27 September 2024

Ke Pasar Payang

 Ketinggalan lak cerita ni...
Selepas keluar dari hoemstay petang tu kami menuju ke Pasar Payang.
Saja seronok seronok Fatahul nak drive kereta ke bandar...
Lalu di jambatan angkat....
Macam macam lak ditanyanya kita...
Macam mana jambatan tu terangkat la apa la....
Adoiiii pening..tengok tiktok je la Fatahul....

Sampai je Pasar Payang...cuaca panas terik...
Sampai hitam spek aq....

Wajib selfie kat depan ni dulu sebelum masuk ke dalam...

Beli makanan apa yang patut sambil tu kami jalan jalan je...
Ina kirim baju batik kelawar untuk Iris...
Susah juga nak cari baju untuk budak ye...




Pelbagai pilihan dan corak yang ada...
Last last Ina berkenan corak yang ini...
RM35.00 harga mati tak nak kurang dah...
Aq ngn Nisa pun beli baju kelawar pendek untuk dipadankan dengan seluar atau pun skirt....
RM50 sehelai...
Dah siap membeli kami berjalan di persisiran pantai depan Pasar Payang ni...



Ambil gambar disini...tanda kami dah sampai kat Pasar Payang...Hehehehe..
Dah siap semuanya baru la kami menuju ke Nizam Celup Tepung...

JJCM - Nizam Celup Tepung

 Pada sebelah petangnya kami merounder lagi ke area Pantai Teluk Ketapang.
Saja jalan jalan kat situ waktu petang... 
Masa lalu tu ternampak Ketupat sotong.
Aq kot jumpa ketupak sotong ni wajib beli... lagi lagi Ganu punya sedap tak manis...
Lemak lemak santan kan....
Lepas dah memusing tu kami patah balik ke Kuala Nerus.
Macam biasa kalau makan Ikan Celup Tepung atau ICT mesti kami ke Nizam Celup Tepung ni.
Harga yang berpatutan dan sedap la kan....


Abadikan kenangan kat sini.....
Nak sama tinggi dah Alif ngan Fatahul... 


Sebelum makan selfie dulu.

Macam biasa la disebabkan ini la pertama kalinya Fatahul nak makan ICT....
Mesti la dia akan rasa kekok sikit.


Menu yang kami order

Udang 5 ekor RM11
Kopok lekor sebatang RM2
Crab stik RM2 
Goreng pisang RM2 - 5 pcs

Sotong ni RM25 semangkuk.
Aq ambil 2 mangkuk.
1 Fatahul kongsi dengan Alif
1 lagi aq makan dengan Nisa n hb

Ikan goreng RM2 seekor
Satar RM0.50 sebiji


Yang ni ketupat sotong yang aq beli kat Pantai Teluk Ketapang
Harga hari ni RM15.00 ada 3-4 ekor sotong..
Hari tu masa aq pergi dengan kak ipar aq RM20.00 sebekas ni...

Bila makanan dh terhidang aq cakap makan la... tunggu apa lagi..
Fatahul kata makan macam ni ke...
Kita ratah lauk ni ke mama... ye jawap aq...
La ingat kan makan dengan nasi putih...tu psl org tunggu je nasi nya mana...
Alahai kesianya Fatahul... memang Fatahul terpisah dengan aq dari umurnya 13 tahun sehingga la 17 tahun tinggal di asrama... jadi bila aq ke mana mana Fatahul tak dapat ikut sekali...
Lepas tu sambung pengajian kat USAS pula...sesekali cuti Sem baru balik ke KL...
Lepas je diploma sambung ke PUSASDA pula... dan seterusnya menjalani latihan ketenteraan...
Kesian nya anak mama sorang ni... 
Sebab tu setiap kali Fatahul bercuti setiap kali tu la aq akan membuat perancangan untuk nya...
Lepas makan kami berphoto dan menuju ke Kopi Payung....

Sarapan Di Suarasa Nasi Kerabu @ 03/08/2024

Hari ke 2 di Negeri Penyu ni...
Selepas sola subuh kami bersiap siap ke Kem 18 Batalion Melayu di Kuala Nerus.
Pukul 8.00 pagi aq wasap Fatahul... Mama dah sampai kat pintu masuk utama Kem.

Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam... tunggu diluar saja...
Sampai je Fatahul terus Fatahul yang memandu kereta... Kita sarapan dulu kata ku...
Anak anak hanya menuruti kat mana aq ajak mereka...
Ok waze je Suarasa nasi kerabu... Review kata sana sedap kata ku...

Sampai dah kat Suarasa ni...
Ambil gambar dulu bukti Fatahul dah balik dengan parent...
 



Dengan berpakaian begini, kedai tahu dah ni mesti budak rekrut...
Hehehe...dengan seluar hitam, baju putih bertai dan berambut 1 inci je
Hehehe....
Walaupun kursus di KT, bukan nya Fatahul dapat berjalan kecuali masa outing saja....
Ok mama belanja makan kat Nasi kerabu ye....

Masuk je kedai ni banyaknya pilihan menu... Tak tahu nak lauk apa..

Kami ambil keropok lekor

Nasi minyak ayam bakar untuk Along


Yang ni untuk Alif

Nasi kerabu kambing bakar untuk Fatahul


Yang ni nasi kerabu daging bakar untuk Nisa n hb


Yang ni untuk aq... Nasi kerabu daging bakar, solok lada dan juga jeruk bawang.
Aq tanya Nisa n Fatahul nk cuba tak jeruk bawang ni...
Aq beri mereka 2 ulas bwg dan sedikit solok lada...
Mula mula Nisa tak nak solok lada..dah makan kat KL, Nisa tak suka...
Aq cakap cuba yang ni mesti Nisa suka...
Bila Nisa n Fatahul rasa...aah la mama sedap betul la...
Aq bagitahu mereka kalau ke KT wajib makan solok lada dan juga bawang jerut ni memang sedap kata ku...


Antara lauk pilihan

Keropok


Kambing bakar


Kambing bakar, daging bakar dan ayam bakar..

Kami makan ber 6.
Total makanan kami dalam RM84 termasuk air dan juga kuih.
Lupa nak ambil gambar kuih....
Lepas makan, Fatahul memandu balik ke homestay yang terletak di Kuala Nerus...
Nanti petang kita JJCM tempat lain pula ye....
Perut pun dah kenyang kan....

Kami Ke Terengganu @ 02/08/2024

 Kami bertolak seawal jam 4.30 pagi.
Berhenti solat subuh di Petronas Bentong. 
Kami meneruskan perjalanan ke Terengganu.
Berhenti sarapan ni RNR Temerloh.
Banyak juga gambar yang malas nak diambil.
Kami mengambil keputusan keluar susur tol Dungun.
Saja ikut jalan dalam nak ke Kuala Terengganu.

Mungkin yang mana nak tahu tu, tujuan aq ke KT bukan la untuk berjalan.
Aq ke sini nak mengambil Fatahul balik selepas Fatahul menamatkan kursusnya.
Saja katanya, Nak mama ambil...malas nak naik bas...
Ok la kan dapat la kami berjalan jalan ke sini.
Kebetulan pula kt KT ni ada Jom Heboh. Dan Along ada buka booth di sana. Jadi sekali jalan la orang kata. 

Aq tiba di Merang masa tu dah tengahari. Ok berhenti beli Roti Paung Cmah.
Kami setiap kali ke Ganu ni memang tak sah la kalau tak beli roti paung ni...
Sedap makan cicah kopi...
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke KT. Singgah kat Marang makan tengahari kat situ.
Kami ber3 je ke KT. Aq, hb dan Alif. Nadia tak ikut sebab ada urusan di sekolah.

Di KT kami menginap di Penginapan Hidayah kat Kuala Nerus.
Murah je homestay ni semalam RM180.00 2 malam RM360.00 tapi owner bagi diskaun RM300.00 je.
Jimat dah tu....
Homestay sebelah ada jual celup tepung juga....
Masa sampai tu owner kata masuk je tak perlu tunggu pukul 2.00 nak check in..
Akk sampai boleh terus masuk kata nya...
Kami sampai pun dalam jam 1.00.. masuk berehat, solat jamak dan lena ke petang...

Bangun tidur kami ke warung sebelah homestay.
Order mee goreng instant dan juga keropok lekor RM1.50 sebatang.
Dan juga ABC. cuaca panas panas ni memang sedap la pekena ABC kan.

Lepas je magrib kami ke gerao yang terletak berhadapan homestay kami...
Tak la depan sangat jalan kaki dalam 500 meter itu la...



Yang ni nasi goreng cili api Alif

Roti telur untuk hb

Roti kosong aq dan Nisa

Nasi goreng pataya untuk Along. Along kat jom heboh..
Kul 12 malam baru balik ke homestay...

Ok la nak tidur awal...esok pagi pagi nak ke Kem ambil Fatahul balik...
Rindunya lama tak jumpa Fatahul....

Fatahul Tamat Kursus Pertama Pada 01/08/2024

Hari ni boleh dikatakan semua budak budak askar ni telah menamatkan kursus pertama mereka..
Banyak la gambar gambar mereka ni di aplikasi wasap...
Semuanya smart.
Ada yang menerima keseluruhan terbaik... semua nya terbaik la bagi aq...
Group Fatahul 12 RAMD tidak terkecuali telah menamatkan latihan mereka.
Seramai 15 orang prebet yang mewakili 12 RAMD. 



Kot tengok muka dah dicalit hitam hijau ni memang tak kenal dah kan muka anak masing masing...
Tapi mak mak mesti la ada naluri mengenali anak sendiri...
Yang berbaju putih tu... Stap Rohaizak... Jurulatih mereka.
Dan sebelah kanan tu Stap Ridwan...
Aq bertanyakan kepada Fatahul kenapa sorang yang dok kat kerusi tu muka tak sapu hitam...
Oooo tu kan JL kami... memang la tak sapu hitam tu...
Kih..kih..kih... mana la mama tau kan...
Bila tengok gambar macam ni dalam hati ada gembira, sebak, pun ada...
Macam macam dugaan untuk habiskan kursus ni...
Sampai masuk hospital pun ada... tapi kuat dan tabahnya diorang....
Dahulu di sekolah mungkin mereka di pandang sepi tapi kini meraka lah barisan hadapan tunggak negara. Berbakti lah kepada agama dan negara...
Perwira dihati mama...

JJCM - Bagus Tomyam Di Puchong

 Hari Selasa 30/07/2024 
aq bermesej dengan Nurin... 
Ku ceritakan yang jari Anisah luka.... kesian pula, luka lak macam dalam je..
Lepas Nurin kata jom la kita melawat dia...Jauh kat Puchong kata ku...
Takpe, lepas magrib aq sampai kata Nurin.

Kami sampai kat rumah Nisa dalam kul 9.00 malam macam tu...
Kebetulan depan rumah diorg ni ada Bagus Tomyam..eh sama ke cawangan yang kat Jalan Kebun tu...
Yang selalu aq makan kt situ...Tapi bagi aq kat sana lagi banyak pilihan menu...


Sebelum makan selfie dulu

Yang ni Nurin punya
Nasi putih, paprik sotong..

Roti sangkaya... ok juga

Keropok lekor....

Sambal belacan ulam timun

Bihun celup untuk aq... tapi sedap lagi kat C6 aq rasa


Teh ais untuk kami...

Lepas je makan... kami pun balik...
Terima kasih Nurin sebab sudi teman kan aq pergi ke rumah along...melawat Nisa...
Dah la tak minta duit minyak pun kat aq....
Takpe la dah belanja makan katanya....


Sambutan Bubur Asyura @ 28/07/2024

 Salam Semua....
Bukan senang kita nak mengupdate blog ni...
Kena tunggu mood rajin baru boleh jadi...
Tengok la berapa lama aq dah tak menulis didalam bloq kesayangan ku ini...
Ok la hari ni ada mood balik nak menaip kat sini...
Fuh fuh.... dah berhabuk sikit...Hehehehe...

Ok... perancangan hari ni nak masak 2 jenis bubur asyura...
1 versi utara dan 1 lagi versi pantai timur...
aq 2 2 pun balun je... tapi siyes cakap kali ni yang versi utara sedap sangat...
tak berapa nak manis... tu pasal aq suka.....

Untuk tugasan pula...kaum wanita menyediakan bahan masakan... dan sekali la menyediakan juadah makan tengahari.... manakala kaum lelaki tugasnya mengacau la bubur tu....kot tak dikacau nanti hangus pula....

Yang ni kaum wanita ambil turn mengacau sebab kaum lelaki nak solat zohor....

Aq tak terkecuali kena mengacau bubur ni...

Di antara kaum lelaki yang mengambil bahagian mengacau bubur asyura ni...

Kaum wanita sibuk menyediakan bahan masakan...

Untuk menu tengahari pula... katanya masak simple simple je... 
Tapi erm... menu jadi luar biasa...kena pula makan beramai ramai dengan kawan kawan...happening sangat.....

Ada telur dadar...orang kata nasi panas panas...telur dadar ni dengan sambal belacan pun on kan...

Ada sayur campur... terung bakar, air asam cencaluk, sambal belacan..

Ayam goreng, udang sambal petai


Asam pedas ikan kembung campur ikan cencaru

Goreng pisang pun ada....

Alhamdulillah..bubur dapat..makan pun dapat... perut pun kenyang...
Sesekali bergotong royong macam ni best juga kan...
Ok sampai sini saja.....
Kita jumpa lagi dalam next cerita..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...