04 July 2024

Zumba Hari Rabu Di Flat Sri Sabah

Kali ni kelas zumba digantikan pada hari rabu malam jam 9.00.
Malam ni bertemakan pink....
Ok aq join kalau tak hujan malam ni...
Malam ni kelas bersama Coach Wati....
Coach Yatt takde lak malam ni...



Waktu malam ramai juga yang hadir berbanding hari ahad pagi....
Meriah betul...











Kelas habis dalam jam 10.30 malam...
Sampai rumah dalam kul 11.00..
Mandi pengsan terus...



 

Makan Durian ~ Badan Sampai Panas

 Hari jumaat lepas kat depan Penara ni ada lori jual durian...
Selonggok RM25 ada la dalam 4-5 biji.
Masa mula mula aq bagitau kat hb... dia buat tak tahu je...
Aq cakap cuba la beli kt situ... orang kata cantik isi nya...
Memang la buahnya sudah merekah tapi ok la still boleh makan lagi...
Lepas je dinner hari jumaat, hb turun ke bawah dengan Alif...
Dibelinya 3 longgok haaaa ambik kau...
Memang puas la Alif makan... 
Malam ni hb buka 2 longgok...ada baki selonggok lagi...esok la kita buka..
1 longgok kami makan habis, 1 lagi aq buka isi dalam tupperware... kot Alif nak makan dah ada stok la...

Bangun je pagi tu... aq tengok durian masih ada lagi yang dalam tupperware tu...
Alif tak makan habis lagi... 
Aq tengok roti masih ada...buat serawa la...

Nadia tak makan durian jadinya aq goreng la sikit bihun goreng daging,
Serawa durian dan aq juga buatkan sikit roti jala...sedap juga cicah dengan kuah durian nanti....

Pada sebelah petang aq buka lagi sebiji durian...
Ingat nak makan dengan Alif...
Tengok Alif tido...
Apa lagi aq balun la sorang sorang

Sebiji aq kopek, dapat isi nya sebanyak ni...

Lepas je asar aq ke taman tasik...
Jalan jalan keluarkan peluh... makan durian banyak sangat..
Badan dah jadi dedar dedar dah...risau lak aq kot demam nanti...

Sorang sorang layan view petang kat Taman Tasik Permaisuri...
Hari pun kejap gerimis kejap ok...

Kenangan Fatahul... Letak Kat Sini

 Hari rabu pagi sebelum pergi kerja... Selalunya jam 5.30 pagi Fatahul akan wasap...
Mesej berbunyi "Abg pergi kerja dulu... Bye Mama..."
Dan aq akan membalas... "Bai...kerja elok elok..."

Pagi ni diselitkan dengan beberapa keping photo...
Bersama dengan rakan rakan dan juga jurulatih.
Aq simpan kat sini sebagai kenang kenangan...

Rindu abg....



Selamat bertugas...

Vietnam Roll Bekal Hari Rabu @ 03/07/2024

 Bekal hari rabu.
Seperti yang dijanjikan...
Vietnam roll ni buat bekalan aq dan juga Nadia...
Puashati makan kata Nadia.


Untuk Alif kat rumah pula aq buatkan sup ayam ala Thai...
Ada rasa masin, pedas, masam, manis...
Nadia balik sekolah makan juga sup ayam tu...
Sedap katanya..Ala ala sup kat kedai tomyam.....

Vietnam Roll VS Cucur Kucai Dinner Kami Hari Selasa

 Konon nak makan makanan yang sihat tapi mengenyangkan...
Gigih betul hari selasa lepas je balik kerja aq terus ke Pasaraya Hero.
Cari bahan bahan yang nak buat vietnam roll ni... 
Rice paper aq dah beli kat Eco Aeon Taman Maluri...
Sepack tu ada dalam 15 keping RM2.40 je la kan dah beli pun kat ECO.

Kalau buat vietnam roll ni yang selalu makan cuma aq dan Nadia yang lain memang tak mo.
Kali ni aq nak cuba sos hijau pula...

Cucur kucai ni untuk Alif n hb

Manakala vietnam roll ni untuk aq ngan Nadia.
Pertama kali aq buat sos hijau...
Alhamdulillah menjadi weh...
Bangga sekejap aq...
Nadia pun cakap...sedap la sos hijau ni....
Kan....esok mama buat lagi untuk bekalan pula...



Petang Kami Ke AEON Maluri

Lepas je zumba, pada sebelah petangnya aq mengajak Emma ke AEON Maluri.
Dah seronok lak jalan jalan kat Aeon Maluri ni.
Sebelum pergi sempat la aq masak dulu untuk Alif.
Tapi aq tak sempat nak makan...
Perut pun kenyang lagi masa tu...
Jadinya kami makan je la kat Food Court Aeon tu.
Kali ni kami memilih untuk ke tingkat 2. Selalu makan kat ground floor tu je... 

Aq memilih untuk makan claypot chicken rice manakala Emma memilih syizling yee mee

Lepas je makan, kami ke roof top parking sebelah atas la kan...
Bila aq keluar je dari AEON eh... ni macam kereta MYVI lama aq... Kereta ni aq dah jual 13 tahun yang lalu..... Dulu hb pernah jumpa kereta ni...kemek sana sini kata nya...
Kali ni aq tengok cantik dah...mungkin owner dah cat baru.


Myvi hitam dalam kenangan..
Myvi ni manual je...kot auto mesti aq tak jual

Cantik kan owner ni jaga

Sebelum balik... kami selfie dulu...


Ok dah jom balik...

Zumba Percuma Di Flat Sri Sabah

Setiap hari ahad jam 8.00 pagi.
Kat Flat Sri Sabah Fasa 3B bertempat di padang futsal.
Jom ramai ramai korang...percuma je sampai bulan Dec ni.
Hari ni tema coklat....
Kita bersama dengan Coach Yatt
 















Bersama dengan Coach Yatt..
Pada yang mengenali Coach Yatt ni...
Step yang diajar tak la sesusah mana pun...
Semua orang boleh ikut...
Jom korang...



Mesyuarat Agung (AGM) Kali Ke -7 Surau Al Amin

Hari Sabtu malam iaitu 29/06/2024.
Surau Al Amin mengadakan mesyuarat agung bagi pemilihan ahli jawatankuasa yang baru.
Aq dan yang lain lain tu menghadirkan diri untuk memeriahkan mesyuarat pada malam itu...
Kata Ina, mereka memilih untuk memakai baju berwarna hitam dan tudung berwarna putih manakala lelaki pula memilih baju berwarna putih...



Aq takde kena mengenakan pun dengan AJK Surau...tapi saja seronok seronok kan...
Aq hadir ikut tema mereka...



Barisan AJK lama perempuan

Barisan AJK lama lelaki



Kami ni orang orang KRT...
Saja datang memeriahkan majlis...
Hehehehe...
Tahniah kepada semua yang telah dilantik.
Semoga kalian dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik.
Semoga kalian dapat bekerjasama dengan rakan rakan yang lain...
Jom kita mengimarahkan surau kita....



 

Cuci Duit

Korang pernah ke cuci duit...
Bukan kita scam orang ye...
Yang aq maksudkan dengan cuci duit ni...Duit yang kita tukar tu kita cuci bersih...
Aq selalu la tukar duit dengan kawan kawan atau pun dengan bank...
Biasa la kan duit yang kita tukar tu keadaan dia ada yang kuning la hitam la berkedut la....

Kalau korang nak kan duit tu nampak baru...korang rendam la dengan air sabun...bilas bersih dan korang keringkan... Cara aq, aq lap la sehelai sehelai duit tu....
Selalunya duit yang aq cuci dan rendam tu duit RM1 dan RM5.
Duit ni kan jenis plastik... bila ko rendam...mana yang kotor tu ko gosok gosok la sikit...
Bilis sampai takde air sabun... tos kan... 
Memang duit ni tak kan kering... jadi korang kena la lap sehelai sehelai pula....
Tak kan korang nak jemur kat bawah matahari kan... Kang tinggal bakul je nanti...
Hahaha...

Duit dah bilas...
Aq tos kan dalam bakul
Siap aq lap dengan tuala kecil

Ni la rupa duit yang dah cuci bersih...
Nampak macam baru kan...
Boleh dah buat duit angpau...
Selalunya duit ni aq jadikan belanja sekolah Alif...
Masa ni nak pegang duit pun rasa selesa je...
kot tak ras melekek la...berminyak la....

Susun cantik cantik...
Macam mana korang sanggup tak cuci duit...
Ada yang kata malas..ada yang kata kot banyak macam mana nak cuci...
Semua ni aq terlihat masa kat tiktok...
Ada peniaga tu lepas berniaga kesemua duit nya dimasukkan dalam besen besar dan dicuci bersih...
Untuk yang kata nanti duit tu tak luntur ke koyak ke...
Kot duit ori insya Allah ok je...



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...