12 June 2024

Rumah Abang Jamil Kuala Lumpur

 Hari ni masih cuti lagi...
Hari keputeraan Agong... jatuh pada hari isnin...
jadinya aq ambil keputusan untuk membaiki kereta myvi Nadia tu...
Siap je repair kereta... HB ajak makan kat kedai mamak...
Habis je makan konon nak balik rumah... Nadia lak wasap minta tolong hantarkan ke Maybank...
Lepas tu aq ajak Nadia ke Rumah Abg Jamil...Aq ajak Nisa sekali...
Jom kita buat servey...

Kami je RAJ kat Jalan Ipoh je...



Boleh la kalau nak OOTD kat sini kan

Rumah tertutup tapi berkaca dan beraircond


Kerusi rehat kat luar

Pelamin 
Meja orang nikah kat sini..

Ni gambar dari luar

Bilik VIP.  Boleh la kalau nak rehat kat sini

Bilik pengantin makeup dan bersiap

Kawasan yang luas

Meja jemputan




1 meja ada 8 kerusi



Pintu gerbang

Duduk santai kat luar

Kat sini ada juga tandas, surau lelaki perempuan yang berasingan...
Ada juga disediakan telekung. Kira nya amat amat selesa.
Parking kereta yang luas. Boleh menempatkan 150 buah kereta dalam 1 masa...
So tuan rumah tak pening dah nak memikirkan.
Lokasi bersebelahan Honda Jalan Ipoh.


The Experts @ Golden Screen Cinema Sunway VeloCity

 Ahad petang lepas je habis kenduri Zula...
Aq pun berehat...
Tak lama Nurin call... eh malam ni ko free ke...
Jom tengok wayang...Aq ni duit tak bape nak ada... Takpe aq lanje ko...
Tapi kena pakai baju merah seluar jean....

Kita tengok cerita The Experts... Mati mati aq ingat cerita omputih ke....
Rupa nya cerita melayu. Pelakon Mimi Lana, Aaron Aziz, Syafiq Kayl dan ramai lagi...
Movi mula jam 9.00 malam... Sebelum movi start kami beli la popcorn kat GSC...
Kesudahannya... popcorn aq tak makan pun...bawa balik bagi kat Alif.
Siap bawa sweter kononnya sejuk... Eh tak la sejuk pun...
Selalunya naik beku aq...nk tgk movie pun tak selesa...

Layan gambar dulu...


Kat eskolatur pun jadi bergambar...


Cerita dah habis dalam jam 11.30 malam....
Lepas je habis, ingat kan balik rumah rupanya pergi ngeteh...
Aq tak mo la kenyang makan kenduri masih terasa lagi...



Kenduri Kahwin Anak Kawan Ku @ 02/06/2024 Ahad

 Menghadiri kenduri kahwin anak perempuan Zula.
Tapi Zula minta tolong aq sendukkan lauk untuk para tetamu.
Jadinya seawal jam 10.30 pagi aq dah sampai ke dewan.
Disebabkan nanti kami akan bertugas... Boleh la makan awal kan... Lagi pun katerer dah pun siap hidangkan makanan...

Pinggan Aq

Pinggan Emma

Pinggan Nisa

Pinggan Kak Ani

Ayam masak serai

Daging masak hitam

Dalca sayur

Papadom

Buah oren

Sirap dan juga oren

Ada tapai pulut

Tapai yang letak dalam bekas dan juga butter cheese kek

Cendol

Sebelum mula tugas...



Nanti aq sambung lagi dengan gambar yang lain....



Mameen Celup Tepung Selambak

 Balik je dari Velo City...
Nurin call ajak keluar makan makan malam ni...
Nak makan kat mana tu...
Ala kita pegi tempat yang ko makan celup tepung kat Shah Alam tu...

Ok.... lepas asar kita pegi... Ko mai ambil ag..
Jadi aq mengajak la si Nisa join sekali.....

Yang ni nasi lemak ayam goreng menu Daniel anak nya Nurin

Yang ni pula menu Nurin dengan Miza....
Tengok macam menarik kan....
Yang ni diorg punya sekali denga nasi lemak tu RM80 gak la

Yang ni menu aq dengan Nisa...
Ada lagi keo teow tomyam dengan bihun tomyam...Lupa nak snap...
Makanan sampai terus makan...
Aq dengan Nisa total kos dalam RM52 macam tu la

Yang ni la teh air madu....
Ok la rasa nya....



Kenduri Aqiqah @ 01/06/2024 Sabtu

 Cerita hari sabtu.....
Kuih apam pisang tu untuk kendiri biras aq....
Kenduri Aqiqah 2 orang cucu nya....


Antara menu yang dihidangkan...

Pelamin...simple tapi cantik

Bersama dengan Nisa dan juga biras 

Bersama dengan abang ipar dan isterinya

Ni la mak nya








Selepas bergambar dengan anak sedara.... aq pun pulang.
Kami ke Celcom Blue yang terletak di Velo City.


Cerita Hari Jumaat @ 31/05/2024

 Hari Jummat... 
Esok dah masuk bulan June...
Hari ni bekalan sarapan aq cuma roti yang disapu dengan peanut butter.


Untuk menu tengahari aq...
Aq cuma buat mee goreng basah je...
Dah lama tak makan mee goreng basah

Ni mee goreng basah aq...
Kawan kawan reply...nampak sedap nampak menarik...

Balik je kerja aq terus terkejar buatkan sepack takoyaki untuk Ain...
Mula mula nak sepack je...lepas tu nak 2 pack pula...
Ok akk on je la

Takoyaki

Sebelah malamnya pula aq terpaksa pecut untuk order apam pisang sebanyak 200 pcs.
Aq mula jam 10 malam...siap kul 1.00 pagi...
Apam ni ditempah untuk 2 orang ye....sorang 100 la kira nya.


Ok tak apam pisang aq ni...
Ada yang komen...pucat la apa la...
Erm.... dah coklat dh aq rasa nu... ni apam pisang kak... bukan apam gula hangus...
Susah betul nak puaskan hati orang ada je yang tak kena kan...
Apa apa pun syukur rezeki hari ini...
Amiin..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...