12 August 2020

JJCM Sarapan Pagi Di Kedai Puyuh Titi Gantung

 Setiap kali pulang ke kampung, pada keesokan pagi nya selepas solat subuh aq mesti ke kedai kopi yang terletak bersebelahan dengan masjid Titi Gantung. Orang kampung gelar kedai ni Kedai Puyuh. Sebab apa aq memang la tak tau kan...hahaha... Yang menariknya di kedai ni terdapat pelbagai kuih kuih tradisional dan juga nasi lemak packing yang cukup sedap. Sebab tu kalau nak beli nasi lemak ni kena keluar jam 6.30 pagi kalau pukul 7.00 tinggal bakul je la...

Nasi lemak packing ni berharga RM0.70 kot tak silap ke RM0.80 gitu la.
Aroma daun pisang dan lemak santan nya...erm....
Kot makan sorang mau 2 bungkus kan.
Nasi lemak ni ada yang bilis dan juga keli. 
Selain nasi lemak ada juga bihun goreng yang dibungkus sama macam nasi lemak harga pun sama.
Tengok berbakul bakul kan..tapi sekejap je ni....terang la bakul tu nanti..

Kuih muih tradisional terutama untuk kaum banjar...
Tu ada murtabak kucai... RM1 kuih tradisional orang banjar.


Apam putih tu memang sedap dengan lembut nya kebu nya.
Bingka ubi pun sama tak lembik tak keras
Harga kuih muih ni cuma RM2 untuk 5 ketul.
Murah kan dan yang penting saiz kuih ni besar besar...
Jom pada yang berkesempatan pergi ke Titi Gantung meh la singgah di kedai kopi puyuh ni...
Waktu perniagaan pagi sahaja. Tengahari dah tutup.
Ramai la orang kampung yang lepak di sini sambil makan dan berbual bual...
Jom....
Layan....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...