12 October 2019

Day 6 ~ Kill The Kilo's


Hari ini hari ke 6 aq bersama group Fit Komuniti BTR 2019.
Iaitu hari terakhir aq la kiranya. Tapi bagi kawan kawan yang lain minggu depan adalah final group ini. Minggu depan aq dah ada plan sendiri bercuti bersama keluarga tersayang...
Kami juga bersepakat memberikan hadiah lucky draw. Walaupun harga tidak la semahal mana tetapi kami ikhlas memberi...


Bersama Coach Herni, coach yang sempoi..baik & peramah...

Me & Kiah...

Kami diberi penghargaan mencabut undi dan menyampaikan hadiah.
Luck Draw yang kami bawa. Tapi tiada salah seorang antara kami yang bertuah...
Hahaha...



Lagi bersama Puan Emcee Onni Karim...

Habis je semua acara, jika ada makanan lebih pihak urusetia membenarkan peserta fit untuk menjamu selera. Apa lagi kami pun tidak ketinggalan la kan merasainya.
Setiap hari bila hadir di sini kami akan dapat merasakan makanan yang lebih itu.
Terima kasih pihak urusetia membenarkan kami makan ye..
Moga murah rezeki korang ye...
Ni gambar candid Man yang ambil.
Bakar kalori tambah kalori kata nya...
Apa apa je la Man
Apa apa pun Korang
Layan Je..

Day 5 ~ Kill The Kilo's

Hari ni kali yang ke 5 selepas program ini ditangguhkan pada minggu lepas.
Sepatutnya diadakan pada 21/09/19 tetapi disebabkan masalah jerebu yang melanda, dituntukan ke minggu ini 28/09/19.
Alhamdulillah cuaca bertambah baik....
Ceria kami pagi pagi ni...
Kali ni Kak Ani tak dapat turut serta kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan di kampungnya...

Macam biasa sebelum zumba kita selfie dulu.....

Orang dok zumba korang buat apa tu....

Me & Emma...nampak aq kurus sikit dari Emma kan...
Hehehe....







Selfie lagi dan lagi...
Korang menang bergambar je la kan




Bersama Puan Emcee Onnie Karim...




Selain kawan kawan kami, ada juga kawan kawan dari fit komuniti...
Semua sporting baq ang...


Tunggu...
Lucky Draw.....

Ezan cucuk akupuntur....
Aq...memang tak la...

Kiah pun buat juga....
Tapi tak cucuk, cuma ustaz ni picit picit mesra gitu...

Puan Emcee Onnie Karim buat akupuntur kat muka....

Seriyau nya tengok...
Masa ni akupuntur ni percuma je
Munurut kata mereka yang pernah buat, selalunya yuran ada RM70.00
Lepas ni apa lagi....
Jom balik....
Apa apa pun Korang
Layan Je...

26 September 2019

Hiking Di Taman Tugu

Cuti hari sabtu minggu lepas, dengan keadaan di KL masih lagi di landa jerebu jadi aktiviti Kill The Kilo's dibatalkan...Jadi petang jumaat Sham sahut weh....jom kita gi hiking weh.....
Jom...kita gi dekat dekat sudah la...Orait....
Jadi kami sepakat ingin pergi ke Taman Tugu. Tempat ni masih lagi baru. Ramai yang tidak tahu kewujudan Taman Tugu ni. Taman Tugu berhampiran dengan Taman Tugu Negara dan juga Taman Tasik Perdana. Lama dah tinggal di KL ni tapi hanya sekali ke Tugu Negara...
Jadi seawal jam 7.30 pagi hari sabtu 21/09/19 kami bertolak menuju ke Taman Tugu....
Masa kami sampai tidak la ramai pengunjung..
Masuk disini adalah percuma.
Parking juga percuma.

 Bersama dengan ahli kumpulan...

 Jom....

 Sebelum memulakan perjalanan, jika kita adalah pertama kali datang, guide akan memberi penerangan laluan trail ini. Laluan trail adalah mudah. Banyak petunjuk jalan yang akan membantu kita nanti.

 Group photo dulu ye.....

 Trail yang mudah kan...Boleh la kalau sesiapa nak berjinak jinak dengan jungle trekking atau pun hiking ni....


 Muka gumbira masing masing...

 eh...kami ber2...biar la kami je yang tahu....
hehehehe...

 Terdapat juga pondok untuk kita berehat.

 Sampai kat pokok besar wajib bergambar....

 Di setiap jalan mesti kita akan berjumpa dengan kerusi dan juga buaian...
Tak payah nak berebut rebut ye...Aq rasa ada dalam 4-5 tempat kot yang ada buaian ni....

 Sweet couple of the day....
Isam & Ina....

 Macam macam aksi 3 mum ni kan...
Mana mum yang lain...mereka laju sangat, kami ni jenis jalan bergambar jalan bergambar...
hahaha..

 Sekejap saja dah pun balik....
Trail yang kami lalui cuma 1.06 km je...ok la kan
janji keluar peluh utk hari ni...

 Lepas je habis trekking yang lain sudah pun pulang, tinggal lah kami saja disini
Pagi pagi aq dh sediakan bekalan untuk makan bersama kawan kawan yang lain.

 Muka gumbira. 
Ni la antara bekalan yang kami bawa.
Disini juga terdapat kemudahan seperti tandas awam, kerusi meja untuk kita berkelah dan juga kipas angin, terdapat juga tv yang menceritakan kisah Taman Tugu ni.
Kalau yang berkelapangan boleh membawa keluarga untuk beridah disini.



 Habis je berkelah, Isam & Ina pun bergerak pulang tetapi aq dan Kak Ani masih tak boleh nak move on lagi. hahaha...kami singgah pula di Tugu Negara ni...sesi bergambar la pula.
Ramai juga pelancong yang berkunjung disini...
Sesudah itu kami pun pulang lagi pun tak tahan dek panas nya bahang mentari dan juga jerebu yang melanda...naik semput kau......
ok la...kalau ada masa kita datang lagi ye kawan kawan...
Apa apa pun Korang 
Layan Je...

Jom Cari Tempat Makan Sempoi Di Tanjung Malim


Hari ni macam biasa aq menghantar Nadia pulang ke Tanjung Malim...
Hari ni cuti Hari 1 Malaysia....
Bila sampai kat sini, Alif macam biasa la memang suka makan Oblong Daging dari Qalam Burger Sempoi ni...Harga memang berpatutan.
Jadi memang ramai la student Upsi yang membeli burger kat sini...Sekali beli banyak juga...
Tapi tak lama juga kita menunggu kerana pekerja mereka ni ramai

 Ni harga nya...
Biar lah gambar berbicara...




 Selain gerai burger tu banyak lagi gerai gerai lain yang sederat dengan nya...
Jadi korang boleh pilih apa yang korang nak makan...


 Gerai ni terletak di trafic light Taman Universiti Tanjung Malim..
Berhadapan dengan kedai kedai ini.....

 Oblong Daging untuk Alif - RM6.00

Yummy.....sedap sungguh...nasib la mama ni berdiet kot tak...memang dh kena sebat la...
Bagi sesiapa yang ingin mencubanya boleh lah datang ke Gerai Qalam Burger Sempoi Tanjung Malim di Taman U berdekatan dengan Pintu Utama Kampus Sultan Abdul Jalil UPSI
AKA Kampus Lama...tetapi mereka tutup pada hari sabtu kerana di Tanjung Malim terdapat pasar malam ye pada hari tersebut....
Apa apa pun Korang
Layan Je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...