22 July 2022

Menu Hari Jumaat @ 22/07/2022

 Salam jumaat.....
Sekejap saja lagi seminggu sudah sampai ke penghujung bulan Julai 2022. 
Hari ni ku memikirkan apakah menu yang ingin aku masak sedari semalam lagi...
Badan sakit sakit selepas balik dari gym... kemain oooo aku ni...tak ke zumba ke gym... badan gitu je naik naik naik...turun sekali ...... haish....
Menu hari ni hajat dihati nak masak kari pakistan. tapi malas nya aku nak blander blander pagi pagi... aku buat kari stail aku je la... bwg semua aku hiris je la...lepas tumis ku campurkan dengan sesudu minyak sapi dalam tumisan...harum jadinya... sambil sambil tu aku keluarkan ikan kerisi..ikan ni asyik keluar masuk je dari frezer ke chiller...nanti bila tak masak dari chiller naik ke frezer.... kang dan atas bawah je silap silap ke busuk macam tu je...baik aku goreng je la.... untuk sayur ingat nak tumis kobis je malas la aku nak menumis dah la kari berminyak, ikan bergoreng... jadi ku jadikan la jelatah timun tapi lupa nak simpan nenas sikit...semalam ada je beli baby nenas tu... apa yang ada je lah....

Kari Ayam, Ikan kerisi goreng, Jelatah timun...
Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ni...
Pagi ni aku cuma bersarapan dengan semug essenso coffee dan sebiji buah lai...Alif pun sama cuma bawa bekal buah lai...jom kita diet sama sama nak tak Alif...Alif jawap ok...
Kih..kih...kih... boleh ke tu...jangan balik sekolah nanti terlongkop periuk nasi kat tepi sinki dah la ye....
Lagi lagi stok sambal belacan memang sentiasa ada dalam peti ais tu...
Ko rasa........

21 July 2022

Roti Jala Kari Daging Menu Hari Khamis @ 21/07/2022

 Roti jala kari daging menu bekalan Alif hari ini. Bila aku buat roti jala ni aku bertanyakan kepada Nur kot kot beliau berminat nak selit order juga... boleh la aku dapat duit sampingan..orang kata lepas la jajan Alif... hehehe.... aku buat tak banyak pun dalam 1/2 kilo tepung je...lepas siap kan tempahan Nur sebanyak 6 pack dan juga bekal untuk Alif ada la berbaki 5 keping untuk aku jadi kan sarapan pagi ni.. sesekali sarapan dengan roti jala memang sedapkan...

Sarapan aku
Roti jala kari daging dengan semug essenso coffee

Roti jala kari daging 
5 keping RM4.00

Tempahan dari Nur, walaupun tak banyak tapi ok la boleh tampung duit jajan Alif...
Sambil masak untuk keluarga sambil dapat duit sampingan...
Untuk makan tengahari aku masakan nasi untuk mereka.
Nanti boleh la jadikan kari daging sebagai menu mereka...
2 dalam 1 orang kata...mudah kan kerja mama.....

Pertama Kali Ke GYM Selepas PKP

 Pertama kali ke gym selepas pkp, selalu nya sebelum pkp rajin juga la aku ke gym ni... tapi bila takde geng malas la pulak.... aku cuma aktif berzumba je la.. Disebabkan zumba fitness di IYC tutup sehingga hujung bulan ni kerana Kak Herni outstation... jadi nya aku tak la pergi zumba... bila tak melakukan senaman terasa badan tak selesa... Bila si Nana ajak pergi ke gym ok la aku on je la... GYM ni atas Kayu Nasi Kandar je tingkat 3 di Bandar Sri Permaisuri dengan bayaran walk in RM5 sahaja.. Rasanya kalau pendaftaran RM50.00 bulanan RM80.00 saja. takpe la aku walk in pun cukup bukan selalu pun aku nk ke gym ni ikut mood aku la.... hahaha...


Selalu kalau ke gym aku akan guna treadmill ni je dapat jalan 3km ke kalori burn 100 ke baru la aku berhenti... 


Yang ni untuk excersice lenggan aku yang sado dek lemak ni... senggal juga la lenggan aku bila aku bangun pagi ni...Kata Nana jangan buat banyak kak nanti esok tangan tak boleh angkat...
Ha kau...dah la esok aku nak siap order kecil kecilan..kang tak daya aku nak buat........
Dapat buat dalam 1 jam setengah pun jadi la..kayuh basikal kejap...
Dah berpeluh peluh ok la...balik la ye......

19 July 2022

Menu Hari Selasa @ 19/07/2022

 Bangun pagi terus teringat nak buat pisang goreng. Pisang ni pemberian Nadia. dah siap kopek kulitnya. Aku potong 2 dan belah 3 bahagian dapat la banyak... Ni pisang berangan kata Nadia. Bila goreng dapat la aku buatkan bekalan untuk Alif, sarapan pagi aku dan bagi kat Nadia sikit. Merasa sorang sikit orang kata kan....

Pisang goreng berangan & semug essenso coffee

Pagi ni aku buat juga kari ayam...
Campur kentang dan juga kaki ayam. Kaki ayam ni kena la renih lama baru la lembut dan sedap dimakan... Aku beri seketul ayam dan juga 2 ketul kaki ayang berserta kentang untuk Penny. Penny ni pun rajin memberi aku roti.... ada baki sambal sardin semalam aku panas buat lauk hari ni...
Alhamdulillah.... Syukur....

Takoyaki Order Malam Selasa

 Liza : Kak, nak order tako
Me : Bila ko nak
Liza : Nak malam ni, hantar kat rumah je|
Me : Berapa pack ko nak
Liza : 1 je kak
Me : Ok.

Liza ni kerja di HUKM, kadang kadang kawan kawan sekerja beliau banyak yang order. 
Orang Perak kata...sekali deme order tumpor.....
Hehehehe.....


Lepas je makan malam aku siap kan bahan bahan tako...dalam masa 1/2 jam siap la 1 pack tako order dari Liza. Walaupun bisness kecil kecilan tapi aku gembira dan puas sangat bila dapat feedback yang positif dari pelanggan aku yang suka kan tako buatan aku...
Alhamdulillah...rezeki datang nya dari ALLAH....


Sambal Sardin, Telur Dadar Menu Dinner Kami

 Balik je kerja petang semalam cuaca mendung jek. Aku apa lagi terus la merempit bila sampai je kawasan rumah tengok cuaca ok lagi terus la singgah di Pasaraya Hero. Nak beli ayam dan lauk yang lain. Peti ais dah mulai susut dengan bahan mentah. Semalam pun aku cuma buat sup telur je untuk anak anak di rumah. Sampai Hero tengok harga ayam RM8.69 sekilo....wow... ni dah murah ni aku apa lagi... cekau la 3 pack...aku suka beli kat hero ni bukan nya apa..ayam ayam nya dah siap potong. Korang pilih je harga macam mana yang korang nak... aku ambil dalam lingkungan RM12+ - 14.00+... Tak la sampai RM15 untuk setiap pack tu... Ku lihat daging frozen dalam RM20.80 sekilo ku pilih dalam 3 ketul bila timbang dapat la dalam RM14+ ok la tu tak la sampai sekilo lagi. Nanti boleh la buat daging masak kicap ke rendang atau pun kari.... Bila dah siap memcuci apa yang patut perut pun lapar... aku pun makan la nasi bersama sup telur pagi tadi tapi aku dan siap panas kan la..... bila makan rasa tak puas pula....erm.... aku pun terpikir lama tak makan sambal sardin nak blander cili api malas rasa nya...takpe la guna cili kering je la.....aku pun gorengkan telur dadar dan masak sambal sardin campur kentang. Bila mereka lihat wow nak makan la mama....erm... makan la.....

Sambal sardin campur kentang dan juga telur dadar.
Walaupun lauk ni biasa je tapi sesekali makan sedap ooooooooo
Dalam masa aku makan tu...sambil layan hp tengok ada wasap masuk...mesej dari Liza....
Liza ni nak apa ye mesej aku.....Ok next aku cerita....

18 July 2022

Day Trip Ke Melaka @ 17/07/2022

 Masa dalam kereta hb tanya nak ke mana kita ni...aku kata kita ke Melaka nak tak...lama dah tak pergi last pergi pun tahun lepas....Lama betul aku tak pergi berjalan jalan...selalu nya setiap weekend aku balik kampung atau ke Damansara Damai settle kan rumah tu je la....
Macam biasa HB akan mengunakan lebuhraya PLUS exit Tol Ayer Keroh, kemudian lepas je bayar tol, masuk kiri iaitu simpang ke 2 selepas tol. Sigboard nya ikut Batu Berendam.
Dari situ terus je jalan sehingga jumpa simpang 4 belok kiri ikut Batu Berendam... Jalan terus sehingga jumpa lapangan terbang Batu Berendam dan melalui 2 buah roundoubt jalan terus sehingga jumpa Petronas di sebelah kiri, Belok kiri jalan terus sehingga jumpa kubur cina di sebelah kiri, Kampung Putat di sebelah kanan. Boleh nampak dah MFR (Manggo Float Royal)
Tapi bagi aku MFR ni tak la sesedap dulu dulu.... Kalau dulu aku minum mesti terbayangkan manggo blander nya ditaburi dengan mangga potong dadu...kali ni aku rasa cair je... ni bagi pendapat aku la...sebab nya ini bukan la kali pertama aku mencuba nya....

Kami makan ni saja... ada juga order roti goyang tapi lupa nak ambil gambar

Laksa biasa RM6.00
Siyes laksa ni sedap sangat

Kuih keria 
Memang wajib beli kalau datang ke sini

MFR RM5.00 tanpa aiskrim
Aku suka macam ni tapi bila aku minum tak terasa sangat manggo yang di blander...
Erm.....

Meatball RM6.90
Yang ni pun siyes sedap
Rasa masih sama macam yang dulu dulu aku cuba


Di sini la kalau nak beli MFR, corndog, meatball, mee kari

Selalunya kalau beli beli makan aku akan lepak kat warung ni...
Kat sini la aku makan roti goyang & laksa

Di sini aku beli kuih keria gula melaka....

Habis je makan kami terus ke Bandar Hilir, singgah di Medan depan dengan Stadium Samudera. Jalan jalan tanpa beli apa apa pun... malas aku nak beli beli...sebab dah selalu sangat aku pergi...Kami meneruskan ke Dataran 1 Malaysia di Pantai Klebang...

Jalan jem sebab ramai yang tertumpa di situ...Panas lit lit tak yah cite la....
Banyak foodtruck dan jualan sepanjang Pantai Klebang...


Ada fun fair juga...siang tutup...malam buka la kan...



Antara jualan di situ.
Aku membeli 1 set churos sos coklat RM5 sedap weh....
Popia dan juga keropok lekor.
Cukup la tu...perut pun masih kenyang lagi masa makan di Kampung Putat...

Ramai orang lepak bersama keluarga di sepanjang Pantai Klebang...
Angin bertiup segar...memang boleh lelap la kejap... 
Aku lupa nak bawa tikar dan juga kerusi lipat...
Bila berdiri sementara membeli makanan terasa bahang panas mentari.
Aku mengajak hb pulang melalui jalan Masjid Tanah dan terus ke Port Dickson.
Kami tak singgah pun di PD. Perjalanan diteruskan sehingga ke KL.
Sampai je rumah dah pun pukul 7 malam...
Walaupun cuma day trip saja tapi aku puas sangat.
TQ hb bawa aku jalan jalan...




Takoyaki Sarapan Pagi Ahad @ 17/07/2022

Bangun je pagi ahad masa nak solat subuh teringatkan Nozi yang nak kan tako...
Alamak lupa lak nk bagitau Nozi yang aku tak kemana mana hari ahad tu... terus ku call Nozi...
Nozi order 3 pack tako, 2 campur 1 crabstick...
Bila siap ku hantar kepada nya.... dan ku muat turun juga di status wasap, terus Siti mesej...la kita tau kita nak order juga.... ok la mu nak berapa tu...1 pack je kak... ambil kul 12 nanti....
Boleh la kebetulan ada berbaki lagi 1 pack...jam 11.00 pagi aku buatkan untuk Siti pula...
Mereka ni diantara pelanggan tetap yang selalu membeli tako dari aku....


Yang ni ada baki dari jualan tadi
Tako untuk tuan tanah...ku taburkan serbuk paprika biar ada rasa pedas pedas sikit
Baru la umph...... Aku nak pelbagaikan lagi nak tabur cheese juga...harga kena la up RM1
Bila lama tak makan tako...sekejap je aku dah habiskan 5 biji tako...


Lepas je masak tako, aku buat nasi goreng untuk sarapan pagi kami...
Bihun tu aku panaskan yang semalam punya...
Bersama sama dengan secawan kopi o...sedap nya...
Siap makan siap buat tako untuk Siti kami pun keluar la...
Hajat di hati nak kemana tu...tanpa ada tujuan....

 

Bihun Goreng & Sosej Roll Sambal Sardin Makan Malam Kami

Balik dari zumba mandi solat aku terus lena... sedap betul tidur dengan kaki badan sakit sakit dek penangan zumba pagi tadi... Bangun dari tidur ku tanya hb hari ni ada nak kemana kemana ke... hb kata tak kot sebabnya sampai sekarang pun tak balik lagi... hb balik kerja jam 5.00 petang tak kan la nak keluar lagi kan kesian pulak...takpe la kita dok rumah je la... lepas tu call along kalau nak datang rumah boleh la mama tak ke mana mana hari ni... sebelum tu Nozi mesej kata nya nak order tako untuk pagi ahad... erm entah la tak leh janji lagi kan....
Jadi aku bangun je tidur menuju ke peti sejuk, keluarkan sosej dan juga udang serta bahan bahan yang lain...nak memulakan operasi memasak la ye....


Aku buat sosej roll ku cmapurkan juga dengan sambal sardin
Jadi bila makan tu terasa la pedas tak perlu la cicah dengan sos lagi....

Ku buat kn juga bihun goreng...

Ni la makan petang memerangkap makan malam kami...
Along datang mereka cuma makan sosej roll je, bihun tak makan..kenyang kata nya....


 

Latihan Zafina Di Stadium Cheras

 Hari sabtu yang lepas @ 16/07/2022 aku ada latihan zafina bersama Coach Yusman pada jam 9.00 pagi bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras. Ini adalah latihan buat pertama kali nya kerana pada 30/07/22 aku ada event di LRT Putra Height. Kena la adakan sesi latihan kan kalau tak nanti step bersepah sumbang semua nya... Kali ni kena betul betul hafal step jangan kelaut... Penat juga dekat 2 jam juga la latihan tu... Kami cuma ada 6 lagu.... Setiap 2 sesi ada 3 lagu.... kena hafal step tu...


Setelah habis praktis kami berselfie dulu... ini di antara yang hadir....


Sebelum latihan kita selfie dulu ye....
Balik je latihan terus ke kedai kuning beli lauk dan juga makan di situ... Nak balik masak memang tak berdaya dah... habis semua sakit....

15 July 2022

Nasi Goreng Kampung Menu Hari Jumaat

 Menu hari ini cuma nasi goreng kampung je... Malas dah aku nak masak hari ni dah last day kerja esok kan cuti. Jadi masak seadanya.... pagi pagi pukul 5.00 baru aku masak nasi. Jadinya kalau nak makan hingga ke petang tak la basi nasi goreng ni....

Untuk Nadia dan Alif 

Yang ni aku bawa bekal..
1 untuk Alif bawa bekal
Lagi 2 aku nak bagi kat kawan sepejabat....

JJCM Di Johan Setia

 Semalam lepas je balik kerja aku terus naik komuter menuju ke Shah Alam. Tumpang Nadia, hantar aku ke Stesen KTM Setia Jaya. Mudah la...train ni terus menuju ke Shah Alam. Tujuan nya nak ambil kereta balik. HB datang menjemput aku di Stesen KTM Shah Alam. Lepas pada tu Hb bawa la makan tapi tak tahu tujuan makan di mana... Banyak lagi kedai tomyam yang tutup kerana cuti raya haji.. mereka balik kampung kot... Lepas pusing sana sini tanpa tahu arah tuju akhir nya kami terpandang kedai di sebelah padang. Aku tak pasti nama apa kampung tu. Kami panggil kawasan tu Johan Setia. 
Setelah memesan mee goreng basah untuk aku dan juga keo teow goreng basah untuk hb aku pun beredar ke gerai sebelah. Lama betul tak makan takoyaki beli ni selalunya makan yang buatan sendiri. Selalu aku buat crabstick atau pun sosej jadinya kali ni aku beli inti sotong je la...
Aku beli RM5 je ada 6 biji cukup la aku sorang je pun makan... tapi masa mee dan keo teow sampai lupa pula aku nak ambil gambar.... haish......

Takoyaki inti sotong....

Air extrajus perisa anggur... manis betul....
Lepas je makan bungkus juga untuk mereka yang kat rumah...
Nasi goreng kampung...
Harga untuk makanan kat sini murah juga la
Nasi goreng kampung, mee goreng basah, keo teow goreng basah RM6.00 saja
dan air extrajus RM2.00 saja...

14 July 2022

Menu Hari Khamis @ 14/07/2022

Menu hari ini... Semalam dok memikir apa la yang nak dimasak untuk hari esok. Lauk lauk banyak yang dah nak habis.. Minggu ni kalau tak ke mana mana boleh la ajak hb ke pasar. Buka je peti sejuk nampak sebekas ayam ada la dalam 8 ketul potong kecik kecik tu... Pastu aku lihat beras mathi  masih ada 1/2 kilo nanti kalau tak masak berbubuk pulak...sayang kan harga beras ni bukan la murah....
Bila ku lihat minyak sapi masih ada lagi dan masih elok... susu cair pun ada yang tak ada cuma tomato puri...erm.... takpe la aku guna je la sos tomato nak menaikkan warna nasi tu....
Jadi pagi pagi bila aku bangun terus aku masak nasi tomato dan juga ayam masak merah, nak buat jelatah timun nenas stok tu semua takde...takpe la mana yang ada dah la kan.....
Sambil sambil buat nasi tomato dan ayam masak merah, aku buat juga roti telur... untuk bekalan Alif ke sekolah... Bila Alif lihat ada nasi tomato kenapa tak bekalkan Alif nasi tomato...takpe la Alif makan je la roti telur tu.. nasi makan waktu balik sekolah ye.... 


Nasi tomato 
Pucat je sebab aku guna sos tomato

Ayam masak merah...
Ni salah 1 menu kegemaran Fatahul

Roti telur...
Sarapan pagi dan juga bekalan Alif

Yang ni pula bekal aku.
Jadi la kan...asal perut kenyang sudah la ye...
Apa yang kita masak semoga menjadi berkat buat kita semua...
Rajin rajin la memasak selain menjimatkan ianya juga boleh menjalinkan kasih sayang...

12 July 2022

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1443 @ 10hb Julai 2022

Selamat hari raya Aidil Adha... Pertama kali menyambut raya haji setelah 2 tahun tidak menyambutnya... kerana masa tu kan PKP...Kebetulan raya jatuh pada hari ahad dan isnin dikira holiday lagi dan selasa sekolah masih bercuti..ramai la yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung... 



Aku mengambil hb di Amanjaya pada raya pertama. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar... Saja berjalan tak tahu nak menuju arah mana kan.... Singgah di Muzium Kuala Kangsar...ada yang panggil Rumah Adabi...hehehe...
Unik betul kan warna kuning
Ramai juga yang mengambil gambar di sini.... Lepas tu kononnya nak ke Victoria Bridge...Malas la pula..hari pun dah meningkat senja...kita balik Bota je la...

Gubahan Hantaran Hasil Kreativiti Aku

 Malam harinya lepas balik dari pasar tani, kak ipar mengajak aku membuat gubahan hantaran pertunangan... ok la kan tak banyak pun dalam 3 bekas je....

Yang ni untuk cincin dan juga duit hantaran

Coklat dan biskut

Baju pasang...

Jadi la kan..simple simple je...
Kak ipar kata cantik bila dah siap....kadang kadang hasil sendiri ni main cucuk cucuk lawa je jadi nya tetapi apa apa pun kena kreatif mesti lawa kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...