022

Sarapan pagi ahad. Aku buat simple simple je.. Kenyang semalam masih terasa. Sebabnya masa dalam perjalanan balik ke KL kami singgah di pasar malam Tanjung Malim dan juga makan di Restoran Teman U. 
Jagung rebus aku beli di depan simpang rumah mak je
Longgan ni aku beli di pasar malam Tanjung Malim.
Kek pandan chiffon ni aku beli hari khamis kt Hero. 
Air kopi essenso untuk aku...

Makan yang simple pun kenyang juga...
Tengahari ni masak apa pula ye... 
Jom ke halaman sebelah...

 

Lunch @ Sup Meletup Di Simpang Gelung Pepuyu

 Habis je membeli di pasar pagi Bota Kanan, aku dah hb ke Ayer Tawar pula. Repair kereta Fatahul. Mula nya nak service je sekali macam macam la pula yang problem nya. Gasket bocor la. oil seal la, fan belt la. Lama juga la menunggu ada la dekat 2 jam. Lepas siap tu kami ke car wash pula yang terletak di BHP Stesen. Cuci kereta di situ ok la bersih. Siap semua nya kami pun balik ke rumah kerana petang ni kami harus pulang ke KL balik. Dalam perjalanan balik berjumpa dengan abg dan kak ipar yang nak makan di Sup Meletup Di Simpang Gelung Pepuyu tu. Aku ngn hb tak pernah pun cuba makan di sini. Tapi bila abg aku mengajak makan di sini ok la kita cuba kata ku kepada hb.

Sup gear box RM40

Bakson mercun RM15 (dalam bebola daging ada cili)
Untuk kak ipar aku

Bakso biasa untuk aku dan hb RM8

Bagi aku rasa makan sup ni biasa je... tak la wow macam tu.
Kalau yang nak cuba boleh la singgah di gerai ni.....

Beli Roti Banggali Di Pasar Pagi Bota Kanan @ 06/08/2022

 Habis makan di Parit kami ke Bota Kanan pula. Selalunya setiap pagi sabtu kat Bota Kanan ada pasar pagi. Ramai juga orang kampung dan juga orang bandar yang pulang ke kampung datang ke pasar ni. Kat sini bermacam macam sayur kampung kita boleh beli. Jalan punya jalan kami nampak penjual roti ni. Tengok ada kelainan pada roti ni. Kami pun mencuba nya...

Si penjual roti ni senang je nak cari. Beliau meniaga mengunakan motor je sebelah dengan pejabat pos Bota Kanan tu. Beliau sorang je jual roti macam ni.

Senarai nama dan harga roti yang di jual

Saya order Roti Banggali Butter & kaya RM10.00 sebuku.
Sapu butter

Sapu kaya

Roti yang terdapat di sini.
Kalau siapa yang ingin mencubanya, boleh la support brother ni ye. Orang nya ramah dan sopan santun.

Sarapan Pagi Sabtu Di Parit @ 06/08/2022

Sarapan pagi kami di Parit. Dulu kami selalu makan di sini. Kalau lambat datang habis dah ni. Kami sampai dalam jam 9.00 roti canai dah pun habis. Aku, hb dan abg aku memesan mee goreng campur kuah rojak. Kak ipar makan rojak. Untuk mak aku beli kan juga mee kuah rojak macam ni. Untuk anak anak aku belikan nasi lemak bungkus di seberang jalan. 

Nak ikutkan kedai ni punya la lama dari aku kecil sekolah rendah lagi. Lebih 40 tahun dah kedai ni. Aku ingat lagi anak anak kedai ni masih keci sekarang semua dah dewasa. Rasanya kedai ni dari arwah bapa mereka lagi lepas tu anak nya ambil alih.
Masa kami kecil dahulu abah selalu bawa kami makan di sini. Disini murah. Mee longgong tu cuma RM0.30 je sepinggan. Kalau rojak RM1. Sekarang mee longgong ni berharga RM3 dan rojak RM5. Punya la lama kedai ni bertahan. Bab rasanya mula memang tak pernah berubah dari dulu sehingga kini. Orang kata kedai lagend la ni kan... Walaupun banyak kedai yang ada di Parit, tapi kami tetap memilih untuk makan di sini... 

 

JJCM RnR Rawang @ 05/08/2022

Hari jumaat balik je dari kerja aku mengajak hb balik ke kampung. Dah la petang tu hujan terus tapi tak la berapa lebat gerimis je. Bila dari rumah ku nak keluar ke Tol Jalan Duta punya la jem rasa nya dalam sejam juga la. Sempat aku terlelap masih tak melepasi lagi tol. Akhirnya jam 7.00 malam kami melepasi nya jalan lancar cuma tak boleh nak laju. Aku bagitau hb lapar la pulak sejuk sejuk ni kan. Apa kita kita berhenti dulu di RnR Rawang. Sebelum tu aku ajak hb makan malam di Tanjung Malim je. Tapi lambat la lagi nak sampai kan.  
Kami pun ke gerai yang ada di situ. Kami memilih untuk makan hot plate je, nak panaskan badan makan masakan panas...

Hot plate dried chikcken untuk hb RM9.90

Hot plate chicken black paper untuk aku RM9.90


Hot plate Yee Mee untuk Alif RM7.90

Usai makan di situ, kami ke My News nak mencari onogiri. Kat situ ada je vending mesin Family Mart ada juga onigiri tapi beli di My News aje la kata ku pada Alif..

Sedap sangat Spicy beef onigiri ni RM4.50 untuk aku dan Alif


Selain tu aku juga membeli white coffee di vending mesin ni.
Ada air sejuk dan panas. Aku memilih yang panas. Harga cuma RM2.
Selepas makan dan minum perjalanan diteruskan ke kampung.

Perjalanan diteruskan hb yang memandu. Bila keluar susur tol Slim River, aku mengambil alih pemanduan sehingga ke Langkap. Hujan sepanjang jalan menjadikan penglihatan tak berapa jelas. Kadang kadang ada line jalan yang dah hilang, susah nya pemanduan.

Bila tiba di Langkap kami singgah di kedai tomyam yang selalu kami makan dulu. Dulu selalu pergi sekarang tak lagi kerana bila kami balik kedai masih belum di buka. Sampai Langkap dalam jam 10.30 malam. Aku memesan tomyam campur dan juga kopi O. Alif minum air milo suam dan hb pula teh tarik suam. Bila lihat aku makan Alif pun teringin. Ku orderkan nasi bujang untuk Alif boleh la kuah kan kuah tomyam aku tu. Berselera kami makan...

Tomyam campur dan kopi O.

Perjalanan diteruskan. Sampai di kampung dalam jam 12.00 malam. Fatahul dah pun sampai ke kampung. Bila aku sampai je Fatahul tanya mama ada beli makan tak... orang lapar... Alahai mana mama beli apa kenapa tak cakap nak makan. Dah la tidur je la...
Abg aku tak sampai lagi. Kata nya dalam kul 2.00 pagi mereka sampai... Aku dah pun lena di ulit mimpi.......Esok pagi kami dah janji nak sarapan di luar......Di mana tu... Jom ke halaman sebelah...

05 August 2022

Sarapan Pagi Jumaat @ 05/08/2022

 Salam jumaat. Semalam gas aku habis. Jadi pagi ni aku terpaksa guna dapur elektrik.
Aku bagitahu anak anak, hari ni mama masak nasi goreng je ye. Senang kang masak lauk banyak la benda nak buat. Janji perut kita terisi ye.


Ini sarapan pagi aku.
Nasi goreng kampung, karipap sardin dan semug essenso coffee.
Alhamdulillah kenyang sudah.

Karipap Sardin

 Gigih weh.... balik kerja hari khamis terus pergi Hero beli bahan bahan untuk karipap sardin. Memang aku berniat esok nak bersedekah dengan kawan kawan di pejabat. Sampai je rumah apa lagi, mula la aku buat projek karipap tu. Bila dah siap buat inti karipap kali ni aku buat karipap inti sambal sardin. Anak anak memang suka karipap inti sardin kentang. Ada orang kalau sardin tu buh bawang je aku suka macam tu tapi anak anak mereka nak kan berkentang ok la kita ikut kan je...
Dah siap dalam 20 biji mula la aku mengoreng. Tapi bila aku berdiri kenapa la karipap aku ni minyak nya macam tak panas. Sekali tengok gas habis sudah.... Aish.... Tengok jam 9.30 malam memang kedai dah tutup la kot buka pun tak kan la ada yang nk menghantar dah malam malam ni. Takpe la aku baru teringat yang aku ada dapur elektrik. Aku salin semua karipap ke dalam kuali non stick. Dugaan betul la....


Tengok la gorengan nya ada dah nk hangus sikit sebab masa mula mula tu aku tak pandai kawal suhu dapur tu...dah la pertama kali aku guna...


Ni dok dalam kuali...Jangan gaduh gaduh semua sama je masak nya nanti.

Kali ni aku guna acuan...biar sama saiz...


Adunan yang aku dah siap potong potong tinggal nak lenyek je lagi

Inti karipap sambal sardin kentang 

Masa melayan karipap ni teringat aku masa aku kecil dalam umur 10 tahun macam tu.
Masa tu kami tinggal di estet. Pagi pagi mak akan jual nasi lemak, mee, kuih muih.
Antara kuih hari hari yang wajib ada ialah karipap. Masa tu mak guna ubi keledek sebagai inti. 
Balik je dari sekolah aku dan abg memang kena tolang mak buat karipap kalau tak buat alamatnya petang nanti tak leh la aku nak main dengan kawan kawan. 
Jadi aku akan kupas kulit ubi keledek lepas tu aku dengan abg akan potong dadu ubi keledek tu.
Bila dah siap mak akan masak la ubi keledek tu menjadi inti karipap. Bila mak dah siap kan doh tu apa lagi kami 3 orang pun akan buat la karipap tu sekali buat dapat la 50-60 biji. Masa tu harga cuma RM0.20 je sebiji itu pun ada lagi untung mak kata. Selain karipap macam macam lagi kuih yang mak buat. Mungkin dari situ mengalirnya darah peniaga makanan kecil kecilan di dalam diri aku. Walaupun untung tak seberapa tapi aku rasa puas bila mana pelangan aku memuji kesedapan kuih aku tu...
Nostalgia sungguh.....


Ni aku goreng buat makan aku ngn Nadia.
Tak leh tahan weh... mengoda sebab lama dah aku tak makan karipap hasil air tangan ku sendiri.
Jom tengok resepi aku. Aku kongsi kan cara nak buat doh je la...Inti tu kemudian la ye....

DOH KARIPAP

1 Kg tepung gandum ( aku guna cap sauh)
1 cawan minyak masak
2 sudu planta
1 sudu garam
1 sudu minyak
2 sudu jernih air kapur
380 ml air sejuk

CARA CARA NYA

Minyak dan planta disatukan masak sehingga panas.
Masukkan garam dan gula kedalam air. Kacau hingga larut
Bila minyak dah panas masuk kan kedalam tepung. Kacau dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
Masuk kan air kapur. Ramas ramas tepung sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati
Tutup dengan plastik perap dalam 1 jam.
Dah tu boleh la dicanai kan.


04 August 2022

Sarapan Pagi Khamis @ 04/08/2022

Pagi khamis... hari ni cuaca hujan selepas subuh sudah kedengaran hujan membasahi atap awning rumah ku.. erm...hujan kata ku sejuk pagi ni... Kesian pula Alif nak ke sekolah nanti... Ingat nak tarik selimut lagi...eh mana boleh nanti tak sempat nak masak... Jam menunjukkan ke pukul 5.45 pagi. Aku terus bangun dan buka peti sejuk...lihat apa yang patut keluarkan apa yang nak dimasak. Setelah berpuashati apa yang nak di buat apa lagi... aku pecut la memasak....
Hari ni aku masak ayam masak sos bersama dengan nasi putih. Malas pulak nak ambil gambar ayam masak sos tu.
Kemudian aku goreng keo teow.. Untuk bekalan Alif ke sekolah dan juga sarapan aku nanti. Keluarkan juga karipap semalam yang tak habis tu. Ku panas kan mengunakan AF je...
Siap masak Alif tanya mama dah siap ke, Alif nak pegi sekolah dah ni. Ok dah siap kata ku.
Mama bawa lebih ye keo teow ni nanti boleh makan dengan kawan kawan sudu garfu pun ada bagi lebih... Ok kata Alif. Selepas Alif ke sekolah aku pun mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja.Bila dah siap aku duduk di meja makan sambil mendengar youtube Malam Seram KC Campion. Aku memang suka layan channel ni time sarapan...enjoy sangat.....


Keo teow goreng, karipap sardin dan semug essenso coffee



Perut pun dah kenyang. Cuaca mulai mendung dan gerimis diluar sana.
Apa lagi aku terus merempit laju menuju ke pejabat.
Ada la dalam 7 minit sampai la aku ke pejabat yang berjarak cuma 6 km je.......

03 August 2022

Bekalan Aku Hari Rabu @ 03/08/2022

 Macam yang aku cerita kan di halaman sebelum ni.
Hari ni aku cuma bawa bekal yang simple je... Baru la layan kan...
Berlauk kan 3 jenis lauk je.... Mandy goreng, telur mata dan juga sotong sambal asam...
Ok la menu untuk hari ni... Kadang kadang yang simple tu la pembangkit selera kita 

Ini la rezeki buat ku untuk makan tengahari tadi...
Alhamdulillah... kenyang sangat...



Menu Hari Rabu @ 03/08/2022

 Dari sehari ke sehari...... nak masak mandy ni.
Mandy ni apa, Mandi ke Nasi mandy tu ke...
Mandy ni salah 1 makanan suku kaum banjar. Mandy ni diperbuat daripada selaput buah cempedak. Bili isi cempedak dikeluarkan dan kulit cempedak di hiris, tinggal la selaput tu... 
Mandy ni mak yang buat sendiri. Sayang kata mak. Bila musim cempedak banyak kan mak akan buat mandy ni buh dalam balang dijerukkan.... nanti sesekali kami balik ke kampung mak akan gorengkan mandy ni. Makan bersama dengan nasi panas. Sedap nya.....
Mandy ni aku bawa balik dari bulan lepas lagi. Aku letak kat peti sejuk beku supaya tak berkulat. Bila nak masak baru la aku keluar kan defrost kan beku tu.... Mandy ni kalau goreng macam tu je alamatnya masin la.... Kata mak mandy ni digoreng garing kemudian goreng bawang cili dan juga ikan bilis. Lepas tu digaulkan sekali baru la tak terasa masin nya.... Mungkin ni lauk orang dulu dulu. Semasa orang orang kampung yang susah mereka menjadikan lauk ini sebagai salah satu juadah mereka. Tapi sekarang ni lauk macam ni dah jarang jarang kita temui. Macam ikan wadi... sama la macam mandy ni.... jeruk la kan.... Mak aku panggil mandy ni papai cempedak mungkin bila digoreng garing bercampur dengan bawang menjadikan nya seolah olah bunga rampai kot.
Hehehehe......

Mandy ni aku goreng garing garing lapik dengan tuala dapur... 
Kemudian boleh la simpan dalam tupperware supaya kekal kan tesktur mandy ni.
Tapi aku tak boleh makan banyak, sebab angin nanti perut aku jadi sebu...
Pada yang tak boleh makan cempedak sebab angin, kena la kurangkan makan mandy ni....
Tapi bila makan dengan nasi panas mana la nak hingat tu semua kan...Pastu baru kau rasa......
Hahaha....

Yang ni pula sotong kembang masak sambal asam...
Apa apa je la, aku belasah je janji apa yang ada dalam peti sejuk tu....

Gorengkan juga telur mata buat penambah lauk nanti....
Alhamdulillah untuk rezeki hari ini...

Zumba Bersama Zin Eniey Susni @ 02/08/2022

Semalam hari selasa dekat seminggu juga la aku tak ke IYC. Bila tengok Zin Eniey Susni diantara Zin yang aku gemari. Tema Baju Kedah aka Baju Opah.... Macam mana tu erk kita nak berjimba pakai baju tu..... 




Bersama Zin Erniey Susni...eh baju kita nak sama la..




Bersama sama kawan kawan yang datang ke IYC ni. Yang pasti nya mereka sporting habis...
Lenjun gak la penangan step yang Zin Eniey ni bawa....
Apa apa pun memang terbaik la zin ni.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...