10 May 2024

Kedai Jubin Dan Perkakas Bilik Mandi Di Jalan Ipoh

 Lepas je makan kami ke kedai jual jubin yang terletak di Jalan Ipoh.
Punya la susah nak parking kat sini. 2 kali gak la aq memusing. 
Last last masuk je kat parking di bahagian belakang kedai kena la RM6.
Ok la tu dari parking sebarangan kang kena saman pula...

Aq memilih kedai Super Ceramic Tiles.
Kedai ni besar.... Malas aq nak jalan banyak banya kedai...
Kat kedai ni semua lengkap...






Ni tiles candangan untuk lantai bilik air aq...

Yang ni pula bahagian dinding nya



Sambil sambil tu layan je gambar yang aq ambil ni...
Mana tahu boleh dijadikan rujukan nanti kan...
Kot pada yang nak tengok harga atau pun design gitu....

Tiles ni jenis besar 2 x 2 kaki kot tak silap la...
Jenis licin dan berkilat... Harga boleh tahan la ye...hehehe

Cermin untuk bilik air...
Ni aq tak beli la...aq ambil gambar je...


Berkena aq kat tiles ni, Nadia lak tak nak

Ni untuk lantai dapur atau dindin kabinet tu cantik kan

Design ni cantik sinki dan juga kabinet tapi tu la bilik air aq dh sempit...
So benda ni tak sesuai la

Sinki yang paling kecil. Mula cadangnya nak letak sinki...tak jadi la...
Sempit dah ni...

Jenis sinki letak atas kabinet

Toilet.. 2 phase... apa tu 2 phase...
Tangki air dan mangkuk tandasnya terpisah

Jubin untuk dapur...cantik kan

Aq memilih tandas yang ni

Jenis 1 phase.... Tangki air dan mangkuk jamban sekali


Pelbagai shower ..
Mula mula nak pilih yang ni RM400+

Aq memilih kod yang ni sesuai la dengan bajet aq kan

Shower yang tengah tu...
Jadi la kan. Tak sabar nak guna shower ni nanti... hehehe

Ni diantara aksesori yang terdapat kat kedai tu...
Harga boleh tahan... Tapi kualiti cantik...
Cuci mata dulu....





Tempat letak bath n shampo... aq berkenan yang warna hitam ni....

Gantung baju


Tiles lagi. Jenis kasar tak licin
Ni untuk lantai kat luar rumah kot...macam garaj kereta ke... 
Dapur ke...



Pelbagai pilihan paip... 
Paip sinki ke paip untuk mesin basuh atau pun paip tandas







Pintu yang aq pilih... Nak warna hitam tapi takde stok kena order...
Takpe la putih pun boleh la..
Nanti aq share kan kejadian bilik mandi aq setelah siap di ubah suai kan...
Sebelum dan selepas..



Sarapan Pagi Di Medan Selera Bandar Tun Razak

 Siap je menghantar kuih ke rumah Kak Chah, kami menuju ke Medan Selara Bandar Tun Razak.
Perut pun dah lapar ni.
Sampai dalam jam 10.00 pagi... 
Jadinya tak la ramai sangat orang kat situ...
Boleh la pilih kat kedai mana yang korang nak makan...
Ada banyak pilihan gerai gerai kat situ...


Lempeng kelapa RM3.00 

Nasi Ayam Penyet RM8

Roti Canai dan Roti Sardin (lupa ambil gambar)

Satay RM12.00 + RM2 nasi impit.
Satay ni sedap aq suka....

Lepas je makan kami bergegas ke Jalan Ipoh pula...
Nak buat apa ke situ...
Jom ikuti kisah seterusnya....

Apam Pisang ~ Tempahan Dari Ina

Aq terima mesej dari Ina hari jumaat....
Shima, boleh tak buatkan apam pisang tapi hantar ke rumah Kak Chah untuk anak dia open house...
Boleh kata ku.. Jadinya seawal jam 4.00 pagi hari sabtu aq dah bangun...
Hari ni jadual pack... Dari pagi sampai la ke malam. 
Semua nak kena menghadirkan diri kan...
Open house sana sini....

Siap je aq buatkan apam... jam 9.00 pagi aq dah hantar ke rumah Kak Chah....
Alhamdulillah on time aq siap...
Walaupun order ni tak seberapa tapi jadi la duit masuk sikit sikit...
Kang dapat kuantiti yang besar jenuh lak aq nak membuatnya.... 

Sekotak ada 50 biji RM30.00
Lepas ni nak naik kan harga jadinya RM35.00 @ RM0.70 sebiji...
Barang semua dah naik harga... Bahan bahan pun bahan premium kan....

Alhamdulillah
#janganlupabersyukur...

Lepas ni kemana aq... ok next...



JJCM - Penang Chendul @ Time Square

Hari khamis 25/04/2024.. Aq ajak Nadia teman kan aq ke Time Square sebabnya aq nk ke Umobile centre. Kalau kat KL ni cawangan berhampiran terletak di TS. Kebetulan pula hari ni gomen dah gaji... hehehe...apa kata belanja mama makan kat situ... Mula mula plan nak ke Lalaport.
Tapi perut dah lapar la lagi pun kat luar tu hujan sangat la lebat....

Jalan pun jalan sampai la terpeleot kaki aq... Nadia apa lagi ngekek la gelak....
Last aq pilih jom je la kita makan kat Penang Chendul ni... 
Tengok cendol dia macam menarik.

Pilih punya pilih... Akhirnya kami memilih menu yang kami suka...

Ni menu kami ber2





Ni harga nya


Suasana dalam kedai ni

Keo teow sup untuk aq... Ni sedap rekemon sangat.

Nasi lemak ni utk Nadia... Nasi ciput je... Kot lapar rasanya jangan ambil menu ni
Memang tak cukup... heheheh

Cendul dia sedap... semangkuk besar....

Kalau rasa nak makan kat sini datang la ke Time Square... Tapi cawangan selain kat sini aq pun tak pasti...boleh la google kot....
Tq Kakak belanja mama hari ni...
Alhamdulillah #janganlupabersyukur
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...