27 June 2022

Beli Durian Di Kampung Gajah

 Habis je meeting di sekolah, tunggu hb balik kerja. Aku cakap dengan hb nanti masa balik singgah di Kampung Gajah nak tengok durian kot ada yang murah..Kesian Alif teringin nak makan durian...
Bila sampai di Kampung Gajah ada la 2 orang menjual buah durian..
Alhamdulillah rezeki Alif kan...

Yang ni RM4 sekilo isi tak berapa elok tp kot nak buat tempoyak ok la


Yang ni RM7 dan yang hujung RM8...
Aku tanya boleh ke kopek...Orang tu kata ok boleh tapi lepas tu orang dah ramai.. masa pekerja nya buka durian ada yang busuk berulat mengkal...jadi nya tokey tu malu la bila yang lain tengok terus cakap maaf ye tak boleh kopek... dalam hati aku dasar peniaga nak untung tak nak rugi sanggup nak menipu...ingat kan yang busuk dan mengkal tu dia nak ganti rupa nya tidak...erm takpe la...agak nya meniaga cara macam tu selamat ke...terang terang depan mata kalau dah di bawa balik rumah lagi la...
takpe la...sampai bila kan nak menipu dengan cara macam tu...

Makan Malam Hari Jumaat @ 24/06/2022

Hehehe...cerita aku berbalik balik... Maklum la sekali updated terus aku pun jadi lupa...
Takpe la ini cerita makan malam untuk Alif dan Nadia... Hb tak mo sebab dah makan lauk siang tadi iaitu lala sambal, peria tumis telur dan juga telur dadar... Bila balik rumah ku dapati Alif tak sihat..badan panas dan batuk...kesian nya Alif..Alif jarang sakit.... 
Mama : Alif nak makan tak
Alif : Tak mo la mama
Mama : Nak tak mama masakan sup telur dan ayam goreng KFC
Alif : Nak la 


Aku pun buat kan lauk ni untuk Alif..kelangkabut juga la sebabnya kul 8.00 aku dah nak keluar pergi zumba...akhirnya siap juga

Sup telur simple je

Ayam goreng untuk Alif dan Nadia...nanti bermula bulan Julai..ayam dah jadi lauk kayangan....Agak nya macam mana la rakyat nak meneruskan kelangsungan hidup...
Erm.....

Perjumpaan Mesyuarat Agong PIBG Tahun 2022 @ SMK Seri Tasik

 Lepas je buat sarapan dan hantar Nadia ke Stesen Komuter Salak Selatan, aku terus balik ke rumah...Lepas tu Emma mesej tanya kat mana dah...Aku cakap baru je sampai rumah...Emma kata jam 8.20 pagi kita gerak la ye...Aku tunggu ko kat pentas...erm ye la...Aku pun cepat cepat la sarapan Essenso Coffee kot tak minum kang mengantuk la pula...Habis je sarapan aku terus pergi..Emma dan Liza sedia menunggu aku...
Sampai di sekolah kami buat pendaftaran dan juga mengambil no lucky draw serta diberi makan kuih 3 ketul dan juga teh o... ooo ada makan ye ingat takde...kelangkabut aku sarapan...lepas tu cikgu bertugas pun kata...nanti waktu tengahari pun ada nasi juga... ooo ye ke....



apa apa kami selfie dulu sementara tunggu kehadiran ibu bapa yang lain nya....

Ucapan dari Bonda Pengetua SMKST



Bila tiba masa lucky draw...aku tak terkecuali dapat..memang bertuah aku pagi ni...

Antara yang aku dapat..siyes mangkuk tu memang comei..
Sesuai untuk pergi berkelah...

Bila kami balik...cikgu beri kan setiap yang hadir nasi sorang sebungkus...bila orang tak ramai dapat la aku 2 bungkus.. boleh la bagi Alif dan hb 1 untuk makan tengahari...
Aku tak perlu kerana kami nak singgah makan roti canai kat blok A...
Erm...macam macam la korang....

Pokok Rambutan Budak Sekolah

Pokok rambutan depan rumah mak aku...kali ni balik buah dah mula menguning...Hari tu buah ni banyak sekarang tinggal sikit kerana monyet datang petik masa buah rambutan ni berputik lagi.... Mak sampai rasa putus asa dah bila la nak merasa buah rambutan kot macam ni...bila berbuah tak sempat nak masak monyet dah datang petik... Lepas tu ada yang kata cuba cakap.... kalau kau nak makan pun tinggal la kat aku sikit...kesian tuan rambutan pun tak merasa lagi....tuan rambutan tu dah tentu la Alif...sebab rambutan ni tanaman Alif... kira nya dah 3 tahun la rambutan ni...Ni kali ke 2 belajar nak berbuah.....
Dah mula nampak kuning kuning...kami pilih mana yang dah kuning / merah kami petik makan...




Ni la pokok rambutan nya...kecik je tak tinggi mana pun rambutan kawin...Nama rambutan budak sekolah...isi manis dan lekang....sedap...harap raya haji ni balik ada lagi la rambutan ni jangan la dihabiskan dek monyet...

 

Burger Wrap Sarapan Pagi Sabtu 25/06/2022

Sabtu pagi, bangun pagi selepas solat subuh kononnya nak masak nasi lemak untuk bekalan Nadia ke tempat kerja...tapi Nadia kata hari ni ada potluck di pejabat jadi tak mo la bawa bekal....Aku pun terpikir nanti aku nak ke SMKST ada mesyuarat PIBG tahun 2022.. kesian pula Alif nanti nak makan apa.. Alif dah la tak berapa sihat dari semalam balik sek demam batuk selsema...dah berapa hari pergi dan balik sekolah kena hujan....Bila terpikir ada ada beli wrap tapi tak buat lagi sebelum expired baik aku lakukan sesuatu...Malas nya nak buat chicken wrap jadi jalan mudah aku wrap dengan daging burger...sedap Alif kata...Alif makan sampai 3 biji....Bila Nadia tengok...Orang pun nak bawa bekal wrap 1 nak makan waktu sarapan nanti...Erm... ok la...Ada baki lagi 1 biji ni untuk hb la.... 


Wrap ni aku buh sayur salad, timun, tomato, sos cili dan juga mayo..
Untuk Alif kosong je buh sos dan moya...Bagi aku kalau makan wrap ni sebiji pun dah kenyang..

Ini la wrap yang aku beli...roti roll up dari gardenia..
Kami suka yang jenis gandum harga dalam RM5.90 cuma ada 5 keping je...
Anak anak lebih suka gardenia punya kerana wrap ni lembut berbanding jenama yang lain....



Zumba Bersama Zin Eniey Susni Hari Jumaat 24/06/2022

Hari Jumaat malam...macam biasa semestinya aku dan Emma akan ke IYC untuk bersenam sihat bersama kawan kawan yang lain..Hari ni bersama Zin Eniey Susni... Tema hitam putih kehidupan...
Hehehe....
Sebelum mula zumba kita selfie dulu.... 




Bersama Zin Eniey Susni...
Semua tenaga pengajar di IYC sporting amat....

24 June 2022

Menu Hari Jumaat @ 24/06/2022

 Salam jumaat, penghulu segala hari. Lagi seminggu nak penghujung bulan 6 cepatnya masa berlalu...
Seawal jam 4 pagi, Kuala Lumpur hujan turun dengan lebatnya...sejuknya tidur nak tarik selimut lagi tapi apa kan daya kerana tuntutan tanggungjawap keatas keluarga ku harus ku lakukan jua...Lek pok lek pok mata...takpe la kul 5.00 pagi aku pun bangun... Segala bahan telah ku siap kan malam semalam...
Potong peria, blander bawang, cili, serta ku buat juga sosej roll esok pagi baru la ku salutkan dengan serbuk roti.... Bangun je pagi Alif tanya..

Alif : Hari ni bekal Alif sosej roll ke mama..
Mama :Ye Alif.. jawap ku...
Alif : Yeah...Alif suka...

Alahai jemu la dah tu roti telur...Bangun pula Nadia

Nadia : Mama ada lebih tak sosej ni...
Mama :Ada je kalau kakak nak...
Nadia : Erm... boleh la....


Menu kami anak beranak seadanya...
Sambal lala
Peria tumis telur
Telur dadar
Sosej roll

Yang ini bekal aku

Yang ini bekal Nadia

Yang ini untuk aku bekas kecil,
Lagi 1 tu Nadia punya.. Yang Alif punya dah pun di pack nak bawa ke sekolah...dah lambat sebab hujan kan... 

Yang ni makanan untuk Alif dan hb bila petang nanti...
Alhamdulillah ku bersyukur pada Mu dengan kurnian rezeki dari Mu Ya Allah...
Amiin....

23 June 2022

Menu Hari Khamis @ 23/06/2022

 Menu hari Khamis...Esok dah hari terakhir bekerja bagi aku untuk minggu ini. Nadia pulak sabtu ni kena kerja lagi..fullday sampai jam 6.30 petang.. Kesian takpe la cari pengalaman kan..
Menu hari ni menu biasa juga takde pun menu yang special untuk kami...Masak makan seadanya...


Yang ni menu bekalan kami

Roti telur susu untuk Alif..
Alif tak jemu lagi nanti dah jemu baru la dia bersuara kang...
Hehehe....

Yang ni bekalan Nadia

Yang ni untuk aku...

Menu hari ni
Tempe, kentang & ikan bilis sambal kering
Bayam bening fishball
Telur dadar
Roti telur susu 
Yang dalam bekas tu untuk Alif & hb bila petang nanti....

RESEPI TELUR SUSU

- 5 Keping roti
- 2 biji telur
- 1 sudu susu pekat manis
- 1/2 cawan susu fullcream (dah gantikan dengan susu cair pun blh)
- sedikit garam
- sedikit marjerin

~~ pukul semua bahan kecuali marjerin dan roti
~~ bila dah sebati panas kan kuali non stick dan letak sedikit majerin
~~ celup telur biar semua serata
~~ mula mengoreng...

RESEPI BAYAM MASAK BENING

- Seikat bayam
- 1/2 biji bawang merah
- 6 biji fish ball (belah 2)
- 1 batang fish cake
- 1 biji cili merah
- secukup rasa
- garam

~~ campur kan semua sekali
~~ tutup kan supaya sayur masak sekata
~~ siap..




22 June 2022

Menu Hari Rabu @ 22/06/2022

 Menu untuk hari Rabu.... Masak simple simple makan seadanya....Konon semalam nak ke Hero topup lauk tapi aku nak ke rumah Damansara jadi tak sempat la nak beli barang dapur..Jadi ku masak la seadanya untuk hari ni...

Roti Lemak Manis Untuk Alif.
Aku buat kan 3 keping dan ku potong 4 bahagian setiap 1.
Senang Alif nak ngap nanti...

Ni bekal untuk Nadia

Yang ni untuk aku...
Aku masak telur sambal campur terung, sayur taugeh campur kucai...
Ikan sambal tu ikan semalam sebab takde orang nak makan...Jadi kupanaskan balik bawa la bekal makan hari ni...Haippppp jangan membazir...makan seadanya...

Yang ni lauk untuk Alif dan Hb balik petang nanti.....
Malam ni nak buat nasi goreng kot sebab nasi semalam banyak takde orang makan.
Aku masuk dalam peti sejuk...Nanti petang aku goreng....

Sticker Dapur Yang Comel

Yeah....Semalam balik je kerja dapat mesej dari J&T.. kata nya barang dah masuk dalam grill pintu...
Bermakna sticker dapur ku sudah pun sampai...Aku beli di Lazada... Kalau nak beli yang ready made pun boleh nak buat custom made pun boleh, tapi aku memilih custom made.. memang mahal sikit la dari yang ready made ni tapi ok la kan apa yang aku nak semua cukup.... 

Aku suka design ni cantik nanti weekend nak p Rakan atau Bake With Yen nak cari botol botol transparent nak tampal kat situ..... 

Dapat juga free sticker lampu dan kipas...nanti boleh la tampal kat suis rumah tak la confius tiap kali nak on lampu atau pun kipas....

Yang ni aku tulis Gula Ising tapi dia print Garam Ising....
Ada ke Garam Ising dik oooiiiii kot ko buat garam halus ke atau kasar ke ok la juga
Ni kena betul kan balik kot tak naya je ingat garam padahal gula...


Dapat la 4 keping macam ni ada 72 label makanan....
Banyak tu nak ditampal... Nanti kalau dah siap projek tampalan ni aku updated ye....

21 June 2022

Menu Berbuka Puasa Sunat @ 20/06/2022

 Semalam hari isnin aku dan Nadia puasa sunat dan juga puasa ganti..
Balik kerja ingatkan nak masak yang simple saja macam wanpaku ke atau vietnam roll tapi bila dipikirkan yang aku langsung tak masak semalam...mungkin hb dan Alif kelaparan nak makan nasi kan...
Dah alang alang tu buat je la sekali nasi berlauk....


Menu simple je malam ini..
Ikan pelaling goreng
Ikan masin gelama
Telur Dadar
Bayam masak bening
Sambal belacan
Teh tarik kurang manis

Pekena dengan nasi panas panas...Laju kami 4 beranak makan...
Walaupun lauk yang sederhana ni cukup membuatkan kami kekenyangan...
Alhamdulillah....

20 June 2022

Sedapnya Air TeaLive

Aku semenjak mencuba pertama kali nya air tealive ni Strawberry Pudding Smoothies terus jatuh chenta.. Selalu diorang ni beli yang boba tea tu...aku tak suka macam manis macam tu. Lepas tu Nadia beli yang jenis campur cincau ni, aku macam dah suka sebab kurang manis... tapi semenjak Fatahul beli yang macam ni aku rasa Fatahul punya terus jadi suka...ni la air aku kalau ke Tealive. Bukan aku saja hb & Alif pun suka air ni. Sekarang ni harga dah RM9.80 secawan ni...

Masa otw balik tu aku cakap ngan Hb kalau la ada nampak Tealive nak beli la.. Jadi nya lepas je Tol Jalan Duta ku tengok la di sebelah kira Shell tu kot ada...takde juga.
Sampai je di RnR Rawang masih takde juga...sehingga la kami keluar susur Tol Sungkai... Baru la jumpa di Petronas Sungkai tu nasib la orang tak ramai...
Dapat je minum air ni...nikmat oooo terasa jelly tu ngan air strawberry tu....
Kenyang perut jadi nya...

Bekalan Hari Sabtu 18/06/2022

 Hari sabtu, aku plan nak balik kampung, lagi pun semenjak kenduri tu baru hari ni nak balik kampung. Lagi pun aku nak hantar pinggan mangkuk, tong gas serta barang barang yang lain kat rumah ku di Tronoh.. Lepas je hb balik kerja dalam jam 2.00 petang baru la kami bertolak balik.
Jadi seawal pagi lepas je solat subuh aku terus berperang di dapur... Nak bawa bekal la malas pulak aku nak berhenti nanti makan...senang makan je dalam kereta lagi pun boleh la bawa untuk mereka di kampung...


Sosej Roll.
Yang ni memang kesukaan anak anak...
Aku buat sendiri lagi jimat boleh makan banyak sikit..Bila ku pack dalam bekas macam ni.. hb & mak aku ingatkan aku beli di kedai...eh tak la buat sendiri ni....


Mi goreng pipih..
Mi ni ada berbaki lagi 4 keping..aku masak kesemua nya..Bila ku pack dapat la dalam 5 pack..Cukup la makan sorang 1 nanti....


Sotong kembang masak sambal.
Sotong ni aku beli 2 minggu lepas kat Pasar Segar Din masa tu sotong biasa takde jadi aku beli je la sotong kembang ni...Buat masak sambal sebab aku teringatkan Fatahul yang memang suka makan sotong tak kira la sotong apa pun... Jadi sampai je kampung dah pun malam rasa malas nak keluar pula jadi mak masak nasi aku gorengkan telur dadar buat kan teh o sejug... Laju masing masing makan lepas makan kekenyangan...kita pun tidur je la....

Ni la antara menu aku tu.... sementara dah siap masak...tunggu hb balik kerja sempat la aku melelapkan mata.... ngantuk weh pagi tadi bangun awal kan....Masa dalam perjalanan balik ke kampung kami singgah juga di Nasi Ayam Penyet Nora MJ di Langkap...Pekenan nasi ayam penyet dulu... baru la balik kampung kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...