13 June 2024

Akhirnya Dapat Juga Merasa Ketupat Sotong Terengganu

 

Masa kami memusing kat area Pantai Teluk Ketapang, aq terjumpa la signboard
Ketupat Sotong... Abg... ketupat sotong la...
Hb terus berhentikan kereta....
Rupanya kak ipar aq pun beli juga.
Masih panas panas lagi baru letak ni....
Apa lagi aq pun beli la sebekas. 
Ingat nak beli 2 bekas takut tak sedap pula..


Besar macam ni kot tak nampak tak tau la

Bekas yang bersusun... Pilih la nak yang mana 1.
Masih panas panas lagi

RM20 sebekas.
Aq punya ada 4 ekor manakala kak ipar aq ada 5 ekor saiz sotong dia kecil sedikit dari sotong aq...
Dalam perut sotong tu disumbatnya pulut...
Kuah lemak lemak yang tak masin...Bagi aq la kalau bagi rating aq bagi 10/10
terasa lemak santannya, halba dan juga hirisan halia nya.
Kuah nya tak la manis... kot korang tengok pun tau la kan... Mana ada manis kan...
Kalau la aq ke Terengganu memang wajib aq beli ketupat sotong ni.....
Masa menaip ni pun tertelan telan air liur....
Memang ada plan nak ke Terengganu lagi...
Bila tu... tunggu...



JJCM - Nasi Dagang Atas Tol

Seawal jam 4.30 pagi kami bertolak dari Kuantan ke Terengganu.
Terpisat pisat masing masing bangun nak meneruskan misi ke sana.

Kami ke Terengganu bukan nya apa. Tujuan nak melawat Fatahul yang sakit..
Fatahul dimasukan ke wad HSZ pada hari jumaat pagi... Kira emergency la masuk wad kul 3.00 pagi.. tapi petangnya dalam kul 5.00 petang dah pun balik..
Kiranya esok sabtu kami cuma melawat di kem sahaja tak perlu ke hospital.
Alhamdulillah.... lega dah hati aq mendengarnya....

Kami bergerak berpandukan waze je la... sampai je di susur keluar tol Ajil, berhenti solat subuh sekejap...Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Nasi Dagang Atas Tol.
Sampai je kat sini... parking pun mudah dalam jam 7.30 gitu la sampai... orang pun tak la ramai sangat.
Rupanya sistem nak buat pesanan kat sini... sorang berbaris order makanan...sorang ke 2 orang ke tak kisah la... yang lain tunggu je di khemah menunggu...jangan terus ke meja...
nanti bila kita dah siap beli makanan... cashier akan tanya berapa orang ke semua nya...
Macam aq ni jumlah 6 orang... Beliau akan walki talki kat staff mereka meja mana yang kosong.... 
Bila cashier bagi arahan no meja baru la kita pergi ke meja tersebut...
Disebabkan kami ber 6 dapat la duduk di meja bulat... Meja A.
 

Signboard pun dah lawa weh...


Mesti semua orang akan ambil gambar di sini kan

Berbaris nak beli makanan...laju je line ni



Ni antara menu yang kami pesan...

Kami bayar masing masing... Kak ipar aq habis dalam RM50
Nasi dagang 2, nasi lemak 1, keropok lekor dan juga air teh buih
Manakala aq dalam RM58 macam tu untuk 1 nasi dagang, 1 nasi minyak ayam masak merah, 1 nasi madu (nasi dagang, bihun goreng dan pulut kuning), karipap dan juga teh madu buih 2 dan 1 teh hijau madu buih..
Tak lupa juga aq bungkus 3 nasi dagang untuk Fatahul.

Tengok ni teh dia...
Menyelerakan

Ni makanan aq...

Ni menu berserta harga nya...
Ok la kan tak la mahal sangat.
Habis je makan kami menuju ke Kem jumpa Fatahul sekejap...
Tak boleh la lama lama. Jumpa pun atas ehsan JL sebab atas faktor kesihatan Fatahul kan...
Lepas tu kami pun bersiar siar di kawasan Pantai Teluk Ketapang. 
Nak masuk homestay pun awal lagi baru jam 10.30 pagi..


Terima Kasih Order Cheese Tart Dengan Akak....

 Hari ni Liza nak order lagi Cheese tart...
Nak ambil hari jumaat. Jumaat aq dah nak otw ke Kuantan.
Nanti Liza ambil sendiri ye, Nadia ada je kat rumah...
Nak makan dengan kawan kawan gym katanya...
Ala kak diorang tak makan banyak...diet kan...
Kot akk la pasal cheese tart...persetankan la dengan diet tu...
Hahaha... Liza ketawa....


Terliur tak korang tengok.....
Mesti terliurkan... Hehehe....

Ada baki... memang sengaja aq buat lebih... 
Esok nak p Kuatan... nak bawa untuk Pikah dan Fatahul.
Tu pack kecil kecil tu....
Tapi ada juga yang tanya ada lebih tak...
Ok la aq jual je la sepack..kesian juga kan...

Mini pack Cheese tart....

Alhamdulillah cheese tart ni laku keras...kejap je diorang makan habis dah...
Hehehe...



Rezeki Hari Khamis @ 06/06/2024

Hari Khamis...
Ku mulakan kerja ku dengan bersarapan yang simple tapi mengenyangkan.... 

2 keping roti gandum yang diapit dengan sebiji telur mata dan semug coffee.

Manakala makan tenghari ku hari ni dibelanja oleh Faiz...
Bukan aq sorang je semua kawan kawan kat pejabat pun.

Nasi ni Faiz yang belanja. Si tukang beli dan tentu la Shahril.
Hehehe...

Nasi ni nasi ayam penyet. 
Kawan aq Nurin yang jual.
RM5 je korang boleh dapat nasi putih, sambal hijau, kuah kari, ayam goreng berempah, timun dan juga kobis berserta percuma air sirap...
Kedai buka seawal jam 7.30 pagi...
Lokasi nya berhadapan dengan SK Cuepacs. Betul betul tepi jalan....
Korang boleh nampak benner Nasi ayam geprek percuma air sirap....
Kalau kat KL ni mana nak dapat dah kan nasi semurah ni sekali dengan air sirap....
Macam ni pun tak kurang dari RM8-9 dah kan

Korang boleh je kalau nak add hati goreng ke, tempe ke, kaki ayam ke...
Hati goreng : RM1 secucuk
Tempe : RM0.50 sekeping
Kaki ayam : sepack RM1 (5pcs)

Bagi kami macam ni pun dah bersyukur... nikmat bila makan...
Rezeki hari ni kan...



Char Keo Teow Taman Tenaga

 Rasanya semua orang tahu akan Char Keo Teow kat Taman Tenaga ni...
Char Keo Teow terletak bersebelahan Dewan UMNO dan dibelakang Petronas Taman Tenaga.
Ahhhhhh mudah kan...
Kat sini cuma ada 2 menu sahaja...
Char Keo Teow atau pun Nasi Lemak...

Macam ni diorang panggil besar RM8
lagi 1 jenis kecil RM7
Bagi baik ambil yang besar puas makan.
Rasanya dah terkenal tempat ni... sebabnya kawan aq dari Sarawak datang ke KL pun akan datang makan kat sini...Haaaa famous kan...

Bekal Hari Isnin 03/06/2024

Hari isnin.... bekalan untuk di makan semasa waktu rehat...
Hari ni masak yang simple simple je...

Ayam masak lemak cili api, buncis tumis telur dan juga telur dadar...


1 untuk aq 1 untuk Nadia..

12 June 2024

Ke Kerepek Ros Banting

 Balik je dari Rumah Abang Jamil, Aq ke Cun Cun Corner....
Minum je dengan sambung perbincangan.....
Lepas tu kami pun balik.
Aq mengajak Emma jalan jalan...
Jom kita ke Banting. Sampai di Banting kami ke Nasi Kukus Cik Ros...
Kata budak tu ayam dah habis kalau nak tunggu kul 7 baru ada...
Sekarang ni harga kat Nasi Kukus Cik Ros ni dah RM5. Menu rahmah...

Bila takde pilihan perut pun dah lapar makan apa yang ada je...

Ni aq punya 
Fish n Chip RM5

Ni Emma punya
Chicken Chop RM5


Lupa lak aq nak ambik gambar kerepek masa kat Kerepek Ros tu...
Pilih punya pilih lagi hari dah malam...aq terkejear kejar nak balik KL lagi kan...
Ok la selfie je ngn Emma dalam kereta....



Rumah Abang Jamil Kuala Lumpur

 Hari ni masih cuti lagi...
Hari keputeraan Agong... jatuh pada hari isnin...
jadinya aq ambil keputusan untuk membaiki kereta myvi Nadia tu...
Siap je repair kereta... HB ajak makan kat kedai mamak...
Habis je makan konon nak balik rumah... Nadia lak wasap minta tolong hantarkan ke Maybank...
Lepas tu aq ajak Nadia ke Rumah Abg Jamil...Aq ajak Nisa sekali...
Jom kita buat servey...

Kami je RAJ kat Jalan Ipoh je...



Boleh la kalau nak OOTD kat sini kan

Rumah tertutup tapi berkaca dan beraircond


Kerusi rehat kat luar

Pelamin 
Meja orang nikah kat sini..

Ni gambar dari luar

Bilik VIP.  Boleh la kalau nak rehat kat sini

Bilik pengantin makeup dan bersiap

Kawasan yang luas

Meja jemputan




1 meja ada 8 kerusi



Pintu gerbang

Duduk santai kat luar

Kat sini ada juga tandas, surau lelaki perempuan yang berasingan...
Ada juga disediakan telekung. Kira nya amat amat selesa.
Parking kereta yang luas. Boleh menempatkan 150 buah kereta dalam 1 masa...
So tuan rumah tak pening dah nak memikirkan.
Lokasi bersebelahan Honda Jalan Ipoh.


The Experts @ Golden Screen Cinema Sunway VeloCity

 Ahad petang lepas je habis kenduri Zula...
Aq pun berehat...
Tak lama Nurin call... eh malam ni ko free ke...
Jom tengok wayang...Aq ni duit tak bape nak ada... Takpe aq lanje ko...
Tapi kena pakai baju merah seluar jean....

Kita tengok cerita The Experts... Mati mati aq ingat cerita omputih ke....
Rupa nya cerita melayu. Pelakon Mimi Lana, Aaron Aziz, Syafiq Kayl dan ramai lagi...
Movi mula jam 9.00 malam... Sebelum movi start kami beli la popcorn kat GSC...
Kesudahannya... popcorn aq tak makan pun...bawa balik bagi kat Alif.
Siap bawa sweter kononnya sejuk... Eh tak la sejuk pun...
Selalunya naik beku aq...nk tgk movie pun tak selesa...

Layan gambar dulu...


Kat eskolatur pun jadi bergambar...


Cerita dah habis dalam jam 11.30 malam....
Lepas je habis, ingat kan balik rumah rupanya pergi ngeteh...
Aq tak mo la kenyang makan kenduri masih terasa lagi...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...