28 May 2024

Selamat Hari Pekerja @ 01/05/2024

1 Mei 2024 bersamaan hari rabu...
Public holiday untuk seluruh rakyat Malaysia. 
Selamat bercuti juga buat diri ku... aq juga salah seorang pekerja kan...
Hehehehe.....


Semalam terima mesej dari kawan di Cengal kata nya nak order apam pisang dan juga apam coklat.
Anak nak buat makan makan, nak panggil kawan kawan datang ke rumah...
Ok la..lagi pun aq cuti tak kemana kan.... aq on je bila ada yang nak order....

Apam pisang 25 biji RM15.00 sekarang dah jadi RM17.50

Apam coklat 25 biji RM15.00 pun dah ku kira  RM17.50
Sekarang ni min order untuk apam pisang dan apam coklat dah jadi 50 biji kalau kira 25 biji tak balik modal aq.... kecuali ada yang nak menyelit order...

Disebabkan hari ni cuti aq seharian la kat rumah tak kemana mana... 
Tiba tiba ada pula yang nak order takoyaki sepack untuk buat makan petang katanya...
Ok on... rezeki petang hari rabu kan....

Takoyaki aq...

Alhamdulillah rezeki hari ni. Walaupun tak banyak mana tapi ada la sikit sikit kan..
Lama lama jadi bukit....
#janganlupabersyukur



 

Zumba Di IYC @ 30/04/2024

 Hehehehe...

Lama juga tak berzumba....
Hari ni aq ke sini lagi...
Malas nak cerita panjang... Selalu sangat dah cerita pasal zumba kat IYC ni kan...










Ok layan je....

21 May 2024

Bekal Garlic Bread Dengan Mushroom Soup

Setiap hari resepi mushroom soup dengan garlic bread ni lalu lalang kat akaun tiktok aq...
Tengok macam sedap, jadi aq cuba la buat untuk anak anak aq...
Dapat roti panjang keras tu kt Hero.... sebiji RM4.50...
Beli 1 dulu...

Roti ni dipotong serong..
Butter yang dicampur dengan bwg putih cincang, gula perang...
Kacau sebati boleh la sapu kt setiap kepingan roti tu...




RESEPI MUSHROOM SOUP

Sebiji bawang hollen
3 ulang bawang putih
Mentega
Cendawan shitake.. 
~ Tumis ke semua nya... Lepas tu blander
~Masuk dalam periuk  tambahkan dengan susu full cream, 
kiub ayam, gula sedikit, garam dan serbuk perasa
 ~ Letak juga daun pasley dan juga serbuk lada hitam....
Ok siap...

10 May 2024

JJCM ~ 10 Gram Tamarind Square Cyberjaya

 Lepas je habis makan kat Jamuan Raya Ibu Tunggal... Kami terus ke Tamarind Square Cyberjaya.
Punya la jem jalan...sejam lebih juga la nak sampai ke Cyberjaya ni...
Biasa la kan hari sabtu jadi ramai la orang berjalan raya ke sana sini...

Ini kiranya kali ke 2 aq pergi ke Tamarind Square ni.
Kali pertama photoshoot preconvo Nadia kat sini.
Pemandangan kat sini cantik tau.... Ramai je yang buat photoshoot kat sini...
Rekabentuk dan dekorasi serta hiasannya lain pada yang lain....

Kami menuju ke 10 gram... Memang aq tak pernah pun makan kat sini...
Rasanya tak sesuai la dengan citarasa aq...
Tapi dah Nadia beriya ajak ke sini... Lagi pun dia nak belanja... Ok la kan.. Rezeki jangan ditolakkan...



Pemandangan luar kedai





Menu yang kami order


Summer Fizz RM15.00

Pan Seared Salmon RM55.00


Ni aq punya

Ni Alif punya 
Hamburg Omu Rice RM32.00


Yang ni Nadia punya
Soft Sheel Crab With Green Curry Spaghetti RM39.00


Yang ni hb punya
Perch Fish & Chip RM38.00

Yang ni Nabil punya
Bacon Carbonara RM38.00

Chocolate Indulgance Cold RM16.00
Iced Tea With Lemon RM12.00
Summer Fizz RM15.00
Mineral Water RM4.00

Menu dia macam ni je takde gambar... Jadi tak dapat di gambarkan macam mana rupa makanan tu..

Sudu Garfu Dan Pisau


Ada dessert juga tapi aq dah kenyang







Suasana dalam kedai




kat sini memang mendamaikan...
Ok la tempat nak melepak... minum secawan air...borak sakan... 
Sembang dan gelak ketawa yang di kawal la ye... Jangan sampai mengganggu pelanggan di sebelah...

Alhamdulillah... terima kasih kak belanja mama abah dan alif makan kat sini...
Lepas je ke sini cuaca dah mendung...
Kami ke Lake side di Cyberjaya... Alif dan Nadia naik basikal...gambar lupa nak ambil...
Tapi ada la di tiktok aq... Jemput ke rumah TikTok aq ye.... Cari je Kak Shima..
Tamat dah cerita untuk sehari hari ni.....
Balik rumah lena kepenatan...







Majlis Rumah Terbuka Persatuan Ibu Tunggal @ 27/04/2024

Selesai dari melihat tiles kat Jalan Ipoh..... 
Aq balik ke rumah bersiap siap untuk menghadiri Jamuan Rumah Terbuka Persatuan Ibu Tunggal Cawangan Taman Tenaga. Aq bukan la dikira ibu tunggal.... Aq hadir atas jemputan cawangan sambil sambil makan je la jamuan yang telah disediakan.....

Aq ni dh la datang macam ribut, balik pun macam ribut.
Aq sampai dalam jam 1.30 petang, kul 3.00 ada janji dengan Nadia nak ke Cyberjaya.....

Aq makan ni je...perut pun dah kenyang... Jangan tidak orang kata...
Tapi lemang n daging masak dendeng tu sedapnya.... 
Aq ni segan dh ni kot tak mau aq balun banyak...
hehehe...

Antara barisan Persatuan Ibu Tunggal

Aq dengan Kak Nani, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal dan juga Naib Wanita Cawangan Taman Tenaga.



Aq selfie dulu sorang sorang

Aq dengan Kak Ann

Kak Ann, Ain n Me...




Selepas bersalam salaman dan bergambar.... Pecut balik rumah nak salin baju pula...
kul 3.00 nak gerak ke Cyberjaya...
Nak p mana tu.. Jom ikuti perjalanan aq seterus nya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...