17 September 2019

Jom Pergi Ke Kolam Air Panas Di Selayang


Pada hari yang sama selepas je magrib, kami sekeluarga pergi ke Kolam Air Panas yang terletak di Selayang. Kawasan sini gelap je. kalau tak berhati hati memang akan terlepas simpang.
Dahulu parking kereta memang susah sekarang dah banyak.
Parking percuma.
Masuk pun percuma.

Tapi kalau nak sewa timba, baldi dan gayung kiranya 1 set la RM2 sahaja.
Ada juga sewa kerusi RM1 setiap 1

Selain tu ada juga gerai makan ye....

Tandas juga ada disediakan

Rami kan... nampak ta kerusi tu..tu la yang disewa RM1



Kami pergi ke kolam air panas yang no 2.
Peh panas juga la air ni...

Masa ni Alif n Fatahul tengah rendam kaki....
Mengelejat masing masing kepanasan.
Air panas ni bagus untuk kulit sebenarnya.
Ramai je yang slumber mandi...kot aq la...ya ampun....
memang tak la ye
Sesiapa yang berminat boleh la datang ke sini. Dibuka setiap hari. Kalau waktu malam lagi la ramai.
Ye la kan sapa nak pergi tengahari dah la bahang panas air dari kolam tu lagi.
Apa apa pun Korang
Layan je...


Kenduri Kahwin Anak Kawan Lama

Selepas menghadiri perkahwinan anak Peah kami terus bergegas ke kenduri yang ke 2 iaitu rumah kawan lama teman sekerja aq dan suami. Sudah 13 tahun aq tidak bertemu dengan Yahya.
Kami tiba lebih kurang jam 2.30 petang, orang pun dah ramai yang pulang. Almaklumlah jalan jem nk menuju ke Puchong. Rupa nya dewan KLIM ini terletak di kawasan Putra Perdana, Jenuh memusing ikut waze...haish.....

Bila dah menjamu selera apa yang patut kami pun berjumpa dengan tuan tanah la ye...lagi pun perut masih kenyang lagi makan di kenduri Peah tadi....

Bersama Yahya dan isterinya....




My HB dengan kawan seangkatan lamanya Yahya...
Terima kasih Yahya di atas jemputan.
Semoga pengantin kekal hingga ke Jannah...
Amiin...
Apa apa pun Korang 
Layan Je....





15 September 2019

Kenduri Kahwin Anak Peah & Man

Habis je berzumba, aq terus menuju ke kenduri kahwin. Kali ini memenuhi undangan kawan yang tinggal di Block C Pangsapuri Sri Penara iaitu puteri kepada Peah & Man.
Sampai je punya la ramai orang. Bila datang aq terjumpa dengan Kak Sal.
"Shima, meh kita berselfie"
selepas bergambar aq berjumpa la dengan tuan rumah tapi sayangnya mana la gambar dengan tuan rumah ni...stress aq....


Aq berjumpa dengan sahabat lama iaitu Nurin...
"Shima ko kt mana...Otw tak sampai sampai lagi ke"
Jangan mare aaaaahhhh... ada hal yang tak dapat dielakkan.
Berselfie lagi dengan orang orang penanggah.....

Ina my ex-jiran memerangkap penjaga Alif.
Dah lama sangat tak jumpa Ina ni....




Muka atak sinyum....
Harus la kan.. Perut dah kenyang kan...

Ini menu yg aq makan.
3S

Pencuci mulut....

Aq tak dapat tunggu lama disini. Kerana aq ada lagi1 kenduri yang nak aq hadiri.
Aq mengucapkan selamat pengantin baru buat Azura dan juga pasangannya Amir.
Semoga berbahagia hingga ke Jannah.
Terima kasih buat sahabat ku
Robiah (Peah) & Azman kerana sudi menjemput aq sekeluarga.
Apa Apa pun Korang Layan Je...

Day 3 ~ Kill The Kilo's

Masih lagi bertahan untuk hari yang ke 3 dalam Program Kill The Kilo"s anjuran Fit Komuniti bTR 2019.  Kali ini bertempat di OCBC Bank Alam Damai. Bukan la di bank itu cuma lokasi berhampiran. Bertempat di lot parking kereta tu je... Jadi seawal pagi jam 7.20 pagi aq dan Ezan dah merempet naik motor ke situ. Geng yang lain mereka bersama sama dengan Kiah la ye...
Jadi sebelum pergi melakukan aktiviti, aq lebih gemar bersarapan di rumah saja. Lagi pun sebentar nanti coach akan tanya apa yang korang makan kan....Kira nya kena la updated ye..
Kalau kawan kawan nak tahu, aq mmg join group diet suku suku separuh. 
Akan berakhir pada 30/11/2019. Harap harap la banyak la kilo aq blh buang kan..kih kih kih..

Selalunya sarapan pagi aq mmg sempoi je, aq tak suka yang berat berat risau coach komen lebih nanti...hahaha
Menu : Oat Pancake With Banana & Nescafe sesudu kecik gula + creamer...


Awal aq dah sampai....

Tu awat la masing masing ada mask tu....
Mask ni diberi oleh pihak pengajur...kerana cuaca yang tidak mengizinkan jerebu di tahap membimbangkan...






Bila dah cukup semuanya...acara zumba pun bermula lah...
Macam biasa la kan...Tapi seronok juga layan zumba ni berpeluh peluh juga la kan...
Agak pecah tak lelemak yang aq ternak tu...
hehehehe....

2 orang emcee Onnie & Azari..
Mereka ber 2 ni kadang kadang suka bertekak...terhibur juga dengan keletah mereka....







Masa ni tengah kyusuk mendengar taklimat pasal Hiking untuk hari esok di Bukit Besi....
Dan juga acara yang selalu di tunggu tunggu...lucky draw la awak.....



Ni la muka muka dapat hadiah tu...Ada di antara mereka yang so lucky setiap minggu pun dapat.
Kali ni i'm not so lucky but i'm happy for them.....
Lepas tu apa lagi...
Jom balik aq penat dh ni....
Apa apa pun Korang
Layan Je....

11 September 2019

Buah Duku... Oh Buah Duku Langsat

Cerita buah duku langsat.
Buah ni my HB beli masa di Selangor Agro Fest tempoh hari.
Sekali beli 4 kilo RM10. Anak anak memang tak berapa nak minat buah duku ni cuma kami suami isteri je suka...tapi larat mana la nak makan sampai 4 kilo kan.
Jadi hari ahad aq tengok buah ni dah mulai lebam...Jadi hari ahad malam aq dengan gigihnya mengopek buah duku langsat ni...

 Buah Duku yang mulai lebam..

 Buah Duku yang habis di kopek. Tengok jari aq sampai hitam kau...
Dan rasa berdenyut juga la....

Dah pun siap. Rasa nya dalam sejam juga aq layan kan buah ni.
So senang hati la my Hb. Mudah kan dia nak makan.
Dapat la dalam 3 bekas ni... Sejuk sejuk lagi masuk dalam peti ais...
Rasa nya banyak lagi buah yang kita boleh buat cara macam ini. antaranya buah rambutan.
Aq nk juga buat kt buah rambutan tapi dah habis kerana ini adalah buah kegemeran Alif...
Erm....Apa Apa pun Korang 
Layan Je...

08 September 2019

Pecal Step By Step

Hari ni teringin nak masak menu sihat. Asyik makan salad je jelak la pula.
Lepas je habis program di Tasik Permaisuri, gigih aq ke Hero mencari bahan untuk di masak.
Kali ni aq nak masak pecal. Aq buat step by step juga.
Mungkin ramai yang dah tahu membuat pecal, tapi takpe aq kongsi kan juga untuk rujukan aq di masa akan datang.

 Tadaaa... ini lah dia rupa pecal versi aq....

 Aq cuma guna 4 bahan sayur saja. Kot ada yang nak tambah sayur lain pun boleh.
Ikut selera masing masing la ye...

 Ni bahan asas untuk kuah....

 Mula mula celur kacang panjang dahulu.

Pucuk Paku

 Goreng tauhu...

 Goreng kacang tanah.

 Goreng cili kering, bawang dan juga belacan

 Cili kering, bawang & belacan boleh la kita kisar bercampur dengan air.
Aq juga campurkan sedikit gula, garam & asam jawa didalam pengisar.
Seterusnya kisar sebati bahan tersebut.

 Kacang tanah pulak aq tumbuk...Gigih aq tumbuk tau.
Sebab nak dapatkan kacang yang tak halus atau pun kasar.
Kalau korang nak kisar pun boleh. Guna je pengisar kering tu...

Tadaaaaaa.... dah pun siap.
Jom makan.
Diet aq Suku - suku separuh...
Alhamdulillah buat sendiri puashati....
Apa apa pun Korang
Layan Je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...