16 July 2020

Makan Malam Di Tepi Laut Lumut


Hari khamis 09/07/20 aq mengambil cuti separuh hari kerana ingin pulang ke kampung.
Kenapa aq pulang ke kampung...nanti kan cerita ku yang seterusnya ye...
Bila dah siap membeli barang barang di pekan Ayer Tawar ku pulang ke rumah mak.
Selepas magrib kami ke Astaka Sitiawan untuk makan Steamboat dah lama tak makan semenjak pkp lagi. Tapi sayang astaka tutup maybe hari khamis malam jumaat kot. Kedai ni memang tutup.
Jadi hb tanya nak ke mana kita ni makan.
Daku beri cadangan kita makan di gerai tepi laut berhampiran dengan kuarter TLDM tu je la.
Dulu di sini tidak la semeriah sekarang ni.
Dah ada gerai satay & gerai western.
Selain gerai yang sedia ada tu menjual bihun sup, laksa, char keo teow dan lain lain lagi...

Ni gerai western & gerai satay.

Yang dihujung tu la gerai yang jual goreng goreng tu...

Ramai kan orang yang nk order makan goreng goreng tu.
Rasa makanan di sini memang sedap dan harga juga perpatutan...

Yang ni burger special (ayam + telo ) untuk Alif.

Chicken cop untuk mak,
Cheese wages
Meat ball
Bagi aq kuah sos tu tawar sikit la
Harga untuk 4 menu ni cuma RM 18.90 ...
Haaaaa murah kan...

Yang ni nasi goreng cili api telo mata untuk aq...

Yang ni pula keo teow goreng untuk my hb

Air pula
Teh ais untuk mak
Aq & HB milo kosong ais
Alif horlick ais

Di kejauh tu boleh nampak kemeriahan lampu lampu kapal.
Sungguh cantik dan mendamaikan.
Selepas je makan, kami terus pulang tak sempat nak singgah di Dataran Lumut kerana hari dah lewat malam. Esok nak bangun awal...
Nak kemana tu...nanti cerita next enty la ye....
Layan...

Happy Birthday Raisya Umairra Yang Ke 7 Tahun


Selamat hari lahir buat Raisya Umairrah yang ke 7 tahun. Semoga mejadi anak yang solehah penyejuk hati ayah dan ibu... Semoga menjadi anak yang cemerlang dan pintar ye...

Baru hari ni ku berkesempatan untuk mengupdated nya...
Majlis hari jadi Raisya diadakan pada 05/07/20 iaitu hari ahad.
Hari lahir sebenar Raisya bila ye...ku tak pasti la pula...


Ini dia birthday girl... Raisya Umairrah

Ada Nasi dagang, satay, roti jala, pulut kuning, rendang ayam, nasi impit kuah kacang,
Puding, muffin kuih muih dan banyak lagi.
Yang pasti nya diet ku ke laut hari ni ye....
Huhuhu....



Banyak sungguh menu yang kawan ku Miza ni buat.
Ada juga yang di tempah dan juga pemberian kawan kawan sempena haji lahir Raisya.
Yang pasti nya menu nasi dagang sold out.
Di sebabkan kawan ku Miza ni orang Ganu dah tentu tentu la menu Ganu pasti ada....


Bersama kawan kawan ku
Dari kiri : Kak Ecah, Kiah, Kak Sal, Me, Ina Nurin & Tuan rumah Miza




Antara tetamu dan kawan kawan yang hadir.....
Apa apa pun terima kasih diatas jemputan.
Menu tuan rumah memang banyak dan terbaik.
Semua sedap belaka.
Terima kasih diatas gift yang diberikan.
Semoga kawan ku Miza dimurahkan rezekinya kerana sudi menjamu kawan kawan di majlis sambutan hari lahir buat Raisya.....
Apa apa pun Korang
Layan Je....

Bingka Ubi Sarapan Pagi Minggu

Hari sabtu 11/07/20 aq mengajak HB mencari stok buah buahan ku dan juga Nadia.
Selain tu singgah juga di BWY di Bandar Puteri Puchong.
Tengok apa yang berkenan di hati.
Tapi banyak tray macam banana cake tu out of stock...
Aq memang dah lama idamkan tray macam tu....
Lepas tu kami meneruskan ke Jalan Kebun di Shah Alam...
Nasib kami baik kerana masa itu terdapat banyak stok buah yang baru sampai.
Aq juga terpandang kan ubi kayu. Dalam hati buat bingka ubi pun sedap ni....
Ku beli sekilo cuma RM3 je....
Jadi nya...Pagi pagi ahad lepas solat subuh, gigih weh aq memarut ubi kayu.
aq lebih suka parut dibandingkan blender ubi tu ada rasa kasar2 ubi kayu tu....

Ni bingka ubi kayu ku...
Masak dengan jaya nya...
Aq buat 2 tray jadi nipis la bingka ku.
Kalau nak buat 1 tray pun blh.
Tray yang pertama suam suam dah ku potong tak sabar nak makan....
Jadi lembik la sedikit.
Tray yang ke 2 baru la elok keras masa ku potong tu...HB & Alif suka sangat makan bingka ni....

Jom lihat resepi bingka ubi kayu ku...
RESEPI BINGKA UBI KAYU

4 cawan ubi kayu yang dah siap di parut
2 cawan santan ku kurangi sikit dalam 1 3/4 cawan
1 cawan gula ku kurangi sedikit sbb aq bukan pemanis org nya
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

CARA CARA

1. Campur ke semua bahan 
2. Kacau biar sebati
3. Oleskan tray dengan planta atau minyak pun boleh
4. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 1 jam 30 minit
5. Dalam 1 jam tu bingka dah garing ku sapu planta di atas bingka dan terus kan membakar sehingga masak.
6. Dah betul betul sejuk baru la ku potong...

Homemade Pizza Untuk Dinner

Yang ini pula dinner untuk hari jumaat malam tu.
Gigih aq menguli doh untuk dijadikan pizza.
Alhamdulillah menjadi sangat.
Walaupun begitu doh tu perlu diperbaiki lagi kata HB ku.
Yang lain lain semua ok...
Anak anak apa lagi suka la kan.....
Dah lama tak makan pizza...


Topping pizza ni aq cuma letak kan sosej, crab stick & capsium.
Untuk sos nya pula ku gunakan sos prego je...Mudah kan.
Dan yang paling penting tentu la cheese mozerella tu...
Kot takde memang tak feling feling la makan pizza...takde tarik tarik tu kan....
Erm...Layan...

Muffin Coklat & Muffin Pandan

Ni projek muffin ku yang pertama menggunakan oven baru ku itu.
Hari sabtu 04/07/20 selepas seharian mengemas bilik no 3 tu, malam nya pula ku mengeluarkan bahan bahan untuk menbaking. Kebetulan esok nya Miza nak buat sambutan hari lahir anak nya.
Jadi ku buatkan muffin ini untuk diberikan kepada beliau...



Lihat muffin coklat ku...menjadi betul. Memang ku ikut resepi ni bulat bulat.

Untuk muffin pandan dah naik & masak dengan jaya nya.
Yang ni aq tak isi penuh cuma separuh cup sahaja...

Selain muffin coklat ku juga buat muffin pandan...
Resepi nanti ku sertakan di sini....Ku ambil dari blog Buat Orang Lapo.
Halal kan resepi di kongsi ye...
Muffin ni menjadi muffin kegemaran anak anak ku.

Apa apa pun Korang
Layan Je...

RESEPI MUFFIN COKLAT

Bahan A

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang
  • 100 ml susu segar
  • 120 ml minyak jagung
  • 1/2 sk esen vanilla

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit untuk tabur)

Cara cara:

  1. Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk)
  2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
  5. Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai haisan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap dan moist.
  • Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor.

RESEPI MUFFIN PANDAN

Bahan bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder 
1/2 sk bicarbonate soda 
1/2 sk garam
120gm gula kaster
200ml santan - guna 100 ml santan kotak & 100 ml air
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 sk pandan paste 
1/2 sk pandan essence - tak letak
Sedikit pewarna hijau - tak letak
Badam hiris atau apa yg disukai - tabur 

Cara cara:
1.  Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups. 
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata. 
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati. 
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. 
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.
Resepi Muffin Pandan ku ambil dari blog Azie Kitchen.
Terima kasih ye...


03 July 2020

Portuguese Egg Tart Guna Shell Ready Made Beli Di BWY

Minggu lepas daku buat portuguese egg tart.
Jadi nya filling egg ni masih lagi berbaki..
Sayang nya. Nak buang pun bahan belian bukan la murah.
Bagi yang tahu resepi ni mungkin akan tahu kos nya kan...
Jadi semalam balik je kerja aq mengajak HB ke BWY di Taman Mulia Bandar Tun Razak.
BWY ni tutup pada jam 7.00 malam. Kalau mengoggle tutup pada jam 6.00 ptg kan....
Konon nya nak cari bahan untuk buat muffin masa cuti weekend ni.
Tapi dah terbeli banyak barang...
Hahaha...begitu la daku..... Yang hobi macam daku je yang paham bagaimana perasaan daku ni kan....
Jalan jalan didalam BWY terjumpa la shell tart yang ready made.
10 biji RM2.60. Murah kan...
Apa lagi bila teringat kan filling yang masih berbaki tu daku pun sambar la 2 bungkus.
Patutnya kena ambil 3 bungkus, baru la habis filling ku itu.
Dan filing masih lagi berbaki sikit lagi...aduh.....
Pagi ni ku ambil shell tart ni letak kan filling dan bakar 
Dalam masa 15 minit suhu 180 darjah.
Ku tinggal kan... banyak benda lagi nak buat kan pagi pagi.
Bila dengar bunyi ting....ok siap...
Hehehe....
Ni la dia 
Kalau portuguese egg tart ni mmg filling tu ada burn sikit baru best.....
Jom makan....
Layan....

KFC Special Deal Sehingga 31/07/2020

Hari rabu ku dapat mesej dari group whatsapp mengenai KFC Special Deal ni.
Voucher ni tamat pada 31/07/20 jadi ada masa lagi kalau nak makan yang ni kan....
Apa lagi ku mesej la my hb.. kot tak apa apa jom kita makan kfc tenghari ni.
Hb kata ok....
Kami pergi di KFC Kuchai Lama


Masih ada lagi offer ni.
Caranya mudah printer je imej ni dan tunjuk je kt kaunter tu.
Tak kisah la nak print hitam putih berwarna pun....
1 voucher ni untuk 1 set.
Boleh je kalau nak dine in atau pun take away..

Masa aq sampai tu tak la berapa sibuk lagi sebabnya sebelum pukul 12 lagi.
Lepas tu berderet orang datang...

Aq beli 2 set
1 dine in makan ber3 dengan HB & Alif
1 lagi take away untuk Nadia & Fatahul.

Masih mengikuti prosedur SOP yang ditetapkan....

Masih tak berapa ramai lagi. 
Tapi bila jam 12.30 tengahari je...Meja yang kosong sudah mulai diisi oleh pengunjung yang ingin menikmati makanan di sini....
Erm....
Layan...

30 June 2020

JJCM @ JS Muara Terapung Kuala Gula Perak

Dah dapat balik ke kampung...
Selepas PKP ni, ni dah kali ke 2 aq balik ke kampung.
27/06/20 aq dan juga abg sama sama balik kampung.
Cadangan nak bawa mak makan di JS Muara Terapung kt Kuala Gula.
Mungkin ada yang dah tahu pasal restoran ni.
Menu yang terkenal di sini adalah gulai sembilang dan juga ketam kulit lembut nya...
Sampai ke kampung dalam jam 11 pagi.
Terus ke Kuala Gula. Jarak Kuala Gula ni dengan rumah mak aq ada la dalam 1 jam 30 minit.
Jauh kan...macam dari KL nak ke Melaka.
Tapi disebabkan keinginan nak makan ketam kulit lembut, HB ku turunkan jua.
Restoran ni beroperasi dari jam 12.00 tenghari ke 12.00 malam.
Kalau nak ke sini ku cadangan korang membuat tempahan dulu.
Boleh lihat di FB mereka setiap set menu mereka.
Nak order single pun ada juga.
Nak ikut kan menu yang menjadi pilihan atau pun menu popular di sini adalah gulai ikan sembilang dengan ketam kulit lembut goreng tepung. Tapi hari yang kami datang tu ikan sembilang takde stok la pulak.....nasi ketam kulit lembut ada...nampak gaya nya kena datang lagi la ye...

Yang ni set A iaitu RM120.00
Dalam ni takde ketam kulit lembut. Ada la 3 ekor.
Hari ni ketam kulit lembut berharga Rm8 seekor saiz tak la besar dalam tapak tangan budak kecik je.
Jadi ku tambah lagi 2 ekor menjadi 5 ekor kesemuanya.
Set ni ada air sunquik 1 jug tapi ku tolak kerana kami nak order air masing masing.
Set ni untuk 5-6 orang makan...
Cukup la untuk kami ber 6
Untuk pakej A ni :
Nasi putih 1 mangkuk (5-6 org)
Tomyam 1 
Udang goreng tepung 1
Ketam kulit lembut 3 ekor
Ikan siakap 1 ekor
Sayur campur 1
Telur dadar (aq rasa 3 biji kot)
Buah sepiring
Air sunquik 1 jug


Banyak ni je anak anak yang lain tak dapat ikut kerana ada urusan masing masing....
Muka tengah tunggu makanan....





Sambil tunggu makanan kita berselfie dulu la ye..

Ikan siakap 3 rasa...
Rasa memang sedap...dan ikan takde pun bau....

Ni ketam kulit lembut goreng tepung
Rekemon sesangat....

Udang goreng tepung..

Ku add mee udang... Rasa ok juga....
RM20.00
Harga untuk ke semua makanan ni RM153.30 tetapi di kurangkan jadi RM150.00 je.
Disebabkan aq tak ambil air pakej tu, owner ni tolak RM10.00
Dan makan untuk hari ni di taja oleh my HB....
TQ Abang...


Habis je makan, kebetulan masa kami nak balik, ada nelayan balik ke jeti.
Masa ni peraih tak ada lagi.
Jadi nelayan ni menjual ikan merah RM20 sekilo kepada kami.
Aq dan SIL apa lagi borong la 2 kilo, untuk mak sekilo.
Nak beli lebih peti ais tak muat pula nanti kat umh mak kan...
Lepas kami membeli berduyun duyun orang lain datang nak beli ikan merah tu juga.
Rezeki kami la kan....Dapat ikan segar baru naik dari jeti.
Dah siap makan dah siap beli ikan...apa lagi jom kita balik....
Malam ni kita nak melepak lagi kan....
Jom Layan...

Oven Baru @ Resepi Portuguese Egg Tart

Disebabkan semangat nak membaking membara bara sehangat api....
Hehehehe...
Disebabkan oven lama ku tu dah meragam, ku pun melihat ke laman Lazada.
Meninjau oven yang berkenan di hati.
Bila dah sampai oven apa lagi terus la aq mencuba Portuguese Egg Tart...


Ni oven baru ku.
Jenama Morgan 45L berharga RM288.00 + RM22.00 pos
Ku order 25/06/20 dan sampai 26/06/20.
Cepat sungguh. Oven pun dapat dalam keadaan baik.
Sangat berpuashati.

Ni contoh oven lama dan baru.
Berbeza kan....


Ni tart dalam proses masak....

Try & Error...
Walaupun filling tak garing dan burn....
tapi rasa sedap sangat....
Untuk pastri aq guna pastri kawan tu je...
Mudah kan....
Resepi filling ni ku dapat dari suami kawan ku.
Beliau ni pernah bekerja di kedai bakeri.....
Ku halalkan resepi ni ye...
Ku kongsi kan juga untuk semua.....


RESEPI PORTUGUESE EGG TART WATER

Bahan A

190 gm whipping cream
60 gm susu full cream
60 gm air
60 gm gula

Masak sehingga panas dan gula cair jangan sampai mendidih.

Bahan B

150 gm kuning telur
1 biji telur

Pukul sebentar

Selepas itu campurkan bahan A & B sekali
Kemudian tapis sebanyak 3 kali
Ini untuk mendapatkan aduan yang begitu halus.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...