10 February 2023

Sambutan Hari Lahir Alif Yang Ke 14 Tahun @ 08/02/2023

 Selamat Hari Lahir Alif Yang ke 14 tahun. Kami sambut lewat sehari. Kerana masa hari lahir Alif tu betul betul sibuk dengan konvo Shahira.
Jadi semalam balik kerja dah cakap dengan mak. Malam ni kita makan kat kedai ye. 
Tak mo masak sebab nak sambut Hari Jadi Alif.
Kami berempat berjalan kaki saja ke Medan Selera Bandar Sri Permaisuri tu.
Kami memilih Gerai C10. Selalu makan dekat Dannok. Tapi dah tutup.....


Yang ni untuk Alif 
Keo Teow Kungfu Seafood Pedas...
Memang sedap


Ni untuk mak...
Mak pun nak cuba juga... Tak pernah makan kata lagi kata nya...

Mee Hailam untuk aku...
Pun sedap juga

Yang ni nasi goreng sotong tak nak sayur untuk Fatahul.

Yang ni pulut ikan masin aku beli kat kedai C11
Kedai Che Su. Ni kedai versi makanan kelantan.
Laksam, laksa, akok pulut ikan masin pun ada.
Tapi ikan kering ni keras sangat. Lain kali kalau datang aku nak bawa siap2 ikan pekasam dari rumah.
Baru la syok makan.... Hehehehe.....
Malam ni mak yang belanja... Takpe la mak kata.
Mak belanja korang makan.
Macam baru RM36.00 saja....
Alhamdulillah...

Menu Hari Khamis @ 09/02/2023

Menu hari khamis. 
Ada lebihan nasi semalam.... aku buat kan nasi goreng.
Panaskan sambal sotong semalam.... 

Hari ni aku goreng ikan pelaling, pucuk paku masak lemak campur udang dan juga cucur jagung.
Alhamdulillah mak kata. Lauk macam ni pun dah sedap dah.....


Majlis Konvokesyen Shahira @ Kolej Yayasan Felda

 Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan Felda Ke 24. 
Diadakan pada 08/02/2023 bertempat di Balai Perdana Felda. 
Seawal jam 8.00 pagi dah nampak geraduan dan juga ibu bapa berkumpul di khemah untuk masuk ke dalam dewan. Untuk masuk ke dalam dewan hanya dibenarkan 2 orang sahaja. Jadi nya SIL & Pikah masuk dalam, manakala abg aku dan kami semua duduk didalam khemah.
Orang tak ramai lagi selesa la kami memilih tempat. Kami duduk berhampiran dengan urusetia pendaftaran. Yang aku pelik tu... pukul 11 pagi masih ada lagi graduan yang daftar nama nak ambil jubah sedangkan acara akan dimulakan tak lama lagi. Maaf nak kata kenapa pengurusan Felda tak telus dalam menangani masalah macam ni. Semua nampak macam terabur. Kalau nak dibandingkan dengan Universiti yang lain yang pernah aku pergi. Semua nampak lancar dan mengikut jadual. Semua peserta graduan sudah bersedia didalam dewan sebelum jam 9 pagi lagi...
Harap lepas ni Pengurusan Felda lebih cekap dan telus mengadakan majlis yang gilang gemilang ini. 
Bukan ada kesian graduan / pelajar mungkin ini la konvo yang terakhir buat mereka. 

Kami duduk dihadapan dengan screen layar ni....

Bunga bouquet yang aku dan mak belikan untuk Shahira




Banyak je bunga yang lain. Korang boleh pilih nak yang besar yang kecil,
Ada bear ke, bunga segar atau pun bunga plastik....


Ada juga jualan foodtruck


Boleh la kan dari nak jalan jauh jauh ke Restoran Dsaji tu...
Tapi 1 je aku tak nampak pun tong sampah disediakan di area khemah tu.
Dah la aku hangkut sampah ke hulu ke hilir.... Last jumpa kt Restoran Dsaji.
Sepatutnya letak la plastik sampah di kawasan khemah tu memudahkan ibu bapa atau anak anak buang sampah kat situ....


Selfie dulu menandakan kami dah sampai...
Hehehehe...




Mugkin kesemua graduan perempuan dikehendaki memakai tudung hitam.
Semua nya hitam susah pula aku nak cam....
Masa kami lihat di papan layar tu.
Untuk pastri tahap 3, nama yang di paparkan tu lain. Orang yang ambil sijil tu lain.
Kenapa jadi berterabur macam ni. Kesian nya rasa..
Ramai yang kecewa majlis ni bukannya percuma. Kena bayar patutnya Pengurusan Felda dan tahu apa yang harus dilakukan....
Harap lepas ni tak kan ada lagi kejadian seperti ini lagi....



Menu Hari Rabu @ 08/02/2023

Hari ni hari rabu 08/02/2023. Hari ni hari lahir Alif yang ke 14 tahun. 
Hari ni juga majlis konvokesyen Shahira. Aku tak kerja...cuti.
Tapi sebelum pergi ke majlis tu kena la masak dulu. Kang kelaparan pula nanti.
Kena la juga masakan bekal untuk Nadia. 


Hari ni aku buat kan sotong sambal, ikan pelaling goreng,
cucur jagung, popia carbonara dan juga teh tarik.
Makan ala kadar baru la kami bertolak ke Balai Perdana Felda Jalan Maktab...
Punya la jem. nak ikut kan 11km je. Tak jauh mana.
Sejam gak la aku sampai...

Tukar Tayar MYVI @ W. D. Sport Rim & Tyre Di Puncak Alam

 Kebetulan hari isnin masih dikira Public Holiday bersempena cuti hari thaipusam yang jatuh pada hari ahad... Nadia pula off hari isnin.
Aku ajak la Nadia ke Puncak Alam. Nak tukar tayar kereta. Dah nak masuk 4 tahun tayar tak bertukar.
Dah botak ada yang dah makan dalam tayar nya. Sebabkan MYVI selalu aku bawa ke mana mana. baik aku tukar... Dari pagi hujan je sampai la siap tukar tayar, balik pun kena hujan. Kiranya hari ni memang seharian hujan... Balik rumah tarik selimut sambung tidur... Best oooooo....


Kat kedai ni la aku selalu tukar tayar, sport rim ke....
Murah juga la berbanding kedai yang lain. Kedai ni senang je dekat dengan Hospital UITM....
Boleh nampak la hospital ni jika korang dok langgut tunggu tayar korang siap...


Yeah dah tukar pun tayar.
Saiz 195 / 55 / 15 
Jenama Dunlop RM180.00 sebiji... Aku tukar la 4 biji

Aku juga buat alignment RM20.00 








Korang tengok ni pelbagai jenis sport rim ada. Banyak juga pilihan warna dan juga design..
Ada yang aku berkenan sangat. Tapi nanti la... Fulus tak berapa nak cukup lagi.
Lagi pun kereta aku tu memang dah ada sport rim.....
Jom kita cuci mata kat sini.....

Menu Hari Sabtu @ 04/02/2023

Hari sabtu, seperti kebiasaan aku akan ke Pasar Segar Din kat Taman Medan. 
Lepas je subuh kena la pergi. 
Selepas membeli segala jenis haiwan tu, aku dan Nadia singgah makan kat gerai depan pasar ni.
Aku makan bihun goreng manakala Nadia makan nasi lemak. Bila balik rumah nanti tak la kelangkabut nak masak makan lagi...
Sampai je rumah aku terus bersih kan segala haiwan yang di beli tadi. Siap dibersihkan dan dimasukkan ke dalam bekas terus simpan dalam peti beku.
Aku buat buat kan bihun goreng untuk Nadia bawa kat tempat kerja... 


Pack kecik kecik macam ni senang nak makan....



Untuk kat rumah aku goreng kepala ikan talapia 4 ketul dan juga rebus kerang.
Sekarang ni kerang dah jadi lauk untuk T20.
Semangkuk tu aku beli dalam Rm12.00.
Takpe la sesekali anak anak teringin nak makan kerang...

09 February 2023

Majlis Doa Selamat Dan Bacaan Yassin

Akhirnya, kami dapat juga bergambar berlima.
Selalu nya memang susah nak dapat bersama.
Ada je yang kurang...


Dari kiri : Ina, Nurin, Dayang, Me Dan Miza




Yang ni aku dengan Emma

Bersama yang lain


Baju pemberian Dayang. Miza dapat warna hijau


Aku dan Nurin dapat warna purple


Beg ni kuit sangat


Sejadah pemberian Nurin.
Aku rasmi solat zohor


Yang ni Ina punya


Yang ni Miza punya


Cawan ni pun pemberian Nurin...


Terima kasih Nurin diatas jemputan. Makanan semua sedap sedap.
Memang dah kekenyangan dah.. Kot tak nak je repeat makan lagi....




Apam Pisang Dan Roti Sardin

 Apam pisang ni order dari Ina. Katanya Ina tak tau nak bawa makanan apa untuk ke rumah Nurin.
Ina ni bz setiap ahad ada kursus haji. Aku tempah dengan mu la Shima apam pisang...
Ok je kata ku takde masalah...
Nurin menjemput kami ke kedai nya yang akan dibuka tak lama lagi.
Kiranya nak buat doa selamat dah bacaan yassin la....



Apam pisang ni memang lembut gebu dan terasa puas di setiap gigitan tu...
Aku jual sebekas RM18 / 25 biji.


Yang ni pula sedekah aku untuk Nurin.
Roti sardin je

Menu Tengahari @ 28/01/2023

Hari sabtu macam biasa aku akan ke Taman Medan membeli pelbagai jenis lauk untuk dijadikan stok makanan. Nanti nak masak mudah la...
Aku masak special sikit untuk anak anak...
 



Ikan tongkol masak singgang..
Kata mereka nak makan dengan budu.....


Yang ni pula cumi sambal... kecik kecik je..
Makan memang la sedap..tapi nak menyiangnya bukan la mudah


Pucuk paku tumis bersama chicken ball


Yang ni aku tak tau nama apa
Macam taugeh warna hijau...
Aku tumis campur sos tiram dan juga udang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...