25 March 2024

Menu 11 Ramadhan 1445H @ 22/03/2024 Jumaat

 Salam ramadhan...
Bangun pagi ni kepala berpusing... diam sekejap atas katil...
Bila dah rasa ok sikit... aq ke dapur... dari semalam lagi dah plan nak masak mee goreng basah untuk bersahur... masak sambil melayan kepala yang berpusing...

Aq makan sedikit je memang tak boleh telan.
Separuh je aq makan tengok selera tapi tekak tak leh terima...
Lepas makan, aq telan panadol actifast sebiji... lepas tu lelapkan mata sekejap....
Ingat nak mc hari ni... erm...bangun pagi badan rasa ok sikit...
Mandi siap siap p kerja...

Mee goreng basah 
Tengok Nadia & Alif laju je makan...
Berselera mereka...

Menu berbuka untuk petang jumaat...
Disebabkan esok kami nak balik kampung, jadi aq tak nak la masak banyak banyak menu...
Simple dah la tak penuh peti sejuk dengan makanan yang tak habis nanti....

Ni je menu aq...

Bihun goreng....
Tawar sikit bihun goreng aq ni...esok nya masih ada berbaki aq panas kan untuk sahur,,, letak sikit garam... Baru la syok makan...

Yang ni nasi ayam goreng kunyit pemberian Nana jiran sebelah rumah dengan 3 biji kurma...
Rasanya ni pun Nana dapat dari orang sedekah ni....

Kuih kasturi berbaki 5 ketul goreng je la..."
Potong sebiji buah mangga...
Ok settle menu macam ni...
Malam lepas je isyak aq dah tidur awal... selepas makan ubat...
Lena tidur ku sehingga la bangun sahur esok nya....
#janganlupabersyukur


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...