30 January 2024

Karipap Ranggup Berintikan Kentang & Ayam

 Karipap ni aq buat sendiri... Takat makan sendiri tu boleh la aq buat....
Teringin nak makan karipap ayam... Nak juga bawa ke PD nanti...
Kebetulan hari ni Hari Thaipusam, KL cuti...jadi aq pun buat la karipap..Rabu malam aq buat karipap ni....

Yang ni aq jadikan frozen,,, dapat la 5 pack

Aq goreng sikit untuk testing...heheheh

Siap goreng sejuk kan sebelum di pack

Karipap yang dh siap, tunggu masa mengoreng

Inti nya kentang campur ayam...

Yang ni pula aq suruh Alif ke kedai beli kentang...
Kentang kat rumah tak ada....tak cukup juga la
Pandai Alif beli siap tunjuk gambar ni ke...
Hehehehe

24 January 2024

Sarapan Pagi Ni @ 24/01/2024

Hari Rabu...esok dah cuti...
Khamis Jumaat dah ke PD.... Sabtu dapat jumpa Fatahul.
Semalam rasa mengantuk pasal Perjumpaan KRT tu...
Bangun pagi ni malasnya nak masak.
Ayam lupa bawa keluar keras kejung la ayam tu....
Aq bagitau Nadia hari ni tak masak la....
Ala orang balik sek pukul 5 hari ni lewat...
Erm ok la mama masak sup telur je la campur kentang....
Ada lagi sambal hitam sikit tu... boleh la kan...
Settle menu tengahari lupa nak ambil gambar....

Untuk menu sarapan pagi...
Aq goreng karipap sardin yang tinggal dalam 10 biji tu....
Nadia bawa bekal 5 biji... Aq makan 2 tinggalkan untuk Alif 3 biji.
Aq goreng cucur badak yang mak buat tu tinggal lagi 2 biji... ku habiskan..... 


Jadi la menu ni.....
Kenyang juga aq minum dengan Delysh Coffee....
Alhamdulillah
#jangan lupa bersyukur

Perlantikan AJK KRT Pangsapuri Sri Penara Fasa II 2024 - 2025


Salam Sejahtera semua warga KRT ku...
Malam ini 23/01/2024, kami akan melantik AJK baru bagi tahun 2024-2025.
Perlantikan AJK hanya sah setiap 2 tahun sahaja. Selepas itu perlantikan yang lama akan dibuburkan....

Keahlian AJK tak la ramai cuma diantara 20 ke 25 orang sahaja..

Barisan AJK 2024 - 2025 bersama Tuan Zaizei...










Macam biasa tak sah la kalau takde muka kami ber4 ni...




Ni makanan aq..
Makanan banyak sebabnya kami adakan secara potluck.
Portion sikit sikit macam ni pun dah kenyang. Tu tak kira lagi aq makan nasi lemak bajet RM1 tu 1 bungkus... Tapi apa pun semua makanan yg mereka bawa semua nya sedap....
Alhamdulillah.... Rezeki kan...

23 January 2024

Happy Birthday To My Bos @ 23/01/2024

 Happy Birthday To My Bos...

Hari ni boleh aq tak perasaan hari jadi bos aq..
Pagi ni madam datang ofis... Katanya hari ni birthday Mr Kow... masing masing owh ye ke...
Patut la nampak ada orang hantar kek.. Madam kata ok la jom kita potong kek...

Ni kek nya... sedap sangat tak manis

Bos happy je hari ni dapat kek


Tak perasaan tepi kek ada plastik tu yg gelak besar masing masing...


Ok bergambar beramai ramai...




With my lady bos...
Ni la madam aq...
Sporting je dia ngn aq...
heehehe.....

Selamat Berbuka Puasa 10 Rejab 1445 @ 22/01/2024

 Salam Magrib....
Selamat berbuka bagi yang berpuasa sunat bersempena bulan Rejab.
Aq juga tidak ketinggalan untuk mendapat keberkatan di dalam bulan Rejab.
Hari ni aq dan Nadia berpuasa.
Balik je dari kerja ku lihat nasi putih masih berbaki...
Cepat cepat aq buat nasi goreng cili api campur ikan bilis dan belacan...
Siap je masak aq pergi ke Hero. Patut nak singgah je balik kerja tu tapi hari gerimis pulak jadi aq terus kan ke rumah dulu...

Bila sampai rumah, aq menyiapkan segala persiapan. Goreng kuih frozen yang aq dh buat tu....
Ada karipap sardin, cucur badak dan juga popia carbonara....
Siap je memasak... Nadia kata mama lagi 3 minit....
Okeh...siap....

Ni juadah kami...
Alhamdulillah
#jangan lupa bersyukur

22 January 2024

Salam 10 Rejab 1445 Bersamaan 22 Januari 2024

Salam 10 Rejab 1445

Ahad malam Nadia dah bagitau kat aq...Mama esok kita puasa 10 Rejab...Ok jawap ku...
Jadi macam biasa la pagi ni bangun kami bersahur seperti biasa....

PENGENALAN

Umat Islam digalakkan untuk memperbanyak amalan sunat bulan rejab. Ianya bertujuan sebagai satu latihan kepada individu tersebut sebelum menempuhi bulan Ramadan yang akan mendatang kerana di dalam bulan itu terdapat banyak kelebihan beserta rahmat daripada Allah SWT.

Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

Sebelum memasuki gerbang Ramadan 2024 , ianya adalah satu permulaan agar kita mempertingkat lagi ibadah dan ketaqwaan ketaqwaan serta memperbanyak amal-amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.


Sahur pagi ni.
Semug Delysh coffee, 2 ketul cucur badak dan 2 ketul karipap sardin

Cucur badak pemberian mak
Karipap sardin aq buat sendiri.

Kelebihan Di Bulan Rejab Yang Sahih

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang istimewa buat umat Islam. Ini kerana, ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda:

Terdapat keistimewaan pada bulan Rejab bagi umat Islam iaitu antaranya bulan tersebut termasuk di dalam bulan-bulan Haram sepertimana dinyatakan dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda :

Daripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda :

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Bermaksud : “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” [al-Bukhari (4054)]



 

Sabtu & Ahad Ke PUSASDA 20/01/24 & 21/01/2024

 Assalammualaikum.... Selamat pagi semua.....
Cerita hari minggu ku.....
Hari sabtu, seawal jam 5.30 pagi aq dah bangun untuk menyediakan juadah bekalan untuk kami 3 beranak ke PUSASDA. Kami gerak dari KL jam 7.00 pagi...

Juadah ku cukup sederhana..
Ayam masak sos
Kuih karipap, kasturi aq beli frozen dari Kak Ani
Kuih cucur badak pemberian mak.

Setibanya kami di PUSASDA sudah pun jam 8.15 pagi..
Dah nampak perarakan kontijen memasuki padang kawad.
Kat sini aq nak terangkan sedikit kenapa la beriya nak ke padang kawad tunggu je waktu passing out nanti. Ye passing out untuk intake 198/23 ialah pada 27/01/2024 hari sabtu. 
Aq sengaja pergi melihat perbarisan kawad mereka...kiranya kawad latihan.
Kami DILARANG MEGAMBIL GAMBAR DAN JUGA VIDEO
Tapi yang sedihnya masih ada yang curi curi ambil gambar dan juga video.. 
Bila nampak tu kami tegur bukan apa kalau pegawai dapat tahu semua orang kat situ diarahkan pergi.
Kesemua sekali bukan orang yang merakam tu je..
Nak ikutkan dah ada signboard larangan kat situ... Pengambilan gambar dan video kawad ni masih belum lagi kerana mereka kawad masih kurang cantik kata pegawai tu jika ianya tersebar...macam ni ke kawad anggota tentera... padahal ianya cuma latihan sahaja...
Baik tuan kami paham...Kami melihat sahaja tanpa memegang hp di tangan.

Setiap kali melihat perajurit ini melangkah dengan bunyi derapan kasut kawad dan diiringi pancaragam, hati terasa ini lah anak yang dahulu nya, menjadi pelajar yang dipandang sinis, menjadi murid dibelakang tetapi kini pelajar ini lah menjadi barisan hadapan yang mempertahanan kan negara.
Yang tak gentar menghadapi musuh. Seorang yang berdisplin, berani, tegas dan gagah.
Kamu perajurit muda adalah wira kami, wira negara, wira ibu dan ayah, wira kebanggaan negara.

Kamu berlatih ditengah terik matahari sedang kami melihat dibawah bumbung pun mercit peluh apatah lagi kamu disitu... Ya Allah Kau lindungilah mereka...
Sesi latihan tamat jam 10.00 pagi dan mereka diberi arahan untuk memasuki padang kawad semula pada jam 11.00 pagi...sehingga la jam 12.00 tengahari. Selepas itu mereka diberi rehat makan, solat sehingga jam 2.00 petang. Seramai 1,439 orang bakal perajurit akan menamatkan latihan meraka pada 27/01/2024.

Semasa sesi kawad, paling seronok adalah jalan lalu dan tabit hormat dan pusingan tiang tu apa nama aq lupa... Semasa pusingan tiang tu aq dapat melihat muka Fatahul. Semasa kali pertama jalan lalu aq tak perasan sehingga la kali ke 2 baru aq perasan...
Fatahul di Kotinjen 1, Detesment 2, Barisan 1, Line 2
Panjangkan susah nk terangkan...kot lihat baru paham.
Hehehehe...
Hari sabtu perajurit segak mengenakan baju celoreng yang sebenar semasa kawad tamat latihan. Kiranya baju tu memang sesuai dengan badan mereka...
Dulu tengok masa 12/07/23 semasa masuk ke PUSASDA macam budak budak je mereka ni tetapi bila mengenakan baju celoreng nampak segak dan bergaya. 
Seperti kata Ketua komanden, muka korang nampak ganas sombong tetapi segak dan macho....
Ye betul aq akui... Didalam berbarisan mereka di serius je tanpa ada senyuman.
"Kalau korang senyum macam mana musuh nak takut, jadi muka mesti nampak ganas dan sombong"
Hehehehe... betul juga dalam hati aq...patut la tentera ni time kerja susah nak senyum.
Pada yang tak tahu lagi apa itu PUSASDA kat sini aq ada terangkan..
Sesi rehat. 
Bila habis je latihan pada jam 12.00 tengahari, kami pun pulang.
Esok mama datang lagi...

Ini cerita hari ke 2 hari ahad..
Aq ke PUSASDA ber2 je dengan Alif.
Hari ni gerak awal sikit 6.45 pagi jadi sampai di Port Dickson jam 8.00 pagi. 
Perajurit masih belum masuk ke padang kawad. tetapi sudah pun bersedia kat situ. 
Macam biasa pegawai memberi arahan kepada ibu bapa nak tengok dibenarkan
TETAPI DILARANG MENGAMBIL GAMBAR DAN VIDEO
Kami akur...ye tuan...macam biasa la memang kami mematuhi arahan.

Hari ni senang sikit aq nak cam Fatahul sebab mereka memakai baju celoreng lama yang nama taq setiap kompani. jadi dari jauh dah nampak tag kuning iaitu kompani Charlie.

Acara bermula pada jam 8.15 pagi sehingga la jam 10.00 pagi.
Sesi ke 2 bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.
Selepas itu ketua komanden berkata jam 14.30 aq tahu kami semua dah pun berada dikatil masing masing... Seronok bersorak perajurit kerana petang ni takde sesi latihan dah...
Sambung lagi hari isnin sehingga la hari rabu...

Selepas habis je perbarisan aq ke tepi laut untuk menjamu bekalan yang aq bawa hari ni. 
Duduk di tepi pantai dengan angin yang sepoi sepoi terasa nyaman sekali...


Keindahan pantai Port Dickson.

Aq dan Alif buka bekalan makanan. 
Perut pun dah terasa lapar. Sambil ku suap nasi ke mulut teringat Fatahul.
Mesti tengah kehausan dan kelaparan ni.

Bekalan ku hari ni cuma nasi putih dan ayam masak kicap.

Selesai makan aq pusing jalan jalan di sepanjang pantai.... 
Balik singgah beli ayam gunting dan juga apam balik.
Semasa aq membeli Fatahul call, Alif panggil aq...
Mama, abg call. 
Fatahul : Mama ok tak kawad orang..hari sabtu dengan ahad mana ok
Me : Ok je, sabtu ahad pun tapi ahad lagi ok. Macam latihan ok ke...
Fatahul : Ok je mama. Seronok
Me : Minggu depan nak tamat dah, tak sedih ke
Fatahul : Sedih ada seronok pun ada. Kat sini banyak kenangan dengan kawan kawan dan jurulatih.
Me : Kalau diberi peluang ke 2, nak masuk lagi ke PUSASDA
Fatahul : Ok je sebab seronok ada kawan kawan....

Lagi 4 hari nak sampai tarikh Passing Out.
Tak sabar menunggu. Hati masih tertanya tanya unit apa la yang Fatahul dapat dan dimanakah posting nya nanti...
Apa apa tunggu lagi seminggu la ye....

19 January 2024

Lunch Makan Ni Je @ 19/01/2024

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.... 
Pagi ni sebelum pergi kerja singgah dulu kedai Kak Ram beli kuih dan juga beli kiriman kawan kawan kat ofis. Sekarang ni semua kuih naik harga atleast RM0.60 sebiji tetapi kedai Kak Ram ni masih menjual RM0.50 sebiji...
Sebab tu kuih dia cepat habis dan sedap pula tu.... 

Aq beli RM2.00, roti sardin 2, apam 1, pau kacang 1.
Serius kuih Kak Ram ni memang sedap sedap... Jangan jual murah rasanya hauk ye...
Sebab tu kawan kawan suka kirim kuih dengan aq....

Tengahari aq makan macam ni je..simple simple dah la
Leher ayam tu masak sos...aq bawa leher ayam tu...bukan apa...kang diorg tak makan buang lak..jadi aq bawa la bekal... tempe tu aku goreng garing tapi sebelum goreng tu aq rendam dengan air garam bercampur dengan kunyit... dan dah tentu la sambal hitam kelabu aq tu...hehehe
Berselera aq makan hari ni....
#jangan lupa bersyukur ye...


Ulang Makan Nasi Goreng Semalam

Bangun pagi tadi...Masih ada lagi nasi goreng semalam...
Tengok tak basi lagi.... Takpe la aq panaskan je makan sarapan pagi ni...
Aq goreng kan dengan sebiji telur mata....
 


Makan dengan nasi goreng berserta semug delysh coffee....

Alhamdulillah...selagi ada rezeki jangan dibazirkan...
Makan jangan basi dah la... Mungkin itu rezeki yang Allah janji kan untuk ku pagi ni...
#jangan lupa bersyukur..

Dinner Kami Semalam @ 18/01/2024

 Dah siapkan tempahan takoyaki...
Apa lagi aq pun goreng la nasi yang ada dalam periuk tu...
Sayang pulak kan dah la beras sekarang ni mahal...
Merasa juga la aq makan beras mahal...


Nasi goreng cili api...
Simple je tumbuk bwg merah, bwg putih, ikan bilis, cili api...
Nanti tumis je...aq buh kiub ayam 1 dan juga serbuk pati ayam serta sos tiram...
Ok siap....


Semalam balik singgah Hero ada la tembikai potong potong macam ni
Sepotong Rm5+
Sekilo Rm4.99... 
Mahal dah tembikai ni lagi lagi nak puasa ni lagi la mahal harga nya...
Tapi nak makan beli la juga kan walaupun sepotong....
Alhamdulillah.... Kenyang aq makan tembikai ni saja...
#jangan lupa bersyukur.

Order Takoyaki Masuk Lagi

 Rezeki datang lagi...
Semalam rezeki tako dapat la 1 pack...
Ok la kan lepas duit saku Alif....

Ain : Assalammualaikum kak..
Me : Waalaikumsalam..
Ain : Malam ni nak order tako boleh tak
Me : Boleh je...nak berapa tu
Ain : 1 pack kak...
Me : Okeh...

Bila bahan bahan dah ada tu mudah la keje...
Sampai je rumah letak kuali tako tu...terus je buat....
1 pack tak lama la nak siapkan...sebelum magrib dah settle...


Ni untuk Ain aq buat versi sebelah pedas sebelah tak pedas...
Senang anak Ain nak makan... selalunya semua tu pedas....

Yang ni dah siap aq letak bonito flakes...
Ada benda ni baru best... Layan je makan ni time hujan hujan ni kan...
#jangan lupa bersyukur ye....

Belimbing Buluh ~ Pertama Kali Buat Sambal Hitam

 Semalam kat ofis, Nadia wasap aq...

Nadia : Mama orang dapat banyak belimbing buluh...
Me : Haaaa ok balik ni mama buat sambal hitam..
Nadia : Kerani sekolah bagi...
Me : oooooo ok ok...


Sampai je rumah Nadia pun ambil la gambar belimbing buluh tu...
oooo banyak ni je mama ingat banyak sampai sekilo...
Kot banyak ni tak banyak mana la dapat sambal nya... 
Tapi takpe la ni kan rezeki untuk kita...


Mula mula Nadia kata belimbing besi jenuh aq pikir rupanya belimbing buluh....
Adoiiiiiiyaiiii....

Balik je keje aq terus la ke Hero beli ikan bilis n bawang sikit.
Sebelum tu aq ada la google sikit macam mana nak buat sambal hitam mudah ni tak yah nk rebus belimbing tu sampai hitam...

Bahan bahan dia mudah je...
Ikan bilis
Bawang besar
Cili api
Belimbing buluh
Garam dan Ajinomoto

Aq blander bawang dan ikan bilis..blander kasar je pastu tumis...
Bila agak garing aq blander pula belimbang dan juga cili api...

Masuk je semua dalam kuali...Aq rasa guna kuali non stick ni lagi elok tak melekat dan hangus...
Tumis sampai kering....
Bila dah kering kaler dia masih elok jek tak hitam pun.
Aq buh kical sikit naik kan warna nya... 
Aq suruh Nadia kacau....aq tak sempat nak kacau sibuk nak settle kan buku teks sek Alif...


Ni la hasil nya...
Dapat la 4 bekas ni.... tak banyak pun jadi la buat rasa rasa orang kata....
Ni pun kacau sampai dah kering dah ni... warna gitu jega sentimental haaaaaaaa....
Apa apa pun.... hilang la teringin nak makan sambal hitam...
Lain kali kot ada belimbing buluh ni tau la nak buat dah sambal hitam ni...
Mudah sangat...
Apa apa pun #jangan lupa bersyukur

18 January 2024

Menu Simple Tengahari ni @ 18/01/2024

Menu hari khamis... Menu biasa je....
Kadang buntu juga pikir nak masak apa....
Hari ni aq tumis sayur kangkung yang aq beli kat Hero semalam....
Tauhu lak ada 2 keping lagi...goreng kunyit je la...
Sambal ikan bilis yang Nadia bagi ada sikit lagi... ku panaskan..masih elok dan tak basi..
Semalam beli sambal tempe dengan Vivin pun ada sikit lagi...ku panaskan juga.
Akhir sekali ku panas kan sambal ayam penyet Vivin...
Jadi la buat alas perut untuk hari ini.... 



Hidup ni terlalu banyak cabaran dan dugaan..
Dengan harga barang yang naik mencanak canak... Ayam dah jadi RM9 sekilo...
Tapi gaji aq takat tu je dah bertahun tahun tak naik naik....

Hidup ni kena berjimat cermat tapi bukan kedekut... 
Berjimat dan kedekut 2 perkataan yang sangat berbeza....
Berjimat sambil bersedekah... Tapi kedekut ni memang berkira la orang kata...

Tapi apa pun pilihan ditangan masing masing... Hidup kena pandai urus duit...
Jangan jadi hamba duit....
#jangan lupa bersyukur...

Paksa Makan Walaupun Takde Selera

 Kami makan dulu la kata ku kat cina yang nak pasang dashcam tu...
Sebab katanya dalam sejam juga la nak siap....
Nadia pun seharian tak makan nasi lagi...takde selera kata nya..
Aq lak dah makan Nasi ayam penyet Vivin masa balik kerja tadi dengan Alif....
Sementara nak pasang dashcam...aq berjalan ke Caring Farmasi...beli ubat selsema...
Lepas tu ke Hero beli sayur sikit dan seterusnya ke Hajris Bistro....

Aq cuma pesan minuman teh ais je...Nadia pun sama...
Lepas tu Nadia ambil nasi campur ni...
Tengok makanan nya...dalam takde selera nak makan tu.....
Untuk semua ni dalam RM20+ kot...
Teh air tu dalam RM2.70
Jadi nasi tu dalam RM15 la kan...
Berbaloi tak la mahal sangat...
Dengan telo masin 2 belah, ayam goreng, telur sotong goreng kunyit dan juga sayur kobis...
Betul betul dia balas dendam tak makan seharian ni...
Hahahaha... 
Dalam kami dok makan tu..cina wasap katanya kereta dah siap...
Ok kak..jom balik...ambil kereta....

Malang Tidak Berbau Pagi Rabu @ 17/01/2024

Kejadian pagi rabu.
Sekarang ni setiap hari Nadia ke sekolah akan drive sendiri....
Biasa la kat KL ni awal pagi pun dah jem.....

6.45 pagi aq terima panggilan dari Nadia... erm.... masa tu aq baru nak mengadap sarapan pagi...
Dalam hati apa lagi tak kena ni....

Nadia : Mama...ada bas langgar belakang kereta..
Me : Teruk ke...
Nadia : Entah la orang tak tengok 
Me : Turun la tengok....
Nadia : Ok....

Bila Nadia hantar gambar keadaan kereta, Allah.... boleh tahan juga keadaan bumper MYVI ku ni.
Driver bas pun belah macam tu je Ingat ye drive awak tu memandu...kot buat macam ni ... nanti Allah akan balas lagi teruk dari apa yang awak buat pemandu bas bernombor BPJ 5888.
Mungkin awak terlepas dari kejadian langgar macam ni tapi Allah dengar doa orang yang teraniaya ye....
Nadia dah rasa tak keruan...aq cakap takpe la drive je pergi sekolah nanti lambat pula.
Nanti mama pikir macam mana nak buat. Dan dan selera aq nak bersarapan terbantut...
Terus tak jadi makan...

Macam ni keadaan myvi aq... teruk juga tapi ni aq ambil gambar yg dah dipolish sikit....
Bumper terkopek macam tu....
Sampai ofis aq terus apply cuti half day.... Balik tengahari mama tunggu aq kata....

Untuk kejadia ni aq lihat ok la kot kalau bumper ni dipolish.... minta car wash polish dia minta RM159.00 untuk 1 kereta... erm... dah la aq baru je berhabis RM380 untuk pasang dashcam....
Takpe la aq kata kat Nadia... Kita DIY je polish tu....
Aq terus ke Mr DIY cari polish... span.... 


Sampai je rumah  aq suruh Nadia gosok bumper tu... Ko langgar ko buat....
Bila Nadia gosok makin lama calar tu dah berkurangan...
Lengguh juga la tangan Nadia mengosok...


Ok la kan sebelum dan selepas kejadian nya....

Ni nak jadi cerita sebelum ni kereta ni ada je dashcam...
Tapi dah rosak...aq pun tak endah kan juga la..nanti la pasang yang baru....
Tapi bila dah jadi macam ni aq terus ke kedai untuk memasang dashcam tu....
Aq pilih jenama 

70Mai
Front And Rear
32GB memory
RM380 (item & installation)
18 bulan warranty.

Dashcam ni boleh link ke hp senang la kot terjadi apa apa kita download terus dalam masa 7 jam kalau tak downloan dia akan auto delete....Kira mudah la kan....
Dashcam ni kecik je comel je....



Keadaan belakang kereta...

Bahagian hadapan..

Harap nya dashcam ni dapat membantu kes buli dijalan raya...
Sekurang kurangnya kita ada bukti rekod.
Jadi memang wajib kot sekarang ni ada dashcam dalam kereta...
So aq tanya Nadia...kot mama gaduh dengan abah dalam kereta mesti ko tau la kan...
Sebab dashcam ada rekod....Hahahahaha....
Habis la aq kata....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...