22 June 2020

Apam Pisang Menu Di Pagi 28 Syawal 1414

Balik je kerja hari jumaat 19/06/20 terus ku buat projek Apam Pisang.
Kebetulan ada pisang berangan.
Selepas berjuang dalam masa 1 jam, akhirnya siap juga apam pisang ku.
Untuk dijadikan juadah sarapan pagi buat tetamu ku.


 Ini bancuhan apam pisang.

 Setelah siap di kukus...


Apam pisang ni sangat sedap.
Lembut je testur apam ni.
Resepi dia nanti ku update ye...

Penghujung 28 Syawal 1441 @ Sabtu 20/06/20

Penghujung 28 Syawal 1441.
Diatas permintaan Syariel yang inginkan mushroom soup, ku tunaikan juga hajat dihati nya.
Dah lama dijanjikan baru hari ini ku ada kelapangan masa untuk melalukannya.
Lagi pun semenjak pkp ni dilarang kita berkumpul apatah lagi kunjung mengunjungikan.
Ikut la saranan kerajaan jangan ingkar.
Dah alang alang masak untuk kawan kawan Nadia, Ku juga menjemput bff yang ada 4 kerat ke rumah ku juga. Jadi nya jumlah tak la sampai 20 orang kan..
Hehehehe....

 Ni la yang ada 
Dayang tidak dapat berkunjung kerana beliau telah pun berpidah ke Seremban.
Tinggal la kami ber 4
Nak ikut kan Si Nurin & Ina juga sudah pun berpindah tetapi mereka hadir jua ke rumah ke pagi ini.

 Menu juadah simple je.
Makan pagi..kerana petang aq ada hal lain....
Antara menu ku.
Nasi goreng kampung
Spaghetti Aglio Olio
Mushroom Soup
Apam Pisang
Seri Muka
 Roti canai pemberian Ina
Ku tambah bihun goreng selepas itu...





 Antara kawan Nadia yang hadir.
Maaf jemputan adalah terhad.
Lepas ni baru jemputan kawan kawan yang lain ye....


Diam tak diam semua tetamu pulang dalam jam 1.30 petang.
Aq apa lagi bersiap dan kemas rumah terus menuju ke Tanjung Malim.
Lain kali sila la datang lagi.
Bila daku dah betul betul berkelapangan ye..
Terima kasih kepada yang sudi hadir.
Kehadiran korang semua membawa 1000 rezeki buat daku sekeluarga.
Maaf maaf di atas kekurangan rasa dan layanan kepada kalian semua...
In sha Allah kita jumpa di lain hari ye...
Apa apa pun Korang
Layan Je...

19 June 2020

Carrot Cake Sarapan Pagi Jumaat @ 19/06/20

Salam pagi jumaat...
Cuaca hari ini mendung sahaja.. Sejuk je kan...
Pagi ni daku bersarapan kek lobak merah aka carrot cake...
Ada sesetengah orang memang tidak gemarkan kek ni tetapi daku suka bangat.
Pertama kali makan masa tu beli di SR la...Sekeping je dekat Rm10 la kan...
dah nama pun SR betul tak...
Daku suka rasanya yang tak berapa manis dan cream cheese kat atas tu... nikmat banggat....
Kek ni Nadia beli dengan kawan nya.. masa minggu lepas kami balik ke kampung.
Disebabkan takde yang gemar kek ni jadi banyak la lebihan nya...
Daku apa lagi potong kecil masuk dalam bekas bawa balik..
Kadang kadang daku lupa yang kek ni masih berbaki lagi di dalam peti ais...
Jadi pagi ni daku habis kan je la kek yang tinggal beberapa potong ni...

Selalunya sarapan pagi ku mesti bersama semug essenso coffee.
Coffee ni pahit pahit sikit padan la dengan kek ni yang agak manis..
Jadi ada la contra kat situ kan.....
Gigih daku ambil gambar weh...
Hahaha......
Bukan senang rupanya nak jadi photografi ni....
Apa - apa pun Korang
Layan Je...

18 June 2020

Murtabak Sardin Step By Step

Sarapan pagi ini.... Murtabak sardin..
Lauk sardin untuk semalam masih berbaki lagi..
Sayang nya nak buang. Sekarang ni lauk sardin bukan lah untuk golongan orang yang tidak berkemampuan.. Orang yang ada ada je boleh makan lauk sardin sekarang ni..
Heheheh...mana tak nya...setin sardin ayam brand berharga RM7.70.
Ko rasa....baik beli sardin fresh kan. Kadang kadang sekilo RM5-7 je...
Haaaaaa kan......
Jadi bila buka peti ais ada la kulit popia masih berbaki lagi.
Kang tak guna berkulat pula....
Jom tengok murtabak sardin cara aq....


Ni sardin tu, ku tambah hirisan bawang besar sebiji 
Kalau nak pedas hiris la cili api, aq tak letak sebab sardin ni dah buat sambal kan semalam...
Kalau nak guna sardin yang belum masak pun boleh juga...
Kuah sardin ni aq tak buang ye.....

Aq guna 4 biji telur.
Aq asing kan macam ni sebab aq nak buang tali pusat telur tu...
Lepas tu aq kocak kan telur bersama sedikit garam...Sedikit je ye...coz sambal sardin tu kan dah letak garam... 
Bila dah kocak baru la ku letak ke dalam mangkuk sardin dan kacau sebati....
Kalau ada daun bawang daun sup boleh juga letak...
Lagi wangi dan sedap..
Aq takde...so tak letak la..Apa je yang ada bahan dalam peti ais tu je aq gunakan...

Ni kulit popia. Saiz besar ye.... Aq buka siap siap dalam 10 keping...

Masa nak letak telur ke atas kulit popia ni, kena guna pinggan mcm ni melongkong sikit,
kalau guna pinggan nasi tu melebar habis la lari kiri kanan telur korang tu nanti..lagi payah nak lipat

Ku lipat kiri kanan macam ni...
Jadi hujung kulit yang tak lipat tu lagi, ku sapu la air...
Nak jadi kan gam la...kang terkeluar pulak telur tu nanti
Dan siap lipat kiri kanan atas bawah... 
Boleh la letak atas kuali leper..
Kuali non stick pun boleh....

Ni ha dia...
Letak la sedikit minyak kalau tak tak la garing nanti kan...
Masak balik balik kan supaya masak nya sekata....

Dah pun siap...Cantik je kejadianya kan...
Pada mak mak yang nak berjimat tu buat je la macam ini.
Harga murtabak sardin sekeping dalam RM3.00
Kot buat sendiri berjimat dia berganda ganda kan...
Kalau takde sardin boleh je letak telur dengan bawang je...
nak letak pisang pun boleh..

Ni untuk sarapan aq....
Aq suka gunting 4 bahagian...
Senang nak gap....semolot gitu masuk nya...Kih...kih..kih....
Aq kot sarapan mesti la dengan Essenso Coffee aq tu....
Jom cuba...tak susah mana pun
Yang penting sedap sangat....
Layan.....

Makan Malam Hari Rabu @ 17/06/20

Makan malam ni rajin pula aq nak masak nasi berlauk.
Sebenarnya lauk sambal sardin yang ku masak untuk makan tengahari masih berbaki lagi.
Sayang la pula kan...
Jadi ku tambah sayur labu air dan juga telur dadar....


Ni sambal sardin....

Labu air tumis sos tiram bersama soohun...

Telur dadar krispi....

RESEPI LABU AIR TUMIS SOS TIRAM 

Bahan Bahan Nya

1 biji labu air
1 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1 biji cili merah dihiris
Sedikit ikan bilis
Semangkuk kecik soohun - direndam
1 sudu sos tiram
1 sudu sesedap rasa
Sedikit garam

Cara Cara Nya

1. Tumis bawang, dan ikan bilis sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan cili merah - aq suka cili merah ni layu je
3. Masukkan labu air, sos tiram, sesedap rasa dan juga soohun
4. Tutup sayur biar masak sekata
5. Bila dah layu masukkan garam...
6. Kacau dan tutup api..

16 June 2020

Bergambar Raya Aidilfitri Bersama Keluarga Tersayang 22 Syawal 1441

Dah 22 Syawal bersamaan 14/06/20
Sekali lagi kami bergambar untuk dijadikan kenangan Raya Aidilfitri 2020.
Kali ni beraya di kampung halaman ku la
Dimana lagi kalau tau di Titi Gantung, Bota.
Bangun je pagi pagi masing masing dah sibuk nak berkemas...
Berbaju raya. Anak anak ingat kan nak bergambar di Studio...
Daku kata tak la...di rumah saja....
Sebelum masing masing pulang
Kita abadikan kenangan terindah ini...



 My Family, Kali ni lengkap ber 5...

 Big Family Photo

 Dengan mak abg & SIL


 Abg Family Photo



 With the only 1 SIL




Habis je bergambar, Masing masing pun pulang
daku ke KL manakala abg ku ke Kuantan.
Lepas ni kita balik lagi sesama ye...
banyak benda tak sempat nak buat lagi ni...
Dah boleh rentas negeri ni...selalu la aq pulang ke kampung...
Apa apa pun Korang
Layan Je...

Jom Makan Yong Tau Foo Medan Selere Taiping

Konon nya selepas memborong durian, nak ke JS Muara di Kuala Gula.
Apa la nak pekena gulai ikan sembilang la...
Dalam perjalanan dari Bukit Gantang ada la dalam 35 KM lagi masa tu jam dah pun pukul 8.00 malam. nak sampai sana dah pukul berapa makan & nak balik lagi jauh tu...
Jadi kami ambil keputusan pergi ke Medan Selera Taiping je la makan Yong Tau Foo di belakang balai bomba Taiping..
Ramai nya orang... lagi ada SOP kan..Penjarakan sosial semeja dalam 2- 4 orang tengok pada saiz meja la kan...

Daku order ABC, dalam gelas pula...

 Yong Tau Foo, ni aq ngan HB punya.
SIL order lain....

Nasi Goreng paprik RM7.00
Service cepat...

Kerang rebus RM6 sepinggan kecil..

Jumlah 3 yong tau foo, 2 makan 1 bungkus RM47 sahaja...
Murah la kalau nak di bandingkan makan di Astaka Sitiawan pun tak dapat harga macam ni...
Mungkin ke kita ke sini lagi.
Sebabnya jauh juga dari Bota nak ke Taiping...
Dah la jalan berliku liku selepas Pekan Beruas...
Bila la highway WCE ni nak siap...
Tak sabar nak balik kampung or ke Taiping ikut jalan tu....
Erm...
Apa apa pun Korang
Layan Je...

Jom Cari Durian di Bukit Gantang

Bila dah boleh rentas negeri, kami semua pakat pakat pulang ke kampung.
Kebetulan pula kali ni musim durian..
Jom kita p cari durian. Disepanjang jalan Kampung Gajah, takde pulak orang jual durian.
Mungkin belum gugur lagi kot...
Jadi Iqhwan kata kat area Bukit Gantang, Kemunting ada durian.
Petang sabtu tu 13/06/20 kami ke sana. Di sepanjang jalan Trong, Changkat Jering takde lak orang menjual. Kot ada pun 1 -2 orang je.
Harga tak yah la tanya mesti mahal kan....
Jadi Iqhwan kata ada di Bukit Gantang.. Call kawan dia ni... ada stock...
Sampai sana kami pun call la brader ni.
Setelah tunggu di tempat yang dijanjikan beliau menjemput kami ke rumah nya.
Patut la tak jumpa.. rumah beliau jauh ke dalam.
Tiba nya kami, ramai yang dok membeli durian kat brader ni...
Kami apa lagi, angkut la...tengok sebakul besar dalam 20 kilo gak la
Harga durian ni RM10 sekilo, semasa pkp dulu harga baru RM5-8 sahaja...
Tapi memang puashati beli dengan brader ni
Kami terus kopek sebab dah bawa bekas siap siap.
Kalau ada yang busuk, mengkal brader tu tukar terus...
Memang puashati layan brader ni...






Jual durian dirumahnya sahaja...
Kalau sesiapa yang ingin kan durian bila tiba musim nya
boleh la contact brader ni
Nama beliau Zul 019 - 647 4140
In sha Allah tidak menghampakan...
Sebelum datang call dulu ye...nanti pulang tangan kosong pula...
Layan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...