10 January 2024

Menghadiran Majlis Perkahwinan Anak Jiran Ku Ezan @ 07/01/2024

Hari ahad berlangsungnya majlis perkahwinan anak kembar Ezan....
Atirah dan Atiqah.....
Mempelai dipelami sama cantik sama padan......
Semoga berkekal hingga ke Jannah... 



Ini juadah yang disediakan... Sedap masakannya...


Kami bersama dengan Emcee majlis iaitu Kak Onnie


Bersama dengan kawan kawan yang hadir pada hari tu....

Dari kiri duduk : Dayang, Me dan Wan
Dari kiri berdiri : Emma, Kiah dan Liza




Aq bersama dengan jiran lama ku Dayang yang kini dah pun menetap di Seremban...
Lama tak jumpa... Bila dah jumpa macam macam la yang diborakan...
Alhamdulillah semua nya baik baik saja...




Malamnya Kami Melihat Persiapan Di Dewan Komuniti

 Pada sebelah malamnya kami ke Dewan Komuniti melihat persiapan yang dijalankan....
Tengok apa yang patut la kan....
Sambil sambil tu kami menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh tuan rumah...

Ada bihun goreng, cara berlauk, sosej roll dan karipap...
Ada juga kek harijadi.....

Keadaandewan yang dah tersusun rapi..Pelamin tak siap lagi tu...

Ni pula Kak Ani bawa juadahnya sendiri untuk kami makan bersama...
Ada karipap daging, karipap ayam dan juga seri muka..

Apa apa selfie dulu la ye

Dalam dok sibuk sibuk aq nak ke dewan pada sebelah malam nya...
Liza mesej nak order tako untuk anak anak nya dan juga bekalan ke tempat kerja...
Malam ni Liza shif malam katanya....
Ok la kan rezeki jangan ditolak... Ku tunaikan juga permintaan Liza..Lagi pun bahan bahan ada kat rumah sayang la pula dah la modal nak buat tako ni bukan nya murah...
Sapa sapa yang buat tako ni tau la berapa kos nak meniaga tako ni....

Ok siap 3 pack takoyaki untuk Liza...
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah dengan rezeki untuk hari ini...



Memeriahkan Majlis Pernikahan Anak Sahabat Dan Juga Jiran Ku Ezan

Lebih kurang jam 10.00 pagi kami dah turun ke Surau Al-Amin untuk majlis pernikahan anaknya Ezan...Dalam banyak banyak gambar boleh lak aq lupa ambil gambar pengantin...
Adoiiiiiii....
Ini antara rakan rakan yang dijemput untuk memeriahkan majlis pernikahan tu.... 




Selepas selesai majlis akad nikah lebih kurang jam 12.00 tghr..
Kami dimintak ke bawah untuk menjamu selera...
Selepas makan kami pun pulang......
Aq berehat sebentar untuk menyambung kepenatan setelah berhempas pulas menyiapkan juadah untuk pagi tu...

Tempahan Untuk Majlis Nikah @ 06/01/2024

 Jiran Ku Ezan menjemputku menghadiri majlis pernikahan anak perempuan nya pada hari sabtu 06/01/2024 pada jam 10 pagi..
Aq juga ingin memberi sedekah ku kepada nya iaitu Roti Jala Kari Ayam....


Roti Jala Kari Ayam... ni pemberian ku pada nya




Yang apam pisang tempahan Ezan sebayak 50 biji

Yang ni pula apam coklat juga tempahan dari Ezan sebanyak 50 biji....

Alhamdulillah walaupun tak banyak aq bersyukur dengan rezeki ini... Aq juga berjaya menyiapkan tempahan itu dalam masa yang dikehendaki...

04 January 2024

Bekalan Hari Khamis @ 04/01/2024

 Hari ni dah pun khamis...
Kadang kadang bangun je pagi pagi tak tahu nak masak apa...
Pikir punya pikir dapat la aq idea....


Ni makanan untuk Alif, 
sambal ikan bilis, telur dadar dan juga roti benjo untuk sarapan sebelum ke sekolah..


Yang ni bekalan untuk aq...


Yang ni pula bekalan untuk Nadia ke sekolah...
Alhamdulillah settle untuk hari ni kan...

Makan Malam Di C10 Dan Tempahan Tako @ 03/01/2024

 Selama balik dari kerja cuaca baik sangat....
Aq terserempak dengan hb kat parking kereta...
Kita makan kat C10 dah la malam ni...
OK jom...


Aq makan nasi goreng prakrapau


Hb nasi goreng pataya dengan carrot susu


Yang ni tomyam campur aq bungkus kan untuk Nadia dan Alif kat umh

Yang ni pula sotong masak pedas

Siap je makan...balik rumah terus siapkan tempahan takoyaki yang Ain pesan semalam....


Ok macam ni...makan suam suam sedap oooooo...
Siap makan siap masak apa lagi aq kemas rak kasut la...rak kasut yang lama dah rosak...

03 January 2024

Sweet Corn & Sweet Potato ~ Ready To Eat

Yeah...aq ni memang peminat jagung rebus...dan juga sweet potato ni.
Kadang nak beli yang mentah nak rebus sendiri malas la pula...nak makan tak la seberapakan.
Ok kali ni ada dah jagung ngn ubi keledek yang boleh dimakan terus. 
Mudah kan.....
Aq beli combo pack...dalam combo pack tu ada sweet corn, sweet potato ori dan juga sweet potato kimchi. Aq cuba yang kimchi...bagi aq aq kurang minat dengan perasa kimchi ni sedap lagi la potato ori tu....


Sweet corn


Roasted sweet potato flavor kimchi.
Kot mana yang nak cuba.... beli la kan Tik Tok shop.
Kalau nasib baik masa tengah live dapat la diskaun juga.
Yang penting rasa nya memang sedap dan sesuai la untuk orang yang berdiet.
Nak bawa pergi camping ke travel ke pun mudah...
Tinggal buka plastiknya dan makan je...

Makan Malam Di C10 Medan Selera

 Semalam balik je kerja lebat betul hujan.... 
Semalam juga hari pertama bekerja bagi tahun 2024.
Sekarang ni aq naik motor, kereta Nadia dah pakai. 
Terkandas aq kat jejantas depan SJKC Tai Thung..... sejam juga la aq melopong kat situ.
Bila tengok jam dah 6.30 petang hujan masih gerimis...ah lantak la aq redah je la...
Sampai rumah hb dah tunggu kata nya kita makan kat Medan Selera je la.
Kot ke Medan Selera ni macam biasa la makan kat C10 je la....


Aku ngan Nadia makan Keo Teow Kungfu.


Hb makan nasi goreng pataya.
Manakala Alif aq bungkuskan nasi goreng ayam.
Alif tak pergi...jenuh call tak berjawap... biasa la kot dapat membuta gitu la dia nya.
TQ hb selalu belanja kami makan dan untuk makan malamnya aq memang jarang sekali masak.
Selalu makan kat kedai atau tapau je...

Makan Malam Di Bagus Tomyam

 Petang nya pula aq keluar dengan hb...
Anak anak tak nak ikut...
Kami ke Jalan Kebun Shah Alam.... Macam biasa mesti singgah kat Kedai Bagus Tomyam ni.
Kat sini ada pelbagai menu dari Thai...

Hari ni aq cuba nasi Krengkeng....
Pelik kan nama tu...
Nasi ni akan dihidangkan dengan telur mata dan juga sotong yang digoreng kunyit pedas..
Ni aq rekemon sangat...


Keo Teow goreng seafood basah untuk HB....
Hb memang suka makan keo teow goreng basah seafood.
Untuk Alif aq bungkus kan Nasi goreng Thai...Kata Alif sedap sangat...Alif suka..
Nadia tak perlu sebab dia dah beli nasi ayam gepuk.....


Selamat Tahun Baru 2024 ~ Menu Pertama Ku

 Selamat Pagi... Selamat Tahun Baru 2024.
Semoga pembukaan tahun baru 2024 ni menjadikan kita insan yang lebih bermakna... Dilancarkan rezekinya. diberi kesihatan yang baik... dipermudahkan segala urusan... Semoga tahun ini memberi sinar kebahagian buat kita semua....
Ok pagi ni macam biasa aq mulakan dengan menu sarapan pagi ku...
Yang simple simple dah la.
Sambil aq memasak telur hancur tu...Fatahul call aq... Lama kami berborak.... Sampai sejuk la sarapan pagi aq... Kata Fatahul hari ni dia tak berapa sihat...batuk selsema demam.... kerana latihan kawad ditengah panas kadang kadang hujan... Erm... takde bang...nanti ada sinar dikemudian harinya...

Menu sarapan aq pagi ni...
Telur hancur 2 biji, kacang panggang, betik pemberian Nozi dan juga timun jepun...

Ni pula menu tengahari aq...
Sambal ikan bilis kentang, bendi tumis telur, ikan siakap goreng dan juga ikan masin...
Dah siap makan tengahari mata mula la lemau nak tidur kan....
Apa lagi sambung tido la dengan cuaca yang mendung macam ni....


Makan Menu Rahmah Di Lotus Cheras

 Korang tau ke menu rahmah ni macam mana...
Mesti la korang tau kan RM5 untuk 1 porsi.
Pagi ahad 31/12/2023, Emma wasap aq ajak ke Tesco...

Waktu tu aq bz mengemas tudung yang mana dah aq tak guna tu aq nak hantar ke SMKST.
Kat situ ada projek baju terpakai yang masih elok lagi. Jadi kot sapa sapa ada baju terpakai tu boleh la hantar kat SMKST... Kena tulis lebal kt luar plastik tu... untuk memudahkan mereka mengenal pasti.
Dah siap menyusun semua tudung aq...dibahagikan kepada beberapa kategori...
Bawal kosong, bawang printer, sauk kosong, sauk printed...
Nanti nak pakai mudah la aq cari....

Ok jam 11 pagi aq dan Emma ke Lotus Cheras...
Hari ni apa kata kita cuba menu rahmah....
Jalan jalan di setiap kaunter food court tu...
Ok kami teringin nak cuba nasi ayam penyet...


Macam ni portion nya...RM5
Ayam potong 2, secoet tempe, sepotong tomato, sekeping timun dan sehelai kecil daun salad..
Sepiring kecil sambal penyet semangkuk sup yang jernih....
Teh ais tu beli lain ye RM2.50 segelas....

Kemudia aq mencuba lak mee goreng rahmah...
Ni aku rekemon...sedap sangat sangat2
RM5 sepinggan sesuai la untuk orang berdiet.
Dah siap makan cuci mata kat Lotus...
Belikan Alif Hot n Roll dan juga Big Apple....

Majlis Program Penutup Bagi Tahun 2023

 Hari ni Majlis Program Penutup Tahun 2023
Bertempat di Dewan Ibu Tunggal Taman Tenaga..
Meraikan hari kelahiran semua ahlinya sebanyak 12 bulan.


Bulan kelahiran aq adalah Oktober... 
Jadi tema kami Baju warna hijau lumut tudung gold....
Sebelum tu Nadia dah kata macam pokok krimas je yang dihiasai lampu tu....






Menu hi tea hari ni... simple je
Bihun sup, kuih 2 jenis dan buah... Beserta teh tarik....

Setiap orang akan diberikan bunga

Dapat juga cenderahati kerongsang

Aq dapat juga hadiah lucky draw...

Ni hadiah aq...
Cantik la juga kan.... Boleh la isi bihun goreng ke nasi goreng ke...
Alhamdulillah rezeki nya....

Menu Ambang Tahun Baru

 Hari ni 30/12/2023 bermakna lagi 2 hari je nak penutup tahun 2023.
Bangun pagi terasa lapar.... Tekak teringin nak makan indome soto....
Sekarang menjadi kesukaan ku indome soto ni.....
Kebetulan masa balik kampung hari tu mak bagi kuih cucur badak.....
Aq goreng cucur badak ni 4 biji... Masak indome ni aq letak chicken ball dan juga telur...
Nikmat nya

Macam biasa sarapan pagi minuman aq mesti la essensso coffee

Untuk lauk tengahari aq buat kan Alif ayam masak sos...
Sebab petang ni aq ada program kat Taman Tenaga... Nadia pun keluar dah lepak rumah kawan nak sambung malam tahun baru kata nya.... HB lak kerja balik petang...

Ok la ni kan
Ayam masak sos untuk Alif...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...