15 December 2023

Hari Perjumpaan Dan Taklimat Perajurit Muda Lelaki Siri 198/23 @ 11/11/2023

Selepas kali terakhir kami bersua iaitu 12/07/2023....
Hari ini buat pertama kali nya kami bersua. Girangnya rasa dihati... sebelum sampai tarikh perjumpaan dan banyak kali juga la Fatahul call... selepas 3 bulan mereka diberikan kad prepaid boleh la call guna public phone tu...tetapi hp mereka sama sekali tidak diberikan...simpan diam diam dalam store....
Berkali kali Fatahul kata... Mama kalau datang bawakan orang ayam masak kicap, buncis tumis telur ye... Ye Insya Allah mama tak kan lupa abg..... tapi aku tambah kan juga sotong sambal dan juga spagethi mesti Fatahul merindui makanan yang tu... Kata mereka PM kita ni dh tak makan pedas pedas... Jadi aq cuba masak sambal sotong guna cili kering yang tak pedas.

Hari jumaat aq dah apply cuti beli bahan bahan malam nya aq start la memasak....
Sabtu seawal jam 3 pagi aq dah bangun panaskan lauk lauk tu.... buatkan air teh o....
Lebih kurang jam 6 pagi kami bertolak ke Port Dickson.... Sampai je dalam jam 7.30 macam tu ...wow ramai nya orang. Masa ni dok tercari cari mana la bangunan Fatahul ni...

Rupanya baru la tahu bangunan tu ada abjad ABCDEF...
Ikut la kalau kompeni Charlie dah tentu la C.... Patut la ramai ibu bapa yang parking kereta berhampiran dengan bangunan anak masing masing... Yang aq ni terus la memandu park kereta kan dewan taklimat tu... erm takpe la...
Habis je taklimat ibu bapa harus menuju ke blok anak masing masing untuk mengambil anak anak keluar... minta kebenaran la kiranya... Tak boleh main redah gitu je...ikut la undang undang tentera ni......
Aq berasakan kelainan pada Fatahul... sebelum ni gemuk mula datang baju saiz XL sekarang dah M...
Badan pun dah fit.... jalan pun dah tegap kot dulu jalan melelong melelong je......
Alhamdulillah pilihan Fatahul memasuki latihan ketenteraan bagi aq tak la sia sia...aq boleh lihat jati diri ada dalam diri nya... Nampak dia dah jadi seorang yang cool... patuh pada arahan.....
Dah tak peduli hp. kalau dulu hp ibarat saudara kembar nya......
Terima kasih abg kerana penuhi impian mama dan abah...
Untuk cerita lapor diri Fatahul baca DISINI

Bersama dengan Fatahul....
Kami memilih tema kuning kerana Fatahul kompeni Charlie warna kuning...
Dari jauh dah nampak kami warna kuning... Meriah nya.....

Aq tempah brownies dengan Bonda...Macam ni RM61.00

Ni antara bekalan aku

Kek butter

Bolognese

Carbonara

Sambal sotong

Ayam masak kicap

Siakap Masak asam.....

Terima kasih juga diucapkan kepada Apiq dan Ajiq sanggup datang meraikan kawan mereka...
Ajiq daripada USAS Kuala Kangsar manakala Apiq dari Shah Alam....
Kesian nya mereka...datang lambat jalan pula jem.......Almaklumla esoknya perayaan Deepavali....

Jom layan photo kami....











Dari kiri : Apiq, Fatahul dan Ajiq

Fatahul dan Hafizam.
Maknya tak dapat datang.... Hafizam dari Baling Kedah...







Yang ni Fikri dari Sarawak...
Maknya pun tak dapat datang.....

Selfie dengan Fikri, mak nya nak tengok...
Hehehe....

Sebelum bergerak pulang dalam pukul 4.00 petang...
Ambil photo diluar pula...
Panas terik berul cuaca hari ni...Nasib la tak hujan....








Apa apa pun sekejap je lagi pejam celik pejam celik Fatahul dah nak Passing Out....
Semoga Intake 198/23 berjaya menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mereka hadapi...
Masa mula datang mereka bersedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga...Nanti selepas passing out pun mereka akan bersedih juga terpaksa berpisah dengan kawan kawan yang dah macam keluarga sendiri selama 6 bulan susah senang bersama...melakukan aktiviti bersama sama... 
Hanya kawan kawan la tempat mereka mencurahkan rasa hati... 
Ibarat lagu Bulan Dan Bintang

Tentang Bulan

Bulan dan bintang bersinar berkelipan
Dan menerangi keindahan malam
Tanpamu bulan malam kegelapan
Tanpamu bintang hilanglah keindahan

Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya

Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya

Selamanya…

Gigi Baru Ku @ Maryland Bridge

 Cerita mengenai gigi ku... Alamak gigi pun nak cerita ke...
Aq cerita sebab mungkin nanti ada yang kena macam aq jadi tahu la macam mana nak buat kan.
Bukan la tujuan nak menunjuk ataupun riak...ia cuma sekadar kongsi pengalaman...nanti apa apa berlaku korang tau la macam mana nak lakukan...

Aq ni nak ikut kan dah lama memakai gigi palsu...gigi kapak tu la orang kata..asal nya gigi aku patah separuh tapi lebih dari separuh kot.... Aq dah mengunakan gigi palsu ni lebih dari 26 tahun yang lalu...
Takde sapa pun tahu yang aku ada gigi palsu even abg sendiri pun tau aq ada gigi palsu...
Cerita nya aku dah perasan ada yang tak kena dengan gigi palsu ku...Gigi palsu aq yang jenis tanam tu... kira nya tak cabut cabut la ye.... Nampak macam longgar...ku biar kan je la. Sehingga la pada suatu hari aku nak makan tengahri kat ofis...tengah nak gigit ayam goreng terpelanting gigi aku... eh gigi aku dah tercabut ke.... alamak... aq apa lagi terus call Nadia ajak ke klinik gigi la...Aq bagitau bos nak EL...gigi patah... dia pun ok je la....

Balik rumah terus ambil Nadia.... Nadia cadangkan ke klinik gigi di Ampang Point tu...
Ok aq pun ikut je tanpa membuat kajiselidik dulu gigi yang macam mana aq harus buat.
Mula mula aq minta doktor tu tolong pasangkan balik gigi palsu aq tu...bila doktor tengok...oooo ni dh tak boleh digunakan lagi......Kena buat baru......

Pumpang pumpang doktor tu bagi penerangan.... dan dia mencadangkan gigi palsu yang macam mana tah aq lupa nama nya....tapi kos nya RM4,800.00 termasuk semua nya....cabut gigi sekali la tu....
Tunggul gigi yang ada tu kena cabut biar gigi aq tu rompong terus.

Ni gigi aq nampak kan macam tunggul tu...tu je la gigi asal

Ni gigi palsu yang aq guna 26 tahun tu....

Masa ni dalam proses nak cabut gigi....

Masa Nadia tunjuk gambar ni ke group family...abg aku kak ipar aku call Nadia tanya kenapa dengan mama ko tu... cabut gigi Nadia kata...sebab gigi palsu mama tercabut.... Haaaaa, mak ko ada gigi palsu ke....hahaha semua orang tak tau aku ada gigi palsu selama ni ingat gigi ori...

Gigi dah dicabut...Masa cabut ni memang tak rasa apa...sakit masa nak cucuk ubat bius tu je la...
Aku rasa pelik sebab takde gigi kan...
Doktor kata boleh buat bayaran berperingkat contohnya 4x bayaran ke...
Bayaran pertama untuk hari ni kena bayar RM1,200 kata nya...
Jadi nya tinggal lagi RM3,600 lagi la kan....minggu depan datang lagi kata doktor untuk buat bayaran mungkin dalam RM1,000 macam tu... apa apa nanti saya call kata nya....
Minggu depan aku tunggu doktor tak call aku... 

Aku pun buat la kaji selidik kat carian google.....Aku terjumpa Klinik Pergigian Dr Feeliz.
Aq pun wasap klinik tu buat appointment hari jumaat nak jumpa doktor....
Bila tiba hari nya dengan confident nya aku terus ke Bandar Tun Razak.... bila bagitahu nama aq...mereka check eh takde pun.... ye ke aq kata... Aq tunjuk kan wasap kat mereka....
Ooooo ni HQ cawangan Bandar Tun Hussein Onn... sini Bandar Tun Razak... puan kena pergi sana...
Ala malas nya nak ke sana sebab akk ni naik moto kata ku... boleh tak nak jumpa doktor je nak minta nasihat dan pandangan kata ku.... Nurse tu pun masuk ke dalam dan bertanya kan kepada doktor...
Ok kak doktor kata boleh tapi kena tunggu ada 2 appointment ni... ok kata ku.....

Bila tiba masa doktor memanggil ku... aq menerangkan apa yang aq nak atau apa pandangan doktor mengenai gigi palsu kekal ni.... Doktor pun menerangakan puan ambil la maryland bridge. Gigi ni diperbuat daripada porcelein. Lebih bagus dari gig palsu FRC Bridge.
Sebelum tu aq kongsikan dulu harga yang aq dapat dari Klinik Pergigian Feeliz

Aq dapat 3 senarai harga dari klinik ni....

KOSMETIK (CROWN/BRIDGE/FRC 

1)porcelain bercantum logam:rm 800/unit 

2) porcelain penuh(zirconia/e-max):rm 1500/unit 

3) FRC (fibre re-inforced composite: rm 700/unit

Wowwwwwww... ni boleh lagi jimat ni kot kat Ampang tu aku kena tambah lagi dalam RM3,600.00 kan... Aq beritahu kepada doktor tu mengenai caj yang dikenakan kat Klinik Ampang tu... Doktor Emma cadangkan kat aq...puan tolong batal kan sebabnya nanti klinik kat sana pun buat juga gigi untuk puan lagi pun kami akan hantar ke vendor yang sama untuk buat gigi palsu ni nanti...mereka akan detect melalui ic puan.... owh ye ke..... aq cepat cepat call klinik ampang buat pembatalan....
Alhamdulillah lega rasa hati walaupun aku dah rugi RM1,200.00 takpe la dari aq rugi lagi RM3,600.00 kan... 
Doktor Emma kalau kat sini cuma RM4,500.00 je puan...tapi ye kami faham.... kadang customer terbeban dengan kos yang mahal tu.....
Okeh mai aq nak terangkan pasal gigi palsu tu pula....
Yang no 3 tu FRC, Doktor Emma kata saya tak galakkan puan ambil FRC ni puan...sangat sangat tak galakkan.... puan tambah la RM100.00 lagi ambil yang no 1 ni.... porcelain bercantum logam RM850.00 tah kenapa ada RM50.00 aq pun tak tanya kenapa takpe la kan dari beratus dari beribukan....
Doktor Emma kata porcelain ni belah dalam gigi tu ada logam je la... nanti takut gigi ada berbayang logam... kalau tak nak logam tu ambik sepenuhnya porcelain RM1,500.00 sebatang...
Doktor kata kalau puan tak kisah ambil je RM850 ni ok je puan... ok aku pun setuju...
Terus doktor ambil sample acuan dan juga sample warna gigi....
Bila dah selesai lepas seminggu puan datang lagi.... Yang bagusnya klinik ni sabtu ahad pun buka... senang la kan kita nak berurusan......



Ini rupa aq...gigi rompong dah... Mula mula segan juga pakai mask...lama lama lantak la haih.... biar la takde gigi pun....hahaha.....



Ni la rupa gigi palsu aq... nampak macam aslikan...
Doktor Emma memberi penerangan... apa yang tak boleh aq lakukan... kalau gigi tu tercabut macam penyambungan gigi tu datang balik...doktor akan gam semula.... kalau sekali 2 kali ok free je kata nya...
Tapi kot lebih dari tu ada la caj nya... Berapa aq tanya...mungki dalam RM30-50 kot tengok pada keadaan... tetapi kalau gigi tu pecah atau retak kena la buat baru....
Masa aq nak balik...doktor berikan aq sample gigi palsu aku tu yang diperbuat daripada macam kapur kot...tah la aq pun tak reti nak cakap...kalau puan nak ambil la bawa balik model gigi puan ni...sebab kami hantar kt makmal untuk buat kan...tapi kala puan taknak nanti klinik akan buang juga...
Eh nak la doktor simpan buat harta....hahahaha....
Tapi pada aq...aku memang syorkan korang pergi ke Klinik Pergigian Feerliz ni...doktor nurse semua baik baik....


Ni keadaan gigi aq... Nurse tu yang buat...lepas tu hantar gambar kat aku.....
Gigi atas aq tu kira jonggang la kan... sebab tak selari dengan gigi bawah...
Hehehe... ok la aq dah dapat balik mahkota senyuman aq yang hilang....
Gitu...


14 December 2023

Jalan Jalan @ Ban Pecah Tanjung Piandang

 Habis je makan kat Kuala Gula kami menuju ke Ban Pecah. Cantiknya pemandangan Ban Pecah.
Kalau tau lama dah aq datang kat sini. Sejarah Ban Pecah ni asalnya kawasan sawah padi. Bila benteng sawah ni pecah (orang banjar kata benteng tu ban) melimpah la air laut masuk ke sawah padi tu yang tempat ni kekal nama nya Ban Pecah.....
Seronok juga ke sini ada jual ABC viral tu... sedap aq pun beli juga tapi lupa ambil gambar...

Jom layan gambar kami....










Lain kali kalau nak datang sini kena bawa kerusi camping tu baru la syok sikit....
Kang kot nak sewa lak kerusi diorg tu......
Layan....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...